Masa zaman belajar di KL, tiket bas beli sebulan awal sebab takut tiket habis. Tidak silap aku zaman-zaman tu bulan Ramadhan mula je tiket bas pun habis. Tapi sekarang lagi lebih kurang dua minggu lagi nak raya tiket bas masih 'sejuk'.
Jika ini berlaku, jalan kat Malaysia ni mesti banjir dengan kereta dan jammed pasti berlaku. Baru-baru ni dikejutkan lagi dengan khabar kawan aku ca ra alif ya. Patut la lama menyepi. So ajak lepak dan siasat. Biasanya kalau ca ra alif ya di awal perkahwinan ni sebab dia biasanya antara 'tiada persefahaman' atau orang ketiga(perempuan lain/mertua).
Sebab aku dah jumpa orang yang cerai sebab di atas ni. Tiada persefahaman ni agak alasan tipikal bagi aku. Kita suami isteri ya tuan-tuan dan puan-puan perlu komunikasi tahap gaban sebab ia adalah antara medium terpenting dalam perkahwinan selain menjaga 'hubungan' dengan Allah swt. Aku awal-awal kahwin pun banyak selisih faham tapi kena tahu cara nak counter perkara-perkara ni. Jangan kahwin fikir nak jimak..jimak..jimak..
Alhamdulillah dah hampir 5 tahun aku kahwin. Awal-awal kahwin hidup memang agak susah dan mencabar. Tapi hati kena kental sebab dugaan itu mesti datang. Dugaan ni datang sebab Allah swt tu ingat kat kita. Kalau tak ingat kat kita hidup senang lenang tak mencabar la beb dunia ni boring. Sama macam korang main video game lepas tu guna cheat, pastu menang. Nikmat menang tu dah tiada. Isteri perlu faham kelakuan si suami dan suami juga perlu faham kelakuan isteri baru fair. Ini tidak, suami nak main badminton pun tak bagi memang naik bulu la si suami. Si suami pulak tak faham bahasa isteri penat anak pulak tantrum. Di sini boleh timbul konflik. Perlu give and take. Lelaki ni jenis tidak suka dipaksa dan bila dipaksa akan timbul konflik, faham tak wahai isteri?
Post kali ni macam Kalau dah jodoh ustaz Kazim Elias pulak ek. Aku just nak remind je orang di luar sana. Jangan fantasi kan apa yang berlaku di TV tu berlaku dalam rumah tangga. Jangan tengok cerita romantik sikit dah pasang angan suami aku mesti macam tu lepas kahwin...TIDAK!!!..Tengok mak bapak kita cukup la. Macam mana dieorang boleh tahan sampai ke tua?
Aku rasa cukup la setakat ni sebab dah lari jauh dari tajuk. bye.
p/s: mimpi jadi cikgu sejarah sebab.............(isi tempat kosong).......
dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Showing posts with label rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label rumahtangga. Show all posts
Thursday, July 10, 2014
Friday, October 4, 2013
Duit vs Keluarga
Pesen zaman sekarang adalah anak tidak di jaga oleh ibubapa. Why? Kerja. Kerja untuk? Ya mencari duit. Kita belajar pandai-pandai last-last hantar anak kat pengasuh yang Degree Suri rumah sepenuh masa. Bukan nak offend semua pengasuh. Ada yang pengasuh jaga anak orang lain macam anak sendiri tapi sangat susah nak cari ok. Sangatttttt susah nak cari pengasuh macam ni. Ini realiti.
Sejak akhir-akhir ni Zaheen kemain liat nak pergi rumah pengasuh. Nak kena 'rasuah' KFC, pakai stokin kasut cantik dan bermacam lagi. Aku nak je suruh isteri aku berhenti kerja tapiiiiii....Gaji aku sorang setakat ini belum mampu nak tanggung aku sekeluarga. Setiap bulan perbelanjaan lebih dari gaji aku. SAJ, TNB, PTPTN, kereta, rumah, pengasuh, susu, pampers, telefon, unifi dan barang basah/kering.
Aku kalau boleh nak ramai anak sebab nanti meriah rumah.haha. Kadang-kadang anak tak cukup kasih sayang dan termarah sebab penat. Main bubble dengan Zaheen pun dah malam kat car porch. Kesian diri tengok anak tak cukup kasih sayang. Semoga Allah swt tinggi kan lagi tahap kesabaran aku.
Realiti memang menyakitkan. Baru-baru ni aku ada perasaan status FB seorang kawan aku yang dulu kemain sokong kerajaan. Sekarang baru ada anak umur 18 hari sudah mula kutuk pak menteri. Sebelum ni kemain bangkang pembangkang. Dulu duduk kampung je, sekarang dah kerja dan ada anak baru kau rasa perit. Aku yang kerja 5 tahun ni ngam2 je tiap bulan. Bukan tak bersyukur tapi tengok kerajaan beli SATU scanner RM14000. Aku ulang SATU. Tak ke haram jadah tu. Bayar artis korea2 juta-juta untuk persembahan. Laporan audit negara ni pak menteri punya alasan lagi haram jadah. Pistol jatuh laut, sponsor tarik diri di saat akhir dan.....tunggu je kat akhbar penjelasannya yang macam tiada akal.

diconteng oleh
jiwa sifar
jam
11:14 AM
Wednesday, October 10, 2012
Saturday, December 17, 2011
Pelajar Malaysia(Ariff Alfian Rosli) Hilang di Dublin Berkahwin Sejenis?
Baru-baru ini terdengar berita pasal pelajar hilang kat luar negara dan ayahnya pula disaman sebab penjamin. Gempar sebab pelajar ini dikatakan berkahwin dengan lelaki di Dublin.
Nama pelajar yang hilang itu adalah Ariff Alfian Rosli. Belajar di Dublin dalam bidang perubatan. Beliau selamat sebenarnya di Dublin cuma akta di Dublin menjejaskan pencarian si Ariff ni. Berdasarkan gambar-gambar di bawah... Nilai sendiri sama ada betul atau tidak.
Nauzubillah...

11:18 AM
kategori
keislaman,
kesiasatan,
realiti,
rumahtangga
Monday, February 21, 2011
Hikmah Di Sebalik Kejadian
Sejak berkahwin ni, banyak erti kehidupan aku belajar yang tidak mungkin diperoleh ketika bujang. Masalah? Semua orang ada masalah atau lebih dikenali dengan dugaan. Cara kita menghadapi masalah adalah sangat penting sebab ia akan menentukan ia akan diselesaikan dengan mudah atau dengan penuh ranjau.
Kekuatan mental memang penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Eh..dah macam pakar motivasi aku ni.haha..sekian.
p/s: hamba Allah yang nak datang tu tak jadi datang..::evil::
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:43 AM
kategori
realiti,
rumahtangga,
xtvt kehidupan
Wednesday, January 26, 2011
Hanis Zalikha + Fasha Sandha
Pelik la mimpi aku sekarang ni. Mimpi nak dengan selebriti je. kahkahkah...
Lepas dengar Fasha Sandha sudah putus dengan Jejai. Terus aku mimpi Fasha Sandha. Jangan fikir yang bukan-bukan pasal gambar di atas. Ini mimpi semalam. Pagi tadi aku mimpi dengan..jeng..jeng..jeng..
curi dari blog Hanis.
Bukan setakat dengan Hanis Zalikha je. Dengan pakcik Zainal aka bapak Hanis Zalikha sekali aku angkut dalam mimpi aku tu.haha... Siap borak dengan pakcik Zainal lagi.
Pakcik Zainal: Reti betulkan motor x?
Aku: Reti hantar pergi bengkel motor boleh la..Tapi rumah saya dekat dengan Teluk Sengat.
Pakcik Zainal: Owh..
Aku: Situ barang-barang motor murah, kalau nak boleh pesan dengan saya.(ayat nak ambil hati..hahaha..)
Bunyi alarm Black
Mimpi je pun. ppffttttttt...
p/s: jangan marah ye isteri ku terchenta. mmuuaahhhHHhh. tak tau nak post psl ape.haha..
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
12:42 PM
kategori
Hanis Zalikha,
kegampangan,
kelawakan,
pakcik Zainal,
rumahtangga,
xtvt kehidupan
Wednesday, January 19, 2011
Zaheen sudah pandai meniarap
Anak aku sudah pandai meniarap..Sangat excited dan tidak sabar untuk balik rumah. Patut la ibu Zana(pengasuh) cakap Zaheen asik meragam sepanjang minggu ni.
Sekian.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
4:09 PM
kategori
kekeluargaan,
mr mama,
rumahtangga,
zaheen
Monday, January 3, 2011
Kerja keras
Hari persekolahan sudah bermula untuk tahun 2011. Pagi tadi bangun 5.44 pagi dan terasa macam sudah lewat. Rasa macam...haha..Baru terfikir, aku ni sudah mereng ke pukul 5.44 pagi tu rasa lewat?
Kadang-kadang ada sesetengah perkara yang membuatkan kita termangu seketika.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:03 AM
kategori
famili,
kekahwinan,
realiti,
rumahtangga,
zaheen
Wednesday, September 1, 2010
Simpan Uri dan tali pusat?
Kelmarin aku ada jumpa doktor pakar dengan mak buyung aku. Mak buyung aku merupakan pembawa talasemia tetapi aku suci dari talasemia.haha..ok tidak kelakar. Doktor pakar terus cakap pasal stem cell. Aku bab-bab BIOLOGI memang F- sebab aku ambil PRINSIP AKAUN masa SPM. Doktor pakar tu cakap jikalau ditakdirkan yang anak aku berkahwin dengan penghidap talasemia atau pembawa talasemia, stem cell ni dapat membantu.
OK pening sekarang. Doktor pakar tu terus cakap nanti ambil pamplet pasal stem cell ni kat Hospital Penawar. Jadi tadi aku ada ambil pamplet tu dan belek-belek secara melepaskan batuk di tangga. Stem cell ni mampu mengubati macam-macam penyakit. Malaysia setakat ni ada dua syarikat(StemLife dan CryoCord) yang menawarkan penyimpanan uri serta tali pusat serta ntah apa lagi ntah yang di luar pemikiran PRINSIP AKAUN aku.
Menarik bukan?!..Sheila Majid dan Sofia Jane pun terjerumus ke kancah simpan uri tau. Mereka simpan kat StemLife. UAE pun mempunyai BANK darah tali pusat yang di biayai oleh kerajaan..aku ulang kerajaan. Setahu aku orang melayu biasanya akan basuh uri dan tanam. Penanggal mesti suka lepak kat StemLife dan CryoCord, tidak perlu susah-susah...haha..OK tidak seram. Harga pulak aku tidak pasti sebab masih dalam kajian.
Apa-apa hal pasal perkara ini aku akan kemaskini.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
4:15 PM
kategori
kekahwinan,
kekemaskinian,
ketipsan,
rumahtangga
Monday, August 2, 2010
Kucing hilang vs Cincin kahwin hilang serta lawak mak buyung
Semalam..
Aku tanya mak buyung aku cincin kahwin aku mane. Selongkar punya selongkar..Tak jumpa. Suruh Aten cari kat rumah Segamat pun tak jumpa.....nanti la cari..
Awal pagi tadi..
aku bangun sebab si CT kejut aku. So aku keluarkan dia. Lepas tu hujan lebat pagi tadi. Lepas subuh si CT masih tidak dapat dikesan. Aku macam tak kesah sangat sebab si CT ni adventurous sikit. Dalam pukul 7 lebih baru CT balik dan masa tu hujan dah renyai-renyai. Masa ni mak buyung pun macam tak kisah sebab kitaorang tahu CT ni perangai camne.
Kitaorang sambung tidur lepas sarapan...Dalam pukul 10.30 Tehcik pulak takde. Masa ni aku tengah mandi mak buyung selamber terjah bilik air suruh cari Tehcik.haha..So aku pun mandi koboi. Kebetulan ada sekumpulan budak-budak pun cari kucing dieorang hilang. Budak-budak ni pulak selamber terjah buka gate rumah aku dengan tak bagi salam. Bini ku buka pintu dan tanya kenapa. Selamber budak-budak ni tanya, "acik ada ambil kucing kitaorang ke?". Agak barua jugak budak-budak ni. Masa ni aku tengah mandi.Mak buyung dah fikir macam-macam dah masa ni.
Lepas aku mandi terus start motor ronda cari si Tehcik ni. Tiada hasil. Masa ni mak buyung dah menjejeh-jejeh air mata. Aku ronda kali kedua...Masih tidak jumpa. Balik-balik je mak buyung makin teruk gembeng dia. So aku start kereta bawa mak buyung cari sekali. Baru aku reverse kereta keluar rumah..Si Tehcik ni tiba-tiba muncul dari belakang kereta aku.
So..mana lebih penting?kucing atau cincin kahwin?haha...no komen.
Lawak yang tidak lawak mak buyung.
Lepas si Tehcik balik, aku dan mak buyung terus shopping barang-barang baby. Tengah-tengah shopping mak buyung boleh pulak nak kencing. Lepas dah kencing tu tiba-tiba mak buyung cakap ada something keluar dari tutt...aku suruh mak buyung pergi tandas balik check. Dalam 5 minit lepas tu mak buyung aku call. Kau nak tahu dia cakap apa?!.."Kepala baby dah keluar sikit"..Apa perasaan kau kalau berada di situasi macam ni?!..aku dah fikir sekuriti serta polis hospital...Sekali ada orang tepuk aku dari belakang..Tu dia bak hang.mak buyung tergelak-gelak...
Geram lawak..rasa nak lempang laju-laju mak buyung aku ni..haha...dalam kereta masa OTW balik gelak non-stop pasal lawak tadi..
sekian.

11:17 AM
kategori
famili,
kekeluargaan,
kelawakan,
rumahtangga,
xtvt kehidupan
Monday, July 26, 2010
Kucing ku lari gagah berani
Ini CT(betina)..actually TC sebab tri-color..nak kasi sedap kasi la CT..ini masa berumur beberapa minggu.
Sudah lama tidak cerita pasal kucing sejak bermastautin di Nilai. Rumah aku sekarang ada tambahan dan jumlah penghuni rumah aku sekarang 5. Tehcik dan CT adalah penambah seri rumah sewa aku.Ini Tehcik(puteh kecik). Jantan manja.
Tapi dia punya seksa bawa kucing dalam kereta. Lagi kalau kucing ni buat meow sedih+takut. Luluh rasa hati ni. Dah la pagi yang hujan tadi motor depan aku langgar kucing. Terus aku teringat Tehcik dan CT dalam sangkar kat rumah. Dah la Monday blues..tambah lagi dengan insiden kucing kena langgar...Mood.......
sangat tidak sabar untuk balik rumah...
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:20 AM
kategori
famili,
kegembengan,
kekeluargaan,
rumahtangga
Thursday, July 8, 2010
Cis kek untuk aku
Selasa lepas, balik-balik kerja disambut oleh oleh mak buyung yang tersengih-sengih. Check dapur, alatan serta bahan-bahan membuat ciskek tersiap-sedia. Mak buyung suruh aku rehat-rehat kerana aku kan sweet 25.
Tapi aku membantah. Sebelum dan ketika membuat kek....Safety First..baru la OHSAS 18001:2007.(betul tak Encik Rashid?). Terima kasih kepada stulang-suzuki-scholar-man serta Syaza di atas hadiah anda.
Nampak tu apa yang tertulis di bahagian hadapan baju tu?!..Tidak kira di rumah atau kilang..Safety First. Mula-mula ber'lengging' tapi sebab mak buyung nak cam-whoring..Kena la pakai baju supaya lebih sopan dan ciskek kelihatan sedap. Hasil dia........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
souL adalah nick-name aku sejak tingkatan satu. Masuk asrama ada nick-name sebab muka aku ada iras super-senior. Tapi kek ni tadi aku baru dapat jamah..

9:56 PM
kategori
kekahwinan,
kekeluargaan,
rumahtangga
Friday, June 25, 2010
Berita baik dan berita buruk
Macam biasa kalau petang balik kerja, mesti borak dengan mak buyung pasal Sekolah ku cemerlang sekolah ku gemilang si sanjung warisan berzaman..kan aku dah ternyanyi lagu SMKA aku...eh..ye ke lagu SMKA?!..jap..ntah sudah lupa.
Berita baik adalah tiga stooges bersama tujuh yang lain akan berangkat ke Sabah or Sarawak. Lawatan apa ke jadah. Jumlah tenaga pengajar akan berkurang sebanyak sepuluh orang. So semakin banyak relief yang mak buyung aku akan dapat, ini berita buruknya.
Memang barua punya orang atasan ni. Buat la lawatan masa cuti sekolah. Tiap-tiap bulan ada je perkara difikirkan secara tidak logik. Salah seorang tiga stooges ini kadang-kadang gatal untuk ambil tugas menyusun waktu relief dari Ketua Bidang/Panatia. Dengan adanya tugas ini beliau akan mereliefkan waktu mengajar beliau kepada guru lain. memang dari masjidil haram ke jeddah betul. memang saket dado den donga. Memang domba tenan.
Semoga mak buyung aku diberikan kekuatan untuk mengharungi pemerintahan kuku besi tiga stooges tu. Amin.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:14 AM
kategori
ketidakpuashatian,
rumahtangga
Monday, May 31, 2010
Monday, May 10, 2010
Anak Derhaka
Sudah tengok video tu?!..Sampai hati si anak atau menantu memperlaku ibu mereka sebegitu rupa. Aku tak berapa nak tahu cerita sebenar. Aku dengar berlaku di pusat komersial Shah Alam..harap ada video untuk menemuramah makcik tu.
Besar sangat ke kesalahan ibu/makcik malang itu?!..Siapa yang belum lihat video tu..sila sediakan tisu agar air mata anda tidak membasahi papan kekunci komputer anda. Semoga ia menjadi iktibar kepada kita semua.
mengikut apa yang kami dgr n nampak.. kereta makcik n anak dia ni nak dihantar untuk servis.. tapi masa nak naik bukit ke kedai servis tu (ada ramp kecik) makcik tu takut.. then makcik tu keluar dr keta.. n anak dia terus melenting.. makcik tu dah lah bru blik hospital.. ada darah tinggi..
anak dia siap ugut nak panggil polis..suruh polis marah mak dia.. sbb tu makcik tu menggigil..
paling sedih.. makcik tu berdiri sorg2 tepi jalan..menggigill... then dia lap air mata dia sorg..
sedih...
Besar sangat ke kesalahan ibu/makcik malang itu?!..Siapa yang belum lihat video tu..sila sediakan tisu agar air mata anda tidak membasahi papan kekunci komputer anda. Semoga ia menjadi iktibar kepada kita semua.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
3:45 PM
kategori
kegembengan,
ketidakpuashatian,
realiti,
rumahtangga
Thursday, March 25, 2010
Kad Merah
Kali ni bukan pasal bola OK(paham Real Girls Kick Ball). hehe..Semalam bini aku aka Cikgu Ain telah dilayangkan kad merah. Memang la Cikgu Ain ni kaki bangku & kerusi tetapi tetap dilayangkan kad merah oleh pengadil. Memang pengadil ni Manchester United tak silap aku. Tapi baju langsung tiada lambang setan atau berwarna merah. Warna putih..Real Madrid ke?!..Mungkin bengang pasal season lepas kena titik kat Anfield masa UCL.Bacaan perenggan kedua adalah berunsur 18sx.18 tahun ke bawah dinasihatkan untuk skip perenggan ketiga. Sila lampirkan IC anda untuk meneruskan bacaan ini demi memastikan anda adalah 18 ke atas. Terima Kasih.
Pengadil yang disebutkan itu adalah nurse Klinik Kesihatan Desa Cahaya Baru. Untuk isteri yang baru mengandung sila pastikan tiada love-bite ketika ingin mendaftar kad merah ni sebab nurse bukan doktor akan periksa perut & breast. Ini adalah untuk mengelakkan anda malu ketika nurse melakukan pemeriksaan payudara. Tapi...lantak laa..HALALAN TOIYIBA..haha..
Macam-macam kerenah budak dalam Klinik Kesihatan Desa ni. Mak yang rugged ala-ala tomboy pun ada..Aku ulang Mak beranak dua lagi tu..Masa aku OTW balik dari Klinik Desa tu terserempak dengan dia tengah bawa motor ala-ala sikit-sikit Remp-IT V3..Bimbo?!..off course tiada..Tiba-tiba aku teringat masa buat passport dengan bini aku ni. Kan kena tunggu lama untuk giliran.
Cikgu Ain: Tak penat ke dia rakam suara untuk nombor sebut angka giliran tu?p/s: siapa kata profession guru sekarang mudah angkat tangan!!..Kira nombor 0 sampai 9999 & rakam..
Aku: Huh?!..Aah ek..(layankan enjin belum panas bini aku di pagi hari)..Berapa agaknya gaji dia rakam suara ni.kalau 4 digit dia dah kena sebut 9999 kali..WOW..
Cikgu Ain: Ntah..
Aku: Wahai isteri kesayanganku..dia hanya rakam nombor 0 sampai 9.(sambil gelak)
Cikgu Ain: Aah ek..(sambil mencubit ganas lengan aku seolah-olah aku seorang anak murid tidak siap kerja sekolah)
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:22 AM
kategori
famili,
kekeluargaan,
rumahtangga
Monday, March 8, 2010
Jodoh
Siapa percaya jodoh angkat tangan. Masa zaman sekolah dulu siap ada pengiraan untuk mengetahui pasangan kau cocok atau enggak sama kamu berdasarkan kepada nama. Aku teringat benda ni lepas terbaca pasal ni kat Kak Di punya blog. Tapi yang Kak Di punya guna jawi & masa aku sekolah rendah dulu guna rumi.Tapi pengiraan yang guna rumi tu aku dah lupa guano nak kira dia. Tapi hasil dia dalam bentuk peratus tak silap aku. Yang pengiraan Jawi ni tambah tolak je.
Sekiranya anda sudah ataupun mahu berumahtangga, dan ingin mengetahui sama ada anda serasi atau tidak, dan boleh bermuafakat atau tidak dengan suami anda, bolehlah anda mencuba cara dan juga petua ini :Tau tak nak kira?Ambil contoh tulisan jawi kat atas tu. Bermula dengan perkataan pertama.
Eja nama anda dan namanya (teman lelaki) dalam huruf JAWI. Hitung nama anda mengikut hitungan ABJAD, kemudian hitung nama lelaki itu dengan kaedah yang serupa. Jumlahkan keduanya. Kemudian tambah 7 . Sesudah itu, tolak 9 sehinggalah bakinya menjadi 9 atau kurang. Kemudian rujuk kepada jadual di bawah ini:-
Bakinya Interpretasi:
1 Tidak baik, dipandang rendah
2 Baik
3 Mulanya rendah, akhirnya buruk. Setelah sempit, senang
4 Baik lagi kuat
5 Rumah kemakmuran, telaga di bawah gunung
6 Mula baik, akhirnya dukacita
7 Rumahtangga bahagia, hamparan terbentang,sekaya-kayanya
8 Rumah terbalik
9 Berpindah, berbantah, berpecah.
Huruf mim(1),ha(1),mim(tidak di kira sebab sudah ada mim),dal(1),alif(1),zai(1),wau(1),alif(tidak dikira) & nun(1).
Jumlahkan 1+1+1+1+1+1+1=7.
Buat pengiraan seperti di atas untuk perkataan kedua dan jumlahnya adalah 9.
7+9=16
16+7=23
23-9=14 (perlu di tolak 9 lagi supaya hasil menjadi 9 dan ke bawah)
14-9=5
Kalau salah kira boleh jadi 6 tu..haha..AWAS.....ini hanya satu petua sahaja... jangan percaya bulat-bulat+200%..hanya Allah SWT sahaja yang maha berkuasa. DIA yang menentukan baik buruk nasib kita. Kita boleh berusaha & memohon kepada-Nya. Aku kira ni sampai dah nak jadi pakar matematik sebab aku kira banyak-banyak kali untuk memastikan keputusan aku tu benar-benar sahih..hehe..
p/s: siapa ada tengok Dalil Cinta sabtu lepas?!..memang khas untuk pasangan yang nak mendirikan rumahtangga & pasangan berumah-tiada-tangga & suami isteri. memang rasa nak lepuk ke kepala si Nisa tu..
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:23 AM
kategori
famili,
keislaman,
rumahtangga
Wednesday, December 23, 2009
aku adalah suami orang

baru dua minggu aku bergelar suami orang.
sibuk kemas rumah yang aku & bini aku sewa.
ntah biler dapat duduk pun tak tau sebab memang kosong je rumah tu.
amat menjengkelkan pemandangan aku.
yang ada cuma hadiah-hadiah kahwin.
diconteng oleh
dark night
jam
11:03 AM
kategori
rumahtangga
Subscribe to:
Posts (Atom)