Tuesday, April 17, 2012

Aku dan CCTV

Minggu lepas bawa vendor CCTV. Manager HR nak pindah DVR ke bilik beliau. Aku cakap tidak boleh sebab DVR tu akan bersambung terus dengan kamera. Jarak sambungan antara kamera dan DVR adalah antara 600-1000 kaki.

Biasa la, orang atas ni biasa nak menang. Beliau insist nak letak DVR dalam bilik beliau. Siap ungkit dulu dia kerja kat Air Asia/ MAS boleh tengok Kuching punya CCTV dari KL..bla..bla..

Terus aku keluar knowledge yang tak seberapa ni. Baru terkial-kial nak faham orang IT cakap. Malas nak elaborate lagi sebab aku nak busy..malah lagi busy dari lebah. Faham?..

Friday, April 13, 2012

Kad Touch & Go Plusmiles


Baru lepas hilang kad Touch & Go Plusmiles. Mana entah pergi. Call servis centre. Kena beli kad baru. Yang lama akan di-blok. The best part adalah kredit dalam kad lama tidak boleh ditransfer.


Ingatkan boleh dapat semua baki dalam kad tu tapi kena tolak RM10 untuk processing fee. Di bank in atau dapat cek. Beli kad baru kena bayar another RM10.

Thursday, April 12, 2012

Tarikh Penamatan Windows XP dan Microsoft Office 2003

Microsoft telah mengumumkan akan menamatkan segala sokongan untuk Windows XP dan Microsoft Office 2003 pada 8 April 2014.


Harap maklum.

sumber.

Tuesday, April 10, 2012

Tugas Malam

Kilang aku mewajibkan kulikutif dan manager untuk melakukan rondaan malam berkala 12 sampai 2 pagi. Pagi tadi giliran aku bersama tiga yang lain. Lepak tapi lepas ronda rasa macam sayu je tengok pekerja kontrak bekerja di waktu walam.

Petang dapat halfday sebab malam tadi night duty. Kadang-kadang terfikir tanpa orang-orang macam ni manager-manager kat atas ni mampu ke menarik nafas lega? Dalam dunia ni memang semua memerlukan satu sama lain.

Agak-agak lepas tak tidur dalam bilik server ni?..hee..

Monday, April 9, 2012

MyTeam vs First XI


Dulu masa MyTeam tengah hangat. Aku memang selalu terpacak tengok rancangan ni dengan budak rumah sewa. Sekarang terpacak lagi depan TV tengok MyTeam versi Singapura iaitu First XI. Aku suka tengok seorang player ni sebiji macam Kaka.

 lihat pemain yang dalam bulatan kuning

Tapi bila MyTeam kembali? Anuar Musa kena gantung pun Sultan bola tidak tahu..ptiuhh..tiba-tiba..Kalau MyTeam ada lagi aku ingat nak cuba test try. hehe. Tapi First XI ni terbuka kepada foreigner yang menetap di Singapura dan of course rakyat jelata Singapura..


ini Kaka sebenar.

Tetapi sebenarnya muka Kaka yang macam player ni sebab dia lagi tua dari Kaka.haha..

Sunday, April 8, 2012

Terlebih Jawab Soalan


Tadi pergi Kip-Home-Mart beli tinted untuk tandas dapur. Singgah kedai Acer nak tanya pasal netbook. Masalah aku AOD270 aku format dari Windows 7 Pro kepada Windows XP then driver memang tiada so upgrade balik kepada Windows 7 Pro. Tapi Win7 aku belum activate. So aku tanya Service Centre Acer boleh activate Windows 7 Pro aku tak.

Dia cakap tak boleh sebab Acer hanya cover hardware. Tiba-tiba masuk Bill Gates, kalau Windows 7 kena virus Bill Gates tak tanggungjawab bla..bla..bla..Masuk air ape budak ni. Dah netbook ni dah preloaded dengan Windows 7 Pro, mesti Acer yang setup dari kilang. Nasib tengah dukung Zaheen, kalau tak memang sia-sia kena basuh. Cakap je la tak boleh, ini kau nak tunjuk pandai sampai Bill Gates tak datang tengok Windows yang kena virus.

Lepas beli tinted register Yes sebab TM entah bila nak pasang Unifi di kawasan aku.

Saturday, April 7, 2012

Pemasaran

Aku baru dapat tahu macam mana gampang vendor ni letak harga hampir sekali ganda dari harga sebenar. Patut la tidak tahu buat kerja. Orang tengah je rupanya.

This is how it works. Bila kita approach contoh Cisco untuk beli switch, kita akan re-direct ke marketing team Cisco. Kemudian Marketing akan re-direct ke so-called 'authorize' reseller. Marketing person mungkin dapat la say 10%(selepas berunding dengan 'authorize' reseller ni) dari harga yang 'authorize' reseller quote kepada aku.

Tapi si 'authorize' reseller ni punya nak untung makap sampai sekali ganda price yang dia dapat dari Cisco marketing person tu. patut la nak configure langsung tidak tahu. Mangkuk-tandas betul. Malas nak cerita dengan detail sebab makin sakit dado den ni.

Wednesday, April 4, 2012

Rabu Tanpa Perkataan #19


p/s: aku rasa dah 2 tahun lebih aku pakai selipar Asadi ni.

Monday, April 2, 2012

Kucing Hutan


Semalam beli makanan si Troy. Kesian dari pagi kelaparan makanan dah habis. Sampai kat kedai pet tu, nampak 5 6 orang kerumun satu sangkar. Salah seorang bekas rakan sekerja kat Hydro dulu. Dia yang paling bekerja keras. Tengok ada kucing bengal. Tapi bukan bengal tapi kucing hutan. Corak bulu dia memang cantik. Bulu pendek tapi nampak padat dan gebu.

Aku tanya la kawan aku tu amek dari mana. Dari Kuantan hantar naik bas. Kucing hutan pun pandai naik bas. Ini kalau dapat kacuk mesti anak ala-ala bengal. Harga dia?!..Biarlah rahsia.haha..Nampak kurus kucing hutan tu. Pemilik kedai pet suruh ambil tikus hidup seekor kasi makan kucing hutan tu. Mula-mula macam malu sekali..ngappp.

Malas nak bela kucing lagi, Troy tu pun sebab dia kucing default.haha..