Thursday, July 22, 2021

Seastream Angler 120 PD - Pedal Drive Fishing Kayak

Salam sejahtera. Lama tak menulis. Maklumlah sekarang bukan zaman membaca blog macam 11 tahun lepas. Sekarang zaman media sosial. Aku nak cerita pasal memancing atas kayak. Ini adalah model kayak yang menjadi idaman hati. 


Lebar serta panjang. Insyallah ada rezeki lebih jual vanilla. amin.

Monday, April 8, 2019

Sewa Topeng | Mask Rent



Topeng ini diambil dari watak penjahat Big Hero 6 iaitu Yokai. Beliau menggunakan topeng ini untuk merahsiakan identiti sebenar beliau iaitu Professor Callaghan.

Topeng untuk di sewa. Sesuai untuk tema makan malam syarikat masquerade night.
Deposit RM200, sewa RM25. Baki akan dikembalikan sebaik sahaja topeng diterima dalam keadaan sebelum.

Jika berminat boleh hubungi Jiwa Sifar 0123630328

Tanpa lampu mata LED di hidupkan /  LED eye turn off

lampu mata LED di hidupkan / LED eye turn ON

lampu mata LED di hidupkan / LED eye turn ON


Mask for rent. Suitable used for company annual dinner for theme masquerade night.
Deposit RM200. Rental RM25. Balance will transfered after the mask is shipped back in same condition as before.

Interested. Zero Soul 0123630328

Monday, January 22, 2018

Tips Memilih Cooker Hob dan Kitchen Hood


Dah lama tak ada cerita kehidupan dalam blog ni. Hilang 'soul' dia. Aku nak cerita pasal memilih cooker hob dan cooker hood. Rumah aku sekarang guna Lebenstill(hob dan hood) dari China la mana lagi. Aku bagi rating 6/10 sebab dia punya brass mengembang dan bila masak lama-lama api dia macam nak padam...ke sebab lain? haha.. Hood dia jenis yang ada aluminium mesh gitu. Sila jangan beli jenis begini sebab kita orang asia ko faham la memasak keluar api bagai. Aku guna ducting salur udara memasak ke luar. Untuk rumah landed sesuai guna hood ducted type tapi untuk apartment guna yang slim hood yang mostly memang ada oil cup. Oil cup ni penting sebab minyak dari atas hood tu mungkin menitis masuk balik dalam masakan..sedap kan.kan.kan...



Sila pilih design piramid terbalik siap oil cup seperti dia atas atau kelak anda akan menyesal yang bersihkan so-called mesh tu. Apa lagi ek nak tulis. Owh dia punya suction tu pastikan at least 1000m³/hour ke atas baru la ok. Hob pula pastikan tunku cast iron baru kuat. Bukan yang tunku jenis halus tu. Ni bukan tunku kerabat diraja, ini tunku hitam penampung segala mak nenek kuali periuk.

Tuesday, January 16, 2018

Mary Kay Untuk Lelaki

asd
Mary Kay untuk lelaki?  Ada beb. Aku kongsi Skinvigorate dengan isteri terchenta tapi lain2 berus.. Memang bersih la muka. Tak lenguh tangan ko nak gosok muka. Pencuci muka boleh guna yang korang tengah guna sekarang. Tapi kalau nak guna yang Mary Kay Men pun lagi di alu-alukan. Aku suka pakai Clear Proof® Deep-Cleansing Charcoal Mask sebab muka jadi anjal gitu. Yang ni boleh kongsi laki bini.



Kalau berminat boleh hubungi wife aku yang dah jadi pakar. kah3. Strictly untuk Mary Kay!!..

Tuesday, January 2, 2018

UTC Pasir Gudang sudah beroperasi



Alhamdulillah UTC Pasir Gudang sudah beroperasi sejak 31 Disember 2017. Memudahkan warga Pasir Gudang macam aku ni. Terima kasih Najib..1Malaysia....1Malaysia..FELDA hilang tanah premium.eh..Makin panas Pasir Gudang lepas ni. Harga rumah dah melantun-lantun kat Pasir Gudang ni.

Tunggu perasmian dari ahli politik macam biasa. Tak kan pengetua SK Tmn Bukit Dahlia nak rasmikan pulak. PRU dah dekat mesti la pungpangpungpang. k bye









Thursday, February 16, 2017

Sejati - Faizal Tahir


Dah lama aku pandang lagu-lagu melayu ni..lol. Baru ni Faizal Tahir ada keluar lagu Sejati. Ingat Sejati - Wings dia nyanyi balik tapi sangkaan aku silap. Menusuk kalbu...



SEJATI - Faizal Tahir

Kau selalu ada
Ku tenggelam dengan dunia
Kau tetap sempurna
Ku tak sedar waktu beredar

Andai dipisah Engkau dari aku
Gelap gelita musnah semua (musnah semua)

Biar matiku mencuba
Demi bahagia
Biar sakit dilukai
Dapatku rasa
Biar nadiku terhenti
Demi ke syurga
Biar selamanya mencari
Cinta sejati
Sejati

Kau selalu ada
Kau tak pernah hilang percaya
Kau tetap sahaja
Kau cahaya dalam gelita

Andai dipisah Engkau dari aku
Gelap gelita musnah semua

Biar matiku mencuba
Demi bahagia
Biar sakit dilukai
Dapatku rasa
Biar nadiku terhenti
Demi ke syurga
Biar selamanya mencari
Cinta sejati
Sejati

Sedar
Sedar aku Kau yang satu
Tunjuk
Tunjukkanku jalan kepadaMu
DiriMu yang satu

Biar matiku mencuba
Demi bahagia
Biar sakit dilukai
Dapatku rasa
Biar nadiku terhenti
Demi ke syurga
Biar selamanya mencari
Cinta sejati
Sejati
Sejati

Hanya Kau satu cinta sejati
Kau selalu ada

Thursday, January 5, 2017

Saya Ingin Kongsikan



1) Prihatin pada orang sekeliling.
2) Cubalah membantu apa yang termampu.
3) Sentiasa bersyukur. Lihat apa yang ada, bukan apa yang masih tiada.
4) Bekerja bersungguh sungguh untuk memajukan negara supaya boleh membantu semua orang.