Showing posts with label kepolitikusan. Show all posts
Showing posts with label kepolitikusan. Show all posts

Tuesday, May 26, 2015

1MDB for Dummies


Aku simpan artikel ni untuk rujukan masa hadapan.

Kadangkala, realiti lebih menakjubkan daripada drama dan filem yang kita tonton. Berikut adalah kisah 1MDB — Kecuaian, Kesilapan atau Penipuan?
Prolog
1. 1MDB ini asalnya adalah Terengganu Investment Authority (TIA) yang ditubuhkan pada tahun 2008. Antara penasihat penubuhan TIA adalah Low Taek Jho atau Jho Low, seorang yang diakui rakan kepada Riza Aziz dan ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor. TIA berjaya menjual RM 5 bilion bon yang dijamin oleh Kerajaan kepada pelabur termasuk KWSP. Jho Low ketika itu baru berusia 27 tahun.
2. Pada tahun 2009, TIA diserap menjadi syarikat 100% milik Kementerian Kewangan (MOF) dengan nama 1Malaysia Development Berhad (1MDB). PM dan juga Menteri Kewangan (kebetulan), Dato’ Seri Najib Razak, menyatakan objektif 1MDB adalah menjadi pemangkin pembangunan dengan menggunakan pelaburan dari luar negara.
3. 1MDB dicanang mempunyai struktur korporat yang penuh intergriti. Pasukan eksekutif, yang diketuai bekas “consultant” Dato’ Shahrol Halmi, diselia oleh Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh Dato’ Bakke Salleh (sekarang Tan Sri) — tokoh korporat yang terkenal mengemudi Felda Holdings (sekarang bersama Sime Darby). Di atas Lembaga Pengarah pula ada Lembaga Penasihat yang diketuai oleh Perdana Menteri sendiri, Dato’ Seri Najib.
1MDB dan PetroSaudi International
1. Pada September 2009, 1MDB bersetuju melaburkan RM 3.5 bilion TUNAI ke dalam sebuah Syarikat Usahasama (JV) bersama PetroSaudi International untuk pegangan saham 40%. PetroSaudi pula melaburkan “aset” kertas — hak carigali minyak — yang dinilaikan RM 5.4 bilion untuk pegangan saham 60%. Sebaik sahaja perjanjian ini ditandatangani, Syarikat JV diminta membayar “hutang” kepada PetroSaudi sebanyak RM 2.1 bilion. Pembayaran tunai RM 2.1 bilion ini diambil dari pelaburan tunai 1MDB dan dipindahkan ke Goodstar Limited, sebuah syarikat yang dikawal oleh….Jho Low! Lebih menarik, perbincangan pelaburan ke dalam Syarikat JV ini dibuat dan diselesaikan dalam tempoh 1 bulan sahaja. Cekap.
2. Pada November 2009, “aset” yang dilaburkan oleh PetroSaudi “hilang” apabila perjanjian hak carigali minyak di Turkmenistan dibatalkan. Di sekitar waktu itu juga Dato Salleh Bakke, pengerusi 1MDB, meletak jawatan tanpa sebab.
3. Pada Mac 2010, sebelum menyerahkan laporan tahunan dan audit kepada SSM, 1MDB menjual pegangan saham di Syarikat JV dengan harga RM 4 bilion kepada PetroSaudi. Tetapi penjualan ini bukan dalam bentuk tunai kerana PetroSaudi bersetuju membeli secara hutang.
4. Selepas usahasama ini dibatalkan, 1MDB terus meminjamkan wang kepada PetroSaudi International sejumlah RM 3 bilion sehingga tahun 2012. Keseluruhan “pinjaman” 1MDB kepada PetroSaudi bernilai RM 7 bilion. Dari jumlah ini, dilaporkan lebih RM 4 bilion dipindahkan ke akaun syarikat di bawah kawalan Jho Low.
5. 1MDB kemudian melaporkan bahawa hutang ini telah dijual kepada pihak ketiga dan 1MDB merekod pendapatan RM 8 bilion. Sekali lagi wang ini tidak dimasukkan ke dalam akaun 1MDB sebaliknya “dilaburkan” semula ke sebuah institusi pelaburan di Kepulauan Cayman.
6. Apabila kontroversi 1MDB mula hangat pada tahun 2013, pihak 1MDB digesa membawa kembali wang RM 8 bilion yang dilaburkan di Kepulauan Cayman. Pihak 1MDB memberi kenyataan bahawa keseluruhan pelaburan telahpun ditebus tetapi sebahagian daripada hasil pelaburan digunakan untuk membayar faedah hutang yang semakin bertimbun. Baki RM 3.5 bilion dikatakan wujud dalam bentuk tunai disimpan di sebuah cawangan BSI (sebuah bank dari Switzerland) di Singapura.
7. Baru-baru ini Perdana Menteri mengakui bahawa jumlah tersebut tidak wujud dalam bentuk tunai walaupun pada awalnya di Parlimen beliau memberi kenyataan ianya dalam bentuk Tunai. Menteri Kewangan ke-2 pula menerangkan bahawa jumlah itu wujud dalam bentuk “unit” — sehingga ke hari ini misteri unit itu masih belum terjawab, dan wang sejumlah RM 3.5 bilion itu masih belum dibawa balik ke Malaysia.
Tanah & 1MDB
1. Pada tahun 2010, diumumkan bahawa dua plot tanah berharga milik kerajaan dijual kepada 1MDB pada harga yang amat rendah. Salah satu plot tersebut terletak di Jalan Tun Razak dijual pada harga RM 64 kaki persegi manakala satu lagi plot merupakan Lapangan Terbang Tentera Sungai Besai yang dijual pada nilai RM 47 kaki persegi.
2. Antara langkah untuk 1MDB terus mendapat keyakinan dari pelabur (supaya 1MDB boleh terus meminjam dan kemudian meminjam semula kepada PetroSaudi?) adalah permainan hartanah di mana penilaian aset tersebut boleh direkod sebagai keuntungan dan digunakan sebagai cagaran bagi pinjaman dan penjualan bon. Sesuatu yang menarik — sejak 2010, 1MDB menilai semula hartanahnya SETIAP tahun, sedangkan menjadi kebiasaan untuk syarikat menilai semula hartanah dalam tempoh 3–5 tahun.
3. Dari tahun 2010–2013, 1MDB mencatat keuntungan atas kertas lebih dari RM 3 bilion hasil dari penilaian semula aset hartanah yang dibeli dari Kerajaan pada harga di bawah pasaran. Bagi akaun 2012–13 sahaja, 1MDB mencatat keuntungan penilaian semula hartanah sebanyak RM 2.7 bilion. Jika tidak kerana penilaian semula ini, 1MDB sepatutnya mencatat kerugian RM 1.8 bilion!
1MDB & Stesen Janakuasa
1. Walaupun 1MDB mencatat keuntungan di atas kertas, tetapi realitinya adalah pembayaran balik “interest” daripada pinjaman dan penjualan bon berbilion bilion ringgit harus dibuat secara tunai. Setelah 3 tahun ditubuhkan, 1MDB masih belum mempunyai perniagaan yang memberikan aliran tunai bulanan yang stabil.
2. Pada tahun 2012, 1MDB mula melabur di dalam sektor pengeluaran tenaga elektrik. 1MDB membeli syarikat Tanjong Energy yang dimiliki Ananda Krishnan pada nilai RM 8.5 bilion dan Genting Sanyen pada nilai RM 2.3 bilion. Pada tahun 2013, 1MDB membeli pula Jimah Energy pada harga RM 1.2 bilion.
3. Aset yang dibeli pada harga RM12 bilion ini diturunkan nilai serta merta ke RM 10.9 bilion oleh juruaudit 1MDB sendiri bagi akaun tahunan 2012–2013 kerana dianggap dibeli lebih dari nilai pasaran.Menurut analisis, aset Genting Sanyen hanyalah bernilai RM 400 juta! Maka tidak terkejutlah laporan tahunan Genting menyatakan penjualan aset tersebut sebagai “keuntungan luarbiasa”. 1MDB pula “rugi” nilai RM 1.1 bilion. Fakta: Perjanjian pembekalan tenaga oleh Genting Sanyen bakal berakhir pada tahun 2016. Melainkan 1MDB yakin boleh meneruskan perjanjian ini, mengapa mereka sanggup membayar begitu banyak?
4. Bagaimana 1MDB membeli aset-aset ini? Dengan aset tanah yang besar sebagai pajakan dan sokongan Kerajaan (sama ada secara rasmi, surat sokongan atau hakikat ianya anak syarikat MOF), 1MDB berjaya menjual bon atau mendapat pinjaman berjumlah RM 20.9 bilion — kebanyakannya dalam matawang dolar Amerika. Jadi 1MDB meminjam RM 20.9 bilion untuk membeli aset yang bernilai RM 10.9 bilion. Pelaburan strategik?
1MDB & Hutang
1. Malangnya pembelian aset-aset janakuasa ini tidak mampu memberikan aliran tunai yang mencukupi untuk membayar semula “interest” kepada pembeli bon dan peminjam yang lain. Situasi ini begitu serius sehingga dilaporkan pada awal 2015 Ananda Krishnan terpaksa memberi pinjaman RM 2 bilion bagi mengelak 1MDB gagal membayar hutang pada tempoh yang ditetapkan.
2. Laporan terkini menyatakan bahawa 1MDB mempunyai liabiliti dalam lingkungan RM 42 bilion, dan harus membuat bayaran “interest” lebih dari RM 1.4 bilion setiap tahun sehingga tahun 2023. Malah, pada tahun ini sahaja 1MDB harus membayar RM 5 bilion kepada peminjam. Kebolehan 1MDB untuk membayar semula peminjam diragui dan dilaporkan bahawa salah sebuah peminjam akan meminta 1MDB melangsaikan hutang lebih awal dari tarikh matang. Sekiranya 1MDB gagal memenuhi permintaan ini, keberangkalian seluruh peminjam 1MDB meminta pulangan wang amat tinggi.
3. Memandangkan 1MDB adalah anak Syarikat MOF, siapakah yang akan tolong membayar semula pinjaman ini? Sudah tentu Kementerian Kewangan. Dari mana datangnya wang Kementerian Kewangan? Ya, dari rakyat la jawapannya.
4. Kerana itu, daripada menjadi pemangkin pelaburan asing, 1MDB mula menjual aset tanahnya. Kontroversi pembelian tanah Tun Razak oleh Tabung Haji pada harga RM 2700 kaki persegi baru-baru ini membangkitkan kemarahan rakyat. Kemudian muncul laporan pelbagai institusi-institusi kerajaan lain seperti Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) juga terlibat dalam usaha penjualan aset oleh 1MDB. Akhirnya, tanah yang dibeli pada harga murah dari Kerajaan, dijual pada harga pasaran kepada institusi Kerajaan sendiri, hanya untuk menampung hutang luar biasa 1MDB.
Kisah Sampingan 1MDB
1. Pada 2012, anak Syarikat 1MDB, SRC International Sdn. Bhd, mendapat pinjaman sebanyak RM 4 bilion daripada KWAP. Sebaik sahaja jumlah ini dikeluarkan, MOF mengambil alih SRC International Sdn. Bhd. Sehingga ke hari ini, belum ada jawapan jelas tentang ke mana perginya pelaburan ini.
2. Dalam tempoh 6 tahun beroperasi, 1MDB telah melalui 3 CEO — Shahrol Hamid (2009–2013), Hazem Rahman (2013–2014) dan terkini Arul Kanda (2014-). 1MDB juga mengejutkan pasaran dengan gagal menyerahkan laporan tahunan kepada SSM selama lebih setahun bagi laporan kewangan Mac 2013.
Epilog
Baru-baru ini kepimpinan negara mengakui bahawa 1MDB membawa risiko besar kepada kewangan negara. Malah, mula diakui bahawa bantuan harus diberikan bagi mengelak 1MDB memberi kesan sistemik terhadap sistem kewangan. Implikasi 1MDB bukan sahaja bersifat kewangan tetapi juga membangkitkan persoalan integriti institusi yang sepatutnya menjaga amanah rakyat.
Apakah peranan seorang individu bernama Jho Low? Kenapakah Dato’ Shahrol Hamid terus meminjamkan wang kepada PetroSaudi? Jika wang tersebut berjaya ditebus secara penuh, di manakah hasil keuntungannya? Mengapa sebuah institusi kewangan milik MOF sendiri tidak yakin untuk melabur dan menyimpan wang di dalam negara? Mengapa Goldman Sachs diberi komisen luar biasa untuk penjualan bon-bon 1MDB? Di manakah Lembaga Pengarah 1MDB? Apakah fungsi Lembaga Penasihat sehingga membolehkan Syarikat milik Kerajaan mengumpul hutang RM 42 bilion dan TIDAK mampu membayarnya?
Mungkin isu 1MDB terlalu teknikal dan kompleks untuk difahami rakyat jelata, tetapi di sebalik angka, bon, murabahah dan lain-lain adalah sebuah kisah mudah.
1MDB bagai anak kecil yang diberi benih oleh orang-orang kampung untuk ditanam di tanah ibu bapanya. Malangnya benih itu diberikan kepada orang lain (mungkin juga dicuri). Takut dimarah oleh orang kampung, anak itu mula meminjam benih dari abangnya, jirannya malah orang asing. Tapi anak itu terlebih meminjam benih sehingga akhirnya terpaksa menjual tanah milik ibu bapanya. Persoalannya di sini salah siapa? Anak itu atau ibu bapanya?

Friday, October 25, 2013

Bajet 2014

Aku bukan haters or fan. If _boosned_ could show how an earth he got his wealth. Legal one ok. Aku janji akan buat anak seramai LAPAN orang dengan beauty on my side. Cemburu dengan kekayaan bossned? Semestinya tidak cuma ragu-ragu. Arwah bapak aku yang dah 21 tahun jadi datuk, aku tak kaya macam bossned pun? haha..

Masa kecik-kecik dulu kalau ada budak macam bagus, akan dilabel bajet. So...Aku nak anugerahkan orang paling bajet 2014 adalah.



Selamat berhujung  minggu semua.

Friday, October 4, 2013

Duit vs Keluarga

Pesen zaman sekarang adalah anak tidak di jaga oleh ibubapa. Why? Kerja. Kerja untuk? Ya mencari duit. Kita belajar pandai-pandai last-last hantar anak kat pengasuh yang Degree Suri rumah sepenuh masa. Bukan nak offend semua pengasuh. Ada yang pengasuh jaga anak orang lain macam anak sendiri tapi sangat susah nak cari ok. Sangatttttt susah nak cari pengasuh macam ni. Ini realiti.


Sejak akhir-akhir ni Zaheen kemain liat nak pergi rumah pengasuh. Nak kena 'rasuah' KFC, pakai stokin kasut cantik dan bermacam lagi. Aku nak je suruh isteri aku berhenti kerja tapiiiiii....Gaji aku sorang setakat ini belum mampu nak tanggung aku sekeluarga. Setiap bulan perbelanjaan lebih dari gaji aku. SAJ, TNB, PTPTN, kereta, rumah, pengasuh, susu, pampers, telefon, unifi dan barang basah/kering.

Aku kalau boleh nak ramai anak sebab nanti meriah rumah.haha. Kadang-kadang anak tak cukup kasih sayang dan termarah sebab penat. Main bubble dengan Zaheen pun dah malam kat car porch. Kesian diri tengok anak tak cukup kasih sayang. Semoga Allah swt tinggi kan lagi tahap kesabaran aku.


Realiti memang menyakitkan. Baru-baru ni aku ada perasaan status FB seorang kawan aku yang dulu kemain sokong kerajaan. Sekarang baru ada anak umur 18 hari sudah mula kutuk pak menteri. Sebelum ni kemain bangkang pembangkang. Dulu duduk kampung je, sekarang dah kerja dan ada anak baru kau rasa perit. Aku yang kerja 5 tahun ni ngam2 je tiap bulan. Bukan tak bersyukur tapi tengok kerajaan beli SATU scanner RM14000. Aku ulang SATU. Tak ke haram jadah tu. Bayar artis korea2 juta-juta untuk persembahan. Laporan audit negara ni pak menteri punya alasan lagi haram jadah. Pistol jatuh laut, sponsor tarik diri di saat akhir dan.....tunggu je kat akhbar penjelasannya yang macam tiada akal.

Thursday, May 9, 2013

Hitam - Membantah Keputusan PRU13? Naahh..Its Black Mentor.

Aku rasa Anwar ni kipas-susah-mati Black Mentor. Sampai terbawa-bawa ke keputusan PRU13.


#LOL

kredit to Doc Arif.

Saturday, April 20, 2013

Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) - BN ke PR?

Kadang-kadang politik ni boleh memutuskan silaturrahim. Nauzubillah. Tadi aku ada borak dengan seorang manager finance. Banyak input aku dapat dari dia ni. Contoh pasal harga minyak dan harga kereta. Kenapa minyak kita mahal walaupun kita pengeluar minyak. Apa yang aku difahamkan minyak kita mahal sebab penggunaan melebihi production. Semua soalan yang aku tanya dia jawab beserta penerangan.

Aku bukan nak bagitahu aku sokong BN atau PR(ecece padahal sokong PR..). Aku hanya nak shared point of view from other perspective. Kalau minyak turun, kita akan tertanya-tanya sustainability. Sampai bila minyak kita akan murah sebab production minyak kita tidak mampu menanggung penggunaan semasa. Ada tak bancian penggunaan petrol di Malaysia serta jadual pengeluaran minyak Malaysia.

Manifesto orang politik ni kadang-kadang macam gampang jugak. Turun harga kereta pulak. PROTON dan PERODUA mungkin akan bangkrup dalam masa beberapa tahun sebab semua orang beli kereta import. Saga aku tu nak dapat spare part mana nanti? Sayang nak jual kereta tu sebab kereta pertama beb. haha.

Faham tidak? haha..kena faham sebab semua perkara connected antara satu sama lain. Jangan cakap tak kosa aku dengan politik. You should know because its all connected in this world. Things depend on each other. It's engineering..tiba-tiba..Lynas tidak merbahaya..bla..bla..kat China banyak kilang macam Lynas..bla..bla..

Tapi aku tak percaya Anwar sebab entah aku punya instinct kata he's not the one. Cakap pasal poltik ni kena ada yang pandai ulas especially yang pakar dengan kewangan di Malaysia ni. CAKAP memang senang. ACTION?

Lepas borak dengan manager tu terus aku tak tahu nak undi mana. haha. Nak undi Dayang macam yakin tak yakin je aku tengok dia ni. Nak undi Azalina..dapat laptop lagi kot..huahuahua..

Selamat mengundi.

p/s - calon Parlimen Pasir Gudang adalah bekas HR kilang aku.

Wednesday, April 17, 2013

Thursday, March 21, 2013

PRU 13

Semakin kerap iklan mengundi keluar di TV dan radio. Banner parti politik pun semakin meriah di kiri kanan jalan. Tapi yang pertama kali mengundi mesti dapat poskad dari PM kita Najib Razak.




Aku dapat tapi tak sempat nak snap gambar. Adik ipar aku dapat siap snap lagi. Tiada apa yang menarik nak post sekarang sebab banyak makan vitamin M.haha. ok bye.

Friday, February 8, 2013

E-Cigar vs Cigar

Sebenarnya aku tak ambil kisah pun pasal e-cigar until malam tadi. Dua orang rakan sekampung aku datang lepak. Dua-dua memang perokok tegar tapi dua-dua dah guna E-Cigar. Ada keluar berita pasal E-Cigar tapi aku memang dah lama tak tengok berita sebab loya bulu ketiak aku dengar cerita politik berat sebelah.


KKM haramkan penjualan E-Cigar ni. Sepatutnya KKM kaji la dulu liquid yang dieorang guna dalam E-Cigar tu instead of simply haramkan. Bagi aku E-Cigar ni altenative lain dari merokok. Enviromental friendly sebab tiada puntung rokok dan bau lebih menyenangkan. Bagi aku isu dalam E-Cigar ni hanya kandungan nikotin dalam liquid tu je.


Kalau dulu rakan aku ni sehari sekotak sekarang seminggu sekotak. See..See..See? Bukan senang nak tendang habit merokok. Dapat kurangkan pun kira pencapaian yang super memberansangkan. Yang hisap rokok 40 batang sehari boleh jadi sebatang sebulan. Yang penting pengawalan kandungan nikotin dalm E-Cigar which KKM mesti ada specialization dalam hal ini.


Kalau tengok dari segi keuntungan kerajaan hasil dari penjualan rokok. Patut la kajian E-Cigar seolah-olah dilewat-lewatkan. haha.

Tuesday, January 1, 2013

Harga Kereta Malaysia Sangat Mahal. Mari Dengar Penjelasan Menteri Berkaitan

Tahukah anda Approved Permit (AP)? Kereta import memerlukan AP untuk masuk Malaysia. Kerajaan sebelum ini pernah berjanji untuk memansuhkan AP pada 2010 tapi di'tangguh' atau should i say dipanjangkan sehingga 2015.


Kalau nak beli kereta import tunggu selepas 2015 atau 2013 kalau PR(jangan mimpi..hidup BN..hidup BN..hidup kroni BN..) memerintah dan mansuh terus. Ramai rakyat Malaysia tidak sedar keadaan ini dan kalau sedar pun tiada apa yang boleh dilakukan.

Eh dah 2013. Malam tadi mesti banyak bunyi mercun serta anak melayu muda hanyut di malam tahun baru Gregorian. Nanti bulan OKTOBER 2013 mesti banyak berita kes buang bayi. Nauzubillah.

Aku sudah bersiap untuk menyambut kelahiran pemain bolasepak Johor FC..eh silap Johor Darul Takzim..eh bukan Johor FA ke?..

Monday, June 11, 2012

G1M

Baru aku tahu G1M bermaksud Gagasan 1Malaysia. Sungguh ketinggalan zaman aku. Ini nombor plat khas. Paling busuk harga RM2000 kena ada untuk dapatkan plat kenderaan ini. Boleh ke laman sesawang di sini.

Thursday, March 22, 2012

Oh Peneroka FELDA



Tujuan Tun A Razak buat Felda ialah utk beri tanah secara sewa beli kpd ORANG MELAYU, ISLAM, MISKIN, TAK BERTANAH sebaik mereka melunaskan Bayaran Kembali (BK) dalam tempoh 20-25 tahun. Dah langsai hutang geran pulak tak keluar. Tanam semula melalui Felda akan memberi hutang baru kpd peneroka. NAK RANTAI PENEROKA SAMPAI KIAMAT KE?

Tipu grading, tipu buah, tipu minyak busuk, tipu minyak isirung. Sepatutnya peneroka Felda semua dah jadi jutawan di Malaysia dgn keluasan 10-12 ekar tanah sorang. UMNO balun cukup2. makan duit haram betul.

Kadar Perahan Grade (KPG / OER) di Ladang & Kilang FELDA Purata 18% & Below = Grade C hampir di semua Tanah Rancangan Felda. KPG 21% & Above = Grade A yg sepatutnya diperolehi oleh peneroka dinafikan. M’sian KPG Average 22%. Beza kalau 3% bermakna peneroka kerugian sbnyk RM50X3 X 112000 = RM16.8 juta/sebulan dirompak drp peneroka. Bil peneroka 112000 kecuali Penang, WP dan Sarawak. 

Minyak busuk/ minyak hitam/ mendapan pula : Setiap kilang ada 1 Kolam Mendap. Setiap minggu 5-6 Lori Dtg Sedut. Jika 1 liter =10 Sen, 1 Kolam = ? Tiada laporan. Tiada Audit! Pendapatan Cecah RM juta/setahun ! Minyak ini banyak di ekspot ke Indonesia utk hasilkan sabun, margerin dsb. PEROMPAK!!!

Setiap tan buah antara (90-100 biji) sekurang2 30 biji buah reject dgn alasan mengkal, muda dll. Buah reject sebenarnya diambil dan diproses juga bukan ditinggalkan diladang. Jika petik buah muda kena denda lagi. Ini cerita buah. memang diperbodohkan habis2 peneroka termasuk keluarga aku.

Dalam tempurung kelapa sawit ada isirung yg mampu menghasilkan minyak yg berkualiti tinggi. Pernahkah peneroka mendapat hasilnya walau sesen? Sapa yg sapu hasil2 semua ni?  

Monday, January 30, 2012

Gula


Semalam akhbar di Utusan menyatakan kerajaan tidak akan menaikkan harga gula walaupun harga pasaran gula dunia semakin meningkat. Lihat graf di bawah.


Kita lihat timeline peningkatan harga gula di Malaysia.
  1. 1 Januari 2010 : RM1.65 sekilo (Harga gula meningkat 20 sen)
  2. 16 Julai 2010 : RM1.85 (Harga gula meningkat 20 sen)
  3. 4 Disember 2010 : RM2.05 (Harga gula meningkat 20 sen - menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM283.5 juta)
  4. 10 Mei 2011 : RM2.30 (Harga gula meningkat 25 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM116.6 juta)
Sama macam harga minyak, dah naik tak reti nak turun.Soalan sekarang, celah Bedah mana Sabri Ismail Yaakob nampak peningkatan harga gula di pasaran dunia?

Thursday, December 22, 2011

Aku Bantah Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dalam Bursa Malaysia

Baru-baru ini mak aku ada dengar taklimat berkenaan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dalam Bursa Malaysia. Sebagai anak yang lahir di Felda, aku membantah keras usaha ini. Ini berkait rapat dengan hala tuju dan masa depan orang FELDA.


Apa yang membuatkan aku membantah? Untuk tahun kebelakangan ini, dividen Koperasi Permodalan Felda adalah 10% ke atas. Selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dalam Bursa Malaysia, dividen akan berkurangan dek pengambilan sebahagian saham yang di pegang oleh generasi pertama dan kedua FELDA.

Nilai dividen yang mungkin akan diperoleh adalah +-3.5%. Banyak perkara yang tidak didedahkan kepada umum. Dalam berita bukan main gebang meletakkan FELDA di mata dunia dengan penyenaraian di Bursa Malaysia. Menarik pelabur.bla...bla...bla... Kenapa susah-susah letak FELDA di mata dunia? Kalau sudah terang lagi bersuluh FELDA itu bagus, mesti la spotlight akan automatik terhala sendiri kepada FELDA.

Dengan Isa Samad tiba-tiba berkuasa dan Dzulkifli tiba-tiba dicutikan. Tidak ke pelik? Aku nak je called Datuk Dzulkifli tu untuk tanya keadaan sebenar sebab aku kawan dengan anak beliau. Beliau seorang yang baik jauh beza dengan Isa Samad yang dikelilingi oleh kontroversi(rasuah ketika jadi MB Negeri Sembilan). Dato' Sabri pula memang sudah terang lagi bersuluh terlibat dalam isu kerugian RM120 juta Golden Hope Plantation Berhad(tersenarai dalam Bursa Malaysia kemudian dirugikan oleh Sabri Ahmad RM120 juta).


p/s: FELDA adalah lubuk duit kedua selepas PETRONAS.

Tuesday, December 20, 2011

Filem Pendek Menjawab 'Penjelasan" Hudud oleh Sembang Rakyat

Klip pertama dan kedua adalah sembang rakyat. Klip yang terakhir menjawab 'penjelasan' Sembang Rakyat.





Thursday, December 15, 2011

Tarif Air Seluruh Negeri di Malaysia 2011 || Johor Paling Mahal

Tahniah untuk rakyat Johor. Jual air dengan Singapura punya la murah, jual air dengan rakyat sendiri mahal namapus. Mungkin orang ramai anggap perkara ini picisan tapi kenapa jual air dengan Singapura dengan harga murah?
Tarif air seluruh negeri di Malaysia 2010
Johor 'fix deposit' undi tu dalam pilihanraya. Kalau kawasan parlimen Pengerang tu dah berzaman orang tidak keluar undi sebab menang automatik. Tarif air di Johor pada 2011 meningkat kepada RM1.05 per meter padu berbanding pada tahun 2010 iaitu RM0.93. Aku pun tidak dengar khabar berita tentang kenaikan tarif air di Johor sehingga la kini. Adakah aku out-of-date? Mungkin ya mungkin tidak.

Aku harap PRU kali ini, rakyat Johor sedar dan cuba beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah. Kalau ramai tidak berpuas hati boleh tukar kepada pemerintah lain pada PRU akan datang. Dulu ketika arwah nyai dan yai' aku masih hidup, kalau balik kampung mesti pakcik-pakcik aku borak politik. Senario politik Johor dan Lembah Klang bertelagah..sekarang baru patik faham.
Tarif air seluruh negeri di Malaysia 2011

Sumber dari sini(2010) dan sini(2011).

Friday, December 9, 2011

Panik - Bunk Face || Di Gam RTM

Ketinggalan zaman aku ni. Baru tahu lagu ni di gam oleh RTM atas alasan yang aku pun tidak tahu.


Mungkin sebab lirik. Sila amati lirik lagu Panik ini.

Mereka mengatakan dunia
Penuduhan membabi buta
Sebalik sentiasa ada makna
Konspirasinya

Kini aku diperhati
Kanan kiri diawasi
Ancaman mereka tiada henti

Aku hadapi
Biarkan ku pergi juang
Bertetangan terus dan mati
Satu dunia cinta bersedia

Biarkan ku pergi juang
Rasa yang kita idamankan
Satu dunia sudah bersedia

Sudah bersedia
Reformasi mana sakti
Sini semua beraksi
Ancaman mereka tiada makna

Kini aku dipenuhi
Bayang dipancari benci
Ancaman mereka tiada henti

Aku selami
Biarkan ku pergi juang
Berkorban dan terus mati
Satu dunia sudah bersedia

Biarkan ku pergi juang
Rasanya kita ditemankan
Satu dunia sudah bersedia
Ku selalu berasingan jauh

Dan ku biarkan mulut celakamu
Kan ku tunggu tunggu *
Ditentukan padaku padamu
Pada mereka yang setuju
Biarkan ku pergi juang

Berkorban dan terus mati
Satu dunia sudah bersedia
Biarkan ku pergi juang
Rasanya kita ditemankan
Satu dunia sudah bersedia

Saturday, October 29, 2011

Kenapa Final Piala Malaysia di Shah Alam dan tiket RM50

Menurut laporan audit negara 2010, bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil sudah tamat tempoh warranty. Pasal harga tiket tu rujuk gambar di bawah.kahkahkah..

Tuesday, October 4, 2011

Persaraan Swasta


“Bermakna usia persaraan akan dilanjutkan daripada 55 tahun pada masa sekarang kepada 60 tahun dan seseorang pekerja masih berupaya dan diperlukan, dia boleh terus bekerja selama empat tahun lagi,” kata Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor seperti yang dipetik dari The Malaysian Insider.

Kerja sampai umur 60 tahun?!..Larat tak larat je la. Nak tahu sebab apa tempoh persaraan swasta ni di panjangkan?

Tahukah anda kebanyakkan yang hampir bersara gaji bulanan agak besar dan secara tidak langsung caruman pun agak besar juga la. Jumlah yang dapat 'manfaat' ini adalah hampir enam juta. Graduan semakin ramai menganggur. Makin kaya la KWSP, nak simpan punya la senang. Nak keluarkan, ya ampun. Macam minta sedekah pun ada padahal itu duit kita. Pilihan raya semakin hampir. Ini adalah salah satu cara mudah kerajaan untuk mendapatkan duit untuk menjanakan pilihanraya. MUNGKIN ya MUNGKIN tidak.

p/s: kilang aku dapat bonus minggu depan tapi...............aku NOT ENTITLED walaupun aku dah confirm!!!!!!!.. pffttttt..

Monday, October 3, 2011

Lawak Isnin

Siapa tengok berita TV3 semalam? Aku tak tengok.haha. Layan Speed Racer di TV5 lagi layan. Aku jumpa berita ini dari milosuam. Pasal orang PAS masuk UMNO.

Berdasarkan interview, remaja Penaga ini kecewa permintaannya untuk mendapatkan jalan mini tar, membaik pulih rumah, bantuan perubatan ibu yang sakit gagal diperolehi. Sebab itu beliau join UMNO.

Lihat rakaman di bawah.



Umum mengetahui Kepala Batas adalah kubu kuat Umno. Ahli Parlimennya ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi. Malah DUN Penaga adalah kawasan Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim seorang ADUN dari Umno.

Mangkok hayun yang didakwa sebagai Remaja Penaga oleh TV3 ini meminta bantuan dari ADUN Umno, Datuk Azhar Ibrahim dan gagal ditunaikan, maka dia pun keluar PAS masuk Umno.