Biasanya orang dah kahwin ni perut akan 'maju' ke hadapan. Tapi aku alhamdulillah dah masuk empat tahun kahwin perut masih maintain.LOL. Tips yang aku berikan ini hanya berkesan kepada mereka yang mempunyai anak atau ada anak sedara/adik yang masih kecil pun boleh.
Bersediakah anda? Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan makan makanan sihat. Supplement juga perlu untuk memastikan badan mendapat nutrien yang secukupnya. Aku pun sudah mula makan supplement macam zink kompleks, vitamin B kompleks serta lain-lain.
Dikesempatan ini aku nak promote Shaklee isteri terchenta aku.haha. Sebelum makan supplement Shaklee badan memang rasa lemau je lebih-lebih lagi lepas anak dah dua ni. Kelakian pun hujung minggu je. Tapi lepas makan supplement, balik kerja pun badan masih mampu meneruskan membuat kerja-kerja rumah. Eh aku buat kerja rumah? Isteri kerja shift petang, balik maghrib. Shift la sangat.haha. Aku ni bukan jenis yang suka makan supplement. Tapi demi memastikan anak dan rumah terurus kena la makan.
Okay. Tips yang terakhir adalah...Bersedia.........Biarkan anak anda tidur di perut anda di waktu malam.haha..Paling tidak pun kepala anak di perut. Isteri pun boleh tapi weight distribution kat perut tak sekata serta saiz tidak memenuhi ruang perut dan kalau isteri yang tidur atas perut lain jadinya esok pagi.
dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Showing posts with label ketipsan. Show all posts
Showing posts with label ketipsan. Show all posts
Thursday, May 2, 2013
Monday, March 19, 2012
Jeritan Zahir
Masa balik dari Segamat semalam hampir kemalangan dua kali. Yang pertama anjing melintas jalan. Yang kedua kereta di kiri tiba-tiba menukar ke lane kanan ketika aku cuba memotong kereta itu dalam double lane sebab nak elak jalan tak elok.
Projek IP phone sudah nak start. Bantai OT sampai gaji 10k la lepas ni.haha..Cepat betul aku tukar topik. Ya ini perlu sebab cara ini adalah salah satu cara berkesan untuk mengelak perang mulut suami isteri. Faham?!..haha..
Sebenarnya tiada apa nak cuba aku sampaikan hari ini. Buffered earning tengah banyak so post je la.haha.. Akhir sekali untuk tatapan bersama. Netbook yang emak aku dapat free kemudian kasi pada aku. Windows 7 Pro tu. Terus sayang aku nak down-grade jadi Windows XP. Tapi aku dah 'hadiah'kan Netbook ni pada isteri terchenta sebab laptop Acer 9 tahun dah almost barai.

diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:11 AM
Thursday, January 19, 2012
Tips Masuk Rumah Baru
Aku nak share tips untuk mereka yang baru beli rumah baru.
- Tiles perlu diketuk untuk memastikan ia disimen dengan penuh.
- Banjirkan bilik air (hingga paras buku lali)anda especially rumah dua tingkat. In case ada leaking.
- Periksa lubang exit air setiap bilik air. Kalau boleh guna lampu suluh untuk memastikan tiada batu-batu menghalang laluan air.
- Mark dengan pelekat setiap defect pada rumah.
- Cuba bandingkan luas rumah contoh dengan rumah anda. Kadang-kadang pemaju ni barua sikit. Luas rumah contoh ni dieorang kasi luas sikit so korang akan rasa berbaloi dengan keluasan rumah and then masa masuk rumah sendiri rasa macam kecik pulak. AWAS.
- tambah sendiri..LOL
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
10:43 AM
Thursday, November 17, 2011
Bubur Nasi Untuk Bayi..Terbaikkkk
Setelah setahun dua bulan satu hari bergelar abah. Aku nak share tentang resepi aku buat bubur untuk anak aku. Tiada yang special pun. haha..Mungkin ada sedikit. Tips yang aku nak share adalah untuk memastikan bubur nasi yang di buat itu macam cair di mulut ketika makan. chewaahh..
Rahsianya adalah...biarkan beras di rendam untuk 15-20 minit selepas di basuh. Actually banyak try and error aku buat untuk bubur zaheen. Kadang-kadang bubur terjadi nasi. Tapi setelah 3-4 kali percubaan, berjaya menghasilkan bubur yang lembut. Api juga kena kecil ye tuan-tuan dan puan-puan. Jangan lupa tambah sayur-mayur serta ayam/ikan bilis.
Aku nak cerita pasal rumah pulak. Semalam pertama kali masuk rumah baru untuk check defect. Rasa macam tidak puas hati sebab hasil kerja tidak kemas. Plaster main calit-calit. Tingkap ada yang susah nak ditutup. Ya manusia memang tidak pernah puas tetapi ini hak pengguna. Hasil kerja tidak memuaskan. Nama pemaju bukan main gah, QA/QC tidak buat kerja ke?. Hari ini nak sambung check defect siap bawa camera. Nampak gaya tahun depan baru pindah rumah baru. Aduan ke pemaju akan dibuat. Ingat nak check syiling tapi tangga pulak takde.
p/s: altenatif selain bubur nasi adalah Hulled millet atau lebih dikenali sebagai sekoi. aku ingat sekoi ni makanan burung je.haha..

8:28 AM
kategori
kerumahan,
ketidakpuashatian,
ketipsan,
zaheen
Thursday, June 16, 2011
Pakej iPhone 4 : Celcom - DiGi - Maxis
Semalam pergi Kipmart ternampak flyers Celcom pasal iPhone 4. Agak menarik la sebab aku ada memasang cita-cita nak pakai iPhone 4. Tapi by the time aku dah beli iPhone 4 mungkin dah keluar iPhone X.haha..
Mari kita bincang pasal pakej iPhone 4 yang ditawarkan oleh Celcom. Semalam aku sempat tanya macam mana nak tukar Celcom Exec 50 kepada pelan iPhone 4. Aku kena pergi Celcom Center dulu, lepas itu baru boleh buat langkah seterusnya.
Upfront payment tu macam deposit. Dalam jangka masa 5 bulan kita tidak perlu bayar penuh RM98 sebab sudah bayar upfront payment tu. Ada faham? Mari mengira, kalau aku ambil pakej paling murah iaitu Celcom Exec i98 kontrak 24 bulan. RM1438 (iPhone 4 16GB) + 24xRM98 = RM3500.
Cerita pasal DiGi. Sebenarnya ada dua cara iaitu secara installment atau cash/kredit kad. Aku nak review cash sebab aku suka bawa cash ramai-ramai.haha.
Jumlah untuk DiGi RM2090 (iPhone 4 16GB) + 24xRM58 = RM3482. Celcom mahal RM18 berbanding DiGi. Celcom lebih 1GB data manakala DiGi lebih 100 minit masa berbual. Pendapat aku la, better lebih data dari masa berbual sebab tujuan utama iPhone 4 dicipta bukan untuk berbual. Sila setuju. Apa?!..Maxis?..Tunggu-tunggu..Tapi yang cilake, untuk Celcom pengguna MNP macam aku layak untuk 12 bulan sahaja. Macam barua sangat je aku ni mentang-mentang nombor mula dengan 012. MNP pun tak tahu? Ala nombor 012 tapi guna line Celcom vice versa.
Maxis pula aku memang tak rekemen walaupun aku ex-Maxis. jangan leceh mari kira. RM1590 (iPhone 4 16GB) + 24xRM100 = RM3990. Beza dengan DiGi RM508. Banyak tu!!...Dah la MMS mahal 5 sen berbanding Celcom dan DiGi. Like i said, masa berbual tu aku tolak tepi..Aku rasa lebih ramai orang suka explore iPhone 4 ni dari poyo-poyo borak guna iPhone 4. Sekali tanya pasal application iPhone 4 ZERO. Malu je.haha..Kalau macam tu baik pakai Nokia RH-112 macam aku ni.
Nama manja phone aku BlackBerry. So better angkat DiGi atau Celcom.
p/s: gaya aku macam nak beli iPhone 4 tak?
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:10 AM
kategori
iPhone 4,
kekemaskinian,
ketipsan
Friday, December 24, 2010
Cermin Satu Hala - Cermin Dua Hala
Aku nak cerita pasal cermin sebelum berhujung minggu. Ayah aku emel, malam tadi. Kebetulan ayah aku ada kerja di TNB Kulai, bermalam di rumah aku dengan sambil lepas rindu kat cucu sulung. Malam tadi dah macam siber kafe. Aku dengan laptop aku, adek dan ayah masing-masing mengadap laptop masing-masing. Bini aku lak ngadap anak..kahkahkah..
Ok sambung balik pasal cermin. Ini amat berguna terutamanya untuk kaum hawa. Ada dua jenis cermin iaitu sehala dan dua hala. Cermin sehala adalah cermin biasa yang biasa kita guna. Cermin dua hala adalah cermin macam dalam cerita-cerita Hollywood tu masa interrogation. Pesalah yang di interrogate nampak cermin dan di sebalik cermin tu ada Horatio.
Ada cara untuk mengetahui cermin dua hala. Anda perlu melakukan ujian jari. Sila rujuk gambar di bawah.
Jika anda perasan gambar yang pertama, refleksi jari anda dengan jari asli anda ada jarak sedikit. Jika ada jarak ini bermakna ia adalah cermin sehala which is safe.
Gambar kedua pula tiada jarak antara jari asli dan jari refleksi. Jika tiada jarak ini adalah cermin dua hala dan sila jangan menukar pakaian anda di situ. Mungkin ada pihak tidak bertanggungjawab merakam susuk tubuh badan anda lalu menggunakannya sebagai peras ugut. Kalau nak pecahkan cermin tu boleh jugak, mana tahu malaun tu sedang syok merakam.
Motto dia adalah...No space, leave the place.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
11:35 AM
kategori
cermin dua hala,
cermin sehala,
ketipsan
Tuesday, November 23, 2010
YES : Internet Bergerak Berkelajuan 4G
Seperti yang telah dijanjikan aku akan cerita pasal Yes ni. Seperti gambar di atas, itu adalah bayaran yang dikenakan. Harga pengaktifan adalah RM50 dan minimum kredit adalah RM10. Nampak macam murah?
Seperti awal-awal keluaran broadband Celcom, Maxis atau DiGi alatan penerimaan signal memerlukan device. Ada dua jenis alat penerimaan signal 4G oleh Yes iaitu Huddle dan Go. Huddle yang bermula dengan harga RM399 manakala Go pada harga RM99. Mungkin tidak lama lagi akan dapat free ketika baru mendaftar. Kita tunggu dan lihat.
Kredit Yes boleh di 'topup' secara online so tidak perlu bersusah payah mencari ejen 'topup'. Promosi sekarang adalah RM99 (Go percuma + RM100 Yes kredit (RM10 x 10 months) + YESLife percuma + YESMail percuma). RM1199 (Huddle percuma + RM1199 YES kredit, jimat RM400 YESLife percuma + YESMail percuma). Semakin banyak bandwidth diguna, semakin kurang anda bayar. Jangan sesekali terfikir sampai boleh jadi percuma. Ada faham?!.
Percuma semua?!..Percuma tu nak sedapkan promosi. Tandas pun bayar tau 20sen. Sekarang trafik dalam sesawang Yes ni sangat la jem jadi anda dinasihatkan supaya tengok di Facebook je. Sebelum daftar pastikan kawasan anda ada coverage. Kawasan aku sudah pasti tiada sebab aku duduk kat bandar dinosaur. Mana tidaknya, masuk je perumahan aku korang akan disambut replika dinosaur.
Aku rasa ini sahaja. Chief programmer ada kerja mahu buat. kahkahkah..

Spesifikasi Go
- USB yang fleksibel boleh dilipat sehingga 270°
- 2 penunjuk LED
Spesifikasi Huddle
- saiz sebesar tapak tangan
- bateri lebih tahan lebih 25% berbanding portable router lain. Di caj ketika bersambung dengan komputer
- plug & play
- boleh berkongsi sehingga empat orang dalam sesuatu masa.
Kredit Yes boleh di 'topup' secara online so tidak perlu bersusah payah mencari ejen 'topup'. Promosi sekarang adalah RM99 (Go percuma + RM100 Yes kredit (RM10 x 10 months) + YESLife percuma + YESMail percuma). RM1199 (Huddle percuma + RM1199 YES kredit, jimat RM400 YESLife percuma + YESMail percuma). Semakin banyak bandwidth diguna, semakin kurang anda bayar. Jangan sesekali terfikir sampai boleh jadi percuma. Ada faham?!.
Percuma semua?!..Percuma tu nak sedapkan promosi. Tandas pun bayar tau 20sen. Sekarang trafik dalam sesawang Yes ni sangat la jem jadi anda dinasihatkan supaya tengok di Facebook je. Sebelum daftar pastikan kawasan anda ada coverage. Kawasan aku sudah pasti tiada sebab aku duduk kat bandar dinosaur. Mana tidaknya, masuk je perumahan aku korang akan disambut replika dinosaur.
Aku rasa ini sahaja. Chief programmer ada kerja mahu buat. kahkahkah..
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
12:03 PM
Tuesday, November 16, 2010
Intel Core i3 lawan i5 lawan i7
Mari kita bercakap bahan ilmiah. Asik merapu pasal politik, anak serta sukan. Mari kita mengisi ilmu IT agar kita tidak ketinggalan zaman. Kepada mereka yang nak beli komputer di luar sana, sila baca spesifikasi komputer yang anda bakal beli. Jangan beli spec yang melampau macam RAM sampai 6GB, hardisk sampai 1TB dan processor laju macam kereta Sebastian Vettel tapi guna untuk buka Microsoft Office serta Firefox atau Internet Explorer.
Kalau duit bukan masalah anda, lantak korang tetapi untuk golongan pendapatan pertengahan yang cukup-cukup makan untuk hidup macam aku, Value Buy adalah sangat perlu. Contoh aku beli kereta yang boleh memecut sampai menyamai kelajuan cahaya tetapi limit kelajuan paling maksimum kat Malaysia 110 km/j. Dapat grab tak apa yang aku cuba sampaikan?.......Bagus. Mari kita mulakan.
Spesifikasi Teknikal
Kita mulakan dengan pemproses i3. Dilancarkan pada Januari 2010 dan terbahagi kepada tiga jenis iaitu i3-530, i3-540 dan i3-550. Kelajuan di antara 2933 MHz ke 3200 MHz. Ketiga-tiga pemproses ini mempunyai 2x256 KB L2 cache, 4MB L3 smart cache dengan DMI (direct media interface) bus dan sesuai dengan LGA 1156 socket. Ketiga-tiga processor mempunyai dua teras(core) dan integrated GPU (Graphic Processing Unit) dan berteraskan 32 nm architecture yang membolehkan lebih banyak transistor dimuatkan dalam cip berbanding 45 nm architecture.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
3:10 PM
Monday, October 25, 2010
Tips dari abah newbie
- Bayi yang baru lahir tu lebih afdal masa dimandikan tidak menggunakan sabun atau guna sabun "Tak pedihkan mata".
- Jangan biarkan bayi lama-lama dalam air ketika mandi kerana boleh menyebabkan selsema atau kembung.
- Pusat bayi tidak perlu letak bedak antiseptik ke Dettol ke. Cukup dibersihkan dengan spirit yang hospital bekalkan.
- Pusat anak aku sudah tanggal pada hari kelapan - ok ini tiada kena mengena dengan tips newbie.
- Masa mandi tu rajin-rajin geletek tapak kaki bayi. Ia meransang otak bayi.
- Bayi akan merengek jika berada dalam keadaan tidak selesa(pampes sudah penuh atau poop atau kembung perut..aku sudah tukar pampes anak aku..sunbath sudah..waterbath je belum) dan lapar mahu susu cap gantung.
- aku dah tidak tau nak post apa kat blog ni..haha..sekian.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
10:30 AM
Wednesday, September 1, 2010
Simpan Uri dan tali pusat?
Kelmarin aku ada jumpa doktor pakar dengan mak buyung aku. Mak buyung aku merupakan pembawa talasemia tetapi aku suci dari talasemia.haha..ok tidak kelakar. Doktor pakar terus cakap pasal stem cell. Aku bab-bab BIOLOGI memang F- sebab aku ambil PRINSIP AKAUN masa SPM. Doktor pakar tu cakap jikalau ditakdirkan yang anak aku berkahwin dengan penghidap talasemia atau pembawa talasemia, stem cell ni dapat membantu.
OK pening sekarang. Doktor pakar tu terus cakap nanti ambil pamplet pasal stem cell ni kat Hospital Penawar. Jadi tadi aku ada ambil pamplet tu dan belek-belek secara melepaskan batuk di tangga. Stem cell ni mampu mengubati macam-macam penyakit. Malaysia setakat ni ada dua syarikat(StemLife dan CryoCord) yang menawarkan penyimpanan uri serta tali pusat serta ntah apa lagi ntah yang di luar pemikiran PRINSIP AKAUN aku.
Menarik bukan?!..Sheila Majid dan Sofia Jane pun terjerumus ke kancah simpan uri tau. Mereka simpan kat StemLife. UAE pun mempunyai BANK darah tali pusat yang di biayai oleh kerajaan..aku ulang kerajaan. Setahu aku orang melayu biasanya akan basuh uri dan tanam. Penanggal mesti suka lepak kat StemLife dan CryoCord, tidak perlu susah-susah...haha..OK tidak seram. Harga pulak aku tidak pasti sebab masih dalam kajian.
Apa-apa hal pasal perkara ini aku akan kemaskini.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
4:15 PM
kategori
kekahwinan,
kekemaskinian,
ketipsan,
rumahtangga
Friday, August 13, 2010
Tukar Semua Fail Kepada PDF
Penggunaan fail PDF semakin meluas sekarang berbanding pada 1992 iaitu pada zaman ia diperkenalkan. Apa yang menarik dengan fail PDF? PDF adalah singkatan untuk Portable Document Format. Pejabat tanpa kertas, ini adalah impian ketika PDF mula-mula digunakan. Founder Adobe, John Warnock menulis: ‘Bayangkan...mampu menghantar dokumen yang penuh dengan gambar serta tulisan dengan hanya menggunakan emel. Dokumen boleh dipaparkan di mana-mana media elektronik serta dicetak. Kemampuan ini akan mengubah cara pengurusan maklumat.’
Aku memang gagal bab-bab sejarah ni. Untuk tidak membuang masa yang di anggap seperti emas, mari aku ajar kalian cara mudah serta percuma untuk convert apa-apa jenis fail kepada PDF. Adobe ni ada macam-macam produk. Adobe Acrobat ni guna dia untuk PDF. Harga Adobe Acrobat ni USD699(yang paling mahal). Mana nak cekau duit banyak tu?!..Adsense?..Nuffnang?!..Affiliate?!..Tepuk keyboard, cek berapa pendapatan korang.
Sambung balik bagaimana menukar semua jenis fail kepada PDF. Mula-mula muat turun software kat SINI. Ikut arahan yang telah diberikan untuk meng'install' software yang telah diberikan. Selasai meng'install', sila ke Start -> Printers & Faxes. Pastikan ada printer CutePDF Writer sepeti di bawah.
Aku beri contoh tukar dari Notepad kepada PDF. Sila lihat gambar dibawah.
Mudah bukan?!..Langkah adalah sama untuk semua jenis fail ok.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:35 AM
kategori
ketipsan,
pendidikan
Friday, July 30, 2010
Kira Cukai Pendapatan
Aku dah kerja dua tahun. Dalam dua tahun tu sudah tukar kerja dua kali. Alhamdulillah rezeki aku dapat balik Johor. Macam-macam pengalaman aku dapat. Yang paling lawak adalah masa kat USIM. Aku kena setup Colubris(wireless). Aku panjat bumbung lab fakulti sains USIM dengan pakai baju orang pergi pejabat. Actually aku dibantu dua orang juruteknik tetapi dieorang ni saiz badan lagi besar dari aku. Jadi aku yang paling sesuai panjat.
Pulak masa aku tengah panjat macam Spiderman tu bas USIM yang bawa mahasiswa mahasiswi lalu depan aku. Jatuh saham aku yang pakai baju pejabat ni.haha..Tapi pengalaman mematangkan kita. Cakap pasal cukai ni mesti mereka yang lama bekerja akan mengeluh. Aku pun tahu sikit-sikit je. So aku nak share sikit pasal cukai pendapatan ni secara kasar.
Contoh pendapatan aku setahun RM100000(pergh..tak nak banyak pulak). LHDN tetapkan yang tahun ini yang siapa berpendapatan setahun tidak melebihi RM20000 tidak dikenakan cukai. Jadi pendapatan aku setahun - RM20000 = RM80000. Kemudian LHDN akan tetapkan la jumlah peratus cukai akan dikenakan. Misal kata LHDN tetapkan 11%. 11% dari RM80000 = RM8800(jumlah yang aku kena bayar).
Tapi kita ada cara untuk mengurangkan lebihan RM80000. Contoh aku kan baru kahwin. Automatik tolak RM2000(tidak silap aku la). Sekarang RM80000 - RM2000 = RM72000. 11% dari RM72000 =RM7920. Ada banyak lagi yang boleh ditolak seperti majalah, peralatan sukan(tidak termasuk kasut).
Nasihat aku, simpan segala resit-resit korang. Just in case.
p/s: Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
11:01 AM
kategori
kekemaskinian,
ketipsan,
sukasuka
Thursday, June 3, 2010
Buka semua link anda dalam tetingkap/tab baru
Risau akan pelawat blog atau website anda meninggalkan blog atau website anda bila pelawat klik pada link lain?
Sudah tiba masanya kerisauan anda hilang di saat anda membaca entri aku pada kali ini.
Ini adalah contoh bagi pengguna blogspot. Same goes to all website. Anda hanya perlu tambahkan coding selepas tag head dalam gambar kedua yang telah di highlight dengan warna biru. Jika anda melihat selain warna biru pasti kedua biji mata anda perlu rawatan segera.
klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas. Letak coding di bawah betul-betul selepas tag head. Coding di bawah ini adalah sama dalam gambar di atas yang telah di highlight kan biru.
Selamat mencuba.
p/s: Reebok Valde II Pro sudah sampai di tangan adik ipar aku kat Bristol. Bulan depan akan tersarung kemas Reebok Valde II Pro di kaki aku.suka...suka..suka..

10:00 AM
kategori
kebolasepakan,
ketipsan
Subscribe to:
Posts (Atom)