Tuesday, December 31, 2013

Cara Menyah-pasang ACER Aspire One D270

Memang wow tatabahasa untuk tajuk kali ini. Menyah-pasang?!!..Pertama nya aku nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dengan bantuan netbook 1Malaysia ni kepada warga FELDA. Mak aku yang 'hadiah' kan kepada aku pada tahun 2012. haha..Orang kuat UMNO boleh dapat dua tiga biji netbook ni. Tapi masih tidak diketahui nasib netbook-netbook yang diedarkan ini.

Alhamdulillah yang mak aku hadiahkan pada aku masih bernyawa cuma keyboard bermasalah. Sudah order spare part keyboard yang berharga RM70 termasuk penghantaran. Aku usha harga kat ACER Kip Home Mart. Siap tanya mana netbook nya sebab dia nak tengok. Aku cakap aku nak pasang sendiri. Padahal aku dah beritahu model apa. Sekali tanya harga RM150 terus aku cakap okay dan berlalu pergi sambil berkata di dalam hati baik aku beli online jimat RM80.

Sudah melalut. Mari kembali ke topik asal. Cara menyah-pasang ACER Aspire One D270:

- Umpil keyboard anda. Umpil dari bahagian atas menggunakan skru-driver mata pipih.
- Cari perkataan door dan di situ mesti ada skru berdekatan dengannya. Nyah-skru.haha..jangan gelak.
- Ada bahagian Door yang menunjukkan anak panah yang tidak mempunyai skru. Tekan perlahan-lahan.

Selesai. Tidak faham? Lihat video di bawah.



p/s: netbook hanya boleh support maximum 2GB RAM. AOD270 boleh upgrade ke SSD hard disk. Ada rezeki lebih boleh upgrade netbook ni inshallah.


Monday, December 30, 2013

Tidur Di Tengah Jalan Raya

Tadi balik dari stock take (chewah macam orang finance pulak), di lampu isyarat sebelum Panasonic jumpa orang 'tidur' siap pakai selimut tengah jalan. Ada 'air liur' basi sekali. Budak sekolah kot sebab nampak kat motor dia tersangkut rapi beg sekolah baru.

Dah dua kali jumpa orang tidur di tengah jalan. Sebelum ni selimut guna zink je. Semoga Allah swt melindungi aku masa menunggang motosikal. Amin.

Tuesday, December 24, 2013

Alahai Anak

Pagi tadi cubaan Zaheen hantar pergi nurseri since lepas ni lepas pergi sekolah terus masuk nurseri. Meraung macam kena dera. Alahai anak. Semalam Zaheen siap cakap suruh ibu duduk rumah dengan Zaheen.

Meruntun jiwa betul la. Tadi pun masa merempit lepas hantar Zaheen macam sebak je. hmmm...Mungkin sebab cuti sekolah, Zaheen macam dah fully attach dengan ibu dia. Semoga Zaheen tabah ye nak.

Monday, December 23, 2013

Thursday, December 19, 2013

Report Polis

Aku suka post gelagat orang dalam blog ni. Ini panas lagi, di tambah panas lagi mamat ni adalah bekas suami orang yang aku pernah ada crush dulu. kah. Aku perasan mamat ni masa kat tepi pantai lagi. So aku pun gosip sebentar dengan isteri aku lantas cubitan manja hinggap di lengan. kah.

Nak di jadikan cerita lepas mandi kat tepi laut, masa on the way balik bilik nampak swimming pool. Zaheen pantang, terus nak masuk. Actually kena pakai wristband water-theme park. Nak di jadikan cerita mamat ni ada dalam 3 kaki dari aku masa dalam kolam untuk kanak-kanak tengah layan anak dia. Sekali ada staff hotel tu datang kat mamat ni tanya mana wristband.

Apa lagi, mamat ni mengamuk cakap yang dia ada wristband tu. Isteri dia tengah ambil. Dia dah pergi kaunter cakap pasal ni dan dia boleh masuk dalam pool tu dulu. Bagi aku perkara ni super simple dan boleh selesai secara bertamadun. Tidak perlu tinggi suara. Suara staff hotel tu pun aku sayup-sayup dengar, mamat ni punya suara satu pool dengar.



Aku act as a hero? Tak payah, ini mamat or should i say orang tua sangat berlagak. Antara ayat yang aku troll adalah. Orang tua ni suruh staff hotel to buat report polis yang dia tak pakai wristband. Haha..Lepas tu panggil staff hotel tu mangkuk dan kanina. Dia punya berlagak sampai cakap, ko tak kenal aku siapa.

Dari situ kami suami isteri membuat kesimpulan, no wonder aku punya crush tu berpisah dengan dia. The best part adalah, lepas isteri tu sampai ambil wristband isteri dia pulak kena marah sebab bawa wristband satu je. Nasib anak dia pun tak kena marah. Aku juga nampak si anak macam tanya kenapa kat orang tua ni, dia boleh cakap itu orang bodoh.

Aku bukan nak kutuk ke apa tapi sikap orang tua ni macam bajet dia besar sangat dan mulut macam longkang. Sampai sekarang agak aku tak puas hati dengan isteri aku, aku cakap aku nak buat report polis. haha..

Okay nak mimpi tidur buat report polis.

Tuesday, December 17, 2013

Kalau Tol Naik..Munafik tak?

Ikut rentak lagu 'Kalau Aku Kaya'. Jangan guna jalan yang ada tol, faham?


Monday, December 2, 2013

Jadual Servis Proton SAGA BLM

Dah lama aku servis luar kereta BLM. Beza harga barang agak besar. So automatik void warranty. Nampak permainan di situ?

Tahun pertama, kedua dan ketiga aku servis kat servis center proton. Tahun ketiga tu aku servis sekali je kat PROTON lepas tu cuba servis luar. Bengkel dan kedai spare part pun dekat dengan rumah. Barang beli kat kedai spare part pastu pergi bengkel servis. Tak payah nak tunggu lama-lama macam kat servis center.


Kalau nak tengok jadual serta harga servis ikut PROTON...

Thursday, November 21, 2013

Al-Fatihah Ahmad Ammar

Merupakan bulan birthday isteri terchenta. Tapi aku nak tekankan perkara lain. Aku tidak kenal siapa Ahmad Ammar sehinggalah hari minggu ini. Disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan. Ini perkuburan 'high class' yang menempatkan sahabat nabi, auliya' serta panglima uthmaniyah.



Beliau syahid ketika di Turki. Aku malas nak cerita panjang tapi pagi tadi ada orang potong bawang sebelah aku masa baca kisah beliau.

Aku nak petik syair Imam Syafie'.

Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu di anggap sebagai rehat
Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah.
Berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan
Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.
Aku melihat air yang tenang bertakung, tercemar kandungannya sendiri
Sekiranya ialah mengalir, ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.

Syair ini yang mengubah hidup Ahmad Ammar. Pernah digelar "Syahid yang tertangguh" sebaik kembali dari Syria. Sambung belajar ke Turki dalam bidang sejarah. Tapi bukan sejarah Malaysia yang masih misteri tetapi sejarah Uthmaniyyah.

ayat 100 surah al-Nisa’:

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Ayat di atas membuktikan beliau syahid.

Nak orang potong bawang sebelah anda? Sila lihat video di bawah.

Thursday, November 7, 2013

Hukum Guna Minyak Wangi(Alkohol) dalam Solat

Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak  itu najis.  Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :
"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).
Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:
"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan  menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "
Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"
Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.
1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.
2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"
3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);
4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).
Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk  Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk
Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris  melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.
BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.
Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.

sumber - UZAR

Friday, November 1, 2013

Motosikal dan Abah

Pagi tadi ketika sedang memecah keheningan pagi dengan Wave100 adik ipar aku tiba-tiba teringat anak perempuan pakcik jual karipap ala-IKEA pagi tadi....eh bukan-bukan. Aku teringat arwah abah aku. Rasa macam rindu dengan nasihat beliau. Nasihat beliau yang terakhir kepada aku adalah jangan bawa motor laju-laju dan jangan jadi mat rempit.

Zaheen..almost 6 months.


Nasihat itu dia ulang selama hampir satu minggu sebelum beliau pergi selama-lama nya. Masa tu aku baru beli motor baru hasil baru kerja tiga bulan. Beliau ada topup sikit so aku dapat beli cash motor tu. Nasihat beliau membantutkan aku nak beli superbike...padahal memang tak mampu pun nak beli.

Kalau beliau hidup lagi apa yang dia nak nasihatkan aku ek? haha. ok bye.


Tuesday, October 29, 2013

Bola & Bookie

Kilang aku ada seorang despatch baru masuk. Bekas pemain piala presiden Johor dan Selangor. Borak punya borak, terpetik pasal bookie. Sebenarnya bola Malaysia masih bookie yang pegang. Baru Piala Presiden. Masyuk beb. haha..Kalau nak masyuk kena telefon bookie. Kalau berjaya, habuan ribuan ringgit. Baru Piala Presiden beb.



Biasa buat kalau tengah tiada duit. Kepala bana dia. Aku tak sekolahkan dia tapi aku korek lagi rahsia siapa pemain yang jual game. Kalau anda perasan ada seorang player JDT, Lucky bukan nama sebenar pernah jadi 1st eleven tapi tiba-tiba senyap.

Ketua kepala bana pun bookie tapi apa ada hal. Bookie satu, judi pulak satu hal. Duit gaji belas-belas ribu pun tak cukup nak main judi untuk beranak kan duit. Ada satu team bookie dari Johor sekarang dah hilang ditelan neraka. kah. Nama pasukan Majlis Perbandaran MRSM Muar. Patut senyap je sekarang.

Tapi ada je pemain yang rilek pakai motor kapcai walaupun gaji bertingkek-tingkek. FAM? Dah ganyut orang tua tu. Tak boleh pakai. Aku nak ajar Ziyad jadi macam anak-anak Sidek power main badminton. Sempat lagi kot lagi 4 anak lelaki. haha..

Majulah Bookie untuk bolasepak Malaysia.

Friday, October 25, 2013

Bajet 2014

Aku bukan haters or fan. If _boosned_ could show how an earth he got his wealth. Legal one ok. Aku janji akan buat anak seramai LAPAN orang dengan beauty on my side. Cemburu dengan kekayaan bossned? Semestinya tidak cuma ragu-ragu. Arwah bapak aku yang dah 21 tahun jadi datuk, aku tak kaya macam bossned pun? haha..

Masa kecik-kecik dulu kalau ada budak macam bagus, akan dilabel bajet. So...Aku nak anugerahkan orang paling bajet 2014 adalah.



Selamat berhujung  minggu semua.

Thursday, October 10, 2013

Saman Ekor - Nak Bayar atau Tidak?


Kena saman ekor lagi masa raya dan bulan lepas baru dapat surat kat kampung. Terus kena bebel dengan Datin Tomirah bawa kereta laju sangat padahal Saga je. Pening nak bayar atau tidak lepas tu terbaca pasal artikel bawah ni........................

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Wednesday, October 9, 2013

Asma Ul-Husna By Dr Ary Ginanjar Agustian


Tuesday, October 8, 2013

Doraemon Episod Akhir

Dulu cerita Doraemon ni waktu maghrib. Arwah abah aku selalu paksa aku miss cerita ni sebab kena pergi masjid.haha.. Budak sekarang mana layan cerita ni. Dulu sanggup berebut turn untuk pinjam komik ni dari member aku. Selain tu, Mutiara Naga dan Misteri Naga juga menjadi lejen waktu tu.

Siapa ada beli komik ni melalui pos nescaya akan ada ramai kawan sebab semua nak baca komik ni. Aku pernah beli guna pos. Kawan aku pun pernah sampaikan guna duit syiling masuk dalam sampul surat. Tapi aku up-to-date banyak guna wang pos. Mangsa? Arwah abah aku la, aku yang suruh beli.haha..Anak bongsu kan, mesti dapat punya..kah.

Jom layan. Jangan mengalir pulak air mata part yang hujung-hujung.

Friday, October 4, 2013

Duit vs Keluarga

Pesen zaman sekarang adalah anak tidak di jaga oleh ibubapa. Why? Kerja. Kerja untuk? Ya mencari duit. Kita belajar pandai-pandai last-last hantar anak kat pengasuh yang Degree Suri rumah sepenuh masa. Bukan nak offend semua pengasuh. Ada yang pengasuh jaga anak orang lain macam anak sendiri tapi sangat susah nak cari ok. Sangatttttt susah nak cari pengasuh macam ni. Ini realiti.


Sejak akhir-akhir ni Zaheen kemain liat nak pergi rumah pengasuh. Nak kena 'rasuah' KFC, pakai stokin kasut cantik dan bermacam lagi. Aku nak je suruh isteri aku berhenti kerja tapiiiiii....Gaji aku sorang setakat ini belum mampu nak tanggung aku sekeluarga. Setiap bulan perbelanjaan lebih dari gaji aku. SAJ, TNB, PTPTN, kereta, rumah, pengasuh, susu, pampers, telefon, unifi dan barang basah/kering.

Aku kalau boleh nak ramai anak sebab nanti meriah rumah.haha. Kadang-kadang anak tak cukup kasih sayang dan termarah sebab penat. Main bubble dengan Zaheen pun dah malam kat car porch. Kesian diri tengok anak tak cukup kasih sayang. Semoga Allah swt tinggi kan lagi tahap kesabaran aku.


Realiti memang menyakitkan. Baru-baru ni aku ada perasaan status FB seorang kawan aku yang dulu kemain sokong kerajaan. Sekarang baru ada anak umur 18 hari sudah mula kutuk pak menteri. Sebelum ni kemain bangkang pembangkang. Dulu duduk kampung je, sekarang dah kerja dan ada anak baru kau rasa perit. Aku yang kerja 5 tahun ni ngam2 je tiap bulan. Bukan tak bersyukur tapi tengok kerajaan beli SATU scanner RM14000. Aku ulang SATU. Tak ke haram jadah tu. Bayar artis korea2 juta-juta untuk persembahan. Laporan audit negara ni pak menteri punya alasan lagi haram jadah. Pistol jatuh laut, sponsor tarik diri di saat akhir dan.....tunggu je kat akhbar penjelasannya yang macam tiada akal.

Thursday, October 3, 2013

10 Tips Keibubapaan dari Prof Muhaya


1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan (ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang ang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita, anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]


9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Wednesday, October 2, 2013

Jualan Penghabisan Stok Senheng Pasir Gudang 2013


3rd to 6th October 2013

Diskaun sehingga 50%.

No. 63, 64, 65, Jalan Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia,
81750 Pasir Gudang, Johor. ---> 3 minit jalan kaki dari rumah aku.



Monday, September 30, 2013

Gambar Lawak [Amaran: Jangan Ketawa Kuat-kuat]

Gambar ini adalah untuk menceriakan hari Isnin anda.

 Ada banyak lagi...

Friday, September 27, 2013

PANAS!!. Wartawan di raba ketika membuat liputan



Kerja seorang wartawan ni kadang-kadang memang mencabar. Lebih-lebih lagi kalau LIVE.

Thursday, September 26, 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia | RM20 juta

Kos untuk deraf pelan adalah RM20,000,000. Bertingkek-tingkek duit McKinsey and Co. Bila aku buka website konsultant ni, kepakaran konsultan banyak tapi tidak merangkumi pendidikan.


Adakah pendidikan tergolong dalam 'Functional Practices'? Ini macam kereta rosak hantar pergi bengkel basikal. Kan kita banyak golongan berpendidikan tinggi, kenapa tidak dibuat secara in-house? Kita di dalam negara lagi arif dengan keadaan pendidikan negara kita sekarang berbanding dengan orang luar.

Dan mungkin kos lebih murah serta lebih efektif keberkesanannya. Dengan sistem Penilaian Bersepadu Sekolah yang tidak efektif untuk sekolah yang ramai pelajar degil serta malas. Kalau tidak percaya cuba tanya guru di luar sana.

Kamon Kerajaan, 49% rakyat Malaysia undi korang. Try harder.

Wednesday, September 25, 2013

Ford Fiesta 2013

The new Ford Fiesta. Get the most outta life!!..
With its bold, dynamic profile, more luxurious interior and the latest technology, the new Ford FIESTA will get you noticed.
PowerShift

PowerShift® 6-speed automatic transmission with SelectShift®

Experience a gearshift with impressive responsiveness and better fuel economy.
1.5L Ti-VCT engine

1.5L Ti-VCT engine with 112PS of power and 140Nm of torque

Enjoy a smooth drive with the power and acceleration, plus a more efficient fuel consumption system to make the miles worth your money.
Ford SYNC

Ford SYNCTM with voice activation

SYNCTM allows you to play music, make and receive hands-free calls and call phone contacts by simply saying their name. It will even read your incoming test messages for you. Cool right?

(Phone dependent feature.)
Keyless

Keyless entry and Push Button Start

As long as your key fob is in your pocket or bag, your FIESTA automatically unlocks when you push a button on the door handle. You can also set it to only open on the driver's side to avoid any unfortunate incidents. Then simply put your foot on the brake, press the start button and drive away.
Rear Parking

Rear Parking Aid with Park Pilot

Park comfortably and confidently with the help of rear parking aid.
Smart regenerative charging

Smart Regenerative Charging

This advance feature allows additional energy to be converted and stored in the battery rather than dissipated at the brakes, especially during vehicle deceleration.
Auto headlamp

Auto headlamp with home safe lighting

The new Ford FIESTA comes with a wealth of thoughtful features including automatic headlamps with home safe lighting that help you see clearly in the dark for a few seconds even aſter turning the engine off.
Leather seats

Leather seats*

An absolutely welcoming interior only made more desirable by finely trimmed leather seats, which extends a sense of comfort and luxury beyond the ordinary.

*Applicable for Titanium only, partial leather and fabric seats for Spor

Tuesday, September 24, 2013

Review Klinik Pasir Gudang Yang pernah aku pergi

Aku nak review klinik area Pasir Gudang yang pernah aku pergi. Takde kerja betul ni padahal buat tak nampak kerja sebab aku tengah malas. Boleh gitu? Mana boleh. Jap aku siapkan kerja.........................Tadaaa. Siap pun semua. Bos bonus 4 bulan please.

Klinik i-Sihat.
Aku suka klinik ni sebab orang tidak ramai..padahal klinik panel kilang aku.haha.. Nama doktor dia Mok(Wednesdays, Fridays and Saturdays) je aku ingat. Dia yang cakap Zaheen ada masalah tonsil. Sebab apa aku percaya Zaheen ada masalah tonsil? Soalan yang dia tanya dan jawapan yang aku berikan serta penjelasan yang dia berikan memang logik. Contoh dulu Zaheen kalau demam mesti mudah muntah, sebab tonsil bengkak keadaan di kerongkong tidak selesa menyebabkan Zaheen mudah muntah especially bila batuk. 4 thumbs up untuk klinik ni. Aku sangat rekemen. MC dua hari Dr Mok. haha..Doktor lain nama dia Nanda.

Klinik Cendana.
Ni klinik aku pun aku suka tapi cuma Dr pejam mata-suka senyum-tak pakai spec. Aku lupa nama doktor ni tapi dia memang sempoi. Nama dia mula dari huruf Z tak silap aku. Mata dia macam always pejam dan selalu senyum aku tengok. hahaha. Dia duduk area Bukit Dahlia dan suka naik basikal. Pandai handle baby. Masa Ziyad kena inject, dia selamber suruh Ziyad baring dan suruh aku agah sementara dia inject. Tak nangis pun hero aku ni. Harga macam lebih murah dari Yuslina kalo bab injection...kot..haha..

Poliklinik Yuslina sebaris dengan Klinik Cendana aka pesaing..bwahaha.
Doktor perempuan senantiasa. Tapi kadang-kadang doktor yang inexperience, pada aku la gaya dia handle budak macam..duhhh. Tapi tidak semua, tengok rezeki la. Sebab setiap kali aku datang doktor lain-lain. Biasa ibu yang mengandung dan check up baby ramai datang sini.
[UPDATE]
Poliklinik Yuslina dah tukar jadi Poliklinik Norbi. Poliklinik Yuslina ni kira macam francais gitu. Owner xnk renew contract so tukar jadi klinik sendiri. Tapi Poliklinik Yuslina buka yang baru sebaris dengan Poliklinik Norbi dan Klinik Cendana. Aku kenal owner Poliklinik Yuslina ni sebab aku kadang-kadang datang bagi khidmat komputer. haha. Isteri member aku yang jadi doktor Poliklinik Yuslina. HIGHLY recommended...Md Noor komisen sikit. haha..But seriusly Poliklinik Yuslina yang baru ni bagus sebab wife aku pernah datang sini dan treatment bagus.

Klinik Mazmedic
Ini pun ok doktor lelaki badan gempal. Sekali je pergi sebab bukan panel.LOL.

Klinik Asia.
Ini pun ok. Klinik panel tapi jauh dan tutup agak cepat.

Di atas adalah klinik yang aku sangat rekemen. sebab dieorang dah bayar aku untuk tulis mende ni.hahaha..

Klinik lain yang aku tidak berapa rekemen adalah Klinik Malaysia(Masai) atau Klinik Johor. This apply only in Pasir Gudang ok. Branch lain aku tak pasti. Tapi ini bergantung pada doktor yang bekerja waktu tu juga. Yang aku rekemen tu confirm doktor dia puas hati.

Friday, September 20, 2013

Bunuh Diri Sebab Masalah Duit



Sedih? You must be. Baca berita tak pasal ni? Kalau tak main jauh-jauh.Walaupun lain agama dan bangsa tapi keadaan macam ni menyentuh perasaan. Hidup pun susah nak mati pun susah. Tapi aku lagi kesiankan anak beliau yang mati tu. Innocent young girl who know nothing about life lost her life.

Umur baru 5 tahun. Mungkin ada masalah ah long si bapa ni. Rasa nak lempang laju-laju bapa budak ni. Kok ye pun nak mati jangan libatkan anak kau. Kau terjun dari apartment tu pun ok ape. Anak hantar ke JKM. Nyawa tak boleh dibeli dengan duit. She's have a bright future if nurtured carefully.

Kerajaan sepatutnya kasi perang sama itu ah long atau syarikat peminjam wang berlesen ni. Tampal iklan suka hati mak bapak dia kat signboard. Dah menjajau cari arah kalau sesat. Agak dalam bajet 2014 kerajaan akan umumkan apa untuk membantu golongan yang mengalami masalah kewangan? kah. BR1M la jawapannya.

Aku tak sabar pasal pelan tranformasi pendidikan yang menyatakan ingin mengurangkan tugas 'admin' guru. Celah bedah mana dia nak kurangkan sebab PBS ni memang melibatkan kerja 'admin'. Pehal aku nak sibuk? Sebab aku suami seorang guru. Kilang lama aku dapat bonus 4.5 siot. OK tiada kena mengena.

Cuma aku nak share tweet hamba Allah ni. bye dan selamat berhujung minggu.

@HeliconiaWpress called on the media to improve the situation: “Television or radio should play the role to get into the minds of this kind of people in our society, with spiritual approach. Darn, too much showbiz.”

Tuesday, September 10, 2013

EXO Squad Movie

hehe..Masa kecik dulu suka tengok cerita kartun robot. Ni salah satunya yang masih belum di wayang kan.


Ni ketua dia. Masa masuk dalam robot wayar akan cucuk kat belakang kepala. haha.

Friday, September 6, 2013

Robocop 2014 Movie

Robocop muncul kembali. Macam kesatria baju hitam pun ada aku tengok.



Wednesday, August 28, 2013

NCB NCD

Tahun lepas kereta aku terlibat dalam kemalangan. Kereta berhenti di lampu isyarat, tiba-tiba kereta belakang hentam kereta aku dan secara tidak langsung kereta aku langgar kereta depan.

Nak dijadikan cerita roadtax aku expired bulan depan dan aku nak renew sekali NCB aku jadi kosong. 45% tu hangus begitu sahaja. Aku difahamkan yang kereta depan claim insurans kereta aku bukan kereta paling belakang. Masalahnya yang salah adalah kereta paling belakang sebab kalau kereta Wira tu tak langgar kereta aku, aku tak langgar kereta depan aku.

Pelik aku insurans punya polisi. Sangat unfair. Kalau beli rumah pun sama, ada part yang unfair bagi pihak pembeli. NCB to apa? NO-CLAIM-BONUS. NCD sama je NO-CLAIM-DISCOUNT.

sekian.

UPDATE:
Aku tak puas hati sebab tidak jelas kenapa NCD jadi kosong so aku call RHB insurans. Setelah ditendang bak bolang ke sana sini. Akhirnya, berjaya bercakap dengan orang yang sepatutnya. Lepas aku cakap situasi aku. Terus dia cakap, nanti I release NCD you. Bengkel lambat hantar keputusan polis pasal kemalangan tu.

Beza lebih kurang tiga ratus gak tu. Kesimpulannya jangan putus asa.

Monday, August 5, 2013

Kad Pengenalan - Kad Touch & Go

Tahukah anda hampir semua rakyat Malaysia mempunyai kad Touch & Go. Cuba lihat bahagian belakang kad pengenalan anda. Tertera logo Touch & Go. Cara mendaftar? Hanya pergi ke kaunter/tol tambah nilai Touch & Go. Itu sahaja. Aku dah cuba semalam tambah nilai di tol...jakun...

Mintak resit supaya dapat no siri kad dan register kad di E-Service Touch & Go untuk memantau baki dan penggunaan kad anda.


Disebabkan aku baru renew kad pengenalan so tarikh luput lambat lagi. Aku percaya tidak ramai yang memaksimumkan penggunaan kad pengenalan. Aku telah keluar dari kelompok tu. haha. Semoga selamat perjalanan pergi dan balik.

Salam Aidilfitri Untuk Semua Umat Islam Di Seluruh Dunia. Maaf Zahir & Batin.

Thursday, August 1, 2013

Buku Conteng

Sejak memulakan kerjaya pada tahun 2008, aku ada sebuah buku conteng yang tulis pasal kerja, meeting serta password. Sampai sekarang masih ada helaian yang perlu diisi.

Tadi aku belek-belek kesemua muka surat buku tu dan ternampak sesuatu yang boleh menjuraikan air mata jantan aku.


Tu adalah yang pertama kali dan terakhir aku kasi duit raya kat abah aku.

Selamat Hari Raya semua.

Tuesday, July 30, 2013

4th Generation Intel i Core aka Haswell

Salam Lailatulqadar.

Nak cerita pasal Intel 4th Gen Core processor.


Lets the picture do the talking..padahal malas nak tulis..






Tuesday, July 23, 2013

Ramadhan 1433H

Alhamdulillah setakat ni tak miss sahur.lol.

Tapi macam-macam cerita panas bulan ramadhan kali ini. Kantin dalam tandas. Miss Malaysia. Hina Islam. Tesco Seri Alam terbakar. Sememangnya panas.

Keep calm dan keep fasting.

Alhamdulillah rezeki ramadhan juga melimpah ruah.

Sunday, July 21, 2013

Abah

Tengah hari tadi ada seorang pakcik tempat kerja lama mintak tolong tengok komputer kat CC dia. Borak punya borak, rupanya ada kisah di sebalik CC tu. Pakcik ni dah pencen. Anak dia pun aku kenal dan tak sangka pulak jadi macam ni.

Mulanya kedai tu bisnes reload prepaid dan hasil agak konsisten tapi cukup la untuk seorang yang dah pencen. Entah macam mana sang anak ni ingin 'membantu' suruh si abah buka CC. Silapnya tak mohon lesen, dah buka kedai baru nak mohon lesen. Lesen perniagaan untuk CC telah dibekukan oleh MPPG buat sementara waktu. Kalau PBT datang serbu, putih mata pakcik ni.

Body language pakcik ni aku tengok macam dah putus asa tapi dia keep moving forward. Bisnes reload prepaid di songlap anak pakcik tu sendiri dek kerana nak kahwin. Sejak dari itu anak pakcik tu dah bawa diri ke Sabah dengan isteri beliau.

Macam nak menangis pun ada dengar...Gembeng bebeno sejak dah jadi abah-abah ni. Tanya khabar pun tidak si anak ni. Semoga si anak ni minta maaf kat abah beliau. Tidak berkat beb hidup. Harap Zaheen dan Ziyad tidak berperangai macam tu. Nauzubillah.

Tuesday, July 16, 2013

Ibu Bapa

Pernah tak korang merasai mak bapak korang cuba control kehidupan ko until certain masa? Aku pernah, masa tu sepupu aku ikut sepupu aku yang duduk KL balik rumah dia, parent aku tak kasi siot. Masa tu rasa pasrah je la. KL tu. Masuk SMKA pun arwah abah aku paksa tapi dengan cara tipu daya. haha..Pandai tu abah aku kawtim dengan bapak member aku lagi sorang.


Last-last aku je sangkut kat SMKA, member aku tu memang kepala besar(btw kepala die memang besar) dah selamat keluar. Aku pernah nyatakan hasrat aku untuk keluar SMKA dari arwah abah tapi a BIG NOOO. Dengan selamber aku cakap kat arwah abah aku, kalau apa-apa jadi kat Wan, wan tak tahu.LOL.

But it turn out pretty well. Walaupun nakal tapi ada limit. Rokok, terbang, pukul budak(sekali je tu pun lempang sikit je). Kalau tanya kat batch aku mesti dieorang cakap aku macam setan walhal aku la yang paling baik di antara mereka. Masa form 3 duduk kelas hujung(dari segi akademik) memang mencabar. Tapi sepanjang aku kat SMKA, banyak mengajar aku especially jangan putus asa. Bukan semua orang boleh jatuh dan bangun balik.

Apa yang aku cuba tekankan di sini adalah ibu bapa kita mahu kan yang terbaik untuk kita. Just go on with the flow. Tak rugi apa-apa pun walaupun sekali sekala terkeluar dari flow tu.hehe..Jangan keras hati sangat dan ikutkan jiwa muda remaja sangat. Batas itu perlu.

Anak abah sekarang dah jadi orang cuma nak tune 'rohani' je. Abah jangan risau dengan anak bongsu abah ni. Al-Fatihah untuk abah. 

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan 1434H

Seperti biasa hari pertama tarawih surau dan masjid penuh. Aku antara mangsa keadaan. Chewah..padahal pergi lambat cuci poo-poo Zaheen. Solat Isyak ngam-ngam depan tangga. Agak aku terkucil sikit tergolek kebelakang.

Aku cuma nak bagitahu masih ada lagi orang yang tidak peka dengan hadis palsu ni. Kelebihan tarawih malam pertama ramadhan...bla..bla..bla...Imam surau pulak tu.

Bulan depan hari lahir aku 17 Syawal. Walaupun dalam IC 6 Julai aku memilih 17 Syawal sebab tengah raya tu. haha..

p/s: alhamdulillah..dividen KPF 2012 dah masuk.

Saturday, July 6, 2013

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA



1.0 LATAR BELAKANG

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) berhasrat untuk mencipta logo yang menjadi identiti serta tanda pengenalan imej organisasi dan diguna pakai dalam kesemua aktiviti pameran atau percetakan dan dalam mana-mana acara atau majlis rasmi Kementerian.
Penciptaan logo baharu KBS selaras dengan peranan serta hala tuju baharu KBS dengan berpandukan visi, misi dan objektif Kementerian ini dalam mengangkat martabat belia, sukan dan kemahiran.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN
2.1 Mewujudkan logo baharu KBS bagi menggambarkan “core business” sebenar Kementerian.
2.2. Memberi peluang kepada masyarakat untuk mengambil bahagian.

3.0. SYARATPERTANDINGAN, SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO DAN BORANG PENYERTAAN

3.1. Syarat dan Terma Pertandingan
a) Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 40 tahun.
b) Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang.
c) Semua ciptaan mestilah Asli dan tidak diceduk/ditiru/diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar Negara.
d) Semua logo yang diterima oleh Urus Setia Pertandingan Logo Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan menjadi hakmilik Kementerian dan tidak boleh dikembalikan. Kementerian berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi Kementerian.
e) Pemenang akan menerima hadiah tunai, plak beserta sijil penyertaan.

3.2. Spesifikasi Reka Bentuk Logo

a) Reka Bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ciplak.
b) Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21 cm x 29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik dan dilekatkan pada kertas tebal atau “mounting board” dan juga disediakan dalam bentuk „softcopy‟ menggunakan format AL (Adobe Illustration) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan software terkini yang bersesuaian.
c) Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan
d) Reka cipta logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) warna tetapi tidak melebihi lima (5) warna.
e) Berciri gabungan moden dan futuristik mengambarkan belia, sukan dan kemahiran serta mampu menggambarkan identiti, imej KBS dan mempunyai ciri-ciri semangat kesukanan, kerjasama dan kerja berpasukan (teamwork).
f) Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.

3.3.3 BORANG PENYERTAAN
a) Setiap peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang disediakan.
b) Maklumat peserta hendaklah dicatatkan dengan jelas di belakang hasil karya masing-masing iaitu:
 Nama Penuh;
 Nombor Kad Pengenalan;
 Alamat Penuh; dan
 Nombor Telefon.
 Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy sama ada melalui:Pos; atau Emel (dalam format .ai dan .jpeg)
Penyertaan dibuka mulai 1 Julai 2013 ( Isnin) hingga 15 Julai 2013 ( Isnin )
.
Sebarang penyertaan yang diterima selepas 15 Julai 2013 tidak akan dilayan oleh pihak Urus Setia
Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut;
Urus Setia
Pertandingan Mencipta Logo KBS
Unit Komunikasi Korporat
Aras 8, Menara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Lot 4G4, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62576 PUTRAJAYA.
Telefon : 03-88713278

Pastikan di sebelah atas kiri sampul tertulis `Pertandingan Mencipta Logo KBS ’
Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

4.0 METODOLOGI PENILAIAN

4.1. Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima peserta
yang menyertai pertandingan ini.
4.2. Penilaian akan dijalankan melalui penelitian terhadap layout/design logo yang dihantar kepada Urus Setia Pertandingan.

5.0. HADIAH PERTANDINGAN

5.1. Hanya satu reka bentuk logo sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Pemenang hanya layak menerima satu hadiah tunai dan sijil penghargaan sahaja.

6.0. PANEL PENILAI

6.1. Penilaian akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai yang dibentuk bersaingan.
6.2. Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel
Penilai.
6.2. Panel Penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan.
6.3. Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo yang disertai sekiranya perlu
6.4. Logo yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia.

7. HADIAH

7.1 Johan akan menerima wang tunai RM 2,000 berserta sebuah plak dan sijil penyertaan.
7.2 Tempat kedua akan menerima wang tunai TM 1000.00 beserta sebuah plak dan sijil penyertaan
7.3 Tempat ketiga pula akan menerima wang tunai RM 500.00 beserta sebuah plak dan sijil penyertaan.
7.4. Semua pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus Setia melalui telefon atau surat atau email.
7.5 Majlis penyampaian hadiah akan dilakukan dalam satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian.

Friday, July 5, 2013

Oh Mesir. Semoga Allah swt Melindungi Pemimpin Islam.

“Bersabarlah kerana kemenangan itu akan tiba, dan Allah telah berfirman ‘adakah kamu rasa kamu akan masuk syurga selagi Allah tidak mengetahui mereka yang berjihad di kalangan kamu dan mereka yang bersabar.” kenyataan Morsi dipetik web ikhwanonline.com.



Wednesday, June 19, 2013

KOMTAR dan Angry Bird

Hari ini pergi seminar dan ada cabutan bertuah iPad. Seperti biasa aku memang selalu tak dapat kalau cabutan bertuah. Ada borak dengan mamat dari TPM. Dia cakap kat KOMTAR sebelah City Square JB tu akan ada taman tema Angry Bird.

Menarik bukan? Ok itu sahaja. bye

Tuesday, June 18, 2013

Kami akan bersiaran langsung di KL hujung minggu ini

haha.
Sebenarnya takde mende nak post.
Bersedia kena pow kat IKEA.

Tuesday, June 11, 2013

Uninstall Perisian Secara Kawalan(Remote)

Baru jumpa satu script untuk uninstall software secara remote. Untuk sharing sebab aku rasa ia sangat berguna untuk orang IT di luar sana. Maklumlah, setiap tahun ada audit jadi kena pastikan yang semua perisian adalah legal.

Boleh digunakan dalam active directory. Anda hanya perlu pastikan username anda adalah seorang administrator dalam komputer tersebut. Untuk yang tiada active directory. Cadangan aku adalah semua mempunyai akaun administrator yang sama username dan password(belum pasti keberkesanan).


Dalam situasi aku, berada dalam active directory. Copy & paste script di bawah dan save sebagai batch file.

Tuesday, June 4, 2013

Zon Selesa

Amaran aku. Janganlah anda lontarkan pandangan membina pada orang yang dah lama berada dalam 'zon selesa'. Sebab orang macam ni akan cakap bersyukurlah pada yang ada. cukup la tu. haha. sekian.

p/s: tiada apa nak post. alhamdulillah selamat berhijrah sebelum 1 Muharram.

Thursday, May 30, 2013

Istanbul..Aku Datang.

merhaba.
ben sadece Türk de yazıyor mümkün olduğumu söylemek istiyorum.
ben bir gün istanbul ofisimizi ziyaret gidecek umuyorum.

Saturday, May 11, 2013

Hadis Palsu

Baru dapat tahu yang banyak hadis palsu sekarang ni. Dr MAZA ada terangkan dalam laman sesawang beliau.

..............................................................


Menyebarkan hadis palsu tanpa menerangkan tentang kepalsuannya adalah merupakan satu dosa yang amat besar. Penipuan dan bersekongkol dengan penipuan adalah dosa menurut ajaran Islam. Apatah lagi jika pembohongan itu menggunakan nama Allah dan RasulNYA. Kesannya besar dan bahaya. Mereka yang terpedaya dengan penipuan tersebut akan mengamalkan sesuatu yang disangkakan bersumber dari Tuhan sedangkan hakikatnya tidak demikian. Jika isi pembohongan itu sesuatu yang jelas bercanggah dengan hakikat fakta, ataupun sesuatu yang ‘lekeh’ maka Tuhan ataupun RasulNya akan dipersalahkan. Mungkin ia akan menghilangkan keimanan manusia terhadap ajaran agama.
Justeru itu, Islam mengharamkan sama sekali perbuatan mengadakan hadis palsu seperti penegasan Nabi s.a.w dalam hadis mutawatir:
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.
Bukan sahaja mengadakan hadis palsu itu dosa besar, menyebarkannya juga berkongsi dosa besar yang sama. Dalam era teknologi ini, begitu mudah sesuatu hadis palsu itu tersebar. Menerusi sms, email, facebook, twitter dan pelbagai lagi, ramai yang terlibat dengan kegiatan dosa menyebarkan hadis palsu ini. Maka berhati-hatilah. Beberapa klik tanpa penelitian boleh membawa anda menjadi pendusta yang menggunakan nama Allah dan RasulNYa.
Mengkritik Matan
Pembaca internet juga terdedah kepada pelbagai sumber hadis palsu. Saya mengajar di USM kursus Analisa Kritis Matan Hadis untuk para pelajar ijazah tinggi. Saya rasa orang awam juga wajar dibekalkan sedikit sebanyak pengetahuan tentang analisa matan hadis.
Secara umumnya, hadis palsu dapat diketahui melalui dua cara; pertama: kajian terhadap sanad (rangkaian perawi). Kedua; kajian terhadap matan atau kritik teks (textual criticism). Untuk mengkaji para perawi adalah sesuatu yang bukan mudah melainkan mereka yang terbabit langsung dalam bidang hadis. Apakah ada cara untuk seseorang biasa mengagak sesuatu hadis itu mungkin palsu hanya dengan membaca matan (teks) sahaja? Maka di sini datang peranan naqd al-matn (kritik teks) atau kajian teks tadi.
Pengetahuan ini amat penting kepada para pengguna internet hari ini, kerana ia sekurang-kurang dapat menjadikan mereka berhati-hati apabila melihat ataupun mendengar teks hadis yang pelbagai. Jika pun mereka tidak dapat memutuskan kedudukan hadis-hadis tersebut, sekurang-kurangnya mereka akan menangguhkan dulu sebelum mempercayainya sehingga ternyata kedudukannya.
Ibn Qayyim
Ilmuan hadis yang terbilang iaitu Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) pernah ditanya apakah mungkin untuk mengetahui hadis palsu tanpa melihat kepada sanadnya? Untuk menjawab persoalan yang besar itu, beliau telah menghasilkan buku yang amat penting dalam sejarah ilmu mengkritik teks hadis iaitu karya beliau Al-Manar Al-Munif fi al-Sahih wa al-Da’if. Sesiapa yang berkemampuan membaca teks arab, saya mencadangkan mereka membaca buku ini bersama komentar yang dibuat oleh al-Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah. Bagaimana pun, bagi yang tidak menguasai, saya ingin memetik beberapa noktah menarik yang disebut oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam buku tersebut bersama sedikit ulasan.
Antara yang disebut oleh Ibn Qayyim; hadis palsu itu antara cirinya mengandungi unsur mujazafah iaitu berlebih-lebihan dalam penetapan pahala dan dosa. Perkara yang kecil diletakkan hukuman yang terlalu besar, ataupun ganjaran yang terlalu besar yang tidak munasabah. Contoh yang dibawa oleh Ibn Qayyim iaitu hadis palsu: “Sesiapa yang mengucap Lailaha illaAllah; Allah ciptakan kalimah itu menjadi seekor burung yang mempunyai 70,000 lidah, setiap lidah ada 70,000 bahasa yang beristighfar kepadanya”.(m/s 51. Halab, Syria: Maktabah al-Matbu‘at al-Islamiyyah)
Lojik
Antara ciri lain bagi hadis palsu ialah bercanggah dengan fakta yang nyata. Banyak contoh yang disebut oleh beliau; antaranya hadis palsu: “Terung itu ubat bagi segala penyakit”. Contoh lain: “Hendak kamu memakan kacang dal kerana ia berkat dan melunakkan jantung hati. Membanyak airmata dan ia disucikan oleh 70 nabi”. (m/s 52)
Antara lain beliau menyebut ciri hadis palsu itu ia kelihatan selekeh dan boleh dipersendakan. Banyak contohnya, antara yang disebut; hadis palsu “Jika beras itu lelaki nescaya dia seorang yang penyantun”. Contoh lain; “Hendaklah kamu memakan garam kerana ia ubat bagi 70 penyakit”. Contoh lain: “Tiada buah delima melainkan bijinya berasal dari syurga”. (m/s 55)
Contoh lain: “Sesiapa yang membela ayam jantan putih, maka dia tidak akan dihampiri oleh syaitan dan sihir”. Kemudian Ibn Qayyim membuat kesimpulan tentang hadis ayam jantan: “Kesemua hadis ayam jantan adalah dusta kecuali satu hadis iaitu “Sesiapa yang mendengar kokokan ayam jantan hendaklah dia memohon kurniaan dari Allah kerana ia melihat malaikat” (riwayat Bukhari dan Muslim). (m/s 56)
Gambar Hiasan
Dalam masyarakat melayu, terdapat juga mereka yang mempercayai kelebihan ayam jantan putih. Kepercayaan itu mungkin berasal dari hadis-hadis palsu yang seumpama ini.
Canggah Sumber Sahih
Ciri hadis palsu yang lain yang dinyatakan oleh Ibn Qayim apabila sesuatu hadis itu bercanggah dengan hadis sahih yang lain secara nyata. Ini seperti hadis-hadis palsu yang memuji orang yang bernama Muhammad ataupun Ahmad bahawa sesiapa bernama seperti itu tidak akan masuk neraka. Ini bercanggah dengan prinsip ajaran Nabi s.a.w yang menegas bahawa neraka itu bukan dapat dielakkan dengan nama dan gelaran sebaliknya dengan iman dan amalan soleh. (m/s 57)
Antara ciri palsu lain ialah hadis yang menyebut Nabi Khidir masih hidup. Kesemua hadis yang membawa maksud tersebut adalah palsu dan dusta. Kemudian al-Imam Ibn Qayyim mengemukan banyak hujah dari al-Quran dan al-Sunnah yang membuktikan bahawa cerita Khidir masa hidup sehingga kini adalah dusta dan palsu. (m/s 67-76)
Pelik
Contoh hadis palsu lain: “Pelangi di langit itu adalah tengkok ular yang berada di bawah Arsy”. Juga hadis palsu: “Jangan mandi air yang terdedah kepada matahari kerana ia menyebabkan sopak” (m/s 60)
Antara ciri hadis palsu ialah apabila terdapat dalamnya penetapan tarikh tertentu seperti pada tahun sekian dan sekian, pada bulan sekian dan sekian akan berlaku peristiwa itu dan ini. Ini ciri kepalsuan sesuatu hadis. Ini seperti hadis bahawa akan berlaku gerhana dalam Bulan Muharram kemudian berlaku peristiwa itu dan ini. (m/s 64).
Banyak hadis yang seperti ini tersebar dalam internet lalu dipercayai oleh mereka yang dangkal akal dan pengetahuan.
Antara ciri yang lain hadis yang seakan ucapan ahli perubatan, bukan ungkapan seorang nabi. Ini seperti hadis palsu: “Memakan ikan melemahkan jasad”. Contoh lain: “Ada seseorang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tiada anak. Nabi menyuruhnya memakan telur dan bawang”. Contoh lain: “Berikan isteri-isteri kamu memakan tamar semasa nifas”. (m/s 65). Banyak hadis yang seperti ini kadang-kala dibaca oleh mereka yang bergelar ‘ustaz dan ustazah’ yang tidak meneliti ilmu hadis ini. Para peniaga suka hadis- hadis seperti itu untuk melariskan peniagaan mereka.
Banyak lagi ciri-ciri yang disebut oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karya itu. Begitu banyak hadis-hadis palsu yang beliau sertakan sebagai contoh untuk pembaca. Tulisan saya ini sekadar memberikan kesedaran awal untuk mereka yang kurang memberikan perhatian dalam hal ini. Anda boleh rujuk juga beberapa artikel saya tentang hadis palsu sebelum ini. InshaAllah, selepas ini akan saya ikuti dengan beberapa coretan yang lain untuk membantu memahami isu hadis palsu ini.