Monday, March 8, 2010

Jodoh

Siapa percaya jodoh angkat tangan. Masa zaman sekolah dulu siap ada pengiraan untuk mengetahui pasangan kau cocok atau enggak sama kamu berdasarkan kepada nama. Aku teringat benda ni lepas terbaca pasal ni kat Kak Di punya blog. Tapi yang Kak Di punya guna jawi & masa aku sekolah rendah dulu guna rumi.

Tapi pengiraan yang guna rumi tu aku dah lupa guano nak kira dia. Tapi hasil dia dalam bentuk peratus tak silap aku. Yang pengiraan Jawi ni tambah tolak je.
Sekiranya anda sudah ataupun mahu berumahtangga, dan ingin mengetahui sama ada anda serasi atau tidak, dan boleh bermuafakat atau tidak dengan suami anda, bolehlah anda mencuba cara dan juga petua ini :

Eja nama anda dan namanya (teman lelaki) dalam huruf JAWI. Hitung nama anda mengikut hitungan ABJAD, kemudian hitung nama lelaki itu dengan kaedah yang serupa. Jumlahkan keduanya. Kemudian tambah 7 . Sesudah itu, tolak 9 sehinggalah bakinya menjadi 9 atau kurang. Kemudian rujuk kepada jadual di bawah ini:-

Bakinya Interpretasi:

1 Tidak baik, dipandang rendah
2 Baik
3 Mulanya rendah, akhirnya buruk. Setelah sempit, senang
4 Baik lagi kuat
5 Rumah kemakmuran, telaga di bawah gunung
6 Mula baik, akhirnya dukacita
7 Rumahtangga bahagia, hamparan terbentang,sekaya-kayanya
8 Rumah terbalik
9 Berpindah, berbantah, berpecah.

Tau tak nak kira?Ambil contoh tulisan jawi kat atas tu. Bermula dengan perkataan pertama.
Huruf mim(1),ha(1),mim(tidak di kira sebab sudah ada mim),dal(1),alif(1),zai(1),wau(1),alif(tidak dikira) & nun(1).
Jumlahkan 1+1+1+1+1+1+1=7.

Buat pengiraan seperti di atas untuk perkataan kedua dan jumlahnya adalah 9.

7+9=16
16+7=23
23-9=14 (perlu di tolak 9 lagi supaya hasil menjadi 9 dan ke bawah)
14-9=5

Kalau salah kira boleh jadi 6 tu..haha..AWAS.....ini hanya satu petua sahaja... jangan percaya bulat-bulat+200%..hanya Allah SWT sahaja yang maha berkuasa. DIA yang menentukan baik buruk nasib kita. Kita boleh berusaha & memohon kepada-Nya. Aku kira ni sampai dah nak jadi pakar matematik sebab aku kira banyak-banyak kali untuk memastikan keputusan aku tu benar-benar sahih..hehe..

p/s: siapa ada tengok Dalil Cinta sabtu lepas?!..memang khas untuk pasangan yang nak mendirikan rumahtangga & pasangan berumah-tiada-tangga & suami isteri. memang rasa nak lepuk ke kepala si Nisa tu..

2 comments:

wawa pucca said...

aku mcm nisa
bf aku cm fahrin

aih?
hahaha

suh la laki masak
padan muka la

hehe

jiwa sifar said...

syurga juga di bawah tapak kaki suami.

Lalala..