Thursday, September 29, 2011

Last Minit

Dulu masa zaman-zaman belajar acap kali la buat assignment last minit. Tapi masa tahun ketiga dan terakhir last minit dah aku padam dalam kamus hidup aku. chewahh. Sekarang paling benci orang buat kerja last minit. Memang hangin satu badan. Macam pagi tadi.......Harun salim bachik betul..

Wednesday, September 28, 2011

Rabu Tanpa Perkataan #3


Thursday, September 22, 2011

Dapatkan voucher RM200 dan RM100 untuk peti sejuk dan air-con


Mari-mari..dapatkan panduan untuk mendapatkan voucher RM100 dan RM200 ini.Sebenarnya voucher untuk RM100 untuk air-con dan RM200 untuk peti sejuk. Program ini dinaungi oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Hanya perlukan nombor akaun bil elektrik sahaja. Lepas itu boleh check sama ada kita layak atau tidak. Walaupun anda penyewa rumah macam aku, masih boleh apply yang penting ada bil elektrik asal.


Langkah pertama sila ke sini. Untuk pilih Tenaga Nasional Berhad, Sabah Electricity Sdn Bhd atau Syarikat Sesco Bhd. Kemudian untuk penyewa macam aku pilih option pengguna tidak berdaftar. Isi perkara yang perlu dan tunggu keputusan. Cetak voucher untuk peti sejuk dan air-con. Untuk maklumat lanjut sila ke sini.

Yang bawah ni voucher aku. Air-con untuk rumah baru. Memang semangat waja terus berusaha..yakin boleh rakan muda..Peluang macam ini perlu di-grab wahai tuan-tuan dan puan-puan. Bukan senang KERAJAAN nak kasi peluang ini.


Wednesday, September 21, 2011

Rabu Tanpa Perkataan #2

Monday, September 19, 2011

Kerani


Aku nak rekemen kat bos untuk hire kerani la sebab meja aku hampir penuh dengan invois, purchase order, requisition serta delivery order.

Thursday, September 15, 2011

6%

Flash back 15 Oktober 2010 ketika Najib membuat pembentangan Bajet 2011.[sini]dan[sini]

1. Pendahuluan

YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:

(i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas
semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.

(ii) mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan Penyiaran
Televisyen Berbayar.

Kedua-duanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

2. Peruntukan Undang-Undang

2.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar

Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975
[P.U.(A)52/1975] telah dipinda dalam Kumpulan G, butiran (b) dalam
ruang “perkhidmatan yang kena dibayar cukai” seperti berikut:

“(b) Penyediaan –

(i) perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telemail, alat keloi, telefon selular, teleks, perkhidmatan lebar jalur atau perkhidmatan nilai ditambah; dan

(ii) perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar”

Pindaan di atas dibuat melalui Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 412/2010].

3. Pelaksanaan

3.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6%

Dengan pindaan kepada Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 seperti di perenggan 2.1 di atas, bermakna semua perkhidmatan bercukai sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Kedua, PeraturanPeraturan Cukai Perkhidmatan 1975 adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan pada kadar 6% berkuatkuasa mulai 1.1.2011 kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad caj.



Fahamkan. Harap jadi panduan bersama dan faedah untuk semua dari dimomok oleh media yang tidak jujur dan berkepentingan.

Wednesday, September 14, 2011

AFF U-19 : Malaysia 6-0 Singapura


Aku baru tahu AFF U-19 sudah tiga perlawanan berlangsung. Malaysia kalah dengan Thailand 1-0 dan seri 0-0 dengan Kemboja. Lepas itu anak Harimau Malaya baru mengaum lepas jumpa anak Singa Temasek.
Tahukah anda keputusan bola jika Singapura 100% original tanpa pemain 'import'? ENAM tanpa balas. Aku rasa Sport Center kat Astro pun tidak akan siarkan berita menyayat hati sebegini.


Senarai anak Harimau Malaya yang meratah anak Singa Temasek.Muhammad Akmal Ishak 9', Muhammad Akram Mahinan 21' 36', Mohamad Ridzuan Abdunloh Pula 47', Muhammad Akhir Bahari 89' 90'

Tuesday, September 13, 2011

Malaysia Airlines dan Air Asia taja Queen Park Rangers



Ramai betul duit MAS dan Air Asia ni. Tengok la model yang tengah-tengah tu..kurang pahala puasa enam aku...macam puasa je. Berapa agak-agak jumlah tajaan dieorang ni? Aku rasa kalau aku mintak 1% dari jumlah tajaan tu untuk bayar cash rumah aku confirm lepas. Eh suka hati dieorang la nak buat apa dengan duit dieorang.

Aku dengar caj 6% ditangguh. Pandai betul dieorang main drama. 

Apa-apa hal pun, yang kaya akan terus kaya yang miskin akan terus miskin dan yang sedang-sedang elok ni akan terhimpit. sekian..

p/s: jika network anda power trip..pastikan domain server anda on dahulu. jika tidak anda akan mengalami pressure yang amat tinggi dari software team.

Friday, September 9, 2011

Arnab


Semalam balik kerja aku perasan seekor arnab di seberang jalan depan rumah aku. Mesti arnab tu terlepas. Aku biarkan arnab tu sebab mesti tuan dia cari. Malam tadi ada kawan se-MRSM aku (AC bukan Mizal, Farid bunge, Izwan kecik dan isteri Seha) datang beraya di MALAM JUMAAT. haha..Abaikan capslock jika anda masih bujang.

Masa dieorang balik arnab tu masih lagi di kawasan petang tadi aku nampak ia berada. Aku ambil keputusan untuk bawa masuk letak dalam laman rumah. CT dan Tehcik boleh pulak nak bergurau main kejar-kejar dengan arnab putih tu. Aku bawa masuk dalam kawasan rumah aku sebab takut anjing liar makan arnab tu. Comel tu, rugi la kalau mati. Hari ini aku nak tanya jiran tuan punya arnab ni.

Sebelum ni pernah ternampak rumah ada bela arnab tapi tak sure yang mana satu. Aku masukkan arnab tu dalam sangkar. Nak kasi makan apa? Takkan makanan CT dan Tehcik kot. So terpaksa aku 'ragut' rumput depan rumah aku. Sebab masa aku angkut arnab tu dia tengah ragut rumput. Last-last bini aku kasi lobak dan sawi jepun. Mewah arnab ni. Tak kan aku nak keluar pergi kedai nak beli pallet arnab tengah-tengah malam.

p/s: Sesi Pemilihan Pemain Bolasepak Piala Presiden Johor FC 2012
Tarikh : 17-18hb Sep 2011 bermula jam 730pg
Umur : 21 Tahun (Lahir Tahun 1991)
Tempat : Padang Kompleks Nusa Mutiara Tebrau JB..(pdg Belakang)
Sekiranya berminat, Sila Hubungi Coach Yazid 017-7701694

Thursday, September 8, 2011

KMM PKMM API AWAS UMNO

Aku mahu cerita pasal sejarah. Memandang bini aku guru Sejarah berjaya di sekolah beliau sebab PMR tahun lepas peratusan lulus subjek Sejarah meningkat. Percubaan PMR tahun ini subjek Sejarah juga peratus lulus meningkat berbeza dengan subjek lain menurun. Sebab bini aku ajar subjek Sejarah, aku pernah borak 'Sejarah' dengan bini aku. Pasal Parameswara bagi nama Melaka sempena peristiwa anjing buruan beliau ditendang kijang semasa beliau rehat di bawah pokok Melaka. Aku cakap 'Sejarah' Malaysia ni ada bau-bau ikan atau dalam bahasa imperialis nya smell something fishy.



British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja’ memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.

Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk – Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kesah-kesah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British’s running dog atau anjing suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja barua British.

Wednesday, September 7, 2011

Rabu Tanpa Perkataan #1



Budak hingusan di pagi raya.

Monday, September 5, 2011

Petknode - Hotel Haiwan Peliharaan atau Neraka haiwan Peliharaan


Culprit?



Memang aku tidak boleh belah pasal ni. Sayu tengok anak kucing terbaring kaku disebelah ibunya. Kawan sekolah aku ada lagi banyak gambar kucing mostly dan anjing yang terbiar dalam so-called hotel haiwan peliharaan tu.


CT dan Tehcik aku minta tolong jiran aku untuk kasi makan dan jengah-jengah. Biar la kucing aku bergaduh dengan kucing hitam jahat dari terkurung dalam sangkar dan terbiar beberapa hari. Tengok gambar di atas ni. Luluh hati beb, owner Petknode nak saman orang ramai yang pecah masuk hotel haiwan itu.



Lagi gambar di Facebook kawan aku Ekin. Bukan Ekin Mawi OK.

Saturday, September 3, 2011

Kelayakan EURO 2012 - Jerman 6:2 Austria


Redakan perasaan raya dengan bola.

Singapura kalah dengan China 2-1. Padan muka. Seperti biasa pemain import yang score.