Friday, April 30, 2010

Sofa kalahkan Reebok Pro Valde

Owh..tiada apa yang mampu ku ungkapkan..

Reebok Pro Valde...Suatu hari nanti pasti kau akan ku beli..(ikut rentak Suci Dalam Debu - Iklim)

Lotto Zhero Leggenda Due bukan lagi menjadi but idaman sebab Glen Johnson macam bongok je asik hilang footing seterusnya menyebabkan gol Forlan.

Esok..Dua majlis perkahwinan akan aku harung..Bukan kahwin lagi daa..kengkawan kahwin. Simpang Renggam satu dan Dewan Felda(ini majlis ada VVIP dan VIP) di Jalan Semarak.

p/s: malam tadi semanis kurma tengok Julia Ziegler pakai baju kurung dan tudung. sweet tapi nampak Julia macam janggal sebab kejap-kejap macam pegang-pegang tudung lilit dia tu..lawak.

Thursday, April 29, 2010

Filem Gigolo Bali

Malam tadi tengok berita Channel 5(siaran Singapore). Ada berita pasal beach boy kat Bali yang jadi gigolo atau 'teman-terlebih-mesra' kepada pengunjung luar negara. Lemayan sih..bisa pacaran sama cewek eropa. Beach boy ini juga bisa ngomong dalam bahasa cewek yang mereka pernah pacari. Gratis deh..bukan saja bisa bermesraan sama cewek eropa malah bisa belajar bahasa ibunda cewek nya sih.

Pengarah dia bernama Amit Virmani. Membesar di Singapura,India dan Hong Kong. Tapi memulakan karier di Singapura. Nak baca lebih lanjut pasal interview dengan Amit Virmani ni..Sila ke sini.

Wednesday, April 28, 2010

Jangan Lari..

Lagi kes tembak oleh PDRM. Ini bukan pertama kali untuk tahun ini. Kredibiliti PDRM semakin jatuh akibat tindakan susulan ini. Percaya atau tidak kes ini akan terus menyepi. Seperti apa yang berlaku kepada Norizan.

Bak kata pepatah "Nila setitik rosak susu sebelanga". hmm...oh dunia..

Tuesday, April 27, 2010

Three Stooges

 Semalam kat Tesco Extra aku telah menemui Three Stooges sekolah bini aku. Masa tu aku dan bini aku masuk kedai baju XXX. Masa tengah-tengah belek..kedengaran suara memanggil nama penuh bini aku. Dari situ instinct aku kuat mengatakan itu adalah "mereka". Stooges ini berjantinakan perempuan.

Masa bini aku kenalkan aku suaminya, aku just lemparkan senyuman ikhlas-tak-ikhlas je sebab aku tau perangai orang atasan sekolah bini aku ni. Rasa nak smack-down je Three Stooges tu.

Siapa Three Stooges ni?!..Tak payah tau, cukup sekadar hidup Stooges ni penuh dengan hipokrasi, suka mengarah dan juga tidak hormat orang bawahan. Bini aku masa nama beliau disebut seolah-olah seperti berada di sekolah. Suara itu hanya akan ke udara di sekolah untuk memanggil bini aku untuk di "kuli-batak" kan oleh Stooges tu.

Sunday, April 25, 2010

Value Added Tax


Aku tak berapa nak faham pasal benda ni. Bab-bab ekonomi ni aku lemah banyak. Walaupun SPM aku ambil Pronsip Akaun tapi yang aku tau buat kunci kira-kira dan debit kredit seimbang saja.

Kalau ada ahli ekonomi yang baca blog aku ni diharap dapat membantu sebab aku nak beli but bola online. Kat Malaysia susah gila nak jumpa but bola Reebok. Nike dan Adidas memang berlambak lagi-lagi kat Al-Ikhsan tu.

Aku sudah buat keputusan untuk beli but bola Reebok Valde Pro kerana ke'rare'an but bola ni kat Malaysia..hehe..semalam friendly aku nampak dua tiga orang pemain lawan pakai Lotto Zhero Leggenda.

Berbalik kepada persoalan yang aku cuba bangkitkan. But yang aku beli ni dari UK. Adik ipar aku ada kat Bristol tapi dia balik bulan 7 dan but bola Mizuno aku makin besar "gelak" dia. Harga dia tulis excluding value added tax(VAT). Sudah Google tapi still tak boleh masuk ayat-ayat penerangan formal.

Ok..nak sambung cari ma maknahu VAT ni.

Wednesday, April 21, 2010

Politik Murahan di Malaysia


Sejak pembangkang menang besar PRU lepas, rakyat Malaysia telah disajikan dengan perangai lampi ahli-ahli politik dalam parlimen. Itu pun ada rakyat Malaysia yang masih tidak nampak apa yang sebenarnya berlaku dalam arena politik di Malaysia.
Aku memang meluat melihat setiap kali PRK berlangsung. Contoh kita boleh linat apa yang berlaku di Hulu Selangor dan Sibu. Itu jam ada PRK itu jam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin luluskan RM2 juta diperuntukan oleh KERAjaan untuk membaik-pulih sekolah-sekolah di Sibu. Setiap kali ada PRK, tu dia bak hang..peruntukan untuk ini sejuta..peruntukan untuk itu 2 juta.
Malas nak tengok berita Malaysia. Nonton RCTI atau SCTV lagi ngetop. Tak pun tengok Just For Laugh Asia di Channel 5(Singapura). Cerita AdaMaya pulak memang suruh kita sembah tv sepanjang maghrib. Habis AdaMaya pulak Nenek Kebaya. Dengan aku-aku terjebak semalam layan bini aku tengok cerita tu. Malam ni tak boleh jadi. Kena sahut seruan kat surau yang sekangkang kera tu.

p/s: safety boot basah semalam kena hujan.tengah jemur ni..so tak boleh masuk plant=)

Tuesday, April 20, 2010

Sibuk

Sejak dua tiga empat minggu ni....Tempat kerja aku dalam plant. Sekejap department Planning, Account, Purchasing...Annealling..Foil Mill..Internet problem sudah seminggu tak terselesai oleh IS Partner berpangkalan di Singapura. Orang kilang asik tanya SAP tidak boleh guna ke?!Naik mual aku nak jawab. Kalau tak boleh tu cuba la banyak kali. Kalau nak perfect pergi la kerja obersea sana sebab line dieorang laju tahap gaban.

Alasan semua sebab internet problem tidak boleh buat kerja. Sampaikan nak buat carta organisasi pun mintak tolong aku buat. Aku buat-buat lupa kalau dia tanya pasal carta tu. Manager IT kat kilang TITAN perempuan tu..hehe..Takde kena mengena ok. Aku sayang kilang aku ni sebab sokan je. Tiap-tiap bulan ada sokan. Walaubagaimanapun...kehidupan ini adalah tempat Allah untuk menguji hamba-hamba Nya. Seteruk mana kita lalui kehidupan ini, jangan berputus-asa. Sekian..Wabillah hi taufik wal hidayah..Wassalamu'alaikum WBT..


p/s: umi ain aka mak buyung aku sudah nampak kebuyungan dia. Kembar kah?!..haha..tunggu bulan seploh. (gambar sokan bowling iaitu sokan pembukaan untuk tahun ini bagi kilang aku)

Thursday, April 15, 2010

Servis Streamyx Macam....

Adalah sedia maklum aku adalah pelanggan Streamyx Block Buster Deal. Dapat router wireless percuma dan telefon percuma...bla..bla..bla..Aku tiada masalah internet TETAPI router wireless yang TM pemurah hati beri tidak boleh nak di configure secara web-based. Ini masalah yang aku hadapi. Nasib aku tergerak hati nak beli second hand LinkSys wireless router dari rakan sepejabat aku. Laporan telah aku buat dan telah ditabur dengan janji di mana juruteknik akan menelefon aku dalam masa terdekat.
 
Aku sudah buat laporan ini dua minggu lepas dan minggu ini baru juruteknik itu telefon. Aku geram terus pergi TM Point (aku dinasihatkan supaya tunggu juruteknik)tukar router tu dengan harapan setel masalah ini tapi masalah sama still berulang. Asal aku buka web based 192.168.1.1 je yang keluar simbol ni "<". Telnet boleh tapi aku tak berapa nak faham+malas macam mana nak configure melalui telnet tu.

Tuesday, April 13, 2010

Ohh Asma..Pergi kau!!!..

Aku kenal Asma ni sejak aku belajar sekolah rendah lagi. Memang susah nak tidur malam kalau jumpa Asma. Kerja pun rasa tak semangat selagi Asma ni tidak pergi dari Pasir Gudang ni. Aku sudah berkahwin, aku tidak perlukan Asma..Aku sudah ada Ain.

Asma ni memang selalu susahkan hidup aku...darnNn..

Monday, April 12, 2010

Temuduga UiTM


Sabtu lepas pergi temuduga UiTM tapi bukan aku yang temuduganya. Anak buah aku yang lepas SPM yang mintak TeSL. Lokasi di UiTM(ex-YPJ) kampus bandaraya. Ada cerita disebalik pemergian anak buah aku ke temuduga ini. Masa hari pertama keputusan temuduga dikeluarkan di internet, nama anak buah aku ada tapi keesokan hari nya apabila anak buah aku nak print tak ada la pulak.

Kak Ju aka ibu kepada anak buah aku aka kakak kandung aku terus telefon UiTM. Penjelasan diberi di mana anak buah aku tidak cukup merit dan bla..bla..bla..frust menonggeng la anak buah aku tu. Tetapi sehari selepas itu UiTM menelefon Kak Ju dan menyuruh Kak Ju supaya menyemak kembali nama anaknya. Nama anak buah aku kembali ada. Menakjubkan sungguh.

Apa yang aku geram adalah cara UiTM buat temuduga ini tidak berapa nak sistematik. Mula-mula calon perlu menduduki peperiksaan bertulis dan kemudian baru sessi temuduga. Panel ada DUA orang sahaja. Dalam kertas yang anak buah aku cetak menyatakan bermula 8.30pagi tapi..Janji melayu..Aku punya la Schumi bawa kereta di lebuhraya Pasir Gudang sekali sampai..Semua calon macam blur-blur. Petugas juga lambat menenangkan suasana. Nasib aku tak gerak lepas Subuh...Ada yang datang dari Batu Pahat gerak pukul 5.30 pagi kau..Masa tu aku lena diulit mimpi atau........

Aku tidak puas hati sebab aku kena tunggu lama namampus.haha.. Aku siap tanya kantin dalam kampus tu, kenapa makanan sikit sangat buat. Juruwang kantin yang lemah matematik itu memberitahu yang mereka tidak dimaklumkan. Ruangkan menunggu aku adalah dalam kereta.

Kesimpulannya hari Sabtu aku mostly dihabiskan di UiTM sahaja..Petang main bola lawan UniKL pun stress seterusnya menggagalkan aku untuk menjaringkan gol..Ohhh..aku perlukan but bola baru...

Thursday, April 8, 2010

Jersi Baru Liverpool

Akhirnya, selamat tinggal Carlsberg. Selamat Datang Standard Chartered. Patut susah nak menang trofi, sponsornya arak. Lepas ni bola pakai jersi Liverpool dengan sponsornya sekali tanpa was-was. Dengan keberkatan Standard Chartered, semoga banyak trofi akan di menangi.

Jersi wajib beli ini. Walaupun zaman kegelapan Liverpool sedang berleluasa tapi i got nothing to lose.Yang penting aku tumpukan kepada Liga Industri Pasir Gudang.


Wednesday, April 7, 2010

Streamyx Blockbuster Deal 512Kbps

RM90/sebulan
Percuma Wifi modem
Percuma Dect Phone
Percuma panggilan ke talian tetap TM
Flat rate 15sen/minit ke talian lain

Setelah beberapa hari menggunakan pakej terbaru ni, memang berbaloi. Mana tidaknya, kelajuan internet aku dah macam guna 2Mbps. Tidak percaya?!


Berbaloi-baloi. Aku tak guna modem TM sebab dapat-dapat je dah rosak. Aku rasa problem firmware je. Tunggu je la kedatangan juruteknik TM.

Saturday, April 3, 2010

Wahn


Aku tertarik dengan picisan khutbah Jumaat lepas pasal Wahn.

Sabda Nabi Muhammad SAW
..Kelak, umat-umat lain akan mengerumuni kalian seperti orang-orang lapar yang mengerumuni hidangan mereka..

Salah seorang sahabat bertanya
..Adakah kerana bilangan kita sedikit pada ketika itu?..

Friday, April 2, 2010

Melayu Merempat Di Bumi Sendiri

Langsung tidak keluar di mana-mana stesen televisyen. Kg Buah Pala bukan main liputan dibuat tetapi Kampung Denai Pinggiran yang terletak di Johor sebaliknya..

Orang kampong telah menduduki Kg ini hampir 30 tahun lamanya bagi mengimbangi sosio ekonomi dan tenaga kerja di bandar Johor Bahru.Mereka merupakan peneroka bandar yang ada sumbangannya ke atas negara walaupun sanggup hidup susah.

Thursday, April 1, 2010

Seksa Jadi Guru

Baru sekarang pihak ATASAN terpanggil untuk mengkaji beban guru-guru sekarang. Better late than never my ass!!. Tidak sama sekali. Sebelum ni aku pernah cerita serba serbi tentang guru memandangkan isteri aku pun seorang guru dan secara tidak langsung aku tahu apa "seksaan" guru-guru sekarang. Lebih-lebih lagi kalau Pengetua+GPK+HEM sekolah jenis yang suka multi-task.

Apa yang aku maksudkan multi-task di sini adalah mengarahkan banyak kerja(bukan kerja mendidik) dan akhirnya si pengetua yang sememangnya sudah tua sendiri lupa tugas-tugas yang diberikannya kepada guru. Lebih produktif jika sesuatu itu dilakukan satu persatu memandangkan guru ada tugas yang lebih penting iaitu mendidik. Yang paling aku geram adalah pernah sekali isteri aku dipanggil Guru Penolong Kanan. GPK ini cakap kepada isteri aku yang isteri aku lebih mementingkan keluarga dari sekolah. Rasa macam nak terus pergi jumpa GPK tu dan sagat Zhero Leggenda Due kat muka dia. Hanya sebab isteri aku hanya tidak hadir dalam aktiviti entah-apa-apa-entah pada hari Sabtu.

Memang pekeliling ada menyatakan guru dibenarkan pada hari sabtu dua kali sebulan. Isteri aku memang tidak sihat sebab preggy, nak buat macam mana. Memang bodoh piang GPK tu. Yang tidak boleh belah masa  aku tengah tidur di malam hari, tiba-tiba isteri aku menangis. Esok pagi aku tanya kenapa menangis?!Isteri aku jawab dia mimpi guru GPK tu..sampai teruk sekali penangan GPK ni terhadap isteri aku.Nak gelak pun ada, kasihan pun ada.

Kewangan sekolah sekarang juga tidak begitu memuaskan sebab?!..Kerajaan tidak beri peruntukan ke?Mesti la bagi, kan keluar dalam berita...Sampaikan ada satu sekolah ni nak anjurkan sambutan Maulidur Rasul, setiap murid wajib bayar walaupun pelajar India dan Cina. Sila take note Muhyiddin ye. Kalau setakat bincang dengan NUTP tu buang masa. Cuba pergi sekolah sendiri menyamar jadi murid. Ala-ala Khalifah Umar yang suka menyamar sewaktu pentadbirannya sebagai khalifah. Ada berani ke Muhyiddin?!..

Kalau politik tu tidak payah nak cerita la. Semua tempat kerja ada politik tersendiri. Aku terpanggil untuk bercakap tentang guru sebab aku kasihan melihat orang yang aku sayang dibebani oleh kerja yang bukan-bukan.

enough said...

Kotak Tidur

Lapangan Terbang Dubai akan memberikan perkhidmatan ini jika kecemasan.

  
Saiz: 2 m x 1,40m x 2,30m  tidur dalam keadaan selesa dan selamat.   
Tidak perlu bazir masa untuk cari hotel.
Direka khas untuk stesen keretapi, lapangan terbang dan tempat-tempat yang sesuai.
Negara beriklim tropika boleh pasang di luar dan di kaki lima.
Termasuk katil, tilam, selimut,sistem pengudaraan, alarm, LCD TV, wi-fi  dan ruang untuk laptop dan cas bateri telefon bimbit.
Bawah katil ada almari untuk isi beg. Bayaran dibuat di terminal dan pengguna akan diberikan kunci elektronic dan boleh diguna seberapa lama yang anda mahukan.