Thursday, December 30, 2010

Kroni



Sebelum itu aku nak ucapkan tahniah kepada Harimau Malaya yang berjaya membawa pulang Piala Suzuki 2010.

Berkenaan dengan tajuk di atas, aku memang tidak puas hati pasal perkara ini. Perkara ini memang sinonim dengan politik di Malaysia dan juga agak sinonim dengan meleis. PHD juga sinonim dengan meleis ni.

Aku sebenarnya dah cukup muak dengan kelakuan pihak yang menggunakan kuasa mereka untuk kepentingan mereka. Sebagai contoh, syarikat Zionis melanggan perkhidmatan Screamyx 1Mbps. Setiap pekerja perlu membuat pendaftaran RM20 untuk menggunakan khidmat internet jalur lebar ini dan setiap bulan perlu membayar RM5. Jumlah pekerja lebih kurang 200 orang. 200 x 20 = RM4000. 200 x 5 x 12 = RM12000. Screamyx sebulan RM110 x 12 = RM1320. 12000 + 4000 - 1320 = RM14680. Dari sini syarikat Zionis telah mengaut keuntungan RM14680. Ada khabar angin mengatakan yang duit lebih akan dimasukkan ke dalam tabung cuti di mana pihak atasan dan yang terpilih sahaja dapat ikut percutian luar negara itu. WADEFAK!!..

PHD aka perasaan hasad dengki. Ada sekumpulan pekerja di syarikat Zionis yang menggelarkan mereka sebagai otai hanya kerana mereka telah lama berkhidmat dalam syarikat. Siap tubuhkan group dalam BukuMuka dan yang terpilih sahaja di invite. Ntah macam mana, ada seorang pekerja baru telah di invite masuk ke dalam group bajet otai ni. Suatu hari, pekerja baru ni tidak datang majlis yang meraikan salah seorang ahli otai sebab anak beliau meragam. Bila si pekerja baru ni masuk BukuMuka dan masuk group otai ni. Kebetulan ada discussion pasal majlis keraian semalam. Tiba-tiba salah seorang ahli otai memaklumkan ada seorang kawan mereka tidak datang walaupun sudah diberitahu. Dan serta merta ahli otai ini menghentam beliau yang tidak hadir. Bila si pekerja baru ingin membalas komen itu, dia rupakan telah di kick dari group itu.

Kroni biasa akan rapat dengan pihak atasan supaya mereka dapat apa yang mereka hendak seperti menyusahkan pekerja yang tidak disenangi mereka. Dan dalam meeting juak-juak kroni akan mendapat pujian atas dasar sayang syarikat. Contoh walaupun hari tidak bekerja, masih datang ke pejabat untuk menunjukkan rasa cinta terhadap syarikat. Nasib pekerja yang tidak disenangi kroni? Pekerja ini akan dibebani dengan jawatan-jawatan seperti setiausaha kelab sukan, setiausaha keselamatan serta macam-macam lagi. In the end of the day, pekerja ini tidak dapat menumpukan kerja sebenar beliau di dalam syarikat.

Umur ahli-ahli kroni biasanya dalam penghujung 30-an. Rasa macam nak meletup tulis post kali ini...cukup la..
......
........
.........
............
p/s: when i see those faces...........
p/ss: based on true damn story...

Wednesday, December 29, 2010

Gambar hangat


Untuk menambah perisa untuk perlawanan Piala Suzuki 2010 kali ini. Aku akan letak gambar yang mampu membakar semangat penyokong Harimau Malaya.


kredit : sokernet

Garuda vs Harimau Malaya


Malam ni penentu samada Piala AFF Suzuki akan di bawa kembali dari Indonesia. Dan seperti biasa, kalau ada jaringan...aku akan awal 5 saat berbanding mereka yang MEMBAYAR perkhidmatan ASTROgol. Saja mahu kasi jeles sama itu pelanggan ASTROgol. Bayar bukan main lagi mahal, servis haprak.


Agak-agak berapa banyak bomoh dari Indonesia datang untuk santet Norsharul Idlan Talaha. Harap-harap Norshahrul ni tidak lupa mandi wajib kalau......biasa la orang baru kahwin. Tapi kemerahan inai mampu menangkis santetan bomoh-bomoh Indonesia yang passport mereka sudah tamat tempoh.

Atau sinaran laser ultraman dari jepang yang akan menentukan keputusan?

Ayuh ramai-ramai kita nonton RCTi..Nak harap TV1 memang tinggal harapan. Dan aku tidak sudi nak dengar Hasbullah Awang atau Zainal Abidin Raup tu mengulas.

kredit gambar: obefiend

Tuesday, December 28, 2010

Ops Mr Mama


Hari ini aku masuk kerja lepas lunch sebab kena jaga anak dara aku. Ibu dia kena pergi meeting kat sekolah yang hanya mula pada pukul 9.00 pagi sebab pihak atasan memang selalu last minute inform. Melayu tipikal. Pengasuh ada hal kena setelkan pasal sessi persekolahan anak dia.

Tapi Ops Mr Mama aku bertahan beberapa jam kerana pengasuh sudah datang rumah ambil Zaheen. Ingatkan pengasuh aku tu ambil masa lama nak setelkan hal anak dia tapi kejap je. Aku tengok jam dah pukul 9 lebih. Ikan caru aku dah keluarkan untuk disiang. Alang-alang terus siang ikan dan vakum ruang tamu yang agak berpasir hasil kerja CT dan Tehcik masuk rumah tak basuh kaki.

Kadang-kadang best juga buat kerja rumah..tapi aku ulang..KADANG-KADANG..hehe..

p/s: Walaupun kamu makan garam lebih awal dari kami, tidak semestinya yang kamu akan tahu rasa sebenar garam itu.

Sunday, December 26, 2010

AFF Suzuki Cup Final 1st Leg - Malaysia 3-0 Indonesia




Memang terbaik aksi Harimau Malaya menewaskan Sang Garuda yang gagah di angkasa. Seperti biasa, jiran depan rumah(menonton guna AstroGOL) lambat 4-5 saat menjerit masa gol di kala aku menyaksikan gol awal 4-5 saat dengan sopan sebab anak aku sedang lena di pangkuan aku.


MOTM Norshahrul Idlan Talaha. Walaupun inai masih merah, semangat pengantin baru telah membakar semangat KELAKIAN Norshahrul di atas padang. Tahniah Safee dan Ashari yang memadamkan semangat Garuda.

Bring it on Gelora Bung Karno.

p/s: masuk Livescore.com tu.

Saturday, December 25, 2010

AFF Suzuki Cup Final 1st Leg - Malaysia vs Indonesia



Esok ramai-ramai turun stadium Bukit Jalil..yang ada tiket la..yang tiada tiket macam aku ni ngadap MncTV..kalau dapat siaran..kalau yang duit ramai sikit tu sempat lagi register AstroGOL. Kalau yang bujang tu lepak mamak macam biasa. Nak harap warung melayu bukak bola...ada tapi tak macam mamak yang rata-rata buka siaran bola.


Putih adalah Sang Garuda dan biru Harimau Malaya.

Friday, December 24, 2010

Cermin Satu Hala - Cermin Dua Hala



Aku nak cerita pasal cermin sebelum berhujung minggu. Ayah aku emel, malam tadi. Kebetulan ayah aku ada kerja di TNB Kulai, bermalam di rumah aku dengan sambil lepas rindu kat cucu sulung. Malam tadi dah macam siber kafe. Aku dengan laptop aku, adek dan ayah masing-masing mengadap laptop masing-masing. Bini aku lak ngadap anak..kahkahkah..

Ok sambung balik pasal cermin. Ini amat berguna terutamanya untuk kaum hawa. Ada dua jenis cermin iaitu sehala dan dua hala. Cermin sehala adalah cermin biasa yang biasa kita guna. Cermin dua hala adalah cermin macam dalam cerita-cerita Hollywood tu masa interrogation. Pesalah yang di interrogate nampak cermin dan di sebalik cermin tu ada Horatio.

Ada cara untuk mengetahui cermin dua hala. Anda perlu melakukan ujian jari. Sila rujuk gambar di bawah.

Jika anda perasan gambar yang pertama, refleksi jari anda dengan jari asli anda ada jarak sedikit. Jika ada jarak ini bermakna ia adalah cermin sehala which is safe.


Gambar kedua pula tiada jarak antara jari asli dan jari refleksi. Jika tiada jarak ini adalah cermin dua hala dan sila jangan menukar pakaian anda di situ. Mungkin ada pihak tidak bertanggungjawab merakam susuk tubuh badan anda lalu menggunakannya sebagai peras ugut. Kalau nak pecahkan cermin tu boleh jugak, mana tahu malaun tu sedang syok merakam.

Motto dia adalah...No space, leave the place.

Wednesday, December 22, 2010

YES 4G & P1 4G bukan tawarkan internet berkelajuan 4G!!!..



Seperti entry pasal Proton Saga FL, aku ingin ulang bahawa marketing di Malaysia memang gampang. Cuba lihat iklan KFC, masa keluar iklan shrimp dia bukan main besar lagi empuk. Sampai tidak muat bekas kertas yang diberi. Nanti ada nota kecil semasa di akhir iklan di mana 99.99999% penonton tidak akan perasan yang itu hanya adalah illustration purpose. Bak kata orang "bohong sunat". Iklan seperti ini sepatutnya tidak boleh disiarkan. Ini seolah-olah suatu penipuan, kalau nota tu saiz font dapat dibaca aku boleh kautim lagi.


Gampang bukan? Kali ini aku mahu cerita penipuan yang agak melampau oleh YTL serta P1. Seperti yang kita sedia maklum, YES(YTL) menyediakan internet mudah-alih berkelajuan 4G. Begitu juga P1 Wimax yang telah menukar nama kepada P1 4G. P1 dan YTL bukan main pukul canang servis internet yang mereka sediakan berkelajuan 4G.

Sebelum aku menyambung lebih lanjut perkara 4G, mari kita belajar apa itu 4G. 4G adalah wireless generasi keempat yang mengatasi 3G serta 2G. 4G juga dikenali sebagai International Mobile Telecommunications-Advanced (IMT-Advanced). Apakah syarat-syarat untuk melayakkan 4G?


  • komunikasi dalam bentuk Internet Protocol(IP). 4G akan menggunakan IPv6.
  • mempunyai puncak kelajuan sehingga 100 Mbit/s untuk mobiliti tinggi(mudah di bawa) seperti telefon bimbit dan USB dan 1 Gbit/s untuk mobiliti tinggi seperti local wireless access point.
  • standard yang digunakan adalah IEEE 802.16m. masih dalam kajian.
  • ada banyak lagi..sila cari..tak larat den.
4G masih lagi dalam kajian. 3GPP Long Term Evolution (LTE) sering kali disalah anggap sebagai 4G. LTE adalah lebih laju dari 3G. LTE mempunyai kelajuan puncak muat turun/muat naik 326.4 Mbit/s / 86.4 Mbit/s. LTE Advance iaitu adik kepada LTE merupakan salah satu calon untuk standard IMT-Advanced. Calon lain dalah WiMAX 2.


Sudah faham bukan apa yang sedang berlaku. Teknologi yang kita guna adalah sama seperti apa yang telah dilancarkan di Korea pada tahun 2006. Sebagai pengguna, kita patut tahu selok-belok barang yang kita guna agar orang tidak bertanggungjawab tidak mengaut keuntungan sesuka hati. Sama juga macam gelang si AC yang tiada bukti yang jelas dan nyata pasal magnet dan kesihatan.



Standard YES dan P1 4G adalah IEEE 802.16e(WiMAX) di mana ia tidak memenuhi spesifikasi 4G. 4G dalam YES dan P1 4G adalah tujuan menipu sahaja dan teknologi yang mereka guna adalah LTE. Apa ingat rakyat Malaysia semua lampi ke?!..Servis Streamyx tu pun banyak masalah belum setel apatah lagi Astrogol yang asal mendung out of service. Kita sebagai pengguna ada hak.

Tuesday, December 21, 2010

Hasil hujung minggu











Monday, December 20, 2010

Kucing Jahat



Aku sekarang memang tengah berangin kat seekor kucing jantan hitam kat taman aku. Setiap hari kucing aku kena serang padahal kucing-kucing aku tu dah mandul. Yang aku geram masa aku halau kucing hitam tu rilex je jalan dan bukan berlari.

Kalau aku dapat tangkap kucing tu. Aku buang kat KL. Aku tengah fikir idea macam mana nak tangkap kucing tu. Pagi tadi sampai terberak-berak Tehcik kena serang kat garaj dan aku terpaksa mandikan kucing aku tu. Dan juga kena bersihkan tahi Tehcik kat garaj. Sebelum ni CT kena serang, terkencing-kencing si CT tu kat tempat dia kena serang.

mode: avenger.

Friday, December 17, 2010

Tetamu hujung minggu



Malam ini ada tetamu nak datang rumah semata-mata mahu tengok Zaheen dan bukan ibu serta abah Zaheen. Malam? Lebih tepat lagi awal pagi esok.

List tetamu adalah seperti di bawah:-

Acop serta Wawa(mastermind yang sedang dalam pengajian Master) aka tunang aka kunang..


Star sang penulis melalui keyboard serta Ija.


Mereka berempat akan di uji dengan ujian penjagaan anak. hari ini amek halfday Zaheen demam lepas kena inject dua bulan.

Thursday, December 16, 2010

Keceriaan semakin bertambah



Mula-mula Zaheen, sekarang Tehcik dan CT sudah sampai Pasir Gudang. Semestinya security guard aku berdua tu akan pastikan makhluk perosak akan hidup merana. Masa ketiadaan Tehcik dan CT, bukan main lenggang cicak serta lipas jalan-jalan dalam rumah aku.


Tapi malam tadi security guard aku tu mengalami diarrhea sebab makan IAMS, sebelum ni makan Science Plan. Pasir Gudang tak ada kedai jual SP dan aku rasa area JB pun tarak jual. Hari ni nak cuba Royal Canin pula sebab sebelum di hantar balik Segamat security guard aku ni makan RC.


Semestinya security guard aku ni sudah makin besar dan gagah dan tidak boleh menghasilkan zuriat.haha. Ini adalah untuk mengelakkan mereka hasilkan anak luar nikah serta memastikan mereka sihat dan tidak terlalu keroncalan sangat.

Wednesday, December 15, 2010

Proton Saga FL




Marketing plan Proton memang gampang. Kalau rakyat marhem sekalian perasan, kereta Malaysia lagi-lagi Proton suka buat macam ni. Upgrade seciput demi seciput tapi harga beza tak setara dengan upgrade yang dilakukan. Aku adalah pemilik Proton Saga SE. Kenapa aku beli Proton Saga SE?Sebab aku sangat berkenan dengan leather seat dia.haha..so kalau bini aku tertumpahkan air ke takde la haru sangat.

Lepas ni jangan terkejut, Latio di dalam Saga di luar. Seperti yang berlaku dengan Inspira. Saga FL SE juga tinggi kebarangkalian untuk keluar. Tahniah kepada CEO, CFO serta CIO Proton serta Tok Mahathir. Kamu semua did a good job slaughtering average Malaysian's money. Kualiti kereta Proton untuk dalam Malaysia jauh berbeza berbanding dengan kereta Proton untuk keluaran antarabangsa.






Just my cent.

Sumber gambar : PaulTan.org

10 Muharam 1432H



Jangan lupa puasa esok. Banyak fadhilatnya. Sekian

p/s: mode anti-birokrasi.

Tuesday, December 14, 2010

Bahagian II - PTPTN - Tukar Pinjaman (3%) kepada Pembiayaan Ujrah (1%)


Sebagaimana yang telah dijanjikan, PTPTipoo telah menghantar emel beserta kata laluan dan dua dokumen di mana kita perlu isi. Seperti yang aku jangka dalam post aku sebelum ini, langkah bijak Ujrah ini datang sekali dengan pemotongan gaji. Bagi aku yang pinjam RM17500, aku akan dibelenggu hutang selama lebih kurang 14 tahun. Untuk makluman saudara-saudari sekalian, aku pengajian aku ada enam semester. Satu semester RM3500 PTPTipoo kasi PINJAM kecuali satu semester aku tak dapat sebab pandai sangat. Aku extend dua semester di mana pada masa yang sama PTPTipoo telah AUTOMATIK mengenakan caj perkhidmatan walaupun aku belum habis pengajian. Aku ingat surat penangguhan yang beriya aku dan member-member aku hantar kat PTPTN ONE STOP CENTER kat KL Central dapat mengelak dari di caj tapi ku sangka hujan sampai ke petang tapi panas di tengah hari.

Aku mula pengajian 2004 dan sepatutnya tamat 2007 tapi aku tamat 2008. Pada masa dua semester aku extend, PTPTipoo bukan main lincah caj pinjaman aku. Jumlah aku perlu bayar baki pada 1 Jun 2008 adalah RM17784.41. Jadi sepanjang aku extend, PTPTipoo sudah caj aku RM284.41. Padan muka aku bijak sangat sampai extend. Tapi bagi aku ini tindakan tidak adil sebab kami(wakil kawan-kawan seangkatan dengan aku) sudah terang lagi bersuluh tiada sumber kewangan kecuali dari FAMA & BROSIS.

Mahu tidak mahu untuk melayakkan diri aku untuk mendapatkan Ujrah adalah aku perlu bayar PTPTipoo melalui pemotongan gaji. Aku yang IPTA ni dah RM17500, kalau IPTS aku rasa dua tiga kali ganda dan duit tu boleh buat downpayment rumah. Tapi seingat aku masa masuk UM dulu, PTPTipoo paling beriya mahu memberi pinjaman siap beri cek dengan surat tawaran sekali. Orang kebanyakkan seperti keluarga aku mana ada duit sebanyak tu, so mahu tidak mahu demi melanjutkan pelajaran ke menara gading kena pinjam juga. In the end of the day, PTPTipoo yang paling untung walaupun dalam berita selalu keluar peminjam liat nak bayar...bla..bla..Bak kata pepatah, dalam PTPTN there's no one who can speak in our(peminjam) languange.

Lepas aku lihat sekali imbas dokumen PTPTipoo emelkan, ada dua bahagian iaitu kebenaran semak maklumat kita dalam LHDN dan kebenaran potongan gaji yang membolehkan PTPTipoo cari penghutang sampai ke lubang cacing..haha.. Kesimpulannya di sini, aku menyesal pinjam dengan PTPTipoo. Bubur sudah jadi nasi. Aku nak petik mutiara kata dari laman sesawang PTPTipoo, "Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”." PTPTipoo tidak pula terfikir pasal riba'. Untuk melawan mutiara kata PTPTipoo..hambik..

“Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka permaklumkanlah bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kami tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (QS Al-Baqarah: 278-279).

“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri, melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila.” (QS Al-Baqarah: 275).

“Allah memusnahkan riba dan menyuburkan shadaqah.” (QS Al-Baqarah: 276).

Dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda, “Jauhilah tujuh hal yang membinasakan.” Para sahabat bertanya, “Apa itu, ya Rasulullah?” Jawab Beliau, “(Pertama) melakukan kemusyrikan kepada Allah, (kedua) sihir, (ketiga) membunuh jiwa yang telah haramkan kecuali dengan cara yang haq, (keempat) makan riba, (kelima) makan harta anak yatim, (keenam) melarikan diri pada hari pertemuan dua pasukan, dan (ketujuh) menuduh berzina perempuan baik-baik yang tidak tahu menahu tentang urusan ini dan beriman kepada Allah.” (Muttafaqun ‘alaih: Fathul Bari V: 393 no: 2766, Muslim I: 92 no: 89, ‘Aunul Ma’bud VIII: 77 no: 2857 dan Nasa’i VI: 257).

Dari Jabir ra, ia berkata. “Rasulullah saw melaknat pemakan riba, pemberi makan riba, dua saksinya dan penulisnya.” Dan Beliau bersabda, “Mereka semua sama.” (Shahih: Mukhtasar Muslim no: 955, Shahihul Jami’us Shaghir no: 5090 dan Muslim III: 1219 no: 1598).

Dari Ibnu Mas’ud ra bahwa Nabi saw bersabda, “Riba itu mempunyai tujuh puluh tiga pintu, yang paling ringan (dosanya) seperti seorang anak menyetubuhi ibunya.” (Shahih: Shahihul Jami’us Shaghir no: 3539 dan Mustadrak Hakim II: 37).

Dari Abdullah bin Hanzhalah ra dari Nabi saw bersabda, “Satu Dirham yang riba dimakan seseorang padahal ia tahu, adalah lebih berat daripada tiga puluh enam pelacur.” (Shahih: Shahihul Jami’us Shaghir no: 3375 dan al-Fathur Rabbani XV: 69 no: 230).

Dari Ibnu Mas’ud ra dari Nabi saw, Beliau bersabda, “Tak seorang pun memperbanyak (harta kekayaannya) dari hasil riba, melainkan pasti akibat akhirnya ia jatuh miskin.” (Shahih: Shahihul Jami’us Shaghir no: 5518 dan Ibnu Majah II: 765 no: 2279).
UPDATED: Pautan epinjaman.ptptn.gov.my masih belum boleh digunakan lagi.

p/s: PTPTipoo perlu buang tulisan jawi dalam logo mereka.sekian.

Monday, December 13, 2010

AMD Phenom vs Intel i5





Atas dasar keperikawanan aku terhadap shauqi, ak telah mencari info pasal AMD Phenom lawan Intel i5. Kalau aku naik KL tak dapat stroller Recaro tak tahu la aku labelkan kawan aku sorang ni..haha..code name untuk AMD Phenom II X4 adalah run01 dan Intel i5 adalah 2045. Kita akan membuat perbandingan antara AMD Phenom II X4 940 @ 3.00Ghz dengan Intel i5 CPU 250 @ 2.66Ghz. Semua mempunyai empat teras. Mari lihat spesifikasi perbandingan ini.

run01
Processor: AMD Phenom II X4 940 @ 3.00GHz (Total Cores: 4)
Motherboard: ASRock N68-S
Chipset : nVidia MCP61 LPC Bridge
System Memory: 3963MB
Disk: 74GB WDC WD740GD-00FL + 1000GB WDC WD10EADS-65L + 500GB WDC WD5001AALS-0
Graphics: GeForce 8800 GTS 640MB (513/792MHz)
OS: Ubuntu 9.10, Kernel: 2.6.31-16-generic (x86_64)
Desktop: GNOME 2.28.1
Display Server: X.Org Server 1.6.4
OpenGL: 3.0.0 NVIDIA 185.18.36
Compiler: GCC 4.4.1
File-System: ext4
Screen Resolution: 1680x1050
AMD Cool n Quiet was enabled

2045
Processor: Intel Core i5 CPU 750 @ 2.66GHz (Total Cores: 4),
Motherboard: Gigabyte P55M-UD2,
Chipset: Intel Core DMI,
System Memory: 4 x 2048 MB 1066MHz,
Disk: 500GB WDC WD5000AADS-0 + 500GB WDC WD5000AAKS-0 + 2 x 500GB WDC WD5000AAKS-2 + 500GB HDS725050KLA360,
Graphics: nVidia GT200 [GeForce GT 220]
OS: Ubuntu 9.10,
Kernel: 2.6.31-14-generic (x86_64),
Desktop: GNOME 2.28.1,
Display Server: X.Org Server 1.6.4
OpenGL: N/A,
Compiler: GCC 4.4.1,
File-System: ext4,
Screen Resolution: Unknown
Compiz was running on this system. Intel SpeedStep Technology was enabled.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan perbandingan pencapaian run01 dan 2045. Klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar.

Thursday, December 9, 2010

Borak sengal bersama electrician



Lokasi: rumah
situasi: electrician memasang lampu

Aku: abang tau tak mana boleh sewa tangga panjang?
electrician: biasa yang pasang aerial je ada tangga panjang.

Aku: kalau boleh nak sewa je tangga tu
electrician: nak guna untuk apa?

Aku: nak tutup lubang kat hujung atap. kelawar la.
electrician: bagus la kelawar.

Aku: bagus memang bagus tapi tahi dia tak tahan.
electrician: tahi apa pulak.kan bagus.

Aku: bagus kenapa pulak?
electrician: kan air liur kelawar boleh jual.

Aku: eh, air liur kelawar boleh jual ke?
electrician: eh, orang lumba-lumba bela kelawar untuk air liur dia.

Aku: itu bukan burung layang-layang ke?
electrician: eh..aah..

KELAWAR != BURUNG LAYANG-LAYANG

dan air liur burung layang-layang tarak guna maa..air liur burung walet maa yang air liur itu kasi jual.

p/s: adakah electrician ini terkena kejutan elektrik sebelum perbualan ini berlaku?...tetttt..

Produksi


g

Mothercoil akan melalui separator. Mothercoil ada dua lapis. Dalam satu run, akan terhasil 4 anak-anak coil(maksimum satu run).

sekian.

modesenoning

Wednesday, December 8, 2010

AFF Suzuki Cup : Laos 1 - 5 Malaysia



Malaysia seperti harimau yang cedera mengamuk mengitai Laos 5 berbalas 1. Tetapi sultan bola perlu ucapkan terima kasih kepada bekas pemain Selangor iaitu Bambang Pamungkas. Bambang masuk sebagai pemain gantian menjaringkan 2 dua gol tatkala Bryan Robson sedang berangan ketika mendahului melalui Suree.


Jaringan Amri(2 gol), NorShahrul,Amirulhadi serta gol sendiri Kitsada memastikan Malaysia benar-benar layak. Secara keseluruhan, prestasi menentang Laos adalah sangat hambar. Malaysia perlu ada thirst for goal macam Sang Garuda.

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah : 1 Muharram 1432H

Salam maal hijrah. Esok Johor akan cuti tapi aku tidak cuti kerana kilang aku kilang international. Instead of ambil 1 Muharram sebagai cuti mereka lebih prefer untuk ambil 1 Januari sebagai cuti. Teringat masa zaman sekolah rendah dulu. Mesti ada nasyid "1 Muharram detik permulaan, Perkiraan tahun Islam Hijrah...bla...bla". Nasyid ini pasti akan didendangkan kat sekolah agama semasa sambutan Maal Hijrah.


Jangan lupa petang ini selepas asar baca doa akhir tahun. Kemudian selepas maghrib doa awal tahun.





Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah


Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta


Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan




Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
-Al Ajiba-



Saturday, December 4, 2010

AFF Suzuki Cup - Thailand 0 - 0 Malaysia


Malaysia
Khairul Fahmi
Mohd Asraruddin
Safiq Bin Rahim
Norshahrul Idlan
Mohd Safee
Amar Bin Rohidan
Kunanlan Subramaniam
Mahalli Bin Jasuli
Mohd Amirulhadi
Mohamad Muslim
Mohamad Fadhli

Thailand
Sinthaweechai Hathairattanakool
Suree Sukha   
Natthaphong Samana   
Nataporn Phanrit   
Datsakorn Thonglao   
Suchao Nutnum   
Sarayoot Chaikumdee   
Teerasil Dangda   
Sutee Suksomkit   
Phichitpong Choeichiu
Panupong Wongsa   

Aku sempat tengok match ni kat kedai. TV1 tu ambil live. Biar betul?..Betul..Apa ada hal, pelarasan subsidi telah dilakukan. Hambar..sangat hambar. Malaysia masa tu macam menyerap asakan Thailand. Attacking memang zero. Macam tiada semangat je aku tengok.

Baru nak semangat lepas menang emas Sukan Sea. Hot hot chicken shit.

Friday, December 3, 2010

Kubah Masjid Nabawi ada kubur? - PART DEUX

Sebelum ini aku ada post pasal Masjid Nabawi ada kubur di atas kubahnya. Aku ada dapat komen dari ukht iza li yang berkongsi pautan yang menerangkan pasal perkara ini. Mari kita layan.

Kisah orang cuba curi jasad Rasulullah SAW ana dah dengar dan baca ketika di Madinah 13 tahun lalu. Kalau tidak silap ada di Bidayah wan Nihayah oleh Ibnu Katsir.

Tapi takde pula mereka disambar petir dan didibuat makam tempat mereka mati.

Kisah yg dibawa ini hanya ana terbaca di internet baru-baru ini. Sejarah Madinah dan Mekah telah mendapat perhatian ramai pengkaji, bahkan terdapat rasail ilmiyyah yg ditulis. Dr Abd Baseet M'sia( Universiti Madinah ) mengambil masa beberapa tahun karang kitab dlm bab ini. Tapi mungkin beliau pun Wahabi sekongkol sembunyikan hikayat ini.

Masyaikh haram nabawi seperti Syaikh Abdul Muhsin al-Abbad umurnya dah lebih 80tahun, tak pernah ana dengar riwayatkan dongeng ini. Masyaikh Madinah yg hidup lebih  90 tahun lepas seperti Syaikh Ameen Syinqity rhm yg  karang kitab ttg Manasik dan masjid Nabi juga tidak sebut dlm kitab2 mereka.. Ana percaya belum ada pelajar Madinah yang pernah dengar kisah ini dari mana2 Ahli Madinah. Boleh tanya muwallad di Mekah Madinah, kalau kisah ini dongeng sekalipun pasti ada diriwayatkan ahli Madinah zaman ke zaman.

Beberapa persoalan dlm kisah :

1) Ada orang nak robohkan kubah, kita anggaplah waktu orang tak nampak, pelan2, sembunyi2 ( kalau ada, masjid Nabi 24 jam ada orang),  tapi pakai tukul besi (manual )  Inikah dinamakan "demolition"?

2) Apa sebab orangtu nak pecahkan kubah?
a) Dia orang gila ( orang gila tidak berdosa )
b) Benci nabi
c) Dia siuman dan anggap kubah itu haram " bina' a'lal qubur " (Yg dicop Wahab?i ) Sabda Nabi SAW أن لا تدع تمثالا إلا طمسته ، ولا قبرا مشرفا إلا سويته
(( Jangan ditinggalkan patung melainkan engkau robohkan, tidak pula kubur yang tinggi melainkan engkau ratakan. ))  ( Muslim )

3) Kenapa orang-ramai tidak dapat turunkan mayatnya?  Very dramatic, but not exactly scientific.

4) Ulama zaman itu berdalilkan mimpi bahawa tidak perlu ikut syariat Nabi SAW mandikan, solat jenazah dan kebumikan di Baqi'e, tapi kafankan diatas, solatkan diatas?.

5) Tanaqudh dongeng ini, tujuannya konon untuk kutuk orang yg tidak agungkan kubah itu, tetapi akhirnya diagungkan orang tersebut tanpa disedari. Dibuat kubah atas jasad beliau, diATAS kubur Nabi SAW, cat warna hijau lagi ! Jadilah orang itu wali lebih besar: Rasulullah , Abu Bakar dan Umar kubur Baqi'e dibawah, dia diatas. Orang nampak kuburnya sebelum kubur Rasulullah SAW.

6) Kononnya cerita ini untuk pelajaran orang-ramai, tapi lepas 90 tahun baru orang dengar cerita ini.

7) Tapi apakah pelajarannya? Adakah

a)  satu ibadah melihat kubah hijau dan agungkannya?
b) Siapa yang cuba menegakkan sunnah memecahkan kubah akan diangkat derajatnya walaupun tidak berjaya?
c) Membina kubah atas kubur adalah sunnah dan perlu dilakukan?
d) Disyariatkan kubur dalam/atas masjid ?
e) Kelebihan Masjid Nabi adalah disebabkan kubur Nabi SAW dan kubah hijau diatasnya ?
f) Mimpi ( wali ) boleh memansukhkan syariat Nabi SAW, bahkan bukan mesti mimpi jumpa Nabi SAW, cukup dengar suara dalam mimpi. anggap aje ia suara Nabi SAW ?
g) Kubah hijau sebuah keramat, dipelihara Allah
h) Kubah hijau lebih agung dari ka'bah dan hajar aswad, kaa'bah pernah dirobohkan, pintunya pernah dicabut, hajar aswad pernah dirampas oleh Qaramitah selama 20 tahun
i) Setiap orang yang disambar petir adalah orang yang diazab oleh Allah kerana satu dosa besar

Asatizah dimadrasah boleh cuba sampaikan kisah ini pada pelajar kita, cuba tanya pendapat mereka, bagus untuk discussion.

A'la kulli hal berkata Imam Abdullah ibnul Mubarak rhm :

لو الإسناد لقال من شاء ما شاء... البينة على المدعي
Kalau bukan kerana sanad, siapapun akan berkata apa yang ingin dikatakan... (( Orang yang mendakwa mesti mendatangkan bukti )).

Siapa nak istbatkan kita tak boleh nak buat apa, cara nak sebarkan abatil wal maud'uat ni banyak, kadang sengaja, kadang tidak sengaja.  قد يكذب الثقة و لم يتعمد.

------------ --------
(( علامة أهل السنة تعظيم المساجد ، وعلامة أهل البدعة تعظيم المشاهد))
Tanda ahlu Sunnah adalah mengagungkan masjid, sedangkan tanda ahlul bid'ah mengagungkan kuburan.

Sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui. Sumber dari sini dan sini.

Thursday, December 2, 2010

AMD Processor : Desktop : Sempron


AMD merupakan nadi utama komputer aku suatu ketika dahulu. Komputer tu aku sudah jual kepada owner AnjungPC sebab dia nak buat server komputer aku tu. Masa tahun pertama di UM, by hook or by crook aku kena ada komputer sebab nak belajar programming mesti kena layan Penantian - Black Rose. Macam tu je RM2000 aku habis beli komputer.

Masa tu memang super-jahil bab komputer ni. Nak sentuh pun macam..eh boleh sentuh ke komponen ni? Punya la computers for dummies masa tu. Nampak gaya aku sudah agak melalut. Mari tambah IT knowledge. Kali ini aku nak cerita pasal pemproses AMD untuk desktop. AMD mempunyai empat jenis pemproses iaitu:-
  1. Desktop Processors
  2. Embedded Processors
  3. Notebook Platforms and Processors
  4. Server Processors
Aku akan menerangkan pasal pemproses untuk desktop. Masa tahun 2004 aku guna AMD Athlon untuk komputer aku. Pilihan yang bijak kerana ia adalah pemproses untuk pengguna desktop. pemproses AMD Desktop terbahagi kepada tiga iaitu Sempron, Athlon dan paling terbaru Phenom.

Wednesday, December 1, 2010

AFF Suzuki Cup - Indonesia 5 - 1 Malaysia


Walaupun berjaya menjaringkan gol dahulu, Harimau Malaya gagal mengekang kekangan si Okto,Irfan serta Gonzales. Tapi si Irfan ni comel la walaupun tangan ada tattoo.haha. Overlap dari Nasuha yang menyebabkan gol sendiri oleh Asra. Eh, apahal aku kenal ramai sangat pemain Garuda? Sebab aku tengok AFF ni melalui RCTi(FREE TAK PERLU BAYAR MACAM ASTROGOL DUIT RAKYAT MALAYSIA).

Gandingan Nor Shahrul Idlan Talaha dengan Safee memang mengancam tapi tiada hantaran berkualiti dari bahagian tengah serta sayap. One-two Sang Garuda banyak mengkucar-kacirkan Harimau Malaya. Acap kali hantaran-hantaran Harimau Malaya "dihalau" oleh barisan pertahanan Garuda.

Malas nak ulas panjang-panjang. Stadium Bung Karno memang keramat. Bahagian tengah Malaysia memang hancuss dan perlu rombakan. Nasib Thailand seri dengan Kemboja. Lepas ni lawan Thailand kena menang. Balas dendam kekalahan takraw. Tiba-tiba..