Monday, August 2, 2010

Kucing hilang vs Cincin kahwin hilang serta lawak mak buyung

Semalam..
Aku tanya mak buyung aku cincin kahwin aku mane. Selongkar punya selongkar..Tak jumpa. Suruh Aten cari kat rumah Segamat pun tak jumpa.....nanti la cari..

Awal pagi tadi..
aku bangun sebab si CT kejut aku. So aku keluarkan dia. Lepas tu hujan lebat pagi tadi. Lepas subuh si CT masih tidak dapat dikesan. Aku macam tak kesah sangat sebab si CT ni adventurous sikit. Dalam pukul 7 lebih baru CT balik dan masa tu hujan dah renyai-renyai. Masa ni mak buyung pun macam tak kisah sebab kitaorang tahu CT ni perangai camne.

Kitaorang sambung tidur lepas sarapan...Dalam pukul 10.30 Tehcik pulak takde. Masa ni aku tengah mandi mak buyung selamber terjah bilik air suruh cari Tehcik.haha..So aku pun mandi koboi. Kebetulan ada sekumpulan budak-budak pun cari kucing dieorang hilang. Budak-budak ni pulak selamber terjah buka gate rumah aku dengan tak bagi salam. Bini ku buka pintu dan tanya kenapa. Selamber budak-budak ni tanya, "acik ada ambil kucing kitaorang ke?". Agak barua jugak budak-budak ni. Masa ni aku tengah mandi.Mak buyung dah fikir macam-macam dah masa ni.

Lepas aku mandi terus start motor ronda cari si Tehcik ni. Tiada hasil. Masa ni mak buyung dah menjejeh-jejeh air mata. Aku ronda kali kedua...Masih tidak jumpa. Balik-balik je mak buyung makin teruk gembeng dia. So aku start kereta bawa mak buyung cari sekali. Baru aku reverse kereta keluar rumah..Si Tehcik ni tiba-tiba muncul dari belakang kereta aku.

So..mana lebih penting?kucing atau cincin kahwin?haha...no komen.

Lawak yang tidak lawak mak buyung.
Lepas si Tehcik balik, aku dan mak buyung terus shopping barang-barang baby. Tengah-tengah shopping mak buyung boleh pulak nak kencing. Lepas dah kencing tu tiba-tiba mak buyung cakap ada something keluar dari tutt...aku suruh mak buyung pergi tandas balik check. Dalam 5 minit lepas tu mak buyung aku call. Kau nak tahu dia cakap apa?!.."Kepala baby dah keluar sikit"..Apa perasaan kau kalau berada di situasi macam ni?!..aku dah fikir sekuriti serta polis hospital...Sekali ada orang tepuk aku dari belakang..Tu dia bak hang.mak buyung tergelak-gelak...

Geram lawak..rasa nak lempang laju-laju mak buyung aku ni..haha...dalam kereta masa OTW balik gelak non-stop pasal lawak tadi..

sekian.

5 comments:

diriku said...

ha2..xleh thn klu wt lawak baby dh nk kuar..mmg wt suspen je..

encik azuwan said...

tu la pasal..boleh tahan mak buyung aku sorang ni.

wawa pucca said...

kepala baby dh keluar sket???

haha kau ketuk kepala mak buyung tu!
lawak weh

encik azuwan said...

lawak pun lawak jugak weh..

berderau gak darah aku.

apple dilla said...

bahaya tau ain buat lawak cmtu
bleh kena heart attack soul nnt
haha