Friday, December 30, 2011

Ada Apa Dengan Masehi?


Sedar atau tidak...Tahukah kita di sebalik sambutan tahun baru masehi tu?..
  1. Menzahirkan kegembiraan atas perayaan agama lain.
  2. Memberikan hadiah kepada orang kafir kerana memuliakan agamanya atau perayaannya
  3. Menghadiri perayaan orang kafir
  4. Memakan makanan yang disediakan untuk menyambut peryaaan orang kafir
  5. Memberi ucapan selamat kepada peryaaan orang kafir
Sekarang berapa ramai dikalangan umat Islam sedar dan sensitif akan hal ini. Berapa ramai yang menjadi kufur dan murtad kerana perlakuan2 seperti diatas. Samada dia itu PM, menteri2 beragama Islam dan rakyat jelata beragama Islam tidak sedikit pun segan silu untuk ucapkan ucapan2  "selamat"  kepada perayaan2 kafir, dan menghadiri perayaan2 kafir dan memakan makanan2 perayaaan mereka.

For the Catholics in England Pius VI (19 March, 1777) established the following lists of feasts: Easter and Pentecost two days each, Christmas, New Year’s Day, Epiphany, Ascension, Corpus Christi, Annunciation, Assumption, Sts. Peter and Paul, St. George, and All Saints. [http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm]

Apabila telah sabit akan hal ini maka diketahui secara dari perayaan ini dilarang dalam Islam. Dalilnya adalah sebagai berikut :

Pertama : Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 72 apabila Allah Taala menceritakan sifat-sifat orang mukmin sejati dinyatakan :

Maksudnya : “dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.

Tuesday, December 27, 2011

Televisyen

Di kesempatan ini aku nak ucapkan tahniah kepada anakanda sulung aku Nurul Zaheen sebab berjaya menggelapkan televisyen tok ayah. Sekarang kami hanya mendengar televisyen.

sekian.

Thursday, December 22, 2011

Aku Bantah Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dalam Bursa Malaysia

Baru-baru ini mak aku ada dengar taklimat berkenaan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dalam Bursa Malaysia. Sebagai anak yang lahir di Felda, aku membantah keras usaha ini. Ini berkait rapat dengan hala tuju dan masa depan orang FELDA.


Apa yang membuatkan aku membantah? Untuk tahun kebelakangan ini, dividen Koperasi Permodalan Felda adalah 10% ke atas. Selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dalam Bursa Malaysia, dividen akan berkurangan dek pengambilan sebahagian saham yang di pegang oleh generasi pertama dan kedua FELDA.

Nilai dividen yang mungkin akan diperoleh adalah +-3.5%. Banyak perkara yang tidak didedahkan kepada umum. Dalam berita bukan main gebang meletakkan FELDA di mata dunia dengan penyenaraian di Bursa Malaysia. Menarik pelabur.bla...bla...bla... Kenapa susah-susah letak FELDA di mata dunia? Kalau sudah terang lagi bersuluh FELDA itu bagus, mesti la spotlight akan automatik terhala sendiri kepada FELDA.

Dengan Isa Samad tiba-tiba berkuasa dan Dzulkifli tiba-tiba dicutikan. Tidak ke pelik? Aku nak je called Datuk Dzulkifli tu untuk tanya keadaan sebenar sebab aku kawan dengan anak beliau. Beliau seorang yang baik jauh beza dengan Isa Samad yang dikelilingi oleh kontroversi(rasuah ketika jadi MB Negeri Sembilan). Dato' Sabri pula memang sudah terang lagi bersuluh terlibat dalam isu kerugian RM120 juta Golden Hope Plantation Berhad(tersenarai dalam Bursa Malaysia kemudian dirugikan oleh Sabri Ahmad RM120 juta).


p/s: FELDA adalah lubuk duit kedua selepas PETRONAS.

Tuesday, December 20, 2011

Filem Pendek Menjawab 'Penjelasan" Hudud oleh Sembang Rakyat

Klip pertama dan kedua adalah sembang rakyat. Klip yang terakhir menjawab 'penjelasan' Sembang Rakyat.





Monday, December 19, 2011

The Dark Knight Rises || Jun 2012



Aku memang suka watak Batman ni sebab dia tiada super power tapi gadget mantap. Batman zaman dulu memang lawak. Asal bertumbuk je keluar perkataan bagak-bagak Dush!!!..Pang!!..Yang paling gampang adalah masa nak berubah jadi Batman minum air pun boleh.

Bulan Jun 2012 baru kelaur movie ini. Aku harap by the time movie ni keluar aku dah boleh tengok movie laki bini...haha..Lama siot tak tengok wayang. Awal tahun 2012 memang penuh dugaan serta cabaran serta macam-macam lagi.

p/s: Zaheen needs a new babysitter ASAP.

Saturday, December 17, 2011

Pelajar Malaysia(Ariff Alfian Rosli) Hilang di Dublin Berkahwin Sejenis?

Baru-baru ini terdengar berita pasal pelajar hilang kat luar negara dan ayahnya pula disaman sebab penjamin. Gempar sebab pelajar ini dikatakan berkahwin dengan lelaki di Dublin.


Nama pelajar yang hilang itu adalah Ariff Alfian Rosli. Belajar di Dublin dalam bidang perubatan. Beliau selamat sebenarnya di Dublin cuma akta di Dublin menjejaskan pencarian si Ariff ni. Berdasarkan gambar-gambar di bawah... Nilai sendiri sama ada betul atau tidak.




Nauzubillah...

Friday, December 16, 2011

Celcom iPhone 4S


Hari ini Celcom akan melancarkan pakej iPhone 4S. iPhone 4S juga dikenali sebagai iPhone 4 Steve. Layan.

12 MONTHS OFFERING 16GB 32GB 64GB
RRP RM 2,190 RM 2,590 RM 2,890

i68 i98 i148 i248 i68 i98 i148 i248 i68 i98 i148 i248
Device Upfront (NEW) 1,838 1,748 1,598 1,298 2,158 2,068 1,918 1,618 2,468 2,378 2,228 1,928
Commitment 68 98 148 248 68 98 148 248 68 98 148 248
Minutes
Offnet 50 100 250 500 50 100 250 500 50 100 250 500
Onnet FREE** FREE* FREE* FREE* FREE** FREE* FREE* FREE* FREE** FREE* FREE* FREE*
Data 800MB 2GB 4GB 6GB 800MB 2GB 4GB 6GB 800MB 2GB 4GB 6GB
SMS 100 200 400 600 100 200 400 600 100 200 400 600
MMS 10 20 40 80 10 20 40 80 10 20 40 80
Rates
Voice 0.15 0.15 0.12 0.10 0.15 0.15 0.12 0.10 0.15 0.15 0.12 0.10
SMS 0.10
MMS 0.20
Device 1,838 1,748 1,598 1,298 2,158 2,068 1,918 1,618 2,468 2,378 2,228 1,928
Upfront Commitment 300 300 300 720 300 300 300 720 300 300 300 720
Payment Upon Registration 2,138 2,048 1,898 2,018 2,458 2,368 2,218 2,338 2,768 2,678 2,528 2,648


24 MONTHS OFFERING 16GB 32GB 64GB
RRP RM 2,190 RM 2,590 RM 2,890
  i68 i98 i148 i248 i68 i98 i148 i248 i68 i98 i148 i248
Device Discounted Value 1,638 1,458 1,158 558 1,948 1,778 1,478 878 2,258 2,088 1,788 1,188
Commitment 68 98 148 248 68 98 148 248 68 98 148 248
Minutes
Offnet 50 100 250 500 50 100 250 500 50 100 250 500
Onnet FREE** FREE* FREE* FREE* FREE** FREE* FREE* FREE* FREE** FREE* FREE* FREE*
Data 800MB 2GB 4GB 6GB 800MB 2GB 4GB 6GB 800MB 2GB 4GB 6GB
SMS 100 200 400 600 100 200 400 600 100 200 400 600
MMS 10 20 40 80 10 20 40 80 10 20 40 80
Rates
Voice 0.15 0.15 0.12 0.10 0.15 0.15 0.12 0.10 0.15 0.15 0.12 0.10
SMS 0.10
MMS 0.20
Device 1,638 1,458 1,158 558 1,948 1,778 1,478 878 2,258 2,088 1,788 1,188
Upfront Commitment 420 420 600 1,200 420 420 600 1,200 420 420 600 1,200
Payment Upon Registration 2,058 1,878 1,758 1,758 2,368 2,198 2,078 2,078 2,678 2,508 2,388 2,388

Thursday, December 15, 2011

Tarif Air Seluruh Negeri di Malaysia 2011 || Johor Paling Mahal

Tahniah untuk rakyat Johor. Jual air dengan Singapura punya la murah, jual air dengan rakyat sendiri mahal namapus. Mungkin orang ramai anggap perkara ini picisan tapi kenapa jual air dengan Singapura dengan harga murah?
Tarif air seluruh negeri di Malaysia 2010
Johor 'fix deposit' undi tu dalam pilihanraya. Kalau kawasan parlimen Pengerang tu dah berzaman orang tidak keluar undi sebab menang automatik. Tarif air di Johor pada 2011 meningkat kepada RM1.05 per meter padu berbanding pada tahun 2010 iaitu RM0.93. Aku pun tidak dengar khabar berita tentang kenaikan tarif air di Johor sehingga la kini. Adakah aku out-of-date? Mungkin ya mungkin tidak.

Aku harap PRU kali ini, rakyat Johor sedar dan cuba beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah. Kalau ramai tidak berpuas hati boleh tukar kepada pemerintah lain pada PRU akan datang. Dulu ketika arwah nyai dan yai' aku masih hidup, kalau balik kampung mesti pakcik-pakcik aku borak politik. Senario politik Johor dan Lembah Klang bertelagah..sekarang baru patik faham.
Tarif air seluruh negeri di Malaysia 2011

Sumber dari sini(2010) dan sini(2011).

Wednesday, December 14, 2011

Rabu Tanpa Perkataan #9


p/s: kalau fantasy, mesti aku kena tolak 2. PCEO 3-2 Antara Steel.

Tuesday, December 13, 2011

Mesin Pemberi Makanan Kucing Automatik

Sudah seminggu aku guna mesin ni. Sudah tidak perlu hidang-hidang lagi untuk Tehcik dan CT. CT macam biasa memang superdikari. Kalau makanan tu sudah habis dia akan kais sikit so makanan tu akan turun sendiri. Tehcik pula memang makan yang lebihan CT. haha..kesian Tehcik.


Tapi Tehcik pun sudah pandai kais sekarang. Mula-mula nak beli yang guna kuasa elektrik+super canggih tapi dengan tight budjet aku cuba yang murah dulu. Turn out ia sangat berbaloi.



p/s: ada budak kecik tekak western kat rumah.

Friday, December 9, 2011

Panik - Bunk Face || Di Gam RTM

Ketinggalan zaman aku ni. Baru tahu lagu ni di gam oleh RTM atas alasan yang aku pun tidak tahu.


Mungkin sebab lirik. Sila amati lirik lagu Panik ini.

Mereka mengatakan dunia
Penuduhan membabi buta
Sebalik sentiasa ada makna
Konspirasinya

Kini aku diperhati
Kanan kiri diawasi
Ancaman mereka tiada henti

Aku hadapi
Biarkan ku pergi juang
Bertetangan terus dan mati
Satu dunia cinta bersedia

Biarkan ku pergi juang
Rasa yang kita idamankan
Satu dunia sudah bersedia

Sudah bersedia
Reformasi mana sakti
Sini semua beraksi
Ancaman mereka tiada makna

Kini aku dipenuhi
Bayang dipancari benci
Ancaman mereka tiada henti

Aku selami
Biarkan ku pergi juang
Berkorban dan terus mati
Satu dunia sudah bersedia

Biarkan ku pergi juang
Rasanya kita ditemankan
Satu dunia sudah bersedia
Ku selalu berasingan jauh

Dan ku biarkan mulut celakamu
Kan ku tunggu tunggu *
Ditentukan padaku padamu
Pada mereka yang setuju
Biarkan ku pergi juang

Berkorban dan terus mati
Satu dunia sudah bersedia
Biarkan ku pergi juang
Rasanya kita ditemankan
Satu dunia sudah bersedia

Wednesday, December 7, 2011

Rabu Tanpa Perkataan #9

Saturday, December 3, 2011

Hujan | Dugaan-Nya

Sempena musim hujan sekarang ni. Yang rumah naik air, kenderaan tenggelam atau kehilangan nyawa. Aku tujukan lagu ini khas untuk mangsa- bangsa banjir seluruh dunia.

Thursday, December 1, 2011

Sinopsis Ombak Rindu


Percaya atau tidak aku pernah baca novel ini. Sekarang sudah jadi filem. Patut aku macam pernah dengar je nama Ombak Rindu ni. haha...

Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Harga : RM 19.90
Halaman :576
ISBN : 983-124-029-9

Tuesday, November 29, 2011

Windows XP - Bila Log In, Automatik Log Off

Pernahkah anda mengalami masalah ini? Jika anda sedang alami sekarang tolong jangan format komputer anda sebab anda membazir masa. Ingat, masa itu emas walaupun ia tidak dijual di kedai-kedai emas.


Masalah ini berkait rapat dengan registry Windows anda. Ia terletak di lokasi HKLM\Software\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon. Lihat value untuk Shell dan Userinit. Jika tiada value dalam kedua DWORD ini maka ankan senantiasa lah restart komputer tuan-tuan dan puan-puan.

Untuk mengatasi masalah ini anda perlu boot dari CD. Cara yang aku guna adalah boot dari CD HIREN. HIREN ini boleh buat macam-macam dari reset password administrator sampai scan spyware/malware.


Cara lain yang mudah adalah akses registry komputer yang bermasalah dari komputer lain dalam satu network(rangkaian) yang sama. Solusi ini memerlukan anda mengetahui nama komputer yang bermasalah tersebut ok. Langkah pertama anda perlu run Registry Editor. Klik tetikus anda pada HKEY_LOCAL_MACHINE. Kemudian pilih File > Connect Remote Registry. Masukkan nama komputer dan ubah value Shell dan Userinit seperti di bawah.

Shell=explorer.exe
Userinit = x:\windows\system32\userinit.exe

Monday, November 28, 2011

Harimau Muda 2-3 Bahrain

Lack of concentration. Mentaliti ini lah yang perlu di buang dalam pasukan bola sepak. Aku dulu tingkatkan konsentrasi dengan mendengar perlawanan bola sepak. Ya mendengar bukan menonton. Bukan dengar melalui TV tetapi radio.

Sekarang mana ada radio siarkan live perlawanan bolasepak. Johor FM aku rasa masa tu siarkan. Pengulas jauh bumi dengan pluto gaya ulasan. Padan kan FAM Harimau Muda kalah. Tidak mencemar duli pula kat stadium tu.

eh..Liverpool lawan Man City dah start....

Friday, November 25, 2011

Awal Muharram - 1433H

Sempena dengan awal Muharram, aku nak flash-back sirah awal Muharram. Ahad ini cukup 1433 tahun Rasullulah hijrah dari Mekah ke Madinah.


Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam. Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-Asy’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.

Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.

Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.

Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.

Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan.

Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Sebab-sebab berlaku Hijrah

Ia bagi mengurangkan tekanan yang dialami baginda Rasulullah terhadap serangan bertubi-tubi puak musuh di kalangan masyarakat Arab Jahiliyyah yang tidak senang dengan Islam yang diperkenalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Atas dasar itu Allah SWT memerintahkan baginda dan seluruh umat Islam yang masih berada di bumi Mekah supaya meninggalkan tempat itu dan menuju ke kota Madinah.

Bagi yang mengingkari arahan supaya berhijrah ke Madinah, mereka dijanjikan dengan neraka dan ditimpakan dengan siksaan yang amat pedih dari sisi Allah sepertimana yang ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam ayat 97 surah an-Nisaa yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaaan menzalimi diri mereka sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : Dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab : Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para malaikat berkata : Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu? Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali.”

Hijrah adalah sunnah para anbiya

Hijrah bukan sahaja berlaku ke atas diri Nabi Muhammad s.a.w sahaja, malah telah terdahulu daripadanya para Anbiya seperti Nabi Ibrahim, Musa, Isa, Yusuf alaihimussalam dan lain-lain, ia berlaku kerana penentangan yang amat keras di kalangan masyarakatnya yang tidak dapat menerima dakwah atau seruan yang dibawa oleh mereka.

Maka berlakulah penentangan antara hak dan batil yang memang menjadi lumrah dan semulajadi hingga hari Kiamat.

Justeru, para Anbiya semuanya telah dijemput oleh Allah di sisinya, agama-Nya yang benar itu diwarisi oleh mereka yang cintakan Allah dan Rasul-Nya, maka golongan pewaris Islam sampai bila-bila berdepan dengan tribulasi ciptaan manusia yang tidak senang Islam mendapat sambutan menggalakkan.

Allah tidak akan membiarkan agama Islam terkulai layu tanpa yang menyambutnya, maka dia memilih di kalangan hamba-hambaNya individu-individu yang sanggup berkorban untuk agama-Nya, namun mereka terpaksa berdepan dengan ujian, cubaan, tribulasi yang direka oleh manusia-manusia yang tidak berapa senang Islam mendapat tempat di hati manusia, walaupun yang membencinya bernama Islam, tetapi pada masa yang sama menganut fahaman Sekularisme, Kapitalisme, Sosialisme, Nasionalisme, dan lain-lain.

Mereka berusaha untuk menangkap, memenjara, membunuh golongan yang mendaulatkan Islam tanpa bicara dan bukti yang sah lagi kukuh untuk menuduh mereka, ia sedang berlaku di negara-negara yang diperintah umat Islam sampai hari ini, khususnya mereka yang tidak meletakkan Islam sebagai agama perlembagaan negara.

Maka berlakulah penghijrahan golongan ulama’yang terpaksa meninggalkan negara masing-masing bukan atas alasan takut, tetapi kejahatan golongan pemerintah memuncak yang memaksa mereka keluar untuk mencari lokasi yang difikirkan munasabah untu meneruskan aktiviti dakwah di situ.

Rasulullah sendiri pernah menjadi sasaran musuh

Allah SWT berfirman menerusi ayat 30 surah al-Anfal: “Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan segala daya upaya terhadapmu (Muhammad) untuk menangkap (memenjara), membunuh serta mengusirmu keluar dari (Mekah). Mereka membuat perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat mereka, dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya (perancangan).” Jelas ayat di atas, menunjukkan bahawa kejahatan orang-orang yang jahat terhadap kerja-kerja dakwah tidak terhenti setakat itu, malah mereka memilih salah satu jalan untuk memastikan dakwah itu gagal, sama ada melalui penangkapan terhadap pendakwah, mengusir, memenjara atau membunuh mereka tanpa kebenaran yang sah, itulah yang akan dilakukan sampai hari kiamat, tetapi yang lebih menduka-citakan ialah apabila ia dirancang sendiri orang yang bernama Islam.Sesungguhnya hijrah yang berlaku ke atas Rasulullah s.a.w itu bukan ke satu tempat tertentu, malah ia bermaksud hijrah kepada Allah bagi mendapatkan keredaan-Nya, ia bertepatan dengan firman Allah di atas lidah Nabi Ibrahim dan Nabi Lut dalam ayat 26 surah al-Ankabut : “Dan berkatalah Ibrahim : Sesungguhnya aku akan berpindah (berhijrah) ke tempat yang diperintahkan Tuhanku, sesungguhnya Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”Pengajaran daripada peristiwa Hijrah Hijrah telah melahirkan beberapa pendekatan berikut:1. Sunnah Nabi keluar ke tempat jauh dengan ditemani seseorang (Saidina Abu Bakr).

2. Hijrah di waktu malam adalah paling sesuai untuk bermunajat kepada Allah, kerana pada waktu itu ramai di kalangan pihak musuh sedang seronok tidur.

3. Tidak salah mendapat dan menggunakan khidmat orang kafir bagi tujuan maslahat Islam sepertimana baginda menggunakan khidmat Abdullah Bin Uraiqit (Nasrani) menjadi petunjuk jalan ke Madinah.

4. Baginda mengatur strategi berdakwah agar tidak dapat dikesan oleh musuh dengan menghilangkan kesan tapak kaki dengan puluhan tapak kaki kambing yang diusahakan oleh Amir Bin Fuhairah.

5. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja/belia dalam kerja-kerja dakwah sepertimana baginda mengarahkan Saidina Ali Bin Abu Talib menggantikan tempat tidurnya.

6. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang muslimah berperanan dalam memberi saham seperti Asma Binti Abu Bakar.

7. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja, Abdullah Bin Abu Bakr untuk mendapatkan rahsia bagi memudahkan kerja-kerja dakwah.

Sesungguhnya setiap daripada individu muslim, boleh memainkan peranannya sebagai anggota jamaah menurut kadar kemampuan dan ilmunya bagi memajukan Islam pada kadar yang termampu.

Perkara sunat yang dilakukan di bulan Muharam

1. Digalakkan berpuasa sunat pada awal Muharram.

2. Digalakkan berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram.

sumber : ibnuabbas

Wednesday, November 23, 2011

Antara Steel

Demam bola perlu diteruskan. Petang ini lawan orang-orang besi kilang Antara Steel. Malam tengok Malaysia vs Syria kalau ada siaran langsung. Bini aku pulak yang excited tanya malam ni ada siaran langsung atau tidak.

Selepas bermain full-time ahad lepas, hasilnya perlu di tuai hari ini. Striker utama kilang injured sebab kontraktor bangla yang sengal hidupkan mesin ketika beliau sedang buat maintenance. Hasilnya striker utama cedera parah pada tangan kiri. Semoga beliau cepat sembuh.

Semangat membara selepas melihat kegampangan Fakri pada Sukan SEA. But bola masih lagi lembap dari hari ahad tidak kering dek cuaca yang hujan setiap hari.

p/s: semangat pindah rumah sudah membara. ada sesiapa kenal pengasuh di area bukit dahlia yang OK?

Sunday, November 20, 2011

Bolasepak

Kadang-kadang macam nak bersara main bola. Tapi rugi pulak ada but tak main bola. Competitif match selalu kalah. Bila nak rasa kemenangan tak tahu bila. Macam petang tadi. Dari striker turun midfield turun stopper pastu naik balik midfield.


Hampir cramp(better dari asik terpegang-pegang perut), kadang-kadang rasa nak main golf pun ada. Baru la ada gaya manager tapi tunggu aku dah jadi manager which is sangat lambat lagi. Badan macam sudah tidak boleh 'pergi'. Mana tak nya, main sebulan sekali. Main golf hadiah besar beb. Padahal pukul je bola masuk lubang. haha...Cakap memang senang beb.

Nak try main badminton so boleh tag team dengan pak mertua. OK sudah mula merepek. Dah lama tak rasa flat macam ni. Sejak masuk zaman bekerja ni, kepuasan main bola susah nak ter'orgasme'. Yup, standard bola kilang-kilang di sini memang agak tinggi sebab ada kilang yang support team bola mereka. Kilang aku? Harap nama gah tapi macam *^%$#@*. Sports club pun takde.

Sekian untuk repekan malam ini......zzZZZZZZZzzzzzzzzzzzZZZ..

Friday, November 18, 2011

Kurma Nabi


Diceritakan Pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.

Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.

Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

Riwayat daripada Muhammad b. Ali al Husayn bermaksud:” Kurma Ajwa adalah daripada syurga dan daripadanya ia menjauhkan racun (Al-Samm)”

Hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”


Dan akhir sekali siapa yang selalu makan kurma nabi ni akan botak. Mana tidak botak, satu kilo kurma nabi berharga RM80-RM100.


Thursday, November 17, 2011

Bubur Nasi Untuk Bayi..Terbaikkkk

Setelah setahun dua bulan satu hari bergelar abah. Aku nak share tentang resepi aku buat bubur untuk anak aku. Tiada yang special pun. haha..Mungkin ada sedikit. Tips yang aku nak share adalah untuk memastikan bubur nasi yang di buat itu macam cair di mulut ketika makan. chewaahh..


Rahsianya adalah...biarkan beras di rendam untuk 15-20 minit selepas di basuh. Actually banyak try and error aku buat untuk bubur zaheen. Kadang-kadang bubur terjadi nasi. Tapi setelah 3-4 kali percubaan, berjaya menghasilkan bubur yang lembut. Api juga kena kecil ye tuan-tuan dan puan-puan. Jangan lupa tambah sayur-mayur serta ayam/ikan bilis.

Aku nak cerita pasal rumah pulak. Semalam pertama kali masuk rumah baru untuk check defect. Rasa macam tidak puas hati sebab hasil kerja tidak kemas. Plaster main calit-calit. Tingkap ada yang susah nak ditutup. Ya manusia memang tidak pernah puas tetapi ini hak pengguna. Hasil kerja tidak memuaskan. Nama pemaju bukan main gah, QA/QC tidak buat kerja ke?. Hari ini nak sambung check defect siap bawa camera. Nampak gaya tahun depan baru pindah rumah baru. Aduan ke pemaju akan dibuat. Ingat nak check syiling tapi tangga pulak takde.

p/s: altenatif selain bubur nasi adalah Hulled millet atau lebih dikenali sebagai sekoi. aku ingat sekoi ni makanan burung je.haha..

Wednesday, November 16, 2011

Rabu Tanpa Perkataan #8

Tuesday, November 15, 2011

Kod Plastik Kitar Semula

Pernah nampak logo seperti di atas pada cawan/bekas plastik? Setiap nombor mempunyai kandungan bahan kitar yang berlainan. Tahukah anda peratusan kitar semula di Malaysia hanya 5%. No wonder la banyak sampah bergelimpangan especially di jalan-jalan yang sunyi atau gaung.

Hari ini aku nak ajar tentang kod ini.

Kod 1
Nama: Polyethylene Terephthalate
Ciri-ciri: Jernih, tahan, penghalang gas dan kelembapan
Kegunaan: Botol bagi minuman ringan, air mineral semulajadi, air minuman berbungkus dan sapuan (peanut butter)


Kod 2
Nama: High Density Polyethylene
Ciri-ciri: Keras, separa fl eksibel,tahan kelembapan,telap gas
Kegunaan: Minuman yoghurt dan botol jus

Kod 3
Nama: Polyvinyl Chloride
Ciri-ciri: Kuat, tahan, fl eksibel dan elastik
Kegunaan: Plastik pembungkus (Cling lms).

Kod 4
Nama: Low Density Polyethylene
Ciri-ciri: Lembut, eksibel, tahan, mudah calar
Kegunaan: Plastik pembungkus (Cling lms),penutup bekas makanan dan botol fl eksibel(squeezable) seperti mayonis dan sos BBQ.

Kod 5
Nama: Polypropylene
Ciri-ciri: Keras tetapi masih fleksibel, serbaguna
Kegunaan: Bekas makanan untuk ketuhar gelombang mikro, straw dan botol susu bayi.

Kod 6
Nama: Polystyrene
Ciri-ciri: Tahan, separa-keras, dipengaruhi lemak
Kegunaan: Perkakasan plastik pakai buang seperti bekas pembungkus makanan, pinggan, cawan, gelas dan lain-lain.

Kod 7
Nama: Other (selain dari enam kod di atas atau kombinasi antara enam kod di atas)
Ciri-ciri: Bergantung kepada campuran
Kegunaan: Bekas menyimpan minuman (tumbler), botol susu bayi dan lain-lain




p/s: hari ini dapat kunci rumah..hoorayyy..

Monday, November 14, 2011

SPM 2011

Dah sembilan tahun meninggalkan SPM. Tahun ini isteri terchenta kembali ke SPM tetapi bukan sebagai calon tetapi sebagai pengawas peperiksaan. Dulu masa aku SPM, dapat balik paling lewat sebab kertas akaun paling last. Budak yang ambil kertas biologi semua 'bakar-bakar' tak payah study. Macam haram bakal-bakal doktor(gelaran untuk budak ambil kertas biologi) ni. Padahal masa dieorang study aku yang selalu kacau dieorang menghafal term-term dalam biologi tu..haha.


Semoga dapat mengawal calon-calon SPM di SMK Seri Alam tu. Adik ipar aku, aten pun menduduki SPM hari ini. All the best juga untuk beliau.


Esok dapat kunci rumah..weeeehoooo..Semalam ketika melawat rumah sudah ada seekor kucing jadi 'jaga' rumah aku..rumah aku ada pelaris kucing ke?...~


p/s: kelmarin pre-birthday...semalam birthday..hari ini post-birthday......pengsan..

Sunday, November 13, 2011

Selamat Hari Lahir ke-26 Isteri ku terchenta

Bermula di Kolej Matrikulasi Johor.

Melarat hingga ke IPTA, nasib la UPM dan UM tak jauh sangat pun. Jauh lagi UTM ke UPM..opss.


So nak dating pun tiada hal, merempit pun takde hal. Terlajak bas sampai ke Pudu pun sanggup hantar balik ke UPM.

Hadiah hari selasa ni ambil di pejabat Johor Land. Lagipun tempat beradu kita sudah se'kufu' Najib n Rosmah cuma hok jambul saje yang belum mampu lawan.

Semoga senantiasa sihat tubuh badan agar senang mendapatkan ramai anak, ceria-ceria selalu, murah rezeki dan hias rumah baru cantik-cantik.

with lots of love from....

abah dan zaheen.*sedang mencuba susu Sustagen. telan saje budak 9 kilo ni. 

dan juga....

 Tehcik

CT

Dengan ucapan we love you sooooOOOOOO muchhhhh.

p/s: acop dan wawa..korang dah boleh start join the children race. anak ko bakal sebaya dengan anak Ned.

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Ketika merempit ke tempat kerja pagi tadi, perasan sebuah kereta dengan seorang lelaki berpakaian seperti mahu pergi bernikah. Baru teringat hari ini tarikh cantik 11.11.11. Sebenarnya semalam cukup tiga tahun arwah abah aku pergi meninggalkan aku. Waktu macam ini aku rasa tengah mandikan jenazah abah aku.


Naik motor pagi tadi pun macam teringat-ingat ketika seminggu sebelum pemergian arwah abah. Hampir setiap hari(seminggu sebelum meninggal) abah akan telefon aku bertanyakan motor yang baru aku beli. Nasihat aku jangan jadi mat rempit. Tidak sempat aku nak balas jasa abah aku walaupun sedikit. Menyesal pun tidak guna, sekarang hanya mampu doa dan buatkan amal atas nama arwah. Lepas pemergian arwah, emak aku cerita yang dia mimpi abah pakai baju kemeja favorite arwah. Arwah hanya senyum melihat emak.


OK kita lupakan sedih. Di kesempatan ini aku nak ucapkan tahniah kepada Acop dan Wawa yang akan nikah hari ini. Aku doakan korang kekal bahagia sampai akhirnya. Dua minggu lagi kita jumpa kat Felda Air Tawar 2 ok.


Akhir sekali aku nak kongsi kegemaran muzik kegemaran arwah abah aku iaitu ghazal.

Wednesday, November 9, 2011

Rabu Tanpa Perkataan #7

Tuesday, November 8, 2011

Sebelum..Tiada adik..Selepas..Tujuh Adik

Baru selamat sampai dari KIPMART..eh Segamat actually. Sedar tidak sedar sudah hampir dua tahun jadi 'abang'. haha..tidak kelakar. Kelmarin berfutsal dengan kesemua adik ipar aku yang lelaki serta sepupu. Siapa menang?!..haha..Sila teka. Usia..siapa percaya..(gaya iklan Rania Gold).


Aku sampai je dari Air Tawar 5, terus adik ipar yang bongsu, Amin cakap malam main futsal. Sebagai menghargai sportsmanship, aku terima tawaran itu. Aku team-up dengan anis,abang,ishak dan farid. Amin, nazri, amir, adek dan ilyas team lawan.

Result?!..ManU lawan Arsenal tak banyak macam ini score sampai aku pun lost count.haha. Balik rumah macam biasa bini aku akan bahan adik-adik dia yang kalah especially adek.

Saturday, November 5, 2011

Terima Kasih


Thursday, November 3, 2011

Anak tiri ke?

Kalau cakap pasal anak tiri mesti sudah bayang kekurangan yang bakal di kecapi. Ini 'realiti' drama Malaysia. Same goes to IT department. Selalu di anak tiri kan. Walaupun 'mereka' tahu kepentingan bahagian IT yang sangat berkait rapat dengan setiap transaction business yang 'mereka' buat, tetapi orang-orang IT macam aku didn't deserve better service.

Kilang aku yang sebelum ini pun mendapat nasib yang sama. Manager IT kilang lama aku memang sangat malah terlebih outspoken. Tapi aku respect la pada dia sebab dia memang care terhadap pekerja bawahan dia yang tiga orang termasuk aku.haha.. manager aku sekarang?!..Dia lebih cenderung kepada personal gain. Manager aku sekarang solely on SAP, sistem lain memang dia tidak pandang walhal sistem cokia untuk timbang lori keluar masuk pun dia pandang enteng.
Lepas dua orang yang handle sistem cokia weight bridge hantar tender, baru nak terkial-kial. Buat meeting bagai which CFO akan join. Aku tidak nampak sifat kepimpinan manager aku sekarang, sampaikan nak kasi tugas pun guna emel without no discussion first dengan pihak yang terlibat........nasib bukan aku..

ok stop sampai sini.

Wednesday, November 2, 2011

Rabu Tanpa Perkataan #6


Insyallah akan ke arrow biru. Kalau ada rezeki. Rumah berada dalam kawasan arrow merah. Sangat la dekat, sudah bercadang untuk berbasikal untuk pergi kerja. haha..~

Wahai orang Pasir berdengung Gudang. Aku ada jual perencah mee bandung(RM9), mee rebus(RM9) dan soto(RM5) cap MAHARANI. Kalau mahu sila komen di bawah atau emel.

Tuesday, November 1, 2011

Ayah Musa Hassan

Tak sangka dapat jumpa Musa Hassan dalam kilang ni. Bekas Ketua Polis Negara tu. Dia sudah pencen tapi apa kepentingan beliau kat kilang ini?!. Siap ada bodyguard tu, mak-guard la cakap kat aku. Dia banyak musuh sambung mak-guard tu lagi. Aku sambung, saya pun musuh dia..haha.Kebetulan aku tengah bawa kontraktor TM.


Tapi aku sangat respek pada bapa beliau iaitu Ustaz Hassan Azhari. Ustaz Hassan ini common pasal Al-Quran dan tajwid. Sudah lebih 50 kali jadi hakim dalam pertandingan tilawah al-quran.


Biodata Datuk Hassan Azhari
- Dilahirkan di kampung Syu’ib Amir di Mekah pada 18 Ogos 1928.
 
- Ayahnya bernama Azhari Abdul Khaliq, tokoh agama terkenal di Selangor manakala ibunya ialah Fatmah Abdul Hakim, berketurunan Arab Mesir al-Shanani dan Padang, Indonesia.
 
- Dibesarkan dalam persekitaran keluarga dan masyarakat yang berilmu dan beragama.
 
- Mempelajari al-Quran sejak kecil di Mekah. Di peringkat rendah, mempelajari secara formal di Madrasah Dar al-Ulum, Mekah.

- Antara guru beliau di sini ialah Sheikh Yasin al-Fadani dan di Masjidil Haram, gurunya ialah Sheikh Ismail Tamim (salah seorang imam masjid di Mekah)
 
- Ketika berusia lapan tahun, berhijrah ke Malaya (Malaysia) bersama abangnya, Abdul Hakim dengan menaiki kapal laut selama beberapa bulan.
 
- Di Malaya, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Marta al-‘Ulum al-Diniyah di Kuala Langat, Selangor seterusnya ke Sekolah Arab al-Hayat al-Mardiyyah di Kampung Jawa, Selangor.
 
- Menyambung pelajaran ke Sekolah al-Junaid, Singapura selama dua tahun untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab. Antara gurunya ialah Sayyid Abu Bakar al-Saqqaf dan Sheikh Abdullah al-Faqih.
 
- Menyambung pengajian ke Maahad al-Ulum (kini Sekolah Agama Menengah Hishamuddin, Kelang) dan memperoleh sijil Rabi’ Thanawi.
 
- Bagi mendalami pengajian al-Quran, beliau kembali ke Mekah dan menyambung pengajian dengan Sheikh Ismail Tamim.
 
- Kemudian mempelajari bidang tarannum dengan beberapa ulama terkenal antaranya Syed Mahmud Lutfi Amir.
 
- Guru-guru al-Quran yang lain ialah Sheikh Mahmud al-Bukhari (riwayat Hafs), Sheikh Muhammad Abdul Samad, Dr. Ahmad Nuaina dan Syed Mahmud Amin Tantawi (riwayat Warsy Imam Nafi’).
 
- Melaungkan azan semasa menyambut kemerdekaan negara di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.
 
- Melaungkan azan pada perasmian Masjid Negara pada tahun 1967, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei.