Tuesday, May 31, 2011

Kaki Ayam



Semalam main futsal dengan berkaki ayam. Short serta tight dah bawa tapi terlupa bawa kasut. Adakah petanda semakin tua? Mungkin tidak. Terlupa gara-gara menghalau tikus keluar dari rumah thanks to CT si pemburu.

Aku lupa bila kali terakhir aku berkaki ayam untuk main bola. Bisa juga kaki aku bila tendang bola ni. Bola futsal bukan macam bola padang, ia lebih pejal serta berat. Masa kecik-kecik rajin berkaki ayam sebab nak elakkan selipar putus masa main belon acah, baling selipar, polis sentri atau panjat pokok.

Zaheen sudah pandai panjat serta geget sekuat hati. Rajin lapar jadi kena kasi nasi+sayur kisar.

p/s: musim sekolah yang penuh dengan travelling.

Friday, May 27, 2011

Di Mana Icon Show Desktop - Windows 7




Lama aku tidak tulis perkara ilmiah. Tajuk pelajaran hari ini adalah di mana kedudukan Show Desktop(Windows 7) icon yang biasa ada pada Quick Launch (Windows XP). Oleh sebab komputer pejabat guna Windows 7, aku perlu explore operating system ini supaya bila ada user menghadapi masalah dalam Windows 7 aku buat sambil pejam mata.

Anda sudah bersedia dengan pelajaran hari ini? kedudukan Show Desktop(Windows 7) adalah pada taskbar hujung kanan(i mean really really kanan OK). Jumpa tak? Rupa Show Desktop tu sama macam taskbar cuma ada line untuk menyempadankan antara taskbar dan Show Desktop icon itu.

Thursday, May 26, 2011

Tapak Kejadian Brek Kecemasan


Pagi tadi aku guna gear rendah sewaktu melalui kawasan kejadian semalam as precaution. malang tidak berbau. Lagipun Zaheen sudah 90% sihat. Kesihatan anak berkadar langsung dengan emosi positif dan berkadar songsang dengan emosi negatif.

Lagipun emak aku kebetulan datang Pasir Gudang. Nenek mana tidak risau tengok cucu tidak sihat especially cucu ke-21.haha. Lagipun mak aku cakap nak jaga anak aku senang. Pagi tadi pun Zaheen tertidur masa mak aku pegang.

FYi, DG48 'kebanggaan' bini aku ada beri ceramah induksi.Seperti yang aku jangka, drama RON95 telah menjadi kenyataan. Siap berulang kali cakap kerajaan tanggung RM18 billion untuk subsidi. So what? That's government responsibility to take care of the people. Selalu suruh rakyat jimat-cermat tapi kerajaan sendiri tidak jimat-cermat. Pathetic...

Sekian.

Wednesday, May 25, 2011

Brek Kecemasan


Hari ini nyaris aku langgar kereta. Salah aku? Mari aku terangkan situasi sebenar. Ada kereta dah beri signal untuk masuk jalan aku, so aku off kan NOS motor agar aku tidak cium bontot kereta tu. Kereta ini datang dari bahu seberang jalan. Mungkin dia park untuk punch lepas itu baru cari parking. Instead masuk jalan aku, kereta ini melintang, rupa-rupanya nak masuk parking di bahu jalan kanan aku.WTF.

Masa ni dah berderau dah, brek belakang sampai tayar ngokot sambil mengimbang motor agar tidak jatuh. Motor aku berjaya berhenti 3 4 inci dari bahagian depan kereta tu dan berada di bahu jalan. Rasa macam nak hisap rokok Lucky Strike masa ni. Pengawal keselamatan tempat kerja driver hampir malang ni menjerit memberi amaran. Aku hanya toleh tengok driver kereta itu yang macam tergamam dengan muka sebengis Singa Aslan.

Aku berlalu dari tempat kejadian mengenangkan perlu punch sebelum pukul 8.15 pagi.

p/s: siapa mahu tengok konsert Zainal Abidin boleh beli dengan aku. ntah bila dan di mana konsert tu aku pun tak tahu. memang dasar orang tua tidak sedar diri kaki kikis duit cikgu.

Tuesday, May 24, 2011

Budak Kecik Demam


Sejak dilahirkan, ini demam paling teruk Zaheen pernah endure. Panas semacam badan masa pagi, lepas kasi ubat baru reda sikit panas tu. Semalam pergi klinik, doktor cakap kalau tangan kaki rasa bahang, suhu badan dalam 37-38 darjah celsius.


Tapi kalau tangan dah sejuk itu perlu cepat-cepat hantar pergi klinik sebab mungkin suhu badan sudah sampai 39 darjah celsius. Esok bini aku sudah mula induksi, dengan Zaheen tidak berapa nak sihat. Harap semua berjalan lancar dan bini aku lulus induksi tu yang habis pukul 11 malam.

Nasib tiga hari je. Itu pun ada cikgu 'otai' mempertikaikan induksi sekarang. She's from my neighborhood. Cikgu 'otai' ni cakap dengan berlagak yang dia dulu sebulan induksi..bla..bla..bla..tengok akak sekarang dapat APC..bla..bla..bla..semangat kenegaraan kuat..bla..bla..bla..eh yang APC tu aku saja tambah. Ala kroni boleh la. Subjek akak tu kacang kuda je tapi peratus lulus menurun dan salahkan pelajar. Tapi APC dalam genggaman.

Dan lepas induksi, DG48 nak buat BTN untuk semua cikgu. Aku memang tidak benarkan bini aku pergi. Dan kalau DG48 itu paksa juga, terpaksa aku 'turun' padang. Nak ajar DG48 tu langit itu tinggi atau rendah. Such pain in the arse DG48 ni. Nak pergi haji pun buat perangai lagi. Nanti masa dah nak berangkat sibuk mintak maaf sampai nangis-nangis basah satu badan dengan air mata. Dey andartu, luka kalau sembuh pun still ada parut tau..tau..tau!!..

Selagi orang pemikiran sempit seperti andartu dan cikgu 'otai' ini wujud, JAHANAM semangat cikgu baru untuk mengajar anak bangsa. Akhir sekali sama-sama kan kita doa anak aku sihat sebelum bini aku berinduksi. sekian.. wassalam.

p/s: hari guru kena paksa-rela jual telur pindang. Lepas ini tidak pasti jualan apa yang bakal menyusul.

Monday, May 23, 2011

GAMMA



Oleh sebab bini aku tertekan dengan kepelbagaian kerja sekolah, aku secara tidak langsung terlibat sama untuk mereka-bentuk bendera baru rumah sukan bini aku. Bini aku merupakan KETUA rumah sukan GAMMA(biru).

KETUA GAMMA sebelum ini telah berjaya menghilangkan bendera rumah sukan GAMMA. Aku telah sediakan dua design untuk diletak pada bendera GAMMA.


Bini aku pilih yang Singa Aslan. Tapi motto memang boleh muntah la..King of Kings.haha..Dengan lagu sorak aku supply. Aku boleh jadi consultant sukan ni.

Friday, May 20, 2011

Arnold Schwarzenegger gagal mengawal NAFSU batin



Aku mula kenal Arnold ni dalam filem Terminator pertama. Masa ni otot serta biceps Arnold masih bergetah. Gabenor California ni sudah jadi duda sekarang. Alasan penceraian adalah Arnold mempunyai seorang anak luar nikah hasil hubungan otot beliau dengan perempuan lain 10 tahun lepas.

Berdasarkan laporan akhbar, gambar di bawah adalah menunjukkan dengan siapa Arnold curang serta hasilnya. Bini punya la solid tapi masih nak curang. Harap badan je gagah tapi nafsu pun tak boleh nak kawal. haha..


p/s: tajuk memang tak boleh blah. ala-ala Harian Metro tak?..haha..

Thursday, May 19, 2011

Bukan Guru Sahaja Yang Kecewa



Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.


Harapkan pagar, pagar makan padi...

Ramai di antara kita masih mengharapkan kerajaan memberikan insentif baru yang terbaik untuk para guru yang jadi pengajar kepada anak-anak kita.  Guru yang memberi sinar kepada anak-anak kita, guru yang bakal membentuk anak kita. Jika bukan anak kita sekalipun, sekurang-kurangnya anak bangsa kita.

Walaupun ramai di antara kita yang telah sedar betapa kerajaan hari ini sememangnya tidak lagi boleh diharap, masih ada rakyat yang menaruh harapan kepada kerajaan yang telah diundinya dalam beberapa pilihanraya terdahulu.

Tanpa mereka sedar bahawa selagi Barisan Nasional menjadi nyawa kepada kerajaan pusat, mereka hanya melakukan sesuatu yang berlandaskan nilai anjakkan political milage yang melanggar ke hadapan tanpa mempeduli nasib rakyat. Asalkan ia dilihat langkah menjadi juara rakyat, walaupun menyediakan permaidani bertatahkan emas, walaupun mempersiapkan tirai yang bertatahkan batu permata, namun ia tidak mampu menutup bau busuk berupa niat jahat yang ada dalam setiap pemberian kerajaan pemerintah hari ini.

Sempena hari guru edisi 2011, kita didendangkan dengan insentif hebat kenaikkan gaji dan elaun para guru. Kita bersyukur tanpa mengetahui ceritera sebenar di sebalik berita gembira yang dicanang regim 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Gegak gempita berita gembira yang didengar dari corong-corong radio-telivisyen rupa-rupanya indah khabar dari rupa.

Daripada hampir setengah juta rakyat sederhana negara ini yang mengambil tanggungjawab mengangkat martabat bangsa dengan memilih guru sebagai profesyen, berita gembira yang dikhabarkan hanya meliputi 2 ribu tenaga pengajar yang telah sedia berjawatan yang mempunyai gaji yang serba lumayan. Daripada 4 ratus ribu guru, hanya dua ribu sahaja yang diraikan. Bukankah lebih indah jika dari 4 ratus ribu, dua ribu sahaja yang tidak dirai kerana telah mempunyai gaji yang tinggi?

Pengumuman kerajaan pada tanggal hari guru baru-baru ini sebenarnya meraikan kenaikkan gaji guru-guru besar dan guru yang berjawatan penolong kanan mulai awal tahun depan. Beritanya dikhabar seumpama untuk semua para guru, tetapi sebenarnya ia seolah-olah diumumkan sedemikian rupa, mengaburi mata segelintir rakyat kurang celik. Guru biasa tetap guru biasa, tiada kenaikkan yang luar biasa. Jadi di manakah slogan juara rakyat kalau bukan ianya lebih sesuai dislogankan sebagai penipu rakyat?

Ini bukan kes pertama penipuan kerajaan terhadap rakyat negara ini. Bab harga minyak, bab jualan kereta kebangsaan di luar negara, bab pengurangan subsidi yang sepatutnya menjadi hak milik mutlak rakyat, bab rasuah sana-sini, bab porno, bab dwi-standard dan macam-macam bab lagi tidak terkira. Tapi lebih menyedihkan apabila kerajaan tergamak memilih bab meraikan guru-guru di Malaysia ini dengan satu permainan yang akhirnya diterjemah sebagai penipuan. Lantas ratusan ribu guru kecewa!

Kita tinggalkan perihal guru, kita masuk satu lagi bab iaitu fasal langkah kerajaan memperkenalkan GST tidak lama lagi. Tahukah saudara-saudari bahawa kerajaan telah mencadangkan agar GST diperkenal dan sebagai galang ganti, peratusan cukai pendapatan akan dikurangkan. GST adalah cukai pukul sama-rata di mana semua rakyat tidak kira yang bergaji ratusan ringgit sebulan tidak terlepas dari membayar cukai GST. Dalam masa yang sama, pembayar-pembayar cukai yang bergaji melebihi 3 ribu sebulan akan sedikit lega dengan pengurangan peratusan cukai pendapatan.

Tidak diketahui apakah puncanya kerajaan memilih langkah seperti ini untuk sebuah negara yang telah mula menampakkan perbezaan jurang pendapatan di antara yang kaya dan yang miskin. Langkah seperti ini bisa menjarakkan dua kasta ciptaan 1Malaysia.

Fahami betul-betul langkah kerajaan yang bakal menjerut leher rakyat kebanyakkan. Cukai pendapatan hanya laku untuk mereka yang bergaji 3ribu ke atas. Walaupun gaji 3 ribu, jika ada tanggungan ramai, kemungkinan bebas dari membayar cukai pendapatan. Tetapi untuk yang bergaji besar melebihi 5 ribu, hinggakan ada yang bergaji berbelas ribu sebulan, mereka biasanya tidak terlepas dari dikejar pengutip cukai pendapatan dari Lembaga Hasil.

Jika GST pula dilaksanakan, jangan kata orang yang bergaji bawah 3 ribu, bawah 2 ribu ataupun bergaji ratusan ringgit sebulan, malah mereka yang tidak bergaji pun akan dikenakan cukai!! Itulah GST - cukai pukul sama rata !!

Justeru itu, apakah kerajaan sanggup mengurangkan jumlah cukai yang dikutip dari rakyat kelas atasan, cukai yang dikutip dari golongan bangsawan negara, demi untuk mendedahkan 20juta rakyat kebanyakkan kepada cukai GST?

Inilah yang dikatakan golongan kaya-raya semakin mendapat tempat dalam negara kapitalis Malaysia. Golongan berada telah sebenarnya diberi keutamaan dari segi protokol dan sebagainya. Kini mereka diberikan kelegaan cukai demi untuk mengheret rakyat terbanyak ke dalam kancah pembayaran cukai yang dinamakan GST!!

Sama jugalah kesnya seperti kenaikkan gaji para guru berjawatan guru besar dan penolong kanan. Mereka pada asalnya telah bergaji besar bersama elaun yang tinggi, diraikan lagi dengan kenaikkan gaji. Gejala seperti ini berlaku di semua peringkat dalam kerajaan, berlaku juga dalam syarikat-syarikat gergasi, syarikat GLC dan juga dalam banyak sektor kewangan.

Ia mendedahkan negara Malaysia kepada sistem, yang kaya semakin kaya, yang miskin tidak terbela nasibnya. Masihkah anda mahu memberi peluang kepada Barisan Nasional untuk terus memerintah? Jika anda kaya itu tak mengapa, anda memang akan terbela. Tetapi bagaimana jika nasib anda kais pagi makan petang??

Ingatlah, mungkin kita telah selamat mempunyai pekerjaan yang dibayar gaji lumayan. Mungkin kita agak sempurna dalam bidang pekerjaan, mungkin kita bukanlah orang yang bekerja makan gaji di restoran makanan segera, bukan bekerja di syarikat pengusaha lebuh raya, bukan pemandu teksi sepenuh masa. Tetapi bagaimana nasib sanak saudara? Bagaimana nasib anak bangsa yang bakal merempat jika inilah sistem yang diterapkan oleh regim Barisan Nasional kepada pengundi-pengundinya. Fikir-fikirkanlah...

Kerajaan yang ada pada hari ini, bukanlah sebuah kerajaan yang boleh diharapkan. Namun, jangan memutus harap untuk bersama menaikkan sebuah kerajaan rakyat yang berteraskan kebajikkan untuk rakyat. Namanya juga, Kerajaan Rakyat, kerajaan untuk rakyat...

Kepada guru-guru, jangan lupa membelek BUKU JINGGA jika berpeluang. Kerana jasa anda sebagai guru akan terbela sekiranya isi buku tersebut dilaksana.

EDYES @ edyesdotcom.

Tuesday, May 17, 2011

Berita Baik Untuk Guru



Sehari sebelum sambutan hari guru, Muhyiddin melakukan suprise dengan menyatakan ada berita gembira untuk guru. Dengan muka serius dan selamber, beliau menyuruh wartawan untuk tunggu.

Dan bila masanya sudah tiba...ini 'berita baik' yang di pukul canang. Aku copy paste cari blog 1Malaysia.

BismilLahirRahamanirRahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.
Para guru yang dirai dan dimuliakan sekalian,
  1. Pada hari yang bermakna ini, saya ingin mengambil peluang  sebagai Perdana Menteri Malaysia juga bagi pihak kerajaan, rakyat, diri saya dan isteri untuk mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru. Hari ini merupakan hari kita meraikan serta memberi pengktirafan kepada mereka.
  2. Sesungguhnya, jasa mereka yang begitu besar, budi mereka yang  ditabur serta khidmat bakti mereka kepada negara tidak mungkin akan dapat diimbal dengan seadilnya. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberikan ganjaran setimpal.
  3. Hakikatnya, sejarah pembangunan Malaysia dilakar melalui kalam para guru, ia disuburkan hasil jerih payah dan pengorbanan warga pendidik  di bilik-bilik darjah dan padang-padang permainan. Sebetulnya lagi,  sebuah negara yang maju, sebuah tamadun yang hebat, tidak mungkin terbina tanpa insan yang bergelar guru.
  4. Hari ini, di setiap ceruk rantau negara, para guru tanpa mengenal penat lelah senantiasa membawa cahaya harapan kepada anak-anak Malaysia. Para gurulah yang membuka pintu gedung ilmu pengetahuan, membolehkan penerokaan khazanah minda seterusnya  mengoptimumkan potensi modal insan negara.
  5. Setiap kejayaan nasional dari transformasi negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, tercatat di celah-celah lipatan kudratnya para guru. Begitu juga lompatan transformasi  berikutnya ke arah negara maju berpendapatan tinggi  memerlukan sentuhan  para guru sesuai dengan tema sambutan tahun ini “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.
  6. Lantaran itu, menyedari  bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru, maka kerajaan telah memutuskan untuk menambahbaik skim perkhidmatan Guru Malaysia. Sehubungan itu, sukacita saya maklumkan kerajaan telah bersetuju bahawa:
  7. Sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam Perkhidmatan Perguruan dan dalam memartabatkan profesyen keguruan
    di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya time-based perlu diberi nafas baru.
  8. Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun. Makanya, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.
  9. Oleh yang demikian, Kerajaan memperkenalkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran atau PDP yakni Guru Wibawa dan Pendeta Guru di mana guru akan dikategorikan mengikut  empat lapisan jawatan Pertamanya: Guru Biasa, keduanya: Guru Kanan, ketiganya: Guru Wibawa dan keempat: Pendeta Guru. Jelasnya,  pewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.
  10. Selain itu, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.
  11. Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.  Namun, untuk guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. Untuk ini, Kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100% dengan menambah jumlah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru.
  12. Selanjutnya, sebagai membuktikan lagi kesungguhan Kerajaan dalam memartabatkan profesyen keguruan, Kerajaan bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan. Manakala, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 akan  melibatkan 6,585 jawatan. Seterusnya,  semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.
  13. Khabar gembiranya Insyaallah, tarikh kuat kuasa pelaksanaan semua perubahan yang dinyatakan tadi akan bermula pada 1 hb Januari 2012.
  14. Para guru yang dimuliakan sekalian,
  15. Begitulah, betapa pihak kerajaan amat memandang tinggi profesyen keguruan di negara ini. Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang Pemimpin, Pentadbir, Doktor, Peguam, Akauntan, Jurutera, Ahli Sukan atau apa jua pun kerjayanya,  telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru.
  16. Pujangga bermadah:
    Guru umpama kandil yang terang menyala, Suluh cahayanya penerang jalan, Sepatah kata dijadikan pelajaran, Segumpal pesan dijadikan pedoman, Ilmu dicurah mengorak alam terkembang.
  17. Akhir kata, mudah-mudahan para guru sekalian terus ikhlas dan bersemangat menabur jasa serta khidmat bakti kepada anak-anak watan demi sebuah Malaysia.
Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Pendapat aku..Ini hanya berita baik untuk 'pihak pentadbiran' sekolah. Aku tidak nampak celah bedah mana berita baik untuk guru-guru muda yang tiada pangkat mahu pun kuasa. Aku rasa pihak pentadbir sekolah especially sekolah bini aku senyum lebar sampai telinga member sebelah.

Kerja banyak 'dilontar' kepada guru bawahan especially guru baru dengan alasan guru 'otai' sudah pernah buat semua. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...bukan berat engkau yang pikul, ringan aku yang pikul. Cakap je kerajaan sudah tiada bajet untuk melaksanakan PTK untuk guru di mana yang akan mudah lulus ujian ini adalah guru-guru 'bergetah'.

Lagi satu, kalau nak dibandingkan jumlah guru 'mentadbir sekolah' dengan guru 'betul-betul' mengajar aku rasa guru 'betul-betul' mengajar lebih ramai dari guru 'mentadbir sekolah'. Aku meroyan sebab ada kezaliman berlaku di sini. Korang boleh tanya pengetua atau GPK waktu PdP mereka ada berapa..Apa subjek yang di ajar mereka? 99% aku jamin dieorang tidak mengajar subjek 'kritikal'.

sekian.

Monday, May 16, 2011

Ular.


Pagi tadi macam biasa buka gate. Sekali ada anak ular kat laman rumah aku. EEEeeeeeeeuuuuwwwww...Aku halau guna batang penyapu dan ia terus hilang.

sekian.

Thursday, May 12, 2011

Kalendar Islam 1432H


Bulan depan sudah masuk bulan Rejab. Masa berlalu sungguh pantas bila kita dewasa. Masa zaman sekolah langsung tidak fikir pasal masa.

Aku nak share takwin 1432H je ni. Masih belum terlewat. Untuk view online sila ke sini dan untuk memuat-turun sila ke sini.

Wednesday, May 11, 2011

Gi Arse Ti




Cukai pendapatan MUNGKIN akan dikurangkan untuk MERASIONALISASIKAN Goods and Service Tax (GST). Masalah di sini adalah mereka yang berpendapatan rendah. Yang suka mereka yang berpendapatan tinggi.

Utusan - Cukai Mungkin Di Kurangkan.

Monday, May 9, 2011

Rumah dan Cuaca



Dari minggu lepas hujan tak turun. Panas serta bahang boleh mengakibatkan aku pergi beli air con satu. Kalau panas sangat akan berlaku seperti gambar di bawah.


p/s: ini adalah gambar rumah S/U UMNO. Ini bukan kategori rumah tapi motel.

Saturday, May 7, 2011

Emak



EVERYDAY IS A MOTHER'S DAY

kepada

TOMIRAH BTE ARIPIN


UMI KALTHOM BTE AHMAD


SITI NURUL AIN BTE BASIRAN

semoga panjang umur, hidup diberkati dan dirahmati oleh Allah swt.

p/s: ucapan tambahan untuk yang nama ketiga tu, semoga bertambah anak..

Tuesday, May 3, 2011

Rumah Terperuk



Aku sekarang tengah usha rumah lelong. Murah, besar dan yang paling penting corner lot. Tapi kawasan rumah ini adalah sangat rural. Rata-rata rumah baru di Pasir Gudang ni kalau tak mahal mesti crowded..eh sangat crowded. Aku kalau boleh nak kawasan rumah just nice la kalau petang-petang lepak minum teh dalam halaman rumah dengan bini sambil menikmati kicauan burung serta suara kanak-kanak..ehh..cucu. haha..

Kawasan rumah lelong tu berdekatan dengan rumah sewa aku cuma belakang sikit. Desperate housewife sangat untuk mendapatkan rumah sebab...Adalah membazir untuk menyewa lebih-lebih lagi aku ada kemampuan untuk beli rumah lelong tu. Kemampuan aku adalah rumah bawah RM150k. Aku tak nak asik 'bertapa' bila sudah ada rumah. Kita perlu pamper diri kita juga. Takkan kerja keras-keras hanya untuk bayar rumah?!..Tak sanggup aku.

Aku sudah terlepas rumah Scientex Impiana lelong harga RM210k(reserved price) di mana harga market adalah RM270k. Bukan rezeki aku barangkali. Bini aku dah mula berangan nak hias dapur..kabinet la..oven la..Berangan free so apa ada hal. haha.. Walaupun rural tapi ada pondok polis dalam taman tu. Simpanan memang cukup untuk bayar 10% dari jumlah harga reserved rumah lelong tu cuma takut ada orang up bid tu.haha..melopong la aku. Rumah angan ku musnah.

Semoga ada petunjuk lepas ni.