Showing posts with label kesiasatan. Show all posts
Showing posts with label kesiasatan. Show all posts

Monday, November 26, 2012

Oh Bengkel Kereta

Aku sangat berangin bila rasa di tipu. Lepas insurans dah keluarkan surat untuk repair kereta aku di bagi tahu kena bayar RM300. Sebab kereta kena hantar Puspakom..bla..bla..surat JPJ. Yang aku geram tu sebab bengkel tidak being honest. Surat permohonan JPJ untuk potong kereta serta caj ke Puspakom sampai RM300. Banyak tu RM300.

Bengkel ni ingat aku ni lampi sangat ke nak buta-buta bayar RM300? Puihh. Aku telefon JPJ dan Puspakom. Memang sah bengkel ni nak main kasar dengan aku. Lepas sain surat JPJ aku tanya surat JPJ manede kena bayar dan Puspakom pulak caj paling mahal tak sampai RM200. Lepas bertikam lidah baru la dia admit yang aku kena tanggung kos paper work, upah runner, caj Puspakom...bla..bla..

Siap ada surat untuk aku kena sain on-da-spot untuk bayar RM300 masa ambil kereta lagi. Kalau aku tak sain paper work aku tak gerak dan makin lambat proses kereta aku boleh siap dan ambil. Nak ambil cuti, member aku sorang tengah cuti panjang. So tiada pilihan melainkan sain surat 'pow' bengkel tu.

Aku pelik kenapa aku kena bear semua kos tu. Memang la itu kereta aku, tapi kau jugak yang berani tarik kereta aku masuk bengkel ko. Yang aku geram tu bengkel ni macam nak tipu aku so aku kena tanggung kos paper work semua. Agak-agak semua bengkel ke macam ni? Kalau macam ni at least bengkel kena bagitahu option whether aku nak uruskan sendiri atau bengkel uruskan. Then bengkel kasi tahu perkara yang perlu aku buat kalau nak uruskan sendiri.

p/s: bila Harimau Malaya mengiau..meow..Jangan jangkit kat Harimau Selatan sudah. Apek tumbuk bola macam tumbuk Luniey. Semacam kekuatan die. Nampak 'bola' Luniey ke nampak bola sepak?

Tuesday, May 29, 2012

Himpunan Sejuta Belia 2012 - Kemalangan Drag

Aku dengar limpa salah salah seorang mangsa terpaksa dibuang sebab hancur. Kementerian Belia dan Sukan memang 0 dalam SAFETY.


Saturday, December 17, 2011

Pelajar Malaysia(Ariff Alfian Rosli) Hilang di Dublin Berkahwin Sejenis?

Baru-baru ini terdengar berita pasal pelajar hilang kat luar negara dan ayahnya pula disaman sebab penjamin. Gempar sebab pelajar ini dikatakan berkahwin dengan lelaki di Dublin.


Nama pelajar yang hilang itu adalah Ariff Alfian Rosli. Belajar di Dublin dalam bidang perubatan. Beliau selamat sebenarnya di Dublin cuma akta di Dublin menjejaskan pencarian si Ariff ni. Berdasarkan gambar-gambar di bawah... Nilai sendiri sama ada betul atau tidak.




Nauzubillah...

Tuesday, March 29, 2011

Resepi Coca-Cola Terbongkar?





Resepi Coca-Cola ni bini aku tidak cuba lagi sebab...OK baca dulu sampai bawah. Ada yang mengaku telah menjumpai resepi Coca-Cola. Dalam resepi itu, Coca-Cola ada mencampurkan alkohol dalam Coca-Cola.Wootttttt..Rancangan This American Life mendakwa mereka telah menjumpai resepi ini di dalam buku nota kepunyaan kawan kepada John Pemberton(tuan punya resepi coke untuk Coca-Cola).


Resepi ini mungkin dijumpai sebelum atau selepas Coca-Cola berada di pasaran sekitar tahun 1886. Ini bukan resepi Coca-Cola yang berada di pasaran sekarang tetapi mungkin bahan-bahan asas untuk Coca-Cola. Sebenarnya ada cara lain untun tahu bahan-bahan yang terkandung dalam sesuatu makanan atau minuman. Guna chromatograph gas pun boleh walaupun tidak 100% tepat tetapi close enough that you're in the ballpark.

Pernah dengar Coca-Cola ni boleh diguna untuk cuci mangkuk tandas sebab ia mempunyai sifat menghakis. Pernah jugak aku cuba simbah Coca-Cola 1.5 liter dalam mangkuk tandas rumah sewa dan biar selama beberapa minit. Lepas tu flush, sama je tak bersih juga. Ke hasil kumuhan budak rumah sewa aku masa tu sangat kental?haha..bangang.

Resepi dalam bahasa penjajah:

Fluid extract of Coca: 3 drams USP
Citric acid: 3 oz
Caffeine: 1 oz
Sugar: 30 (unclear quantity)
Water: 2.5 gal
Lime juice: 2 pints, 1 quart
Vanilla: 1 oz
Caramel: 1.5 oz or more for color


The secret 7X flavor (use 2 oz of flavor to 5 gals syrup):
Alcohol: 8 oz
Orange oil: 20 drops
Lemon oil: 30 drops
Nutmeg oil: 10 drops
Coriander: 5 drops
Neroli: 10 drops
Cinnamon: 10 drops


p/s: sudah lama tidak merasa sakit cabut gigi sejak darjah satu.