Wednesday, June 30, 2010

Ceriakan pagi anda dengan kesabaran

Doktor lelaki Klinik Johor kat pusat bandar Pasir Gudang memang ga alif mim pa nga. Memang sudah tiada pilihan lain sebab tu je klinik panel 24 jam. Sebagai pesakit kita ada hak untuk bertanya dan doktor sepatutnya jawab dengan ikhlas.

mak buyung: Masa tarik nafas, sakit di bahagian dada so kena tarik nafas pendek untuk elak sakit.
doktor sinis: itu angin..bla..bla..gastrik..bla..bla..
mak buyung: ye ke gastrik sebab kalau gastrik sakit kat ulu hati.(ada pengalaman gastrik)
doktor sinis: sekolah ajar apa?
mak buyung: fizik.
doktor sinis: subjek sains kan. so sepatutnya tahu..bla..bla..(diakhiri senyuman sinis)

Pagi-pagi doktor ni dah nak buat sakit hati. Apa kena mengena dengan mak buyung aku ajar sains dengan sakit dia sekarang?! Masalahnya sekarang mak buyung aku yang nak tahu sebab sebelum ni pernah tanya doktor kat Segamat dia cakap...bla..bla(penerangan sains, malas aku nak amik port). Sebab doktor sinis ni cakap ubat semput yang mak buyung aku guna ada steroid, so makin teruja la mak buyung aku ni bertanya perkara lain(mak buyung memang mempunyai sifat bertanya yang tinggi). Nak tahu lebih lanjut tanya mak buyung.

Dalam perjalanan pergi kerja pulak lain pulak cerita. Kejadian ini nyaris meragut nyawa aku.hehe..rujuk gambar di bawah.
Bahagian belakang motor aku anjing coklat, Johnny(nama aku suka-suka letak) rempuh. Aku masa tu dah angkat kaki(ingat Johnny nak rempuh bahagian sipi kanan aku). Johnny mughalazah tu. Tak kan aku sampai-sampai kilang nak kena sertu pulak. Ba alif ba ya punya Johnny. Kena sertu ke motor aku ni?..heh...

Monday, June 28, 2010

Lanjutan Mesut Özil


Setelah aku jangka(baca post ini). Kelibat bekas-bekas U21 Jerman berjaya memukau dengan permainan santek berbanding Generasi Emas England. Thomas Müller, Mesut Özil dan juga Sami Khedira memperkotak-katik pertahanan dengan hantaran dan counter attack.

Menjerit-jerit jiran bujang depan rumah aku. Aku hanya menjerit dalam hati sebab tidak mahu mengganggu mak buyung aku tidur. Nasib Lampard agak malang apabila sepakannya berjaya melepasi garisan gawang Neuer tetapi penjaga garisan tidak melihatnya. Seperti biasa ini dijadikan isu oleh Capello untuk baking pasukan England.

Mesut Özil adalah pemain pertama menguji James, lariannya melepasi si curang Ashley tetapi James berjaya menepis bola dari masuk dari kelengkangnya. Gol pertama Jerman melalui Klose dilihat si curang Terry gagal mengagak bola walaupun cuba di cover Upson tapi penyudah Klose memang kritikal. Apa-apa hal pun lepas ini Argentina pulak. Dengan Maradonna yang langsung tiada coaching skill yang mantap tetapi mengharapkan skil individu serta tuah. Tengok sampai mana hand-of-god ni mampu bertahan.

Nah video kehancurang England. bak kata komentator.."Germany is toying England"..

Friday, June 25, 2010

Berita baik dan berita buruk


Macam biasa kalau petang balik kerja, mesti borak dengan mak buyung pasal Sekolah ku cemerlang sekolah ku gemilang si sanjung warisan berzaman..kan aku dah ternyanyi lagu SMKA aku...eh..ye ke lagu SMKA?!..jap..ntah sudah lupa.

Berita baik adalah tiga stooges bersama tujuh yang lain akan berangkat ke Sabah or Sarawak. Lawatan apa ke jadah. Jumlah tenaga pengajar akan berkurang sebanyak sepuluh orang. So semakin banyak relief yang mak buyung aku akan dapat, ini berita buruknya.

Memang barua punya orang atasan ni. Buat la lawatan masa cuti sekolah. Tiap-tiap bulan ada je perkara difikirkan secara tidak logik. Salah seorang tiga stooges ini kadang-kadang gatal untuk ambil tugas menyusun waktu relief dari Ketua Bidang/Panatia. Dengan adanya tugas ini beliau akan mereliefkan waktu mengajar beliau kepada guru lain. memang dari masjidil haram ke jeddah betul. memang saket dado den donga. Memang domba tenan.

Semoga mak buyung aku diberikan kekuatan untuk mengharungi pemerintahan kuku besi tiga stooges tu. Amin. 

Thursday, June 24, 2010

Mesut Özil

Memang terbaik. Ini adalah bintang terbaru Jerman. Through pass mamat ni memang terbaik dari ladang. Podolski je yang sengal lagi-lagi masa lawan Serbia. Keturunan Turki dan lahir pada 15 Oktober 1988. Seorang muslim. Akan membaca Quran sebelum bermain.(ini aku tengok Wiki..ntah betul atau tidak.)

Wednesday, June 23, 2010

Astro Oh Astro - RTM borak lebih


Kecoh dengan RTM yang mendapat hak penyiaran Piala Dunia 2010 tidak menyiarkan beberapa perlawanan menarik. Korek-punya korek HANYA untuk 35 perlawanan(24 live & 11 ulangan). Stesen televisyen Indonesia lagi banyak siarkan LIVE dari RTM. Semiskin-miskin rakyat Indonesia, mereka masih dapat melihat siaran langsung Piala Dunia 2010 setiap hari.

Piala Dunia kali ini agak aneh bagi aku. Tak seperti edisi-edisi sebelum ini, siarang langsung piala dunia tahun ni memang ekslusif ditayangkan di ASTRO. Kalau memori aku tak sengal lagi, masa EURO 2008 hari tu ada la jugak tayang semua perlawanan di TV3, 8TV dan TV9. Mediaprima cukup channel untuk tayangkan kesemuanya. Entah kenapa bila Piala Dunia menjelma hak penyiaran televisyen terrestrial diberi kepada RTM yang sememangnya tak berkemampuan. Politik? Mungkin. Cable dalam? Mungkin juga. Apa yang pasti di akhir hari generasi muda dari kalangan tidak berkemampuan jugalah yang menjadi mangsa “exlusive broadcast rights” kepunyaan ASTRO. Tak dapat layan bola dari rumah seperti zaman aku kecik-kecik dulu. Maka tidak anehlah bila aku ke kedai mamak pagi tadi nampak budak-budak sekolah rendah disana. Pukul 2 pagi di kedai mamak! Apa nak jadi? Lepas kes Aminurasyid kena tembak lepas balik tengok bola, masih ada mak bapak yang benarkan anak tidak mumayyiz melepak kedai mamak di dinihari? It's the sad case of suam suam kuku. Bila kes dah cool down mak bapak let down their guard dan kembali tak peduli apa anak derang buat luar rumah. Parenting for the new millenium!

Agak kurang sihat budak belasan tahun dibiarkan tengok bola sampai pagi buta. Aku masa umur derang dulu jangan haraplah keluar rumah lepas maghrib. Kalau balik rumah lepas maghrib memang kena tidur atas buaian luar rumah la aku jawabnya. Banyak kali juga aku terpaksa berembun pasal balik rumah lewat. Walaupun bukan salah aku bas dari Singapura kandas di tambak Johor akibat kesesakan lalu lintas. Tapi itulah house rules kedua orang tua aku. Their house ergo their rules. Ke aku yang dah tua kutuk tak boleh menerima yang budak zaman skang boleh keluar rumah sesuka hati regardless of how late (or is it early) it is in the day?

Nak salahkan siapa? Salahkan TV terrestrial kerana tak mampu nak beli hak penyiaran? Salahkan TV berbayar yang ada uwang dan kemudian letakkan bayaran tinggu untuk menikmati The People’s Sport. Kalau di UK hak penyiaran tidak ekslusif kepada SKYSPORTS. Piala Dunia masih boleh dinikmati rakyat kelas pekerja UK dengan menonton BBC dan ITV. Ini bersamaan menonton bola di RTM dan TV3.

“Tapi Obefiend gua tengok PUB penuh je ngan orang tengok bola kat sana. Apa bezanya ngan mamak Malaysia?”

Bezanya yang pergi pub tu semuanya legal age. 18 tahun keatas. Tak ada budak bawah umur tidak mumayyiz tengok bola disana. Itu bezanya. Orang rami ada option nak tengok bola dirumah secara percuma. Di Malaysia limited sangat matches yang ditayangkan di RTM. Bagi aku tagline “penyiar bolasepak rasmi piala dunia” yang diguna pakai oleh RTM adalah tagline lucu. Macam mana orang Malaysia boleh tak kisah dengan fenomenan TV berbayar? Ke kita as a nation are now used to the fact that you have to pay for everything. I call this the TOLL BOOTH mentality. Nak jalan elok? Bayar lah kalau nak pakai. Walhal sepatutnya jalan yang elok adalah hak asasi seorang rakyat. Why pay when it’s suppose to be yours? We are now accepting the fact that even the game for the people by the people can only be truly enjoyed by paying Ananda Krishnan. Huzzah kepada kapitalis.

Apa nak jadi?

Ada orang kata tak luak pun bagi kepada ASTRO. Siaran bolasepak dari penyiar tempatan tak bagus kata derang. Ye ke tak bagus? Aku rasa Shauki Kahar, Jalil Mat Dom dan Zainal Abidin Rauf lebih dalam knowledge bola derang dari Paul Masefield, Abbas Saad dan Tony Cottee. Ke yang bising ini datang dari orang yang CAUCASIOPHILIC dan BROWNOPHOBIC? Tak boleh terima show bola yang menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris selanga Malaysia? Kena ada accent dari Lahndahn dan Mersey. Kurap sangat ke analisis si Zainal Abidin jika dibandingkan dengan analisis Abbas Saad? Honestly speaking aku rasa analisis Abbas dan Tony Cottee semuanya macam sampah. Bukan analisis tapi lebih kepada pointing out the bloody obvious. Macam nak tampar kepala botak si Abbas “aku kaki rasuah” Saad bila dia muncul di TV.

Oh yes. Abbas Saad. Macamana si perasuah bola ini dibenarkan muncul di kaca TV Malaysia selepas penglibatan dia dalam skandal bola 1994 dulu? Kalau korang baca blog aku ,sudah aku tuliskan dalil-dali kenapa si Abbas ini tak sepatutnya diambil sebagai pundit. Macam mana match fixer par excellence macam dia boleh digaji oleh ASTRO?Adakah warga bola ASTRO semuanya buta sejarah? Lupa dosa besar si Abbas kepada bolasepak negara?

I reckon the last bit is the answer. None of you remember his sins so we let it slide. Either that or kerana dia Mat Salleh maka kita assume dia lebih tahu tentang bola dari orang kulit coklat, kuning dan hitam. Bloody hell. Maxis bangga dengan iklan COMITTED TO THE GAME derang. Tunjuk legenda bola Malaysia punya cukup. Sekali bila tengok telecast bola yang ditaja TAK ADA SORANG pun local pundit!

Committed to the game my arse!  
Jari tengah untuk mereka! ini aku tambah.
kredit : obefiend.blogspot.com

Tuesday, June 22, 2010

Download Video Panas Ariel Peterporn & Luna Maya

Memang tengah panas pasal ni. Asal aku buka RCTi je mesti keluar berita pasal Ariel Peterporn dan video seks beliau. Wartawan Indonesia ni siap ada yang nyaris dilanggar dengan kenderaan yang membawa Ariel. Seorang wartawan ditabrak oleh manager Ariel.

Berdasarkan analisis aku meng'GOOGLE', mereka yang sudah menonton video itu mengatakan memang bener itu Ariel Peterporn & Luna Maya.

Dengarnya Bunga Citra Lestari pun terbabit sama.

Belum tengok lagi ke video tu?!..haha..

download sini.

untuk link lain..

Monday, June 21, 2010

Jauh Perjalanan..sila sambung

Penat seluruh badan.

Rabu - Pasir Gudang - Air Tawar 5 : 78++ km <- panas badan, mak aku buat kenduri

Khamis - Air Tawar 5 - Segamat : 222++ km

Jumaat -Segamat - Kuantan : 185++ km

Sabtu - Kuantan - Segamat : 185++ km <- sambut birthday mak mertua di rumah Pok Long + tolong Pok Long jual orkid kat Hari Terbuka TUDM Kuantan.

Ahad - Segamat - Pasir Gudang : 198++ km <- sambut birthday pak mertua & kasi hadiah untuk mak mertua & pak mertua.

Jumlah : 868++ km

Gambar...esok aku upload..hehe..

p/s: manager Ariel menabrak wartawan. Hydro FC 5-4 Hospital Penawar(ulasan - ref macam ci***. defender Hospital Penawar pass bola pada keeper sendiri. Free kick pada tempat defender pass bola instead free-kick dalam kotak penalti. defender Hospital Penawar berlagak Maradona's hand's of god dalam kotak penalti sendiri..no penalti kick.dan macam-macam lagi.)

Wednesday, June 16, 2010

Kepadatan kehujungan kemingguan


Malam ni balik Air Tawar 5 ada kenduri esok. Kemudian bertolak ke Segamat dan terus ke Kuantan.

Tapi apa yang menyedihkan aku adalah sabtu ni Hydro FC(pasukan bola kilang aku) akan menentang Hospital Penawar. Terkilan aku tak dapat main. Officially kick-off Liga Industri Pasir Gudang.

Lepas ni lawan MMHE dan MPPG..by hook or by crook aku nak main!!!.

Monday, June 14, 2010

Rejab Sudah..


Sedar atau tidak lagi lebih kurang lagi dua bulan Ramadan akam menjelma. Mungkin ramai tidak sedar ketibaan Rejab lagi-lagi dengan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Mak aku cakap, "Rejab ni bulan Allah, Syaaban bulan Nabi dan Ramadan bulan umat Islam".


Antara kelebihan bulan Rejab:

Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan …Lailatul-Qadarnya

- Malam awal rejab mustajab Do’a nya (Dalam kitab Roudhoh Imam Nawawi)

- Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. …( Al-Hadis)

- Puasa 3 hari pada bulan Rejab mendapat dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan) ( Al-Hadis)

- Puasa 4 hari pada Bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal di Hari Kiamat. ( Al-Hadis)

- Puasa 5 hari pada bulan Rejab aman dari azab kubur, Puasa 6 hari pada bulan Rejab keluar dari kubur bercahaya mukanya.

- Puasa 7 hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.

- Puasa 8 hari pada bulan Rejab dibuka baginya 8 pintu Syurga

- Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu menyeru ‘Lailahaillallah’ tidak ditolak dia dari memasuki Syurga.

- - Puasa 10 hari pada bulan Rejab , Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu

- - Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam Syurga , dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga

- - Puasa 19 hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

- - Puasa 20 hari pada bulan Rejab diampunkan segala dosanya yang telah lalu, Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (Pembaharuan Umur)

- - Rejab ertinya ta’zim (Kebesaran, keagungan, kemuliaan)………dengan kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab maka Allah dengan limpahkan RahmatNya, kemurahanNya dan KebajikanNya kepada hamba-hambanya yang beriman dan beramal pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaanya keagungan bulan Rejab itu yang di namakan ia dengan Syahrullah (Bulan Allah).

kredit : sueabubakar.wordpress.com

Friday, June 11, 2010

F50 ADIZERO SPEED CHALLENGE

Setiap pasukan memerlukan kelajuan & ringan, dan kami ingin ANDA untuk menunjukkan betapa cepat anda! adizero F50 adalah boot paling ringan yang pernah dibuat oleh adidas, tapi kami ingin kamu mengalaminya sendiri ketika kamu bermain bola dengan mereka! adidas adalah membawa anda adizero F50 Speed Trial, sebuah karnival bola sepak yang menyemarakkan demam Piala Dunia, jadi ikut dan alami apa yang sebenarnya Fast Football!

Daftar sekarang untuk salah satu kategori ini dan anda berpeluang untuk memenangi voucher adidas , cenderamata eksklusif FIFA 2010, bola(mini) rasmi Piala Dunia 2010 "Jabulani" dan FIFA EA Game jika anda adalah pemain terpantas dalam kategori usia anda.



Lokasi :

  • adidas Mid Valley, Kuala Lumpur - 9th-13th June 2010


  • Sunway Pyramid, Selangor - 18th-20th June 2010


  • adidas Pavilion, Kuala Lumpur - 25th-27th June 2010


  • 1Borneo, Sabah dan Sarawak - 25th-27th June 2010



  • Jusco Tebrau tak termasuk ke ek?!..haha..Tapi perlawanan pertama Hydro FC lawan MMHE(jiran belakang rumah aku keje MMHE..ok takde kena mengena) dalam Liga Industri Pasir Gudang 2010 aku tidak dapat sertai sebab balik Segamat untuk sambut hari lahir mertua..Hadiah pak mertua belum beli lagi..mak mertua setel..Ntah dapat ke tidak aku guna Reebok Valde Pro aku tu sebelum liga tamat ek. Nasib Tiempo Buffer ada.

    Pendaftaran F50 ADIZERO SPEED CHALLENGE di sini.

    Thursday, June 10, 2010

    Jadwal Piala Dunia


    Ya..aku bisa nonton Piala Dunia 2010 di RCTI.

    GRUP A
    • AFRIKA SELATAN VS MEKSIKO, JUMAT 11 JUNI 2010, 20.15 WIB, STADION SOCCER CITY, JOHANNESBURG
    • URUGUAY VS PERANCIS, SABTU 12 JUNI 2010, 00.30 WIB, STADION GREEN POINT, CAPE TOWN
    • AFRIKA SELATAN VS URUGUAY, KAMIS 17 JUNI 2010, 00.30 WIB, STADION LOFTUS VERSFELD, PRETORIA
    • PERANCIS VS MEKSIKO, JUMAT 18 JUNI 2010, 00.30 WIB, STADION PETER MOKABA, POLOKWANE
    • PERANCIS VS AFRIKA SELATAN, SELASA 22 JUNI 2010, 20.15 WIB, STADION FREE STATE, BLOEMFONTEIN
    • MEKSIKO VS URUGUAY, RABU 23 JUNI 2010, 04.00 WIB, STADION ROYAL BAFOKENG, RUSTENBURG

    GRUP B
    • ARGENTINA VS NIGERIA, SABTU 12 JUNI 2010, 20.15 WIB, STADION NELSON MANDELA BAY, PORT ELIZABETH
    • KOREA SELATAN VS YUNANI, MINGGU 13 JUNI 2010, 04.00 WIB, STADION NELSON MANDELA BAY, PORT ELIZABETH
    • YUNANI VS NIGERIA, KAMIS 17 JUNI 2010, 20.15 WIB, STADION FREE STATE, BLOEMFONTEIN
    • ARGENTINA VS KOREA SELATAN, JUMAT 18 JUNI 2010, 04.00 WIB, STADION SOCCER CITY, JOHANNESBURG
    • YUNANI VS ARGENTINA, RABU 23 JUNI 2010, 00.30 WIB, STADION PETER MOKABA, POLOKWANE
    • NIGERIA VS KOREA SELATAN, RABU 23 JUNI 2010, 07.00 WIB, STADION DURBAN, DURBAN

    GRUP C
    • INGGRIS VS AMERIKA SERIKAT, MINGGU 13 JUNI 2010, 00.30 WIB, STADION ROYAL BAFOKENG, RUSTENBURG
    • ALJAZAIR VS SLOVENIA, SENIN 14 JUNI 2010, 04.00 WIB, STADION PETER MOKABA, POLOKWANE
    • SLOVENIA VS AMERIKA SERIKAT, JUMAT 18 JUNI 2010, 20.15 WIB, STADION ELLIS PARK, JOHANNESBURG
    • INGGRIS VS ALJAZAIR, SABTU 19 JUNI 2010, 00.30 WIB, STADION GREEN POINT, CAPE TOWN
    • SLOVENIA VS INGGRIS, RABU 23 JUNI 2010, 20.15 WIB, STADION NELSON MANDELA BAY, PORT ELIZABETH
    • AMERIKA SERIKAT VS ALJAZAIR, KAMIS 24 JUNI 2010, 04.00 WIB, STADION LOFTUS VERSFELD, PRETORIA

    GRUP D
    • SERBIA VS GHANA, MINGGU 13 JUNI 2010, 20.15 WIB, STADION LOFTUS VERSFELD, PRETORIA
    • JERMAN VS AUSTRALIA, SENIN 14 JUNI 2010, 00.30 WIB, STADION DURBAN, DURBAN
    • JERMAN VS SERBIA, SABTU 19 JUNI 2010, 04.00 WIB, STADION NELSON MANDELA BAY, PORT ELIZABETH
    • GHANA VS AUSTRALIA, SABTU 19 JUNI 2010, 20.15 WIB, STADION ROYAL BAFOKENG, RUSTENBURG
    • GHANA VS JERMAN, KAMIS 24 JUNI 2010, 00.30 WIB, STADION SOCCER CITY, JOHANNESBURG
    • AUSTRALIA VS SERBIA, KAMIS 24 JUNI 2010, 07.00 WIB, STADION MBOMBELA, NELSPRUIT

    GRUP E
    • JEPANG VS KAMERUN, SENIN 14 JUNI 2010, 20.15 WIB, STADION FREE STATE, BLOEMFONTEIN
    • BELANDA VS DENMARK, SELASA 15 JUNI 2010, 04.00 WIB, STADION SOCCER CITY, JOHANNESBURG
    • KAMERUN VS DENMARK, MINGGU 20 JUNI 2010, 00.30 WIB, STADION LOFTUS VERSFELD, PRETORIA
    • BELANDA VS JEPANG, MINGGU 20 JUNI 2010, 04.00 WIB, STADION DURBAN, DURBAN
    • KAMERUN VS BELANDA, JUMAT 25 JUNI 2010, 00.30 WIB, STADION GREEN POINT, CAPE TOWN
    • DENMARK VS JEPANG, JUMAT 25 JUNI 2010, 07.00 WIB, STADION ROYAL BAFOKENG, RUSTENBURG

    GRUP F
    • ITALIA VS PARAGUAY, SELASA 15 JUNI 2010, 00.30 WIB, STADION GREEN POINT, CAPE TOWN
    • SELANDIA BARU VS SLOVAKIA, RABU 16 JUNI 2010, 04.00 WIB, STADION ROYAL BAFOKENG, RUSTENBURG
    • ITALIA VS SELANDIA BARU, MINGGU 20 JUNI 2010, 20.15 WIB, STADION MBOMBELA, NELSPRUIT
    • SLOVAKIA VS PARAGUAY, SENIN 21 JUNI 2010, 04.00 WIB, STADION FREE STATE, BLOEMFONTEIN
    • SLOVAKIA VS ITALIA, KAMIS 24 JUNI 2010, 20.15 WIB, STADION ELLIS PARK, JOHANNESBURG
    • PARAGUAY VS SELANDIA BARU, JUMAT 25 JUNI 2010, 04.00 WIB, STADION PETER MOKABA, POLOKWANE

    GRUP G
    • PANTAI GADING VS PORTUGAL, SELASA 15 JUNI 2010, 20.15 WIB, STADION NELSON MANDELA BAY, PORT ELIZABETH
    • BRASIL VS KOREA UTARA, RABU 16 JUNI 2010, 00.30 WIB, STADION ELLIS PARK, JOHANNESBURG
    • BRASIL VS PANTAI GADING, SENIN 21 JUNI 2010, 00.30 WIB, STADION SOCCER CITY, JOHANNESBURG
    • PORTUGAL VS KOREA UTARA, SELASA 22 JUNI 2010, 04.00 WIB, STADION GREEN POINT, CAPE TOWN
    • PORTUGAL VS BRASIL, JUMAT 25 JUNI 2010, 20.15 WIB, STADION DURBAN, DURBAN
    • KOREA UTARA VS PANTAI GADING, SABTU 26 JUNI 2010, 04.00 WIB, STADION MBOMBELA, NELSPRUIT

    GRUP H
    • SPANYOL VS SWISS, RABU 16 JUNI 2010, 20.15 WIB, STADION DURBAN, DURBAN
    • HONDURAS VS CHILE, KAMIS 17 JUNI 2010, 04.00 WIB, STADION MBOMBELA, NELSPRUIT
    • CHILE VS SWISS, SENIN 21 JUNI 2010, 20.15 WIB, STADION NELSON MANDELA BAY, PORT ELIZABETH
    • SPANYOL VS HONDURAS, SELASA 22 JUNI 2010, 00.30 WIB, STADION ELLIS PARK, JOHANNESBURG
    • CHILE VS SPANYOL, SABTU 26 JUNI 2010, 00.30 WIB, STADION LOFTUS VERSFELD, PRETORIA
    • SWISS VS HONDURAS, SABTU 26 JUNI 2010, 07.00 WIB, STADION FREE STATE, BLOEMFONTEIN
    p/s: TV1 & TV2 macam hampeh..RCTI lagi super jelas. WIB = waktu Indonesia barat. beza sejam. kalau 2015 = 2115.

    Wednesday, June 9, 2010

    Zaman Berchenta

    Sudah lihat pasal Nestle COFFEE-MATE - Nota Cinta?!..Kalau belum klik sini. Cakap pasal cinta ni tiba-tiba aku nak cerita pasal pertama kali..Yup pertama kali bertemu..tempat dating pertama..bla..bla..Senarai di bawah adalah pertama kali dengan isteri=)


    Tempat chenta mula berputik..
     Kolej Matrikulasi Johor

    Tempat dating.
     Midvalley Megamall

    Gambar bersama
    Abaikan gadis bercermin mata+rambut panjang+gelang+mata sepet.

    Hadiah kepada si chenta
    Contoh tapi lebih kurang la..Teddy bear kecik dalam kotak.

    Tempat makan bersama.
     McDonald Mid..sekarang sudah boikot.

    Tuesday, June 8, 2010

    2010 Super GT : Malaysia Round


    Anda mahu lihat...
     dan juga ini...
    Dengan harga serendah RM70 anda mampu melihat gadis-gadis litar Jepun dan juga deruman enjin GT. Tak dapat tengok pun tidak mengapa. Dengar pun jadi.

    Friday, June 4, 2010

    Solat

    Aku terjumpa pasal solat ni dalam laman MukaBuku. Saja nak share sempena hari Jumaat yang penuh barokah ni.
    Menghadap Sutrah (Pembatas)

    Dari Abu Hurairah radiallahuan, bahawasanya Rasulullah sallallahua'laihiwassalam bersabda:

    Thursday, June 3, 2010

    Buka semua link anda dalam tetingkap/tab baru

    Risau akan pelawat blog atau website anda meninggalkan blog atau website anda bila pelawat klik pada link lain?

    Sudah tiba masanya kerisauan anda hilang di saat anda membaca entri aku pada kali ini.

    Ini adalah contoh bagi pengguna blogspot. Same goes to all website. Anda hanya perlu tambahkan coding selepas tag head dalam gambar kedua yang telah di highlight dengan warna biru. Jika anda melihat selain warna biru pasti kedua biji mata anda perlu rawatan segera.

    klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas. Letak coding di bawah betul-betul selepas tag head. Coding di bawah ini adalah sama dalam gambar di atas yang telah di highlight kan biru.
    Selamat mencuba.

    p/s: Reebok Valde II Pro sudah sampai di tangan adik ipar aku kat Bristol. Bulan depan akan tersarung kemas Reebok Valde II Pro di kaki aku.suka...suka..suka..

    Tuesday, June 1, 2010

    But bola buffer

    Cakap banyak tidak guna.Harga dalam bajet untuk but buffer. Kalau tidak faham buffer itu apa, taip define:buffer dalam kotak carian Google.





    madu diambil sepah dibuang(amaran: jangan lakukan ini terhadap wanita..lakukan ke atas but sahaja)

    p/s: kamera kredit to akak aku.hehe..jangan banyak tanya kenapa but warna putih..sebab warna hitam tiada stok.TQ