Thursday, May 31, 2012

Bayar Bil Celcom ONLINE dan MENANG!!!

Nampak mudah? Sememangnya mudah sebab aku dari dulu bayar bil telefon atau broadband online guna Celcom Online Customer Service. Hadiah pertama adalah kereta Hyundai i10.


Sampai hujung tahun 2012. Daftar sekarang di sini.


Pelanggan prepaid juga berpeluang, jangan risau.


Disebabkan dinner minggu lepas pulang tanpa hadiah utama, aku berharap Hang Tuah berada di kaki aku kali ini.

Wednesday, May 30, 2012

Oh vendor..

Hangin betul aku.Dari minggu lepas problem IP Phone tak setel lagi. Aku perati je vendor ni macam tak concern langsung. Budak marketing dah berapa juta das tembak kat aku.

Kamon vendor..try harder....ptuihhh..

Tuesday, May 29, 2012

Himpunan Sejuta Belia 2012 - Kemalangan Drag

Aku dengar limpa salah salah seorang mangsa terpaksa dibuang sebab hancur. Kementerian Belia dan Sukan memang 0 dalam SAFETY.


Monday, May 28, 2012

Bas

Aku rasa semua golongan pertengahan macam aku pernah naik bas. Yang paling gampang bila ada orang jerit."Kuala Lumpur sekarang..Kuala Lumpur sekarang..". Lepas beli tiket dengan orang tu, masuk bas dan tunggu sampai bas tu bergerak. Pernah terkena sekali dan taubat tak beli lagi melainkan semua tiket habis.


Cara untuk mengelak di tanya oleh ulat-ulat tiket adalah gigit tiket bas sambil berjalan. Tapi aku tidak pasti situasi kat Pudu, Larkin masih lagi macam dulu. Antara bas yang biasa aku naik adalah Mayang Sari. Bas express yang common untuk ke Muar.

Tempat duduk yang paling tak best adalah belakang sekali sebab setiap kali langgar bump atau lubang kau akan jadi macam arnab terlompat-lompat. Seat paling best adalah tengah-tengah. Ulat tiket suka-suka naikkan harga lebih-lebih lagi destinasi yang dituju macam goreng pisang panas.

Berharap sistem pengangkutan awam di Malaysia berjaya mengurangkan jumlah kereta di jalan raya.

Saturday, May 26, 2012

Hutang

Aku memang akan ingat sama ada aku orang hutang dengan aku atau aku hutang dengan orang. Menjadi rumit jikalau orang yang hutang aku lupa yang dia hutang dengan aku. Kalau tak sampai seratus tu OK lagi kot.

Semoga menang TV dinner malam ni.

Wednesday, May 23, 2012

Isu PTPTN

Kalau nak mansuhkan so called caj perkhidmatan tu aku SUPER setuju. Dah pandai pinjam pandai la pulang.Mudah sifirnya. Aku tak tahu apa jadi debat malam tadi sebab ASTROgol aku belum pasang tapi insyallah sebelum EURO 2012 dah selamat pasang thanks to 50% off on 2nd decoder. Dan tidak lupa TV baru menang dinner nanti(mudah-mudahan)..haha..


Tuesday, May 22, 2012

Selamat Datang Rejab

Sudah ganti puasa!!. Dengan kedatangan Rejab ni, bahang Aidilfitri semakin terasa. Kelebihan puasa bulan Rejab? Aku rasa tidak tahu pun tidak mengapa sebab ibadat kena ikhlas.

Tapi aku nak cerita drama indonesia. Pada suatu malam, di sebuah rumah yang didiami oleh sepasang suami isteri dan dua orang anak. Satu masih dalam perut. Jam menunjukkan sudah pukul 1.47 pagi. Si suami kelihatan sedang menunaikan solat hajat. Sujud si suami sangat lama dan pada masa yang sama si isteri bangun ingin ke dapur seraya ternampak suaminya sedang sujud.


Dengan Schlumbeger, si isteri terus berkata. "Tidur dalam keadaan sujud apa laki aku ni". Tiba-tiba si suami duduk tahiyat akhir dan memberi salam. Si suami berishtifar lalu merenung tajam ke arah si isteri. Si suami terus berkata, "Wahai isteriku yang ku cintai, aku hampir saja burst into laugh ketika kamu mengomel yang aku sedang tidur dalam sujud." Mereka berdua terdiam dan sama-sama burst into laugh.

sekian.

Monday, May 21, 2012

Sorotan Berhari-hari

Sejak dua tiga menjak ni nafsu update blog menghampiri kosong. Bakal menyambut anak baru tahun depan. Alhamdulillah. Penangan rumah baru.LOL. Lagipun sekarang tengah muda lagi so sangat sesuai untuk tambah anak 3 4 5 6 7 orang lagi. haha.


Si pemilik FB kahwin chillax-chillax je. Dua billion-billion tapi kahwin sempoi je. haha..Masa bini aku sehari selepas bini aku disahkan mengandung, aku berjaya menukar tayar kereta belakang yang pancit macam tahu-tahu bini aku MC. Berkuah jugak la ketiak aku ni.

Hujung minggu ni ada dinner company. Aku harap menang TV 40" atau iPad atau yang sewaktu dengan nya. Target kerja baru aku bangunan sudah bercat. Semoga murah rezeki aku dapat kerja situ.haha.

Monday, May 14, 2012

Pembaziran atau Rahmat

Keadaan yang biasa berlaku di Malaysia. Bila VVIP atau VIP datang ke sesebuah kawasan, maka akan terjadi la kesibukan selama seminggu malah sebulan untuk menyambut VVIP atau VIP yang datang singgah sebentar.

Datang untuk menunjukkan yang beliau mempunyai jiwa rakyat. Kalau berjiwa rakyat sangat, kalau lalu jalan tidak perlu polis yang macam gampang guna pembesar suara.."Beri laluan..beri laluan".

Bayangkan kau bersusah-payah buat persediaan menyambut kedatangan VVIP, bila VVIP sampai melihat keadaan sekeliling dan kemudian sambung kembali perjalanan beliau ke tempat lain. 

Dari segi rahmat? Banyak kot. Bangunan terbengkalai kembali beroperasi, kemudahan diperbaiki dan bermacam lagi.

Tuesday, May 8, 2012

Hangin Sepoi-sepoi bahasa

Tadi masuk Plant. Masuk je ada seorang pakcik ni membebel, membazir pasang telefon baru(IP Phone) tolak payslip la kalau call luar dan etc. Barua jugak orang tua ni. Mudah sangat percaya orang office pasal telefon baru ni. Padahal dieorang gurau je. Nampak sangat selalu call rumah guna telefon tu.

Dah kena sound baru senyap. Main taruk je padahal dengar dari mulut orang lain. Aku depan mata ni tak nak tanya tapi terus taruk kat aku macam aku buat keputusan untuk implement sistem ni. Orang tua macam ni kena ajar sikit kasi sedar jangan cakap sedap mulut je.

tamat.

Monday, May 7, 2012

Bos Menyamar

Semalam tengok Under Cover Boss. CEO tu kena marah dengan pekerja dia sebab lembab.haha. Malaysia ada kot bos yang menyamar. Aku macam pernah dengar kat PTP or Johor Port, orang atasan menyamar jadi cleaner. Yang bagusnya cerita ini adalah orang atasan tahu komitmen dan apa yang membataskankan productivity pekerja mereka ni.

Jangan orang atasan kilang aku menyamar jadi komputer sudah.

p/s: pilih bulu..ptuihhh..

Friday, May 4, 2012

Kecemasan

Semalam ada situasi kecemasan. Tengah-tengah syok layan FB..eh..patch cable network. Aku dengar ada orang terjerit-jerit kat luar. Aku ingat budak-budak production tengah berbalah, tapi aku silap. Ada sorang mamat ni menghadapai kesukaran bernafas.

Aku antara orang 1st sampai. Tau aku buat apa? Berdiri tegak sambil urut bahu si mangsa. Seriously tak tahu apa aku perlu lakukan. Sadish(penyelamat) tepuk-tepuk belakang dada mangsa yang duduk atas kerusi. Memang gagal aku dalam bab selamatkan orang ni.

Alhamdulillah mangsa semakin OK dan hantar terus ke hospital. Rupa-rupanya mangsa ada sinus. Ini kau Google atau tanya doktor pakar ENT. ENT pun tak tau? Pergi terjun KLCC. Tapi rasa macam loser sebab aku macam tak dapat nak membantu. Mangsa juga baru lepas operate untuk mengatasi masalah sinus beliau.

Wednesday, May 2, 2012

Lama tak menulis - Astro 2nd Decoder Off 50%

Lama aku tak post apa-apa kat blog ni. Bersih 3.0? Malas nak layan. Cuma aku nak bagi info pasal Astro 50% on 2nd decoder. Siaran TV kat rumah baru memang bawah sikit gampang. Ini sebab bangunan court badminton serta karaoke. Kalau rumah sewa lama memang selesa siaran.

Syarat untuk dapat off 50% adalah 1st decoder guna pakej Astro Beyond dan pakej tidak kurang RM100 kot. Ingat-ingat lupa..muahaha..sampai hujung bulan Mei 2012 tak silap. ok tu je nak tulis.. daa.