dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Showing posts with label kekahwinan. Show all posts
Showing posts with label kekahwinan. Show all posts
Monday, May 23, 2011
GAMMA
Oleh sebab bini aku tertekan dengan kepelbagaian kerja sekolah, aku secara tidak langsung terlibat sama untuk mereka-bentuk bendera baru rumah sukan bini aku. Bini aku merupakan KETUA rumah sukan GAMMA(biru).
KETUA GAMMA sebelum ini telah berjaya menghilangkan bendera rumah sukan GAMMA. Aku telah sediakan dua design untuk diletak pada bendera GAMMA.
Bini aku pilih yang Singa Aslan. Tapi motto memang boleh muntah la..King of Kings.haha..Dengan lagu sorak aku supply. Aku boleh jadi consultant sukan ni.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
1:55 PM
kategori
kekahwinan,
pendidikan,
sukasuka,
xtvt kehidupan


Friday, April 8, 2011
Cuti Sekolah Yang Mampat
Pasir Gudang - Mersing - Kuantan. 334 KM.
View Shikeen Kahwin in a larger map
Memang berlambak la gambar akan di snap sepanjang perjalanan nanti. Itu pun kalau co-driver tidak membuta.haha..Sepupu bini aku, Shikeen kahwin.
View Abangku yang sulong in a larger map
Kemungkinan akan ke KL bawa bonda ke Kampung Sungai Penchala jumpa abang aku yang sulong. Jumpa member seperjuangan ketika di UM.
p/s: jauh perjalanan..luas pemandangan. semoga Kuda Putih aku sihat walhafiat sokmo.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:54 AM
kategori
kekahwinan,
kerja,
nikon coolpix s3000,
travelmate 3210


Monday, January 3, 2011
Kerja keras
Hari persekolahan sudah bermula untuk tahun 2011. Pagi tadi bangun 5.44 pagi dan terasa macam sudah lewat. Rasa macam...haha..Baru terfikir, aku ni sudah mereng ke pukul 5.44 pagi tu rasa lewat?
Kadang-kadang ada sesetengah perkara yang membuatkan kita termangu seketika.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:03 AM
kategori
famili,
kekahwinan,
realiti,
rumahtangga,
zaheen


Saturday, November 13, 2010
Selamat Hari Lahir Sayang
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat hari lahir sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu
Selamat hari lahir sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
12:00 AM
kategori
kekahwinan


Wednesday, September 1, 2010
Simpan Uri dan tali pusat?
Kelmarin aku ada jumpa doktor pakar dengan mak buyung aku. Mak buyung aku merupakan pembawa talasemia tetapi aku suci dari talasemia.haha..ok tidak kelakar. Doktor pakar terus cakap pasal stem cell. Aku bab-bab BIOLOGI memang F- sebab aku ambil PRINSIP AKAUN masa SPM. Doktor pakar tu cakap jikalau ditakdirkan yang anak aku berkahwin dengan penghidap talasemia atau pembawa talasemia, stem cell ni dapat membantu.
OK pening sekarang. Doktor pakar tu terus cakap nanti ambil pamplet pasal stem cell ni kat Hospital Penawar. Jadi tadi aku ada ambil pamplet tu dan belek-belek secara melepaskan batuk di tangga. Stem cell ni mampu mengubati macam-macam penyakit. Malaysia setakat ni ada dua syarikat(StemLife dan CryoCord) yang menawarkan penyimpanan uri serta tali pusat serta ntah apa lagi ntah yang di luar pemikiran PRINSIP AKAUN aku.
Menarik bukan?!..Sheila Majid dan Sofia Jane pun terjerumus ke kancah simpan uri tau. Mereka simpan kat StemLife. UAE pun mempunyai BANK darah tali pusat yang di biayai oleh kerajaan..aku ulang kerajaan. Setahu aku orang melayu biasanya akan basuh uri dan tanam. Penanggal mesti suka lepak kat StemLife dan CryoCord, tidak perlu susah-susah...haha..OK tidak seram. Harga pulak aku tidak pasti sebab masih dalam kajian.
Apa-apa hal pasal perkara ini aku akan kemaskini.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
4:15 PM
kategori
kekahwinan,
kekemaskinian,
ketipsan,
rumahtangga


Thursday, July 8, 2010
Cis kek untuk aku
Selasa lepas, balik-balik kerja disambut oleh oleh mak buyung yang tersengih-sengih. Check dapur, alatan serta bahan-bahan membuat ciskek tersiap-sedia. Mak buyung suruh aku rehat-rehat kerana aku kan sweet 25.
Tapi aku membantah. Sebelum dan ketika membuat kek....Safety First..baru la OHSAS 18001:2007.(betul tak Encik Rashid?). Terima kasih kepada stulang-suzuki-scholar-man serta Syaza di atas hadiah anda.
Nampak tu apa yang tertulis di bahagian hadapan baju tu?!..Tidak kira di rumah atau kilang..Safety First. Mula-mula ber'lengging' tapi sebab mak buyung nak cam-whoring..Kena la pakai baju supaya lebih sopan dan ciskek kelihatan sedap. Hasil dia........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
souL adalah nick-name aku sejak tingkatan satu. Masuk asrama ada nick-name sebab muka aku ada iras super-senior. Tapi kek ni tadi aku baru dapat jamah..
Tapi aku membantah. Sebelum dan ketika membuat kek....Safety First..baru la OHSAS 18001:2007.(betul tak Encik Rashid?). Terima kasih kepada stulang-suzuki-scholar-man serta Syaza di atas hadiah anda.
Nampak tu apa yang tertulis di bahagian hadapan baju tu?!..Tidak kira di rumah atau kilang..Safety First. Mula-mula ber'lengging' tapi sebab mak buyung nak cam-whoring..Kena la pakai baju supaya lebih sopan dan ciskek kelihatan sedap. Hasil dia........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
souL adalah nick-name aku sejak tingkatan satu. Masuk asrama ada nick-name sebab muka aku ada iras super-senior. Tapi kek ni tadi aku baru dapat jamah..
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:56 PM
kategori
kekahwinan,
kekeluargaan,
rumahtangga


Sunday, May 30, 2010
Pesta Bogel
Hajat di hati nak tengok Shrek Forever After 3D di Today's Mall Ulu Tiram tapi ada kejutan lain untuk aku serta mak buyung aku.
Pesta bogel?!..bogel 90% sahaja. Menarik bukan dapat tengok 18SX secara live & exclusive. Tapi sebelum tu nak review pasal Shrek Forever After ni. Jalan cerita memang menarik sebab ia berkaitan dengan keadaan mereka yang sudah berkahwin. Perkara yang akan senantiasa diulangi hari-hari sebagai seorang bapa.
Tapi Puss in boots memang comel walaupun gemuk.haha..3D ni memang nampak gambar dia seolah-olah timbul..Apa-apa hal pun 4 dari 5 bintang(dah macam Mentor la plak).
Apa yang pesta bogel?!..mari lihat gambar-gambar yang telah sempat aku snap.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
6:06 PM
kategori
kekahwinan,
kekeluargaan,
xtvt kehidupan


Sunday, May 9, 2010
Konsert Double Trouble - 1 Mei 2010
Ahad ini aku layan EMPAT movie sekaligus. Valentine's Day - Ip Man 2 - The Spy Next Door - Spiderman 3. Movie sampai lebam. Tapi masa satu babak dalam Ip Man 2 masa bini Ip Man tengah nak beranak. Aku dah meng'english'kan babak mandarin tu.
Bini aku : Nanti kalau sayang tengah main bolasepak, kita tengah nak bersalin....
Aku: (belum sempat bini aku abis cakap) Jangan bagitau, nanti mengganggu konsentrasi masa main bola.
Bini aku: (menyerang aku gaya Ip Man jurus cubit)...watttchaaa..
Gigi bongsu aku meroyan..patut la rasa tak sedap badan empat lima enam hari ni..heh!!!..
Mempersembahkan konsert Double Trouble VERSI klasik.Layan. Tak main la Wings atau Search.
-Mrs Ip, what's wrong?
-Oh you're in labour! Chun, go fetch your father!
-No, I don't want to distract him
-Then I'll go get a midwife
Bini aku : Nanti kalau sayang tengah main bolasepak, kita tengah nak bersalin....
Aku: (belum sempat bini aku abis cakap) Jangan bagitau, nanti mengganggu konsentrasi masa main bola.
Bini aku: (menyerang aku gaya Ip Man jurus cubit)...watttchaaa..
Gigi bongsu aku meroyan..patut la rasa tak sedap badan empat lima enam hari ni..heh!!!..
Mempersembahkan konsert Double Trouble VERSI klasik.Layan. Tak main la Wings atau Search.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:09 PM
kategori
kekahwinan,
kekeluargaan


Monday, March 29, 2010
Gaya Hidup Sihat
Sejak dua menjak ini kehadiran six pad sangat tidak konsisten. One pad semakin lama semakin menunjukkan kedominanan nya.WTF..
Antara penyebab utama ketidakhadiran six pad ini adalah makan sampai kenyang. Sabtu lepas abang aku payung besar makan di Senibong. Memang ingat akhirat(tidak ingat dunia) je masa makan ni. Patut la seluar kerja aku rasa sendat semacam je masa merempit naik motor. Ada ketumbuhan lemak rupa-rupanya.
Selain itu isteri masak sedap juga antara elemen yang membantu one pad. Tidak sampai hati untuk tidak menghabiskan lauk yang sedap. Membazir itu amalan SYAITON!!..Lagi satu..Kedudukan aku sebagai striker bola kilang mungkin akan terjejas akibat masalah one pad ni...Owh..tidak sanggup aku.
Aku nekad untuk mengembalikan six pad yang selalu tidak hadir ni. Semoga berjaya untuk aku!!..
Antara penyebab utama ketidakhadiran six pad ini adalah makan sampai kenyang. Sabtu lepas abang aku payung besar makan di Senibong. Memang ingat akhirat
Selain itu isteri masak sedap juga antara elemen yang membantu one pad. Tidak sampai hati untuk tidak menghabiskan lauk yang sedap. Membazir itu amalan SYAITON!!..Lagi satu..Kedudukan aku sebagai striker bola kilang mungkin akan terjejas akibat masalah one pad ni...Owh..tidak sanggup aku.
Aku nekad untuk mengembalikan six pad yang selalu tidak hadir ni. Semoga berjaya untuk aku!!..
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:55 AM
kategori
kebolasepakan,
kekahwinan,
kesihatan,
ketidakpuashatian


Tuesday, February 23, 2010
Kahwin Sepupu

Tujuan post kali ini adalah bukan aku tidak faham pasal kahwin sepupu tapi ingin mintak pendapat pengunjung blog ni yang tidak seberapa ni untuk memberikan pendapat.
Aku ada seorang kawan, AF(bukan nama sebenar). AF bercinta dengan sepupu sendiri, RL. Mak AF kakak kepada ayah RL. Setelah sekian lama menyemai cinta akhirnya AF ingin memberitahu perkara sebenar kepada mak dia.
Hubungan cinta ini hanya diketahui oleh kakak AF ni. Suatu hari, kakak AF terlepas cakap kepada mak AF hubungan AF & RL ni. Terus mak AF ni marah-marah & naik darah tinggi. Selepas mengetahui akan anaknya bercinta dengan anak kepada adik dia, mak AF terus termenung.
Aku cadangkan kat AF ni supaya menulis surat kepada mak dia. Tidak salah kahwin sepupu, lagi pun RL ni tinggal di Sabah.
Berhubung dengan pendapat yang mengatakan perkahwinan sepupu boleh menyebabkan lahirnya anak yang kurang cedik atau cacat, ia merupakan kemungkinan yang amat rendah. Berkahwin dengan wanita yang bukan kaum kerabat juga ada kemungkinan untuk mendapat anak cacat. Walau bagaimanapun, jika seseorang ingin mengembangkan sanak saudara, lebih baik berkahwin dengan orang luar yang bukan daripada kaum kerabat sendiri.Anda..Ya anda di luar sana jika ada pendapat jangan segan-segan. Kesian jugak aku tengok AF ni. Baru nak bawa RL jumpa mak dia. Tapi keluarga RL pulak aku tidak berapa pasti tentang kahwin sepupu ni..Panas lagi maa cerita ni.
memang dalam Islam tidak digalakkan...tapi tidak bermakna diharamkan..
dulu semasa disekolah ada disebut juga effect perkahwinan saudara terdekat dari
aspek JIKA berlaku perceraian (dan saya stresskan JIKA-jangan argue pasal ketentuan)
perceraian boleh sebabkan perpecahan...dan jika sepupu yg bercerai berai,
DITAKUTI akan menyebabkan perpecahan keluarga yg lebih besar ...
ini dari aspek preventive... utk mengelakkan perpecahan.
Bagaimana untuk memenangi hati keluarga kedua-dua pihak?!..Sila bagi pendapat..TQ.
p/s: ini adalah kisah benar
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
5:15 PM
kategori
aduan,
kekahwinan,
kekeluargaan,
kesedihan


Friday, February 19, 2010
Hikmah
Setiap kejadian yang ditentukan Allah pasti ada hikmahnya

Ingat mahu lepak bersama rakan-rakan bujang yang lain tetapi mereka sangat sibuk dengan kerja mengalahkan orang ada anak or berkahwin seperti aku. Dipendekkan cerita aku ajak AC lepak bersama Acop di Stulang Laut. Tajuk lepak kali ini adalah Confession of a Acopholic. Alhamdulillah semua sudah hampir NORMAL.
Semua yang berlaku dalam dunia ini ada hikmah dia. Contoh hukuman sebat ke terhadap kesalahan khalwat..sebatan tu bagus sebab ia bla..bla..bla..baca sini..eh..jauh sangat dah ni melalut. Kalau kita pegang pada perkataan Sabar...banyak hikmah dia..Kadang-kadang kita selalu dengar orang cakap, "Sekali dua aku boleh sabar"..
Aku marah?!..Mesti la pernah..Aku ni punya hati ni bukan putih sangat pun. Tips untuk mengawal kemarahan adalah diam. Basahkan muka atau lagi afdal ambil wudu'. Kalau marah masa bawak kereta, bawa laju-laju..haha..ayat yang last sila jangan ikut ye.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:42 AM
kategori
famili,
kekahwinan,
realiti


Monday, February 1, 2010
Raya Cina Juga Musim Mengawan
Bulan Februari ni memang berlambak jemputan kahwin especially masa raya cina. Mintak maaf kepada rakan-rakan yang menjemput aku ke majlis perkahwinan korang sebab aku tidak dapat hadir(kena stand-by). Kerja kilang memang camni. Nak sangat balik Johor hambek ko jajan.
Kesempatan ini juga aku nak ucapkan selamat pengantin baru kepada
- Usop wotikcry kad sudah dapat
- Dot kad sudah dapat ---> sudah selamat
- Fadot
- Efliza kad sudah dapat
- Paeh
Tapi setiap kejadian yang berlaku mesti ada hikmah. Hujung minggu layankan bini aku camwhoring kat Desaru & Tanjung Balau. Nak sangat pergi pantai..al-maklum la Segamat tak ada pantai..opsSss..
sempat jengah sekolah asrama pertama aku iaitu SMKABP( Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar). "K" & "A" untuk Kebangsaan & Agama okay bukan kurang akhlak. Banyak aku belajar kat SMKABP ni especially Bahasa Arab:P Tolong take note..hehe..
nanti aku upload gambar terbaiiiKKkk dari ladang sepanjang penemanan camwhoring'an' bini aku.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
11:09 AM
kategori
famili,
kekahwinan


Subscribe to:
Posts (Atom)