Friday, July 30, 2010

Kira Cukai Pendapatan


Aku dah kerja dua tahun. Dalam dua tahun tu sudah tukar kerja dua kali. Alhamdulillah rezeki aku dapat balik Johor. Macam-macam pengalaman aku dapat. Yang paling lawak adalah masa kat USIM. Aku kena setup Colubris(wireless). Aku panjat bumbung lab fakulti sains USIM dengan pakai baju orang pergi pejabat. Actually aku dibantu dua orang juruteknik tetapi dieorang ni saiz badan lagi besar dari aku. Jadi aku yang paling sesuai panjat.

Pulak masa aku tengah panjat macam Spiderman tu bas USIM yang bawa mahasiswa mahasiswi lalu depan aku. Jatuh saham aku yang pakai baju pejabat ni.haha..Tapi pengalaman mematangkan kita. Cakap pasal cukai ni mesti mereka yang lama bekerja akan mengeluh. Aku pun tahu sikit-sikit je. So aku nak share sikit pasal cukai pendapatan ni secara kasar.


Contoh pendapatan aku setahun RM100000(pergh..tak nak banyak pulak). LHDN tetapkan yang tahun ini yang siapa berpendapatan setahun tidak melebihi RM20000 tidak dikenakan cukai. Jadi pendapatan aku setahun - RM20000 = RM80000. Kemudian LHDN akan tetapkan la jumlah peratus cukai akan dikenakan. Misal kata LHDN tetapkan 11%. 11% dari RM80000 = RM8800(jumlah yang aku kena bayar).

Tapi kita ada cara untuk mengurangkan lebihan RM80000. Contoh aku kan baru kahwin. Automatik tolak RM2000(tidak silap aku la). Sekarang RM80000 - RM2000 = RM72000. 11% dari RM72000 =RM7920. Ada banyak lagi yang boleh ditolak seperti majalah, peralatan sukan(tidak termasuk kasut).

Nasihat aku, simpan segala resit-resit korang. Just in case.

p/s: Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan

Thursday, July 29, 2010

Selamat Bercuti Najib dan Rosmah

Bercuti ke luar negara tu. Jangan lupa bawa ole-ole untuk rakyat ok. Felda kat Pahang yang dah berpuluh tahun ada masalah air tu confirm ke sudah selesai?!..Ke TV3 datang ok..pastu...hampas..

Sekarang sedang berlangsung persidangan Blogger Asia dan Media Sosial 2010. Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa penulis blog supaya berpegang teguh dengan kod etika untuk menulis perkara benar demi kebaikan masyarakat supaya mereka dan blog masing-masing lebih dihormati. Aku rasa bloggers Malaysia mostly menulis benar. Media massa yang menulis perkara salah. Kenapa guna perkataan pelarasan harga atau rasionalisasi subsidi instead of barang naik? Apa kau ingat rakyat bangang ke bodoh?!

Owh tidak..kenapa aku tiba-tiba meroyan pasal politk ni?!..haha...si Tehcik dan CT telah berjaya 'singgah' ke dalam rumah jiran aku pagi tadi. Berderau aku tengok tiba-tiba budak dua ekor tu hilang. Aku biarkan budak-budak tu main kat luar sementara aku bersihkan litterbox tu. Terus aku goncang-goncang makanan dieorang dalam bekas untuk panggil dieorang. Dieorang datang dekat je terus aku tangkap masuk dalam sangkar..haha..

Wednesday, July 28, 2010

Kubah Masjid Nabawi ada kubur?


Perasaan tak ada sesuatu(berdekatan dengan puncak) pada kubah Masjid Al-Nabawi ni?! Ada yang mengatakan ia adalah kubur orang yang ingin menghancurkan kubah ini pada sekitar 90 tahun dahulu. Ini di riwayatkan oleh  Syeikh Al-Zubaidi.

Namun, ketika dia memanjat kubah untuk mulakan kemusnahan, tiba-tiba kilat memusnahkannya dan dia meninggal dunia di situ. Lantaran itu tidak ada seorang pun yang mampu mengalihkan mayatnya dari puncak kubah.

Beliau juga mengatakan bahawa orang yang soleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengambil mayat dari puncak kubah itu dan bahawa ia harus dikebumikan di situ sebagai amaran dan peringatan bagi orang-orang yang mungkin cuba untuk menghancurkannya pada masa akan datang.
Akhirnya, mereka memutuskan untuk mengebumikannya tepat ada pada kubah dan menutupi tubuhnya dengan penutup hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang lain.

Betul atau tidak?!..Wallahualam..

AngkasaWANG negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina Mohd Yunos yang akan melangsungkan perkahwinan dengan dan 1 doktor iaitu Dr Halina Mohd Yunos pada 10-10-10. Mereka telah pun melansungkan pertunangan mereka pada 01-01-10.

Beliau juga berhasrat untuk menjemput 10,000 tetamu dan seramai 1,000 tetamu dijangka menghadiri majlis resepsi mereka. Malah perkahwinan mereka akan diserikan juga oleh 100 angkasawan.

Memandangkan angka 1 dan 0 yang disukai oleh Sheikh Muszaphar, mungkinlah jumlah wang hantaran mereka RM100 000. Perbelanjaan majlis perkahwinan mereka mungkin RM1 000 000. Sheikh Muszaphar dan Halina dikhabarkan juga ingin memiliki 10 anak dan akan menetap di Lot10. He....he...

Tuesday, July 27, 2010

Perasmian Reebok Valde Pro II


Memang grand perasmian Reebok Valde Pro II aku ni. Dengan segala hormatnya perasmian akan berlangsung pada 20 Syaaban 1431H bertempat di Stadium Perbadanan Pasir Gudang(stadium HOME untuk Johor FC). Pasukan yang bertuah adalah pasukan Majlis Perbandaran Pasir Gudang(MPPG). Hari tu masa lawan MMHE, Hydro FC kena balun 3-1.

Sebelum tu aku nak ucapkan tahniah kepada mereka yang berpuasa sempena Nisfu Syaaban ni. Rutin aku setiap pagi telah berubah dek kehadiran dua ekor kucing. Sebelum pergi kerja, bersihkan pasir kucing - isi makanan+air - masukkan kucing dalam sangkar.

Ini macam qualifying round sebelum mak buyung aku meletup. Tapi sumpah penat...Dah la ada kucing jantan hitam jahat bersuara pondan. Kucing hitam ni pernah pecah masuk rumah aku untuk curi sisa makanan kat tong sampah. Gaya kucing ni memang gengster yang amat. Kadang-kadang aku nampak kucing hitam ni jalan dengan poyo atas atap rumah jiran aku. Semalam aku bawa Tehcik dan CT main kat laman rumah, kebetulan kucing hitam jahat tu datang. Bukan main lagi, kepala senget...kaki jinjit...ekor keras..badan melengkung...tapi tak keluar suara..takut aku gelak la tu..haha..

Hari ini beli jaring untuk pasang kat gate depan dan belakang untuk menghalang pencerobohan kucing hitam jahat..haha..

Monday, July 26, 2010

Kucing ku lari gagah berani

Ini CT(betina)..actually TC sebab tri-color..nak kasi sedap kasi la CT..ini masa berumur beberapa minggu. 
Sudah lama tidak cerita pasal kucing sejak bermastautin di Nilai. Rumah aku sekarang ada tambahan dan jumlah penghuni rumah aku sekarang 5. Tehcik dan CT adalah penambah seri rumah sewa aku.

Ini Tehcik(puteh kecik). Jantan manja.
Tapi dia punya seksa bawa kucing dalam kereta. Lagi kalau kucing ni buat meow sedih+takut. Luluh rasa hati ni. Dah la pagi yang hujan tadi motor depan aku langgar kucing. Terus aku teringat Tehcik dan CT dalam sangkar kat rumah. Dah la Monday blues..tambah lagi dengan insiden kucing kena langgar...

Mood.......

sangat tidak sabar untuk balik rumah...

Sunday, July 25, 2010

Reebok Valde Pro II

Tidak terkata.(speechless)











tapi "Made in Vietnam". Mahal-mahal aku beli online kat UK sekali....Sudah tahu Vietnam adalah tenaga kerja Reebok.

Thursday, July 22, 2010

Tanaman Sayuran Pertama Di Rumah Sewa

 Hujung minggu lepas, aku campak biji benih labu yang macam kuaci tu depan rumah aku. Tanpa menetapkan harapan yang ia akan bercambah, aku hanya siram sikit dengan air paip depan rumah.

Petang tadi tiba-tiba tergerak hati aku mahu lihat kemajuan tapak semaian labu aku. Hasil dia...ada satu sudah bercambah. Lepas ni boleh aku sambutan halloween. Terus aku panggil mak buyung untuk menyaksikan kejayaan aku. Pak mertua aku tanam serai pun tak hidup tau..haha..

Aku mahu ambil keputusan untuk menamakan kucing yang aku bawa dari Segamat sebagai Labu.haha..esok balik Segamat ambil Reebok Valde Pro II jumpa mertua serta ambil kucing balik Pasir Gudang.


update: ada 2 cambah labu..pagi tadi aku tengok. terus letak baja tahi kelawar(dapat dari mana?!rahsia).

Wednesday, July 21, 2010

Apa nak jadi..

Sekarang macam biasa, pasal bola akan dikurangkan. Masa untuk edisi siasat "rakyat didaHULUkan, pencapaian diuTAMAKan". Harga barang naik telah dimaniskan dengan "pelarasan subsidi" oleh pihak media. Aku rasa PRU akan datang mesti menarik.

Baru-baru ini keluar video pasal UTK ambush konvoi Sultan Kelantan. Hishammuddin Hussein pula menafikan yang UTK ditugaskan untuk mengawal keselamatan konvoi itu. Tetapi video ini membuktikan sebaliknya. Siapa derhaka?!
Seperti yang anda tahu, CIMB dipengerusikan oleh Nazir Razak aka adik Najib Razak. Berkuat-kuasa 1 September 2010, semua stesen minyak Petronas MESTI menggunakan sistem auto debit disediakan oleh CIMB sebagai bank tunggal. Baik tukar nama CIMB tu jadi Bank Anak-anak Tun Razak.
pernah tengok ISTERI mana-mana pemimpin yang jalan mendahului suami?!..

Rosmah?!.. First Lady ni masuk surat khabar New York Times tu. Boleh pulak Rosmah Mansor aka Bik Mama meminta Kementerian Kewangan mempertimbangkan peruntukan bagi pembinaan Wisma Wanita di setiap negeri. Beliau berkata pembinaan wisma berkenaan wajar bagi melancarkan pembangunan dan pembelaan kebajikan golongan wanita di negeri masing-masing. Boleh tidak fikir jangan guna lemak di badan?!..Bongok piang. Aku memang rasa nak muntah setiap kali bik mama ni keluar TV. Dah tentu Kementerian Kewangan tu laki kau yang handle. confirm kau tidak payah tanya dah lulus.
Eh..ada lagi..kecoh pasal Paris Hilton keluar dengan ahli perniagaan Malaysia, Taek(kalau nak tukar jadi tahi boleh tak?) Jho Low. Tahi ni mendapat hak untuk membangunkan tapak lapangan terbang TUDM di Sungai Besi. Mengikut New York Times, Tahi didakwa membelanjakan USD$50,000 semalaman untuk berhibur dan menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai USD$1,000 sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox. Belanja sakan si Tahi Mughallazah ni.

Ini baru picisan beb...Isu pasir?! tak larat aku nak explain. Nak 5'arSe kan pejabat aku yang berantakan dengan komputer, printer, switch, power cord, cable dan banyak lagi.

Tuesday, July 20, 2010

Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin

 “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar.

Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad. Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong?

Beliau menjawab:

Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan.

Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).


Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah, bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.

Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.

Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.

Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”.

Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran.

Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.

Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.

Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?

Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup.

Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

*artikel lama Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (bekas mufti Perlis). AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN yang ditulis dan disiarkan di media utama semasa kenaikan harga minyak di tahunn 2008

Monday, July 19, 2010

Alamat IP dedicated atau shared?


Aku tidak pasti mahu terjemahkan dedicated IP dan shared IP macam mana. Kalau kau lihat tajuk kat atas ni pun macam..Alamat IP?!..apakah?!..biasa alamat kan macam ni -> No 5, Jalan Rexona..bla..bla..bla... Bunyi dia memang nak gelak so aku biarkan la istilah omputih ini. Sekali sekala aku perlu asah sikit ilmu teknologi maklumat aku ni.hehe..Asik merepek je dalam blog ni.

Sebelum tu aku kena terangkan istilah-istilah yang akan diguna pakai..
Bagi mereka yang mempunyai hosting sendiri akan perasan perkara ini ketika memilih pakej hosting. IP adalah singkatan untuk internet protocol. Ia digunakan untuk data berkomunikasi dalam antara rangkaian(internetwork). Pening?!..Masa aku belajar benda ni kat UM lagi la pening ditambah dengan kebutaan keITan aku masa tu. Contoh IP address adalah 192.168.1.1. Ia terbahagi kepada lima kelas iaitu A(1.0.0.1 to 126.255.255.254),B(128.1.0.1 to 191.255.255.254),C(192.0.1.1 to 223.255.254.254),D(224.0.0.0 to 239.255.255.255) dan E(240.0.0.0 to 254.255.255.254). Kita hanya guna kelas A,B dan C. Ok sila pening.

Terus ke tajuk utama. Seperti mana gambar yang aku sudah letak. Website macam blogger & blogspot ini guna shared IP address. Kebanyakkan pengguna internet guna shared IP address. IP address yang kita guna pakai sekarang adalah versi 4(IPv4) dan ia semakin berkurangan. Versi terbaru IP adalah versi 6(IPv6).

Dedicated IP address diperlukan jika pemilik website ada menggunakan SSL(secure socket layer) atau sebab istimewa lain. Shared IP address pula memang common diguna-pakai. jadi anda tidak perlu risau pasal shared IP address ni. OK aku pun sudah pening..Sekian.

p/s : Reebok Valde Pro II aku sudah sampai Malaysia atau lebih tepat di Segamat.

Sunday, July 18, 2010

Payung dan T-Shirt Sinis....

Dalam perjalanan...

Untuk gambaran lebih jelas apa yang terlukis di baju tu...hehe..Baju ini akan aku pakai masa PRU nanti.


Ini pula apa yang akan terpapar di bahagian payung aku. Murah je. Payung ini tengah promosi RM10 dan baju RM15. Penghantaran dalam RM7-RM8 sahaja. Sila ke CartoonCafe untuk membeli.

Fakta: Payung ini adalah payung pertama di dunia yang rampas polis.

Friday, July 16, 2010

Bola & Minyak - Realiti dan Fantasi

Roy Hogson 1Malaysia?! No way!!!
Berikut adalah harga baru:
  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.(naik 5 sen seliter)
  • Diesel - RM1.75 seliter. (naik 5 sen seliter)
  • Gula - RM1.70 sekilogram (naik 25 sen sekilogram)
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram (naik 10 sen sekilogram)
Berikut adalah harga baru gas:
  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Seperti biasa hari ini tajuk blog mesti akan berkenaan dengan harga minyak, gas dan gula. Alasan kerajaan Najib adalah untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan seperti biasa. Zaman Abdullah Badawi minyak naik untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam serta Islam Hadhari.

Walau apa jua alasan mereka, in the end of the day....nothing happens. Sama macam Muhyiddin Yassin menyalak sana..memekik sana pasal isu pasir di Selangor. Isu pasir di Johor kau tak settle lagi kau dah menyalak pasal isu pasir negeri orang buat pa. Bodoh piang.
Isu pasal Harimau Muda, Sultan Bola masih berdiam diri. Perabis duit rakyat pergi main dekat kampung Martin Skrtel. Mohd Azraai Khor Abdullah dan the gang di 'rehatkan' kemudian dikatakan meletakkan jawatan. Sekali, Mohd Azraai Khor Abdullah tampil menafikan kenyataan meletakkan jawatan sebalik beliau menghantar surat bersyarat (letter of demand). Nyanyuk ke Datuk Azzuddin Ahmad ni?!...

Thursday, July 15, 2010

Fakta/Auta tentang Nazi yang mengejutkan.

Fakta atau auta?

Ada seorang hamba Allah yang membuat tesis Phd berkenaan Adolf Hitler. Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai memilih si misai kontot ini dijadikan tajuk? Apa yang kita tahu mengenai Hitler? Seorang pembunuh bermisai kontot yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan Jerman mengatasi segala-galanya? Sumber ini dari mana? Sudah tentu televisyen.

Pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?

Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.
Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera Jerman yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera Jerman pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulama' dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...
Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds.

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh hamba Allah untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di Jerman mencadangkan ayat Al-Quran :

Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah (Al-Qamar :1)

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar.

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera Jerman.


" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan Jerman yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Tuesday, July 13, 2010

Juru Elektrik Yang Kreatif

Dari dawai yang seperti tiada harapan....
Kepada askar-askar yang mampu menumbangkan sebuah kerajaan...

Salah Guna Kuasa


Edisi siasat kali ini membawa aku jauh ke satu sekolah yang berlatitude 1.474029 dan longitude 103.937076. Kali ini aku akan menyingkap penyalah-gunaan-kuasa oleh cvunx ngnfna frxbynu. Aku tiada kuasa untuk menghukum mereka tetapi aku ada kuasa untuk memberitahu apa yang sebenarnya berlaku. Ini bukan fitnah sebab aku ada saksi serta bukti. Ikuti kisah berikut.......

Suatu hari di sekolah, Cikgu Charlize Theron baru sahaja selesai mengajar kelas 10 Spain. Kebetulan selepas waktu cikgu Charlize Theron adalah waktu cikgu Caster Semenya. Tetapi bukan cikgu Caster Semenya yang menunggu di luar kelas 10 Spain tetapi cikgu Larissa Riquelme. Cikgu Charlize Theron bertanya kepada cikgu Larissa Riquelme, "Ini bukan waktu cikgu Caster Semenya ke?". Cikgu Larissa Riquelme menjawab, "Aku relief kelas dia".

Cikgu Charlize Theron kemudian terasa lapar sebab ada dua perut yang perlu beliau isi. Tanpa berlengah lagi cikgu Charlize Theron terus menuju ke kantin untuk mengisi dua perutnya yang lapar. Sebaik tiba di kantin, cikgu Charlize Theron terkejut sebab melihat kelibat cikgu Caster Semenya & Cik Serena Williams sedang bergelak ketawa sambil menikmati juadah di kantin. Cikgu Charlize Theron pelik sebab cikgu Caster Semenya sepatutnya ada kelas di kelas 10 Spain tetapi cikgu Larissa Riquelme di tugaskan untuk relief kelas 10 Spain. Cikgu Charlize Theron hanya pendam dalam hati dan duduk sebelah cikgu Jessica Alba.


Lepas mendapati cikgu Caster Semenya & Cik Serena Williams, cikgu Charlize Theron pun mula buka cerita dengan cikgu Jessica Alba pasal cikgu Caster Semenya relief kelas dia kepada cikgu Larissa Riquelme walhal cikgu Caster Semenya free-tiada-kerja. Cikgu Jessica Alba seraya berkata, "Biasa la tu. Kalau kau nak tahu Cik Serena Williams tu pun lebih kurang juga.".Sambungnya lagi,"Buku rekod mengajar pun Cik Serena Williams suruh cikgu Megan Fox buat. Tapi Cik Serena Williams suruh taip-print-tampal. Kalau guna tulisan tangan kantoi la.".


Cikgu Jessica Alba dengan nada sedih berkata lagi,"Aku dah tidak tahu nak respect dengan diaorang macam mana sebab perangai diaorang ni".  

Tamat.
  
Apa yang aku dapat simpulkan di sini adalah memang melampau. Tapi aku akan sejukkan hati dengan adegan di bawah.
Debit kepada:-

Cikgu Caster Semenya adalah seorang Theh Crabybat Xnana di sekolah berlatitude 1.474029 dan longitude 103.937076.
Cik Serena Williams adalah seorang Cratrghn di sekolah berlatitude 1.474029 dan longitude 103.937076.

Kredit kepada Jessica Alba, Charlize Theron, Larissa Riquelme dan Megan Fox di atas lakonan mereka.


p/s: ROT-13.

Monday, July 12, 2010

La Furia Roja gana la Copa del Mundo 2010

Seperti biasa aku set jam pukul 2.30 pagi tapi bangun pukul 4.21 pagi. Bunyi alarm aku yang masalah atau aku yang susah nak bangun. Faktor ini menyumbang kepayahan aku nak bangun. OK la dapat bangun tengok SECOND HALF EXTRA TIME.haha..

Kat Menara Aqabah MPPG aku rasa abis bola terus pergi kerja bagi sesiapa yang tengok skrin besar di situ. Gerakan dari Navas dari sayap kanan..kepada Fabregas & kemudian Torres. Kemudian cuba menghantarnya kepada Iniesta di halang oleh van der Wiel. Bola dapat kepada Fabregas yang melorong kepada Iniesta yang kemudian melakukan sepakan half-volley menewaskan Stekelenburg yang lebih tinggi dari Casillas.
Terbaik dari ladang La Furia Roja ni. Aku dengar dari ustaz ceramah isra' & mikraj, di Singapura tengok bola dalam masjid tapi sebelum tu dieorang adakan aktiviti kerohanian seperti qiamullail & etc sebelum tengok bola..Wallahualam.

p/s: memang barua la budak-budak kecik taman aku ni. aku jumpa sampah masih di buang merata depan rumah aku.aku perlukan drastik action.

Sunday, July 11, 2010

Bioskop Azuwan : The Notebook - Clash of the Titan - How To Train Your Dragon

The Notebook
Sumpah masa mula-mula download aku ingat cerita pasal IT gitu sekali...sweet romance gitu. Boleh tangkap leleh beb. Cerita ini bermula dengan seorang lelaki berumur membacakan sebuah cerita kepada seorang nenek di sebuah rumah jagaan orang tua. Lelaki ini bercerita mengenai sebuah percintaan tidak sekufu antara Allie Hamilton(anak lord macam drama melayu) dan Noah Calhoun(anak pembalak).

Clash of The Titan
Ini cerita memang kalau tidak kuat iman boleh sesat. Boleh pulak si Zeus ni melakukan hubungan seks dengan perempuan seterusnya melahirkan seorang separuh-manusia & separuh-tuhan. Aku pernah tengok cerita ni versi old-skool. Sumpah lawak kalau ingat balk sebab monster dia macam tanah liat pun ada aku tengok. Just nice je la cerita ni.

How To Train Your Dragon

Animasi ini memang antara yang terbaik selain Shrek sebab dragon die yang bernama Night Fury aka Toothless macam Puss-in-boots. Mata die blolok+comel. Pasal anak viking, Hiccup yang juga merupakan anak ketua viking yang kedengking macam aku. Viking ni cuba mempertahankan kampung mereka dari serangan dragon yang mencuri hasil ternakan mereka. Tetapi ada sebab lain dragon ini mencuri ternakan mereka.

Sekian dari bioskop Azuwan.