Tuesday, May 26, 2015

1MDB for Dummies


Aku simpan artikel ni untuk rujukan masa hadapan.

Kadangkala, realiti lebih menakjubkan daripada drama dan filem yang kita tonton. Berikut adalah kisah 1MDB — Kecuaian, Kesilapan atau Penipuan?
Prolog
1. 1MDB ini asalnya adalah Terengganu Investment Authority (TIA) yang ditubuhkan pada tahun 2008. Antara penasihat penubuhan TIA adalah Low Taek Jho atau Jho Low, seorang yang diakui rakan kepada Riza Aziz dan ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor. TIA berjaya menjual RM 5 bilion bon yang dijamin oleh Kerajaan kepada pelabur termasuk KWSP. Jho Low ketika itu baru berusia 27 tahun.
2. Pada tahun 2009, TIA diserap menjadi syarikat 100% milik Kementerian Kewangan (MOF) dengan nama 1Malaysia Development Berhad (1MDB). PM dan juga Menteri Kewangan (kebetulan), Dato’ Seri Najib Razak, menyatakan objektif 1MDB adalah menjadi pemangkin pembangunan dengan menggunakan pelaburan dari luar negara.
3. 1MDB dicanang mempunyai struktur korporat yang penuh intergriti. Pasukan eksekutif, yang diketuai bekas “consultant” Dato’ Shahrol Halmi, diselia oleh Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh Dato’ Bakke Salleh (sekarang Tan Sri) — tokoh korporat yang terkenal mengemudi Felda Holdings (sekarang bersama Sime Darby). Di atas Lembaga Pengarah pula ada Lembaga Penasihat yang diketuai oleh Perdana Menteri sendiri, Dato’ Seri Najib.
1MDB dan PetroSaudi International
1. Pada September 2009, 1MDB bersetuju melaburkan RM 3.5 bilion TUNAI ke dalam sebuah Syarikat Usahasama (JV) bersama PetroSaudi International untuk pegangan saham 40%. PetroSaudi pula melaburkan “aset” kertas — hak carigali minyak — yang dinilaikan RM 5.4 bilion untuk pegangan saham 60%. Sebaik sahaja perjanjian ini ditandatangani, Syarikat JV diminta membayar “hutang” kepada PetroSaudi sebanyak RM 2.1 bilion. Pembayaran tunai RM 2.1 bilion ini diambil dari pelaburan tunai 1MDB dan dipindahkan ke Goodstar Limited, sebuah syarikat yang dikawal oleh….Jho Low! Lebih menarik, perbincangan pelaburan ke dalam Syarikat JV ini dibuat dan diselesaikan dalam tempoh 1 bulan sahaja. Cekap.
2. Pada November 2009, “aset” yang dilaburkan oleh PetroSaudi “hilang” apabila perjanjian hak carigali minyak di Turkmenistan dibatalkan. Di sekitar waktu itu juga Dato Salleh Bakke, pengerusi 1MDB, meletak jawatan tanpa sebab.
3. Pada Mac 2010, sebelum menyerahkan laporan tahunan dan audit kepada SSM, 1MDB menjual pegangan saham di Syarikat JV dengan harga RM 4 bilion kepada PetroSaudi. Tetapi penjualan ini bukan dalam bentuk tunai kerana PetroSaudi bersetuju membeli secara hutang.
4. Selepas usahasama ini dibatalkan, 1MDB terus meminjamkan wang kepada PetroSaudi International sejumlah RM 3 bilion sehingga tahun 2012. Keseluruhan “pinjaman” 1MDB kepada PetroSaudi bernilai RM 7 bilion. Dari jumlah ini, dilaporkan lebih RM 4 bilion dipindahkan ke akaun syarikat di bawah kawalan Jho Low.
5. 1MDB kemudian melaporkan bahawa hutang ini telah dijual kepada pihak ketiga dan 1MDB merekod pendapatan RM 8 bilion. Sekali lagi wang ini tidak dimasukkan ke dalam akaun 1MDB sebaliknya “dilaburkan” semula ke sebuah institusi pelaburan di Kepulauan Cayman.
6. Apabila kontroversi 1MDB mula hangat pada tahun 2013, pihak 1MDB digesa membawa kembali wang RM 8 bilion yang dilaburkan di Kepulauan Cayman. Pihak 1MDB memberi kenyataan bahawa keseluruhan pelaburan telahpun ditebus tetapi sebahagian daripada hasil pelaburan digunakan untuk membayar faedah hutang yang semakin bertimbun. Baki RM 3.5 bilion dikatakan wujud dalam bentuk tunai disimpan di sebuah cawangan BSI (sebuah bank dari Switzerland) di Singapura.
7. Baru-baru ini Perdana Menteri mengakui bahawa jumlah tersebut tidak wujud dalam bentuk tunai walaupun pada awalnya di Parlimen beliau memberi kenyataan ianya dalam bentuk Tunai. Menteri Kewangan ke-2 pula menerangkan bahawa jumlah itu wujud dalam bentuk “unit” — sehingga ke hari ini misteri unit itu masih belum terjawab, dan wang sejumlah RM 3.5 bilion itu masih belum dibawa balik ke Malaysia.
Tanah & 1MDB
1. Pada tahun 2010, diumumkan bahawa dua plot tanah berharga milik kerajaan dijual kepada 1MDB pada harga yang amat rendah. Salah satu plot tersebut terletak di Jalan Tun Razak dijual pada harga RM 64 kaki persegi manakala satu lagi plot merupakan Lapangan Terbang Tentera Sungai Besai yang dijual pada nilai RM 47 kaki persegi.
2. Antara langkah untuk 1MDB terus mendapat keyakinan dari pelabur (supaya 1MDB boleh terus meminjam dan kemudian meminjam semula kepada PetroSaudi?) adalah permainan hartanah di mana penilaian aset tersebut boleh direkod sebagai keuntungan dan digunakan sebagai cagaran bagi pinjaman dan penjualan bon. Sesuatu yang menarik — sejak 2010, 1MDB menilai semula hartanahnya SETIAP tahun, sedangkan menjadi kebiasaan untuk syarikat menilai semula hartanah dalam tempoh 3–5 tahun.
3. Dari tahun 2010–2013, 1MDB mencatat keuntungan atas kertas lebih dari RM 3 bilion hasil dari penilaian semula aset hartanah yang dibeli dari Kerajaan pada harga di bawah pasaran. Bagi akaun 2012–13 sahaja, 1MDB mencatat keuntungan penilaian semula hartanah sebanyak RM 2.7 bilion. Jika tidak kerana penilaian semula ini, 1MDB sepatutnya mencatat kerugian RM 1.8 bilion!
1MDB & Stesen Janakuasa
1. Walaupun 1MDB mencatat keuntungan di atas kertas, tetapi realitinya adalah pembayaran balik “interest” daripada pinjaman dan penjualan bon berbilion bilion ringgit harus dibuat secara tunai. Setelah 3 tahun ditubuhkan, 1MDB masih belum mempunyai perniagaan yang memberikan aliran tunai bulanan yang stabil.
2. Pada tahun 2012, 1MDB mula melabur di dalam sektor pengeluaran tenaga elektrik. 1MDB membeli syarikat Tanjong Energy yang dimiliki Ananda Krishnan pada nilai RM 8.5 bilion dan Genting Sanyen pada nilai RM 2.3 bilion. Pada tahun 2013, 1MDB membeli pula Jimah Energy pada harga RM 1.2 bilion.
3. Aset yang dibeli pada harga RM12 bilion ini diturunkan nilai serta merta ke RM 10.9 bilion oleh juruaudit 1MDB sendiri bagi akaun tahunan 2012–2013 kerana dianggap dibeli lebih dari nilai pasaran.Menurut analisis, aset Genting Sanyen hanyalah bernilai RM 400 juta! Maka tidak terkejutlah laporan tahunan Genting menyatakan penjualan aset tersebut sebagai “keuntungan luarbiasa”. 1MDB pula “rugi” nilai RM 1.1 bilion. Fakta: Perjanjian pembekalan tenaga oleh Genting Sanyen bakal berakhir pada tahun 2016. Melainkan 1MDB yakin boleh meneruskan perjanjian ini, mengapa mereka sanggup membayar begitu banyak?
4. Bagaimana 1MDB membeli aset-aset ini? Dengan aset tanah yang besar sebagai pajakan dan sokongan Kerajaan (sama ada secara rasmi, surat sokongan atau hakikat ianya anak syarikat MOF), 1MDB berjaya menjual bon atau mendapat pinjaman berjumlah RM 20.9 bilion — kebanyakannya dalam matawang dolar Amerika. Jadi 1MDB meminjam RM 20.9 bilion untuk membeli aset yang bernilai RM 10.9 bilion. Pelaburan strategik?
1MDB & Hutang
1. Malangnya pembelian aset-aset janakuasa ini tidak mampu memberikan aliran tunai yang mencukupi untuk membayar semula “interest” kepada pembeli bon dan peminjam yang lain. Situasi ini begitu serius sehingga dilaporkan pada awal 2015 Ananda Krishnan terpaksa memberi pinjaman RM 2 bilion bagi mengelak 1MDB gagal membayar hutang pada tempoh yang ditetapkan.
2. Laporan terkini menyatakan bahawa 1MDB mempunyai liabiliti dalam lingkungan RM 42 bilion, dan harus membuat bayaran “interest” lebih dari RM 1.4 bilion setiap tahun sehingga tahun 2023. Malah, pada tahun ini sahaja 1MDB harus membayar RM 5 bilion kepada peminjam. Kebolehan 1MDB untuk membayar semula peminjam diragui dan dilaporkan bahawa salah sebuah peminjam akan meminta 1MDB melangsaikan hutang lebih awal dari tarikh matang. Sekiranya 1MDB gagal memenuhi permintaan ini, keberangkalian seluruh peminjam 1MDB meminta pulangan wang amat tinggi.
3. Memandangkan 1MDB adalah anak Syarikat MOF, siapakah yang akan tolong membayar semula pinjaman ini? Sudah tentu Kementerian Kewangan. Dari mana datangnya wang Kementerian Kewangan? Ya, dari rakyat la jawapannya.
4. Kerana itu, daripada menjadi pemangkin pelaburan asing, 1MDB mula menjual aset tanahnya. Kontroversi pembelian tanah Tun Razak oleh Tabung Haji pada harga RM 2700 kaki persegi baru-baru ini membangkitkan kemarahan rakyat. Kemudian muncul laporan pelbagai institusi-institusi kerajaan lain seperti Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) juga terlibat dalam usaha penjualan aset oleh 1MDB. Akhirnya, tanah yang dibeli pada harga murah dari Kerajaan, dijual pada harga pasaran kepada institusi Kerajaan sendiri, hanya untuk menampung hutang luar biasa 1MDB.
Kisah Sampingan 1MDB
1. Pada 2012, anak Syarikat 1MDB, SRC International Sdn. Bhd, mendapat pinjaman sebanyak RM 4 bilion daripada KWAP. Sebaik sahaja jumlah ini dikeluarkan, MOF mengambil alih SRC International Sdn. Bhd. Sehingga ke hari ini, belum ada jawapan jelas tentang ke mana perginya pelaburan ini.
2. Dalam tempoh 6 tahun beroperasi, 1MDB telah melalui 3 CEO — Shahrol Hamid (2009–2013), Hazem Rahman (2013–2014) dan terkini Arul Kanda (2014-). 1MDB juga mengejutkan pasaran dengan gagal menyerahkan laporan tahunan kepada SSM selama lebih setahun bagi laporan kewangan Mac 2013.
Epilog
Baru-baru ini kepimpinan negara mengakui bahawa 1MDB membawa risiko besar kepada kewangan negara. Malah, mula diakui bahawa bantuan harus diberikan bagi mengelak 1MDB memberi kesan sistemik terhadap sistem kewangan. Implikasi 1MDB bukan sahaja bersifat kewangan tetapi juga membangkitkan persoalan integriti institusi yang sepatutnya menjaga amanah rakyat.
Apakah peranan seorang individu bernama Jho Low? Kenapakah Dato’ Shahrol Hamid terus meminjamkan wang kepada PetroSaudi? Jika wang tersebut berjaya ditebus secara penuh, di manakah hasil keuntungannya? Mengapa sebuah institusi kewangan milik MOF sendiri tidak yakin untuk melabur dan menyimpan wang di dalam negara? Mengapa Goldman Sachs diberi komisen luar biasa untuk penjualan bon-bon 1MDB? Di manakah Lembaga Pengarah 1MDB? Apakah fungsi Lembaga Penasihat sehingga membolehkan Syarikat milik Kerajaan mengumpul hutang RM 42 bilion dan TIDAK mampu membayarnya?
Mungkin isu 1MDB terlalu teknikal dan kompleks untuk difahami rakyat jelata, tetapi di sebalik angka, bon, murabahah dan lain-lain adalah sebuah kisah mudah.
1MDB bagai anak kecil yang diberi benih oleh orang-orang kampung untuk ditanam di tanah ibu bapanya. Malangnya benih itu diberikan kepada orang lain (mungkin juga dicuri). Takut dimarah oleh orang kampung, anak itu mula meminjam benih dari abangnya, jirannya malah orang asing. Tapi anak itu terlebih meminjam benih sehingga akhirnya terpaksa menjual tanah milik ibu bapanya. Persoalannya di sini salah siapa? Anak itu atau ibu bapanya?

Monday, May 18, 2015

Masa

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-'Asr].


Sejak kebelakangan ini masa ni macam terlalu singkat. Ada dengar ceramah pasal Allah swt tarik keberkatan masa dari semua manusia di akhir zaman. Kalau tidak percaya cuba korang layan internet/smartphone rasa macam kejap tapi bila korang mengaji or solat jemaah dalam surau rasa macam lama, betul kan? kan..kan..

Memang spot-on maksud ayat Surah Al-'Asr ni. Sama juga peribahasa "Masa itu emas". Cuba kau jual "masa" kat kedai emas laku tak? Maksudnya "masa" ini lebih berharga dari emas. tapaham? Banyak-banyak muhasabah diri. Umur dah nak masuk 3-series ni. Amalan pun macam tak ramai je.

Monday, May 4, 2015

Celcom FIRST™ Basic 38


Aku dah tukar kepada redONE baru nak lancar pelan murah+terbaru+affordable+laju CELCOM ni. Ahmad Maslan betul lah!!...Macam MyVi betul perangai CELCOM ni. haha. proper bukan carutan zaman sekarang?


redONE RM38/month baru dapat 1GB++, Celcom RM38/month siap 3GB++ dan 4G pulak tu serta data yang tak habis guna boleh carry forward. Nak tukar kepada Celcom? tunggu tamat kontrak setahun. haha.