Thursday, March 25, 2010

Kad Merah

Kali ni bukan pasal bola OK(paham Real Girls Kick Ball). hehe..Semalam bini aku aka Cikgu Ain telah dilayangkan kad merah. Memang la Cikgu Ain ni kaki bangku & kerusi tetapi tetap dilayangkan kad merah oleh pengadil. Memang pengadil ni Manchester United tak silap aku. Tapi baju langsung tiada lambang setan atau berwarna merah. Warna putih..Real Madrid ke?!..Mungkin bengang pasal season lepas kena titik kat Anfield masa UCL.

Bacaan perenggan kedua adalah berunsur 18sx.18 tahun ke bawah dinasihatkan untuk skip perenggan ketiga. Sila lampirkan IC anda untuk meneruskan bacaan ini demi memastikan anda adalah 18 ke atas. Terima Kasih.

Pengadil yang disebutkan itu adalah nurse Klinik Kesihatan Desa Cahaya Baru. Untuk isteri yang baru mengandung sila pastikan tiada love-bite ketika ingin mendaftar kad merah ni sebab nurse bukan doktor akan periksa perut & breast. Ini adalah untuk mengelakkan anda malu ketika nurse melakukan pemeriksaan payudara. Tapi...lantak laa..HALALAN TOIYIBA..haha..

Macam-macam kerenah budak dalam Klinik Kesihatan Desa ni. Mak yang rugged ala-ala tomboy pun ada..Aku ulang Mak beranak dua lagi tu..Masa aku OTW balik dari Klinik Desa tu terserempak dengan dia tengah bawa motor ala-ala sikit-sikit Remp-IT V3..Bimbo?!..off course tiada..

Tiba-tiba aku teringat masa buat passport dengan bini aku ni. Kan kena tunggu lama untuk giliran.

Cikgu Ain: Tak penat ke dia rakam suara untuk nombor sebut angka giliran tu?

Aku: Huh?!..Aah ek..(layankan enjin belum panas bini aku di pagi hari)..Berapa agaknya gaji dia rakam suara ni.kalau 4 digit dia dah kena sebut 9999 kali..WOW..

Cikgu Ain: Ntah..

Aku: Wahai isteri kesayanganku..dia hanya rakam nombor 0 sampai 9.(sambil gelak)

Cikgu Ain: Aah ek..(sambil mencubit ganas lengan aku seolah-olah aku seorang anak murid tidak siap kerja sekolah)
p/s: siapa kata profession guru sekarang mudah angkat tangan!!..Kira nombor 0 sampai 9999 & rakam..

6 comments:

farah_suhanissis said...

hamboi...
sempat lagi tu perli-memerli kami ye...

farah_suhanissis said...

ooppssss...
lupe. anyway, congrats..
jage pn. ain leklok :)

jiwa sifar said...

bukan perli la..promote la..

tq..

wawa pucca said...

haha..
cikgu kadang2 blurr jugek!

oh.love-love bite tu jgn cite kuat2 ye.
kami belom kawen hehehe

jiwa sifar said...

haha...opss..patut letak bawah 18 & belum berkahwin.

ainazliena said...

untung ko laki bini..skrg dok kt kosi..ada sofa lg..setahun lps & sblmnyer..bersila ramai2 cam nk dengo direct sealing kt klinik cahaya baru tu..huhuhu..