Wednesday, December 10, 2014

Hilang Wallet? Cuba Baca Ayat Al-Quran Ini.

Saya pernah.

To be exact Jumaat lepas. Cadangnya nak pergi main badminton malam tu. Nak cepat punya pasal. Kecuaian letak wallet atas bumbung kereta. bhahaha.

Masa on da way baru teringat wallet atas bumbung kereta which masa tu dah...kaputt.. Cancel menebas. Sorry ijal. Kesian dia menebas seorang diri. Cuba usha laluan yang aku lalu guna motor 3 4 kali tapi nyata gagal.

Pasrah serta redha, Telefon bank untuk cancel semua kad. Tapi Allah swt nak tunjuk kepada aku yang masih ada orang berhati mulia dia luar sana. Ada bunyi motor besar di luar rumah aku keesokan pagi nya. Aku keluar dan ternyata sangkaan aku betul ada orang pulang wallet aku yang dah barai tapi semua masih di dalam.

Nama dia Sham duduk Taman Mawar fasa 5. Aku cuba hulur imbuhan tapi dia menolak. Tapi hati rasa tak tenteram kalau tak balas budi bro Sham ni. Aku just ingat naked bike Honda(warna maroon) lampu bulat. Insyallah aku akan ronda Taman Mawar fasa 5 untuk cari kelibat insan ni.

Rasa sangat syukur pagi tu dan semangat untuk pergi kerja..eh Sabtu kerja ya kerja sebab tengah migration sistem SAP ke AX. Data entry yo. Nama je Miscrosoft Dynamics AX tapi nak upload data guna Excel pun taboley or consultant tak tau. So kena key in beribu-ribu line tidak termasuk kalau ada error.

IC tak rosak cuba bend. Nak tak nak kena tukar baru, nasib boleh buat online di sini. Bayar RM10 tapi kena ada debit/kredit kad untuk bayar. Tunggu 10 minit selepas submit untuk cetak resit. Kemudian satu hari untuk tanya status bila boleh ambil. Dalam resit tu ada tertera selepas satu hari bekerja boleh hubungi JPN.

sekian.

p/s:  Ada ayat al-quran aku baca malam tu bila barang hilang. Ulang ayat ni, Surah Al-Qasas ayat 85, insyallah Allah swt akan beri petunjuk. Ni senior yang ajar aku masa sekolah SMKA dulu. pernah dulu aku hilang jersi Liverpool ada tulisan Carlsberg kat jersi tu. Jumpa sebab baca ayat ni tapi jersi tu zaman 'jahil' sekarang dah mana entah. Allah swt akan tolong kita kalau kita yakin dengan pertolongan-Nya. Tapi kalau tak jumpa tu jangan kau salahkan Dia. Allah swt adalah sebaik-baik perancang. selamat mencuba. Baca ayat yang aku highlight, nak baca habis pun boleh.


Tuesday, November 25, 2014

Pesan Imam Shafie Sebelum Meninggal Dunia


Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.

Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri
iaitu dengan mengurangkan tidur,mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut
iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur
iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir
iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan
iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat
iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik
iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t. membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan
penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t. sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w.
iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH
iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.

Thursday, November 20, 2014

Cara Unhidden fail yang telah dijangkiti Virus

Ramai orang yang ada masalah ni. Assignment hilang..bla..bla..bla..

Take note untuk perkara ini.

  • jangan format pendrive. 
  • Jangan double klik itu pendrive
  • Disable Autorun yang paling penting. 
  • Antivirus yang boleh harap seperti NOD32
Klik Tools -> Folder Option. Cari View tab dan pilih Show Hidden files..bla..bla.. dan untick Hide Protected Operating System files.

Jangan double

Buka Text dan taip:

@ECHO off
cls
ECHO.
set drvltr=
set /p drvltr=Enter Drive letter:
attrib -s -h -a /s /d  %drvltr%:\*.*
ECHO Unhide Completed
pause

Lepas tu Save as "unhide.bat". Pastikan anda letak " di awal & akhir nama fail. Kemudian double klik fail unhide.bat tu. Kalau Windows 7, right click dan Run as Administrator. Pastikan pendrive guna drive letter apa.

Siap.

Wednesday, November 12, 2014

Rabu Tanpa Perkataan #29

Monday, November 10, 2014

Lelaki Menyerupai Wanita | Wanita Menyerupai Lelaki

Ada baca berita pasal lelaki Islam pakai pakaian wanita? Ya mereka(pondan agama Islam) menang di mahkamah rayuan untuk membenarkan mereka pakai pakaian wanita. Rujuk fatwa kebangsaan di sini.



Mencari bala betul la. Dah la dekat musim hujan ni. Kalau ada 'bencana' faham-faham sendiri la ye. Siap ada tetek bagai datang mahkamah. Mohon hantar ke kem motivasi orang macam ni.


Semoga mereka ni mendapat petunjuk-Nya. Amin.

Wednesday, November 5, 2014

Cara Buat Passport Antarabangsa | Urban Transformation Centre UTC aka Pusat Transformasi

Pertama kali aku nak ucapkan tahniah kepada PM Dato Seri Najib sebab buat sesuatu yang sangat membantu seperti UTC ni. OK ini bukan ayat sarkastik ok, ini penuh dengan perasaan jujur.


Sekarang warga sekitar Johor Bahru boleh buat passport tanpa perlu ambil cuti(jangan kira hari ahad sebab jabatan kerajaan Johor hari ahad mesti penuh dengan lautan manusia). UTC Johor di Kotaraya buka dari 8.30 pagi sampai 10.00 malam. Ahad aku satu keluarga buat passport di Kompleks KDN Setia Tropika tapi yang dapat passport aku, Zaheen dan Ziyad je. Mak dieorang sangkut sebab rupa-rupanya wife aku bukan warganegara Malaysia LOL gambar dalam IC dah tak sama dan IC pun warna kuning. haha. Padahal JPN dua minit je dari rumah.


Sewaktu di Kompleks KDN Setia Tropika ada notis Imigresen di UTC Johor buka sampai pukul 10.00 malam. Gila SPM ayat aku ni. Isnin tak sempat sebab nak jemput haji Basiran dan Hajah Umi Kalthom dari airport Senai. Kemudian hantar balik Segamat sebab poksu Amin SPM. Ok dah merapu.

Selasa Ain balik sekolah buat IC baru lepas tu aku balik kerja terus lincah pergi UTC Johor. sampai je kaunter nombor dah tutup. Rehat 7.00 sampai 8.00 malam. Maghrib dulu sementara tu Zaheen dan Ziyad masuk dalam sangkar Angry Bird sebelah masjid Kotaraya tu.


Sekali sampai tu diaaaa..Panjang namampos beratur so beratur awal untuk dapat nombor awal. Untuk yang bawa anak bawah 4 tahun mungkin dapat kaunter khas macam masa aku buat passport kat Setia Tropika. Ambil nombor kat bawah, naik atas je tak sampai 5 minit nombor dah naik.

Dokumen yang perlu di bawa:-

  • Surat beranak/IC. Salinan bawa la dua copy.
  • Gambar untuk yang bawah 4 tahun.
Mudah bukan? Nak lagi cepat kau bawa budak bawah 4 tahun cakap nak buat passport untuk dieorang, jangan lupa surat beranak serta salinan untuk mempercepatkan dapat nombor tu. hahaha..

Thursday, October 30, 2014

Tabung Haji Beroperasi Setiap Sabtu Minggu Pertama Setiap Bulan Bermula 1 November 2014



Berita baik untuk mereka yang berniat nak pergi haji. Kaunter Tabung Haji akan beroperasi setiap hari Sabtu minggu pertama setiap bulan.

Berikut adalah senarai 33 kaunter yang buka seluruh negara.


Monday, October 27, 2014

Taman Tema Angry Birds Johor Bahru - Johor Bahru Angry Birds Indoor Activity Park | Opens on 31 October 2014

asd

Gambar ni dekat Galleria @ Kotaraya. Dua kali berturut-turut pergi sebab pergi SSM. Yang official dekat JBCC sebelah City Square tak silap aku. Jumaat ni buka, confirm jem gaban.


Dengan keluasan 26,000 kaki persegi, Aktiviti indoor ni macam Hello Kitty kat Puteri Harbour. Harga RM60 untuk rakyat Malaysia dan IC Johor free. Dah pergi nanti wife aku review. Kalau jadi "A Flock Member" dapat banyak benefit.

Nak lagi informasi pergi http://angrybirdsactivitypark.my/.

Sunday, October 12, 2014

Cara isi minyak yang betul adalah beli dengan sukatan Liter bukan RM

Amalkn pengisian myk dlm jmlh liter, bkn nya ringgit.

Contoh:
Pergi ke kaunter, ckp nk isi 20 liter. pastu byr RM46. ini lbh baik drpd isi RM40, krn jmlh minyak yang masuk adalh 15.7894737 liter. Sedangkn nozzle hanya menyukat sehingga 2 tmpt perpuluhan shj.

Maknanya kita rugi 0.0094737 bg setiap pengisian RM 40. bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 org y isi RM40, stesen mykk dah untung 9.4737 liter. itu kalau 1000 org, kalau 1p hari? sebulan? itu hanya pengiraan ringkas utk pengisian RM40 sahaja. bayangkn, brapa byk stesen minyak akn untung ats selisih kiraan jumlah liter ini.

Sbb itu stesen myk selalu bt program cabutan bertuah dgn pembelian minimum RM40. mereka mahu menanam sifat mengisi myk mengikut nilai rm, bkn ikut nilai liter.

Isi dalam liter.
1liter harga rm2.30
isi lah rm23 jadi 10liter
isi rm46 jadi 20 liter
isi rm69 jadi 30 liter

kalu isi 35 liter darab dgn rm2.3.
kalu isi guna jumlah duit, liter tu akan dibundarkan ke jumlah trdekat.
contoh 31.777 liter. rugi sikit, tp kalu tiap2 hari toukeh stesen minyak yg untung


Wednesday, October 8, 2014

Insurans Windscreen - Berapa RM nak letak?

Al-kisah aku baru renew insurans kereta. Ada optional untuk windscreen insurans(tidak ganggu NCD) kalau claim. Kedekut punya pasal aku letak bayar dalam RM30 untuk insurans kereta(tak silap aku la) which cover sampai RM200.

Nak jadikan cerita cermin retak. Tanya kedai cermin RM450 tapi insurans aku cover RM200 dan bukan boleh topup lagi RM250 tapi RM300. Aku pun malas nak tanya lebih sebab dah dua kedai aku tanya sama je.

Untuk pemilik kereta Saga macam aku letak la insurans dalam RM75 untuk cover windscreen tu. Sekian.

Jom tengok gerhana bulan.

Wednesday, October 1, 2014

Level Baru VLT Tinted Kenderaan sehingga 30%

Untuk mereka yang yang masih tidak tahu macam aku.

Cermin depan VLT masih 70%. Cermin driver dan co-driver VLT 50%. Cermin seat belakang serta cermin belakang VLT 30%.

Semakin rendah peratus VLT semakin gelap la cermin tu. Eh aku guna Proton iRiZ. Macam smart tapi yang paling cikai topup RM1k dapat BLM SE aku. Aku letak gambar Proton iRiZ so aku boleh cuci mata sebab nak beli memang idok la,


Monday, September 8, 2014

TUJUH Pesanan Rasulullah SAW kepada Abu Dzar Al-Ghifari


Sekarang agak susah nak dengar ceramah di luar sana sebab ...(banyak alasan).. Sebab zaman sekarang dah terlalu canggih, buka YouTube je. Surprisingly, banyak 'input' aku dapat dari ceramah dalam YouTube ni dari aku tengok Kalau Dah Jodoh - Ustaz Kazim Elias. haha..

Dari cerita zaman sewaktu dajal keluar(meremang bulu roma) sampai cerita sahabat-sahabat nabi. Dengar ceramah ni aku rasa boleh lapangkan dada aku yang bermuscle ni. Siapa Abu Dzar al-Ghifari ni? Datuk aku nama Dar mungkin sempena nama sahabat nabi ni kot. hehe.. Dia ni sebelum masuk Islam kerja penyamun. Aku dengar sipi-sipi je pasal Abu Dzar ni sebab sambil henjut Ziyad kat buai mesti la karaoke lagu rock kapak baru la anak jiwa rock..ok tipu..mesti la zikir woi kasi lembut hati anak dengar cakap...bla..bla...bla..

Ada tujuh pesanan Rasulullah SAW kepada Abu Dzar dan beliau pegang sampai akhir hayat beliau.

1 - Lepak dengan orang miskin atau meraikan orang miskin : Jangan pandang sangat orang kaya dek oi...cuba pandang orang miskin, ramai orang miskin di Malaysia ni. Johor bersepah dek oi.

2 - Melihat ke bawah dan jangan melihat ke atas : Contohnya kau kena kencing manis darah tinggi, tapi cuba kau lihat ada orang yang dah berbelas tahun menghidap sakit tu tapi masih mampu meneruskan hidup. Faham?!!..Contoh senang kau tengok orang tu mampu pergi melancong luar negara tapi kau dalam negara pun koyak poket. Kau lihat orang yang tak pernah pergi melancong tapi pergi public beach je mampu.

3 - Tetap menjalin silaturahim walaupun orang tersebut memutuskannya.

4 - JANGAN meminta-minta : Haa...Contoh nak raya tapi kerajaan senyap seribu bahasa tentang bonus, jangan nak gatal mulut cakap nak bonus bagai. Faham!!..Kau pergi exam dapat duit sebab dapat A+ dan ada orang minta jangan bagi. FAHAM!!..

5 - Cakap kebenaran walaupun ia PAHIT : Ini faham sendiri la ye.

6 - Jangan takut kecaman dalam mengamalkan agama ISLAM : Contoh Neelofa tiba-tiba pakai tudung, terus korang bambu dia...bla..bla..bla.. Pehal nak kasi contoh Neelofa? sebab kau dalam blog aku. ikut suka hati aku nak bagi contoh apa.

7 - Banyak berzikir "La haula wa la quwwata illa billah" (tiada daya dan upaya kecuali dengan Allah).

- sumber Zon Kuliah You Tube.

Friday, September 5, 2014

Hospital


Dah lama jejak kaki di hospital kerajaan. Kali terakhir masa melawat kawan aku kena mild stroke kat HSI. Kawan ni sebaya dengan aku satu sekolah kat SMKABP. Masih muda tapi dah kena stroke padahal kerja PTM kat Hospital Melaka. kah.

Jumaat lepas lepas lepas tok bak umur 84..Ya 84 tahun baru kena mild stroke. Sekarang ni musim hospital penuh sebab bahana makan lauk raya yang 'sihat'. Tak percaya cuba kau pergi mana-mana hospital semua wad kelas pertama dan kedua penuh. Tok bak ni ayah kepada mak mertua aku. Yang best nye masa aku sampai selang satu katil Tok Bak ada pesakit tengah diberi rawatan kecemasan atau pendek kata tengah nazak.

Aku tak sempat jumpa arwah abah aku kat hospital. Bila aku lihat muka pesakit dalam wad Tok Bak yang semuanya warga emas rasa macam sebak pulak. Nasib baik ada cucu kerja jururawat dan cucu menantu doktor di hospital Segamat.

Kali pertama balik hari Segamat - Pasir Gudang. Sampai Pasir Gudang pukul 2 pagi lebih kurang. Yang lawak aku pakai sun glasses malam-malam sebab tak tahan woo silau serta mengantuk. Sekarang Tok bak semakin improve la berbanding masa di hospital.

ok itu sahaja. tiada idea nak tulis apa sebab tengah migrasi sistem dari SAP ke AX.

Monday, August 11, 2014

Bola dan Kuaci


Rumah aku memang sangat dekat dengan padang bola kampung aka padang botak orang kampung panggil. Masa aku sekolah rendah, petang-petang mesti lepak tepi padang tengok brader-brader main bola termasuk la abang aku aka Wak. Abang aku main posisi penjaga gol. Sambil tengok orang main bola aku akan bawa kuaci dan home-made-aiskrim.

Kuaci ni ada kertas terlipat dalam dia. Buka je lipatan akan tertulis 10 sen atau 20 sen. Kalau ada rezeki terus redeem kuaci lagi. haha..



Siap ada bangku lagi. Kadang-kadang arwah jiran aku As aka vokalis kumpulan indie Depress join sekali. Kalau ada pertandingan lagi best sebab dari pagi sampai ke petang boleh lepak tepi padang sambil berteduh di bawah pokok. Dalam hati aku dah tanamkan tekad untuk beraksi di atas padang botak menyarung jersi kampung. haha.

Posisi pertama aku adalah penjaga gol masa sekolah rendah. Tapi jadi penjaga gol kedua sebab member aku tu ada skill terbang tepis bola. Kalau tak aku jadi 1st choice ala-ala mewarisi posisi abang aku. Jadi penjaga gol sebab senang sebab aku memang kaki bangku tahap gaban masa tu.

Jom makan kuaci.

Monday, July 21, 2014

Boikot Barangan Israel


Nestle je produk yang aku guna. Perlu cari altenative lain ni.

Friday, July 18, 2014

MH17 dan Gaza

Belum reda dengan MH370 dikejutkan pula dengan MH17 ditembak jatuh dan meletup di kawasan Ukraine. Dengan Gaza yang sedang dibedil oleh Israel.

Semoga muslimin dan muslimat yang terkorban dalam kedua-dua tragedi ini ditempatkan di kalangan orang yang beriman...............................................


Thursday, July 10, 2014

Raya dan dot dot dot

Masa zaman belajar di KL, tiket bas beli sebulan awal sebab takut tiket habis. Tidak silap aku zaman-zaman tu bulan Ramadhan mula je tiket bas pun habis. Tapi sekarang lagi lebih kurang dua minggu lagi nak raya tiket bas masih 'sejuk'.

Jika ini berlaku, jalan kat Malaysia ni mesti banjir dengan kereta dan jammed pasti berlaku. Baru-baru ni dikejutkan lagi dengan khabar kawan aku ca ra alif ya. Patut la lama menyepi. So ajak lepak dan siasat. Biasanya kalau ca ra alif ya di awal perkahwinan ni sebab dia biasanya antara 'tiada persefahaman' atau orang ketiga(perempuan lain/mertua).

Sebab aku dah jumpa orang yang cerai sebab di atas ni. Tiada persefahaman ni agak alasan tipikal bagi aku. Kita suami isteri ya tuan-tuan dan puan-puan perlu komunikasi tahap gaban sebab ia adalah antara medium terpenting dalam perkahwinan selain menjaga 'hubungan' dengan Allah swt. Aku awal-awal kahwin pun banyak selisih faham tapi kena tahu cara nak counter perkara-perkara ni. Jangan kahwin fikir nak jimak..jimak..jimak..

Alhamdulillah dah hampir 5 tahun aku kahwin. Awal-awal kahwin hidup memang agak susah dan mencabar. Tapi hati kena kental sebab dugaan itu mesti datang. Dugaan ni datang sebab Allah swt tu ingat kat kita. Kalau tak ingat kat kita hidup senang lenang tak mencabar la beb dunia ni boring. Sama macam korang main video game lepas tu guna cheat, pastu menang. Nikmat menang tu dah tiada. Isteri perlu faham kelakuan si suami dan suami juga perlu faham kelakuan isteri baru fair. Ini tidak, suami nak main badminton pun tak bagi memang naik bulu la si suami. Si suami pulak tak faham bahasa isteri penat anak pulak tantrum. Di sini boleh timbul konflik. Perlu give and take. Lelaki ni jenis tidak suka dipaksa dan bila dipaksa akan timbul konflik, faham tak wahai isteri?

Post kali ni macam Kalau dah jodoh ustaz Kazim Elias pulak ek. Aku just nak remind je orang di luar sana. Jangan fantasi kan apa yang berlaku di TV tu berlaku dalam rumah tangga. Jangan tengok cerita romantik sikit dah pasang angan suami aku mesti macam tu lepas kahwin...TIDAK!!!..Tengok mak bapak kita cukup la. Macam mana dieorang boleh tahan sampai ke tua?

Aku rasa cukup la setakat ni sebab dah lari jauh dari tajuk. bye.

p/s: mimpi jadi cikgu sejarah sebab.............(isi tempat kosong).......

Tuesday, July 1, 2014

Bolasepak

Sempena World Cup 2014. Aku nak letak gambar medal kemenangan aku masa zaman baru nak naik main bola. Medal nombor 3 MSSD Muar mana ntah. Barangkali dijahanamkan atau dikeroyok oleh anak-anak buah aku yang sekapal tu. Ini antara rumah sukan tak silap aku.


Tuesday, June 24, 2014

Kalau Aku Perdana Menteri



Kalau aku PM, aku tau ada rakyat miskin, orang terabai dalam negara aku, aku malu wei. Malu dengan rakyat. Aku duduk senang. Rumah ada aircond. Kereta besar, ada driver. Gaji duit rakyat. Tapi ada rakyat negara aku ni yang tak makan, kena tinggal, kena jual anak, kena jual badan. Malu wei.

credit to twitter @techsupremo.

Thursday, June 19, 2014

World Cup 2014 Brazil



Mesti la sokong Malaysia...Eh..Malaysia tak layak dowh.. sasaran FAM tidak tepat. Jadi sokong Jerman sebab MD aku orang Jerman. Ya aku memang kaki kipas. pui. Aku mula sokong Jerman masa World Cup 1994 USA. Masa ni Jerman digelar kuda tua sebab ramai pemain dah melepasi umur 30-an. Kuda tua lain adalah Croatia.

Sekarang pemain Jerman digelar 'anak ikan' sebab ramai yang muda-muda. huahuahua..World Cup 2010, aku predict Ozil menonjol dan benar tekaan itu. Kali ni tak sempat nak predict sebab takde masa nak analisis. Fantasy world cup pun kelaut ni. Siot.




Thursday, June 5, 2014

Anak


Here is a list of things you need to teach your Child(ren) at early age:

1: Warn your Girl Child Never to sit on anyone's laps no matter the situation including uncles.

2: Avoid Getting Dressed in front of your child once he/she is 2 years old. Learn to excuse them or yourself.

3. Never allow any adult refer to your child as 'my wife' or 'my husband'

4. Whenever your child goes out to play with friends make sure you look for a way to find out what kind of play they do, because young people now sexually abuse themselves.

5. Never force your child to visit any adult he or she is not comfortable with and also be observant if your child becomes too fond of a particular adult.

6. Once a very lively child suddenly becomes withdrawn you may need to patiently ask lots of questions from your child.

7. Carefully educate your grown ups about the right values of sex . If you don't, the society will teach them the wrong values.

8: It is always advisable you go through any new Material like cartoons you just bought for them before they start seeing it themselves.

9. Ensure you activate parental controls on your cable networks and advice your friends especially those your child(ren) visit(s) often.

10. Teach your 3 year olds how to wash their private parts properly and warn them never to allow anyone touch those areas and that
includes you (remember, charity begins from home and with you).

11: Blacklist some materials/associates you think could threaten the sanity of your child (this includes music, movies and even friends and families).

12. Let your child(ren) understand the value of standing out of the
crowd.

13: Once your child complains about a particular person, don't keep quiet about it.

Take up the case and show them you can defend them.

Remember, we are either parents or parents-to-be.

Have a Nice day and Great Week Ahead

And possible forward to all friends who have children's

Wednesday, June 4, 2014

Bola

Aku sebagai orang Johor agak terkilan dengan 'rocket science' bolasepak Johor ni. Atas nama rebranding, terus berpusu orang ke stadium untuk melihat perubahan. Bukan semua orang Johor tengok bola bang. Bola ni kalau dah haruk sangat kira macam melalaikan dan dikira seperti satu bentuk hiburan.


W1N ke? Bola bulat bang. Kadang-kadang aku pelik dieorang ni siap cakap wah bagus nya siap turun padang salam pengadil. Dengan keadaan ekonomi yang tak berapa nak bagus dan tanah yang dijual kepada orang luar...eh..

Yang hooligan ni siap berarak ke stadium nyala flare bagai.Main game macam gambar kat atas ni pun entah pernah entah tidak. Berarak pergi masjid tengok. Nak buat stadium serta official plane bagai. Dari membazir baik tolong rakyat ni yang semakin terhimpit. Tak pun rajin-rajin turun padang lihat sendiri keadaan rakyat. Dengan jenayah yang membarah serta masalah gejala sosial remaja. Dulu siap buat karangan pasal gejala sosial ni.

Tengok FAM cukup. Bila feudal yang manage memang hancur lebur. Harta je banyak tapi akal ciput.

Monday, May 26, 2014

Babi - Khinzir - Cadburry

Kecoh dengan Cadburry pastu kecoh dengan kalah Piala Thomas. Tahun ini Mei adalah bulan yang sangat eventful. Kerja, Cadburry dan Piala Thomas. fuhhh...

Bolehkah Menggunakan Bekas Memasak Khinzir Yang Telah Disucikan?
Dalam sebuah hadis dijelaskan:
عَنْ أَبِي ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيِّ:
أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّا نُجَاوِرُ أَهْلَ الْكِتَابِ وَهُمْ يَطْبُخُونَ فِي قُدُورِهِمْ الْخِنْزِيرَ وَيَشْرَبُونَ فِي آنِيَتِهِمْ الْخَمْرَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنْ وَجَدْتُمْ غَيْرَهَا فَكُلُوا فِيهَا وَاشْرَبُوا وَإِنْ لَمْ تَجِدُوا غَيْرَهَا فَارْحَضُوهَا بِالْمَاءِ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا
Daripada Abi Tsa’labah al-Khusyani (radhiallahu ‘anhu), beliau berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Bahawasanya kami bertetangga dengan Ahli Kitab. Mereka biasa memasak daging khinzir di dalam bekas masak mereka (periuk/kuali/belanga) dan meminum khamar di dalam gelas mereka (lalu bolehkah kami menggunakan periuk dan gelas tersebut)?”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab:
“Jika kamu dapat mencari bekas yang selain darinya maka makan dan minumlah dengannya. Tetapi jika kamu tidak dapat mencari bekas yang lain, maka cucilah ia dengan air kemudian makan dan minumlah (dengannya).” (Sunan Abu Daud, no. 3839. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Imam an-Nawawi dalam Syarah Shahih Muslim menyentuh hadis ini dengan katanya, “Dilarang menggunakan bekas mereka sebelum disucikan, sehingga apabila telah disucikan bekas tersebut, maka tidak dilarang untuk menggunakannya. Kerana ia telah suci dan tidak terdapat di dalamnya sesuatu yang mengotorinya.” (Syarah Shahih Muslim, 13/80)
Kata Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah:
والفقهاء ـ رحمهم الله ـ ألحقوا نجاسته بنجاسة الكلب؛ لأنه أخبث من الكلب، فيكون أوْلى بالحكْم منه
وهذا قياس ضعيف؛ لأن الخنزير مذكور في القرآن، وموجود في عهد النبيِّ صلّى الله عليه وسلّم، ولم يَرِدْ إِلحاقه بالكلبفالصَّحيح: أن نجاسته كنجاسة غيره، فتُغسل كما تُغسل بقية النَّجاسات.
“Sebahagian fuqaha’ (semoga Allah merahmati mereka), mereka menyamakan kenajisannya babi dengan kenajisan anjing kerana babi lebih khabits (jijik) berbanding anjing, maka babi lebih patut diberikan hukum tersebut (yakni disucikan dengan tujuh kali cucian yang salah satunya dicampur tanah). Akan tetapi qiyas ini adalah qiyas yang lemah, kerana babi disebutkan dalam Al-Qur’an, dan terdapat pula di zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tetapi ia tidak disamakan hukumnya dengan anjing. Maka pendapat yang sahih: kenajisan babi itu adalah sama saja sebagaimana najis yang lainnya, ia disucikan sebagaimana menyucikan najis-najis yang lainnya (yakni cukup dicuci dengan air seperti biasa – pent.).” (Asy-Syarh Al-Mumti’, 1/236 – Daar Ibnul Jauzi (Qahirah), cet. 1430H)
Dan ini jugalah yang dikemukakan oleh Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):
وأما الخنزير فحكمه حكم الكلب في هذا كله هذا مذهبنا وذهب أكثر العلماء إلى أن الخنزير لا يفتقر إلى غسله سبعا وهو قول الشافعي وهو قوى في الدليل
“Adapun al-khinzir (babi) maka hukumnya adalah mengikuti hukum anjing dalam semua perkara ini, dan inilah mazhab kami. Namun kebanyakan ulama berpendapat bahawa (najis) babi tidak perlu disucikan dengan 7 kali cucian, dan ini adalah qaul (pendapat) Al-Imam Asy-Syafi’i, dan inilah yang kuat berdasarkan dalil.” (An-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 3/186)
Beiau juga menegaskan di tempat yang lain dengan katanya:
واعلم أن الراجح من حيث الدليل أنه يكفى غسلة واحدة بلا تراب وبه قال أكثر العلماء الذين قالوا بنجاسة الخنزير وهذا هو المختار لان الاصل عدم الوجوب حتى يرد الشرع لاسيما في هذه المسألة المبنية على التعبد
“Ketahuilah bahawa yang rajih (tepat) berpandukan dalil, (kesan najis babi) mencukupi disucikan dengan sekali cucian tanpa tanah. Dan inilah yang dipegang oleh kebanyakan ulama yang memperkatakan tentang kenajisan al-khinzir (babi) dan inilah pendapat yang terpilih. Ini adalah kerana hukum asal bagi perkara ini adalah tidak wajib sampailah ada dalil yang mensyari’atkannya yang mana perkara ini dibina atas dasar ta’bbud (ibadah kepada Allah).” (An-Nawawi, Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 2/586)
Maka dari sini menunjukkan bahawa adalah dibolehkan menggunakan bekas yang telah terkena khinzir yang telah disucikan jika memang tidak terdapat bekas yang lain. Dan cara menyucikannya adalah sebagaimana biasa dengan air. Tidak diperintahkan (atau disyaratkan mahupun diwajibkan) dengan air tanah dengan 7 kali basuhan sebagaimana difahami oleh sebahagian ilmuan atau pendapat. Memadai dengan basuhan sebagaimana biasa.
Tidak Perlu Cuci Mulut Dengan Tanah
Akhir-akhir ini ada satu pendapat yang diungkapkan dan disebarkan oleh beberapa tokoh terkenal tanah air tentang perlunya menyucikan mulut dengan air tanah jika termakan makanan yang mengandungi unsur khinzir atau babi. Sebenarnya pendapat tersebut tidaklah begitu tepat.
Adapun yang tepat adalah tidak perlu disucikan atau berkumur-kumur dengan air tanah. Tetapi hendaklah dia bertaqwa kepada Allah, memperbanyakkan istighfar dalam rangka menyedari kesalahannya, dan hendaklah dia lebih hati-hati di lain masa dalam mengambil atau memilih makan dan minumnya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
لَيْسَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جُنَاحٌ فِيمَا طَعِمُوا إِذَا مَا اتَّقَوْا وَآمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ ثُمَّ اتَّقَوْا وَآمَنُوا ثُمَّ اتَّقَوْا وَأَحْسَنُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
“Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh kerana memakan makanan yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertaqwa serta beriman, dan mengerjakan amal-amal yang soleh, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka (tetap juga) bertaqwa dan berbuat kebaikan. Dan Allah mencintai para muhsinin.” (Surah Al-Ma’idah, 5: 93)
Selain itu, dari firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلا عَادٍ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Sesungguhnya Allah mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi sesiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedangkan dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Baqarah, 2: 173)
Ayat ini menunjukkan dibolehkan memakan babi sekiranya dalam keadaan terpaksa atau darurat setelah diusahakan tiada lagi makanan yang lain. Tetapi ayat ini mendiamkan dan tidak menyebutkan sama sekali supaya setelah makan hendaklah mulut dan tangan dicuci dengan air bercampur tanah.
Apabila Allah Ta’ala mendiamkan hal tersebut, maka tidaklah termasuk syari’at untuk memandai-mandai menetapkan setelah makan atau jika termakan babi perlu cuci mulut dengan air tanah. Oleh yang demikian, maka cara menyucikannya kembali sebagaimana biasa.
Demikian juga bagi kaum bukan Islam yang biasa melazimi babi termasuk memakannya apabila mereka masuk Islam, tetap tidak terdapat saranannya dari hadis-hadis Nabi agar menyucikan tubuh badan mereka atau rumah kediaman mereka serta bekas-bekas makanan mereka dengan air tanah.
Dari ayat tersebut juga menunjukkan kenajisan babi sebaris dengan najisnya darah, bangkai, dan haiwan yang disembelih dengan disebut nama selain Allah. Jadi, seandainya kesan najis babi harus disucikan dengan air tanah, kenapa tidak najis yang lain yang diletakkan oleh Allah sebaris dengannya dari darah, bangkai dan haiwan yang disembelih dengan disebut nama selain Allah?
Maka jelaslah bahawa bukan termasuk tuntutan di dalam agama ini supaya kesan babi disucikan dengan air tanah.
Bolehkah Memanfaatkan Kulit Atau Bulu Khinzir?
Kata sahabat Nabi, Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma:
أَنَّ شَاةً لِمَوْلَاةِ مَيْمُونَةَ مَرَّ بِهَا يَعْنِي النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ أُعْطِيَتْهَا مِنْ الصَّدَقَةِ مَيْتَةً فَقَالَ هَلَّا أَخَذُوا إِهَابَهَا فَدَبَغُوهُ فَانْتَفَعُوا بِهِ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهَا مَيْتَةٌ قَالَ إِنَّمَا حُرِّمَ أَكْلُهَا
“Bahawa kambing milik bekas hamba Maimunah yang telah diberikan kepadanya sebagai sedekah telah mati. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bersabda, “Kenapa tidak diambil kulitnya dan disamak (diawet) agar ia dapat dimanfaatkan?” Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, kambing itu telah mati (menjadi bangkai)!” Nabi pun mengatakan, “Yang diharamkan adalah memakannya.” (Sunan Ibnu Majah, no. 3600. Diriwayatkan juga oleh Al-Bukhari dan Muslim dengan lafaz dan jalan yang berbeza)
Dalil ini termasuk hadis yang bersifat umum bagi setiap bangkai melainkan ada dalil yang yang mengecualikannya.
Sebagaimana dalam al-Qur’an, pengharaman memakan babi terdapat dalam ayat yang bersamaan dengan pengharaman bangkai. Apabila bahagian dari bangkai boleh dimanfaatkan setelah proses samakkan (pengawetan), maka demikian juga bahagian dari babi. Sebaliknya, yang diharamkan adalah memakannya (sama ada bangkai mahupun babi).
Demikian juga dengan hadis:
أَيُّمَا إِهَابٍ دُبِغَ فَقَدْ طَهُرَ
“Apa jua kulit yang disamak (diawet), maka ianya suci.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 1728. Ibnu Majah, no. 3599. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi dan mengatakan, para ahli ilmu mengamalkan hadis ini)
Kemudian Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullah (Wafat: 279H) menyebutkan beberapa perbezaan pendapat di kalangan ulama:
“Al-Imam Asy-Syafi’i berkata, “Apa jua kulit bangkai jika disamak, maka ia menjadi suci kecuali anjing dan babi.”
Beliau berdalil dengan hadis ini. Sebahagian ulama dari kalangan sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan selain mereka tetap memakruhkan kulit binatang buas walaupun telah disamak. Ini adalah pendapat ‘Abdullah Ibnul Mubarak, Ahmad dan Ishaq. Dan mereka bersikap tegas tentang pemakaian atau mengenakannya dalam solat.
Ishaq B. Ibrahim berkata, “Hanya cuma makna dari sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Apa jua kulit jika disamak, maka ia menjadi suci”, maksudnya adalah kulit dari haiwan yang boleh dimakan dagingnya.
Demikianlah yang dijelaskan oleh An-Nadhr B. Syumail.”
Ishaq berkata lagi, an-Nadhar B. Syumail mengatakan, “Ungkapan disamak adalah untuk kulit dari binatang yang dagingnya halal dimakan.” (Sunan At-Tirmidzi, 6/338)
Kemudian, Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) dalam al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab turut menyebutkan perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam hal ini menjadi tujuh pendapat semuanya.
Salah satu pendapat yang dikemukakan menyatakan bahawa setiap kulit haiwan yang telah disamak, maka ia suci untuk dimanfaatkan (selain sebagai makanan), sama ada yang asalnya halal atau haram dimakan, termasuk anjing dan babi. Dan inilah yang mendekati kebenaran.
Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:
وَالْقَوْلُ الرَّاجِحُ هُوَ طَهَارَةُ الشُّعُورِ كُلِّهَا: شَعْرُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيرِ وَغَيْرُهُمَا بِخِلَافِ الرِّيقِ وَعَلَى هَذَا فَإِذَا كَانَ شَعْرُ الْكَلْبِ رَطْبًا وَأَصَابَ ثَوْبَ الْإِنْسَانِ فَلَا شَيْءَ عَلَيْهِ كَمَا هُوَ مَذْهَبُ جُمْهُورِ الْفُقَهَاءِ: كَأَبِي حَنِيفَةَ وَمَالِكٍ وَأَحْمَد فِي إحْدَى الرِّوَايَتَيْنِ عَنْهُ: وَذَلِكَ لِأَنَّ الْأَصْلَ فِي الْأَعْيَانِ الطَّهَارَةُ فَلَا يَجُوزُ تَنْجِيسُ شَيْءٍ وَلَا تَحْرِيمُهُ إلَّا بِدَلِيلِ
“Dan qaul (pendapat) yang rajih (terkuat), setiap bulu itu suci termasuk bulu anjing, babi, dan selainnya, berbeza keadaannya dengan air liur. Oleh sebab itu, bulu anjing yang basah jika terkena baju seseorang, maka tidak ada kewajiban apa-apa. Sebagaimana ia adalah mazhab jumhur fuqahaa’ sebagaimana dalam mazhab Abu Hanifah, Malik, dan Ahmad dalam salah satu riwayat dari dua pendapatnya. Dikatakan demikian kerana hukum asal sesuatu itu adalah suci. Maka tidak boleh dikatakan najis atau haram melainkan dengan dalil.” (Ibnu Taimiyah, Majmu’ Al-Fatawa, 21/617). Wallahu a’lam.
Selain itu, para ulama turut berbeza pendapat dalam hal ini sekitar skop memahami kalimat “rijs” (najis). Untuk penjelasan lebih lanjut berkaitan kefahaman kalimat ini, sila dapatkan di, http://www.ilmusunnah.com/?p=92
Tidak Boleh Dijual-beli (atau Diperniagakan)
Walau bagaimanapun, kulit haiwan-haiwan yang haram dimakan ini tidaklah halal diperjual-belikan walaupun boleh untuk dimanfaatkan (sebagai selain dari dijadikan makanan). Ini adalah sebagaimana hadis dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسًا عِنْدَ الرُّكْنِ، قَالَ: فَرَفَعَ بَصَرَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَضَحِكَ، فَقَالَ: «لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ، ثَلَاثًا إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْهِمُ الشُّحُومَ فَبَاعُوهَا وَأَكَلُوا أَثْمَانَهَا، وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا حَرَّمَ عَلَى قَوْمٍ أَكْلَ شَيْءٍ حَرَّمَ عَلَيْهِمْ ثَمَنَهُ
“Aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang duduk bersandar di suatu tiang sambil merenung ke langit, beliau tersenyum lalu bersabda:
“Semoga Allah melaknat orang-orang Yahudi.” Sebanyak tiga kali. Beliau meneruskan, “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas mereka memakan lemak (bangkai) haiwan, tetapi mereka menjual dan memakan hasil jualannya. Sesungguhnya jika Allah mengharamkan bagi suatu kaum dari memakan sesuatu, maka Dia juga akan mengharamkan harganya.” (Musnad Ahmad, no. 2221. Sunan Abi Daud, no. 3488)
Dalam Shahih Al-Bukhari, dari Jaabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhuma bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda ketika berada di Makkah pada tahun pembukaannya:
إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الخَمْرِ، وَالمَيْتَةِ وَالخِنْزِيرِ وَالأَصْنَامِ»، فَقِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَرَأَيْتَ شُحُومَ المَيْتَةِ، فَإِنَّهَا يُطْلَى بِهَا السُّفُنُ، وَيُدْهَنُ بِهَا الجُلُودُ، وَيَسْتَصْبِحُ بِهَا النَّاسُ؟ فَقَالَ: «لاَ، هُوَ حَرَامٌ»، ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَ: «قَاتَلَ اللَّهُ اليَهُودَ إِنَّ اللَّهَ لَمَّا حَرَّمَ شُحُومَهَا جَمَلُوهُ، ثُمَّ بَاعُوهُ، فَأَكَلُوا ثَمَنَهُ
“Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan jual beli khamr, bangkai, babi, dan patung-patung (berhala).” Maka ditanyakan kepada Rasulullah:
“Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat engkau dengan lemak bangkai haiwan? Kerana sesungguhnya ia digunakan untuk mengecat perahu, menyapu kulit, dan dijadikan minyak lampu oleh ramai orang.” Maka Jawab Rasulullah:
“Tidak boleh, ianya haram.” Kemudian beliau bersabda lagi pada ketika itu:
“Semoga Allah memerangi para Yahudi, sesungguhnya Allah mengharamkan lemak bangkai, tetapi mereka mencairkannya lalu mereka menjualnya kemudian memakan hasil darinya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2236)
Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H):
جمهور العلماء العلة في منع بيع الميتة والخمر والخنزير النجاسة فيتعدى ذلك إلى كل نجاسة
“Jumhur (majoriti) ulama menjelaskan ‘illat (sebab) dari larangan menjual bangkai, al-khamr, dan khinzir adalah kerana sifatnya yang najis. Maka, larangan ini mencakupi seluruh najis.” (Fathul Bari, 4/425)
Berdasarkan syarah dan huraian Al-Hafiz Ibnu Hajar, dari hadis ini dapat difahami bahawa dibolehkan untuk memanfaatkannya sebagai selain makanan, dan yang diharamkan oleh hadis adalah memperjual-belikannya. (lihat: Fathul Bari, 4/424-426)

Wallahu a’lam.

Sunday, May 11, 2014

Konspirasi

Dunia ni memang penuh dengan konspirasi atau tipu helah. Semoga Allah swt memberi petunjuk kepada aku agar senantiasa dilindungi dengan tipu daya dunia ini.


Amin.

Tuesday, May 6, 2014

Surah Al-Kahf 1-10

Pengenalan kepada Surah Kahfi
Musyrikin Mekah timbul rasa dalam hati mereka yang mungkin Nabi Muhammad itu memang seorang Rasul. Mereka takut juga kalau Nabi Muhammad itu benar seorang Rasul dan kalau mereka tak ikut, mereka dah buat satu kesalahan besar. Jadi bagaimanakah mereka nak pastikan benar atau tidak? Musyrikin Mekah kebiasaannya akan merujuk kepada pendita Yahudi. Ini kerana Kaum Quraish ini walaupun mereka ikut saki baki ajaran Nabi Ibrahim, tapi mereka tiada kitab rujukan. Mereka memandang tinggi kepada Pendita Yahudi dan dijadikan sumber rujukan mereka kerana mereka tahu yang Yahudi ada Kitab Taurat. Jadi mereka hantar rombongan kepada pendita Yahudi yang berada di Madinah masa itu. Dan bertanya macam mana nak tahu Muhammad itu benar atau bohong? Pendita Yahudi suruh mereka tanya kepada Nabi, tiga soalan. Kalau dia jawap dua dan tak jawap satu, maka dia adalah nabi yang sebenarnya.
Soalan pertama adalah tentang pemuda yang tinggal di dalam gua, soalan kedua tentang roh dan soalan ketiga tentang Zulkarnain. Maka mereka jumpa Nabi dan bertanya kepada Nabi soalan-soalan itu. Nabi pun jawap baginda akan memberikanjawapannya dan berdasarkan pengalaman baginda, selalunya akan mendapat jawapan esoknya, maka baginda suruh mereka untuk datang esok. Nabi tidak sertakan kata-katanya itu dengan ‘InsyaAllah’. Esoknya mereka datang dan Nabi senyap tak dapat jawap kerana baginda tidak mendapat wahyu lagi dari Allah. Hari-hari mereka datang jumpa Nabi dan mereka hina kepada Nabi. Mengikut riwayat, kejadian itu berlangsung selama antara 15 ke 17 hari. Nabi diuji Allah dengan tidak diberikan jawapan kepada soalan-soalan itu. Ini menunjukkan Nabi tak tahu ilmu ghaib. Selagi tidak diberitahu oleh Allah, baginda tidak tahu. Hanya tahu apabila Allah beritahu. Ini berbeza dengan kita sekarang, sampai ada yang boleh kata tok guru tahu ilmu ghaib, dengan tengok muka anak murid dah tahu apa yang anak murid itu buat. Itu termasuk syirik dalam ilmu. Nabi sendiri tak tahu ilmu ghaib, tapi bagaimana tok guru pula boleh tahu? Adakah tok guru itu lebih tinggi ilmunya dari Nabi?
Kelebihan Surah Al-Kahfi
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Ishaq, ia menceritakan ia pernah mendengar al-Barra’ bercerita, ada seseorang yang membaca surah al-Kahfi, sedang di dalam rumah terdapat binatang, tiba-tiba binatang itu pergi melarikan diri, lalu ia melihat dan ternyata awan atau mendung telah meliputi dirinya. Kemudian ia menceritakan hal itu kepada Nabi, maka baginda pun menjawap: “Bacalah surah al-Kahfi, kerana sesungguhnya ia merupakan ketenangan yang turun bersamaan dengan Quran, atau turun untuk al-Quran”.
Nabi juga pernah bersabda: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama surah al-Kahfi, maka ia akan dilindungai dari (fitnah) dajjal.”
Imam Ahmad juga meriwayatkan dari Abu Darda’, dari Nabi: “Barangsiapa yang membacasepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, maka ia akan dilindungi dari finah Dajjal.”
Yang penting adalah supaya kita belajar tentang apakah pengajaran dalam surah ini untuk menyelamatkan diri kita dari fitnah Dajjal. Bukan hanya membacanya sahaja. Surah sebelum ini adalah tentang golongan Islam ini – bangsa Yahudi. Dan ayat-ayat dalam surah Kahf ini adalah tentang orang Islam seterusnya – umat Nabi Muhammad.
Dalam surah sebelum ini, didalam ayat terakhirnya, telah disuruh untuk kita membacakan Alhamdulillah. Dalam ayat ini, dimulakan dengan membaca Alhamdulillah – sebagai menjawap suruhan dalam surah sebelumnya. Itu adalah kaitan antara surah sebelum ini dan surah Kahf ini.
Dalam surah sebelum ini, di dalamnya ada tentang bagaimana Nabi Muhammad telah diberikan kehormatan yang amat tinggi dimana Nabi telah menerima wahyu dari Allah sendiri dalam proses Isra’ Mi’raj. Itu adalah ketinggian yang paling tinggi manusia pernah sampai. Selalunya, wahyu turun kepada Nabi. Dalam surah ini, dimulakan ayat pertama dengan menyebut Nabi Muhammad menerima wahyu cara biasa – wahyu diturunkan kepada baginda.
Dalam surah sebelum ini, Nabi dipanggil dengan panggilan عَبْدِهِ. Dalam surah ini, sekali lagi Nabi disebut dengan status itu. Status hamba kepada Allah adalah satu status yang tinggi. Sehinggakan Nabi Muhammad sendiri dipanggil dengan panggilan itu.
——————————————————————————————
Ayat 1:
18:1
Transliteration
al-ḥamdu li-llāhi lladhī ʾanzala ʿalā ʿabdihi l-kitāba wa-lam yajʿal lahū ʿiwajā
Sahih International
[All] praise is [due] to Allah , who has sent down upon His Servant the Book and has not made therein any deviance.
Malay
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

الْحَمْدُ لِلَّهِ

Pujian itu milik Allah; Segala pujian. Samada satu pujian, dua pujian atau semua pujian adalah milik Allah. Semua pujian itu adalah hak Allah. Orang lain pun dipuji juga, tapi semua pujian itu sebenarnya milik Allah. Kerana walau bagaimana pun kita puji makhluk lain, kita sebenarnya memuji Allah. Kalau kita puji seseorang itu cantik, sebenarnya kita puji Allah juga kerana Allah lah yang telah menjadikan orang itu cantik.
Allah telah memuji diriNya sendiri dalam ayat ini. Allah telah mengajar kita bagaimana cara untuk memuji DiriNya.

الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ

Zat yang menurunkan kepada hambaNya, kitab Quran; Lihatlah, apabila Allah berkata segala pujian itu milikNya, Nabi Muhammad yang menerima wahyu ini tidak disebut nama dan pangkatnya, hanya disebut perkataan ‘hambaNya’ sahaja.
Allah memuji DiriNya sendiri dalam ayat ini kerana Dialah yang menurunkan Quran yang mulia kepada Nabi yang mulia untuk disampaikan kepada umat. Quran itu adalah nikmat yang maha besar yang Allah berikan kepada makhlukNya. Dengan Quran itu dapat mengeluarkan manusia dari kegelapan kesesatan kepada cahaya kebenaran.
Dalam ayat ini, kita bertemu tiga perkara pokok yang dibicarakan dalam Quran: Allah, Rasul dan Kitab. Allah menurunkan Kitab (Quran) kepada manusia melalui HambaNya (Nabi Muhammad). Dan Allah memuji DiriNya kerana Dialah yang menurunkan Kitab itu. Pujian bukanlah kepada Quran itu kerana ianya diturunkan Allah. Begitu juga para Nabi semua menjalankan tugas mereka yang telah diberikan oleh Allah. Segala pujian adalah hanya kepada Allah. Kerana kalau kita memuji sesiapa atau apa sahaja, ianya akan kembali kepada Allah. Maka ini, juga mengajar kita merendahkan diri kita kalau ada seseiapa yang memuji kita, kerana kalau ada apapun yang baik pada diri kita, ianya adalah dari Allah semata-mata.
Allah hendak mengingatkan manusia bahawa Dialah yang menurunkan wahyu itu kepada Nabi Muhammad. Quran itu bukan datang daripada selain Allah taala. Jadi, jangan kita ambil mudah dengan Quran ini. Ianya datang daripada Allah.

 وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا

Dan tidak mungkin sama sekali kamu dapati dalam Quran ini sebarang perselisihan. Ayat yang didepan dan dibelakang tidak ada perselisihan. Ayat dulu dan kemudian tidak ada perselisihan. Tidak ada langsung perselisihan dalam Quran itu. Berbeza dengan kitab agama lain yang mempunyai banyak sangat kesilapan dan kekeliruan di dalamnya. Quran memberi cabaran kepada manusia untuk mencari kesilapan yang ada dalam Quran. Cabaran itu diberikan dari dulu lagi, tapi tidak ada yang dapat mencari kesilapannya kerana tidak ada. Itulah yang hendak disampaikan dalam ayat ini.
Dari segi bahasa, perkataan عِوَجًا itu bermaksud kebengkokan. Contohnya, jalan yang benjol-benjol boleh dipanggil عِوَجًا. Begitu juga kekurangan yang ada pada manusia. Contohnya, seseorang yang berjalan bengkang bengkok. Ia juga bermaksud sesuatu yang tidak jelas, tidak boleh difahami. Sebagai contoh, ada orang yang bila bercakap dengan kita, akhirnya kita tak faham dia nak beritahu apa dengan kita. Tidak begitu dengan Quran. Apa sahaja yang Quran sampaikan, ada maksud yang hendak dibawa oleh ayat-ayat Quran itu. Ianya membawa kepada jalan yang lurus.
———————————————————————————
Ayat 2:
18:2
Transliteration
qayyiman li-yundhira baʾsan shadīdan min ladunhu wa-yubashshira l-muʾminīna lladhīna yaʿmalūna ṣ-ṣāliḥāti ʾanna lahum ʾajran ḥasanan
 Sahih International
[He has made it] straight, to warn of severe punishment from Him and to give good tidings to the believers who do righteous deeds that they will have a good reward
Malay
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

قَيِّمًا

Quran itu teguh maknanya; Lurus cara penyampaiannya. Perkataan قَيِّمًا itu bermaksud sesuatu yang berdiri tegak. Ianya terus berdiri tegak membawa manusia kearah jalan yang lurus. Quran itu tidak dapat diubah. Ia akan tetap memberikan peringatan kepada manusia. Ini adalah bandingan dengan kitab-kitab lain sebelum Quran. Kitab-kitab itu telah diubah oleh pemuka-pemuka agama sebelum Islam. Oleh kerana ianya telah diubah, maka penganut-penganutnya telah jatuh sesat. Quran akan tetap berdiri tegak, dari dahulu sampailah ke akhir zaman.
Tentu kita ingat dalam solat kita setiap hari, kita akan berdoa kepada Allah supaya menunjukkan kita ‘siraatal mustaqim’. Maka, dalam ayat ini, diberitahu kepada kita bahawa untuk mendapat jalan yang lurus adalah melalui Quran.

لِيُنْذِرَ

Supaya Nabi memberi ancaman; ancaman apakah yang dimaksudkan?

 بَأْسًا شَدِيدًا

Ancaman azab yang pedih; bagi sesiapa yang tolak tauhid. Iaitu mereka yang tolak pengesaan kepada Allah taala. Dan bagi mereka yang tidak mengambil peringatan dari Quran. Tidak mengendahkan langsung apa yang hendak disampaikan oleh Allah. Kepada mereka, akan diberikan azab yang amat pedih. Itu adalah balasan di akhirat kelak.
Ada satu lagi maksud lain. Perkataan بَأْسًا bermaksud kesusahan dan kepayahan. Samada dari segi ekonomi atau sosial. Dalam keadaan yang berat, ia boleh juga melibatkan peperangan. Apabila ada peperangan, macam-macam kepayahan akan dirasai oleh manusia. Ulama berpendapat ianya adalah kepayahan yang timbul dari fitnah Dajjal dan kesiksaan yang timbul darinya.
Allah tambah lagi perkataan شَدِيدًا dalam ayat ini, menambahkan lagi kehebatan dugaan itu. Ini bukan dugaan yang main-main.

مِنْ لَدُنْهُ

Daripada sisiNya; Di Mahsyar nanti. Dari sisiNya itu bermakna tidak ada yang dapat memberi siksaan seperti siksaanNya dan tidak ada pula yang boleh mengikat seperti ikatanNya.
Allah menggunakan perkataan لَدُنْهُ dalam ayat ini. Ada perkataan yang hampir sama – عند (inda). Dua-dua bermaksud ‘disisi’. Tapi perkataan لَدُنْهُ lebih kuat lagi. Kerana kalau kita gunakan perkataan عند, ia bermaksud seseorang itu ada sesuatu, tapi tidak semestinya dia ada benda itu bersamanya sekarang. Tapi kalau perkataan لَدُنْ digunakan, ia bermaksud seseorang itu ada sesuatu itu dan sedang ada bersamanya. Ini bermaksud, fitnah Dajjal itu pasti akan terjadi. Ianya tidak dapat dielakkan lagi. Kerana ianya adalah dari sisi Allah taala.
Berita tentang fitnah Dajjal ini diberikan kepada semua manusia, bukan kepada orang Islam sahaja.

وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ

Dan akan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman sempurna; orang mukmin adalah orang yang tidak buat syirik kepada Allah. Atau kalau dia pernah buat tanpa sengaja kerana dia tidak belajar lagi, dia telah bertaubat. Kerana banyak orang telah buat syirik kerana mereka tidak belajar. Mereka tidak tahu pun bahawa apa yang mereka lakukan selama itu adalah syirik. Mereka sangka dulu apa yang mereka buat itu adalah dari ajaran Islam, tapi sebenarnya tidak. Dan apabila kita membawakan dalil-dalil yang sahih dari Quran, mereka terima dengan rela hati. Mereka yang beriman adalah mereka yang beriman dengan ajaran dari Quran.

الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ

Iaitu orang orang yang melakukan amal soleh;
Orang yang beriman dalam hatinya, akan mudah untuk melakukan amal-amal yang soleh. Kerana mereka tahu bahawa iman bukan hanya dalam hati sahaja, tapi akan dizahirkan dalam amal perbuatannya.
Amal soleh adalah amal ibadat yang dibuat mengikut sunnah Nabi atau Quran. Amal selain dari itu akan ditolak. Iaitu amal-amal yang tidak ada dalil yang sahih. Amalan sebegini tidak diterima. Inilah yang dinamakan bidaah. Iaitu amalan baru yang tidak ada diajar oleh Nabi Muhammad. Sekarang banyak amalan yang sebegitu. Tidak tahu dari mana asalnya. Kalau ada yang kata Allah akan beri pahala tanpa mereka membawakan bukti dari Quran atau Sunnah, itu adalah dusta kepada Allah.
Orang-orang yang amalkan bidaah sebenarnya adalah pendusta atas nama Allah. Kerana dia kata amalan itu boleh dapat pahala padahal Allah dan Nabi tak pernah cakap. Dan dia sebenarnya telah buat syariat sendiri. Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa amalan bidaah adalah mereka yang mengambil tugas Nabi. Sepatutnya amalan syariat disampaikan oleh Nabi sahaja, tapi mereka telah ambil tugas Nabi dan buat syariat sendiri. Sesiapa yang buat syariat sendiri, dia akan masuk neraka tak keluar-keluar sampai bila-bila.
Lihatlah perkataan yang digunakan oleh Allah: orang beriman yang beramal soleh. Selalunya, Allah menyebut orang beriman sahaja. Tapi dalam ayat ini, tidak cukup dengan hanya beriman sahaja. Orang itu mestilah juga beramal soleh. Ini adalah kerana dugaan yang akan diberikan kepada manusia itu adalah amat berat, sampaikan kalau hanya beriman sahaja tidak cukup – kena beramal soleh juga.

 أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

Bagi mereka pahala yang baik; Iaitu kepada yang beriman dan mengamalkan amalan yang soleh, yang datang dari Nabi, mereka akan mendapat balasan syurga. Tidak jelas bahawa balasan yang diberikan itu adalah balasan di akhirat. Kerana ayat yang digunakan adalah ‘pahala yang baik’. Tapi dalam ayat yang seterusnya, Allah menyebut bahawa mereka yang mendapat balasan itu akan kekal ‘selamanya’. Oleh itu, tempat yang kekal itu hanya di syurga. Jadi, dari sini kita boleh faham bahawa balasan yang dimaksudkan adalah balasan di akhirat kelak.
Mereka akan mendapat balasan itu di akhirat kelak. Bukanlah ianya menidakkan mereka akan mendapat balasan juga di dunia. Kerana, Allah boleh memberi balasan yang baik semasa di dunia lagi. Kerana orang yang ada iman dalam hatinya, akan berasa tenang sahaja. Mereka tidak ada kerisauan dalam dunia ini kalau mereka berharap hanya kepada Allah.
Tapi, yang pasti seseorang yang beriman dan beramal soleh, pasti akan dapat balasan baik itu di akhirat kelak. Balasan di dunia, belum tentu lagi. Kerana kadang-kadang semasa kita di dunia, banyak halangan dan dugaan yang kita kena hadapi. Oleh itu, kita jangan berharap sangat akan dapat balasan di dunia. Dan jangan kita sedih kalau kita tidak dapat balasan di dunia. Kerana tidak semestinya Allah akan balas balasan baik itu di dunia.
Balasan yang baik itu hanya kepada orang mukmin yang beramal ibadat yang soleh sahaja.
————————————————————————————–
Ayat 3:
18:3
Transliteration
mākithīna fīhi ʾabadan
 Sahih International
In which they will remain forever
Malay
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
Mereka tinggal dalam syurga itu kekal selama-lamanya; Mereka bukan tinggal sekejap-sekejap sahaja. Mereka akan tinggal dalam syurga menikmati segala kemewahan yang tidak pernah terbayang dalam akal fikiran. Hasil dari usaha baik yang mereka lakukan dan iman yang tidak bercampur dengan syirik kepada Allah.
Menarik sekali perkataan مَاكِثِينَ yang digunakan. Ia bermaksud ‘menunggu-nunggu dengan mengharap’. Seperti kalau kita tahu kita akan mendapat hadiah, kita tunggu dengan tidak sabar. Begitulah yang dimaksudkan. Ahli syurga sentiasa dalam keadaan macam itu. Manusia memang sukakan benda-benda yang baru. Sebab itu kita suka mencuba benda-benda yang baru. Masakan  yang baru, permainan yang baru, baju yang baru dan sebagainya. Ianya memberikan kegemberiaan kepada kita. Kita akan bosan dengan sesuatu perkara kalau selalu kita dapat atau selalu kita buat. Jadi, ahli syurga akan tinggal dalam syurga selama-lamanya. Memang mereka akan mendapat nikmat yang tidak dapat dibayangkan semasa di dunia ini. Tapi kalau sentiasa dapat sesuatu benda itu, walaupun ianya memang hebat, tapi lama-lama akan bosan juga dengan benda itu. Tapi Allah memberitahu dalam ayat ini bahawa penghuni syurga akan tertunggu-tunggu untuk melihat apakah yang mereka akan dapat. Allah akan menambah dengan memberi benda baru. Jadi, penghuni syurga tidak akan bosan sampai bila-bila. Mereka akan gembira sentiasa. Maknanya, bukan sahaja mereka akan tinggal selama-lamanya, tapi mereka akan dihiburkan dengan benda-benda yang baru.
————————————————————————————
Ayat 4:
18:4
Transliteration
wa-yundhira lladhīna qālū ttakhadha llāhu waladan
 Sahih International
And to warn those who say, ” Allah has taken a son.”
Malay
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”.
Dan supaya dengan Quran itu Nabi memberi ancaman kepada orang-orang yang kata Allah mengambil anak; Iaitu ‘anak angkat’. Kerana kita telah tahu bahawa Allah memang tak beranak. Tidak pernah beranak dan tidak mungkin akan beranak. Jadi anak yang dimaksudkan adalah ‘anak angkat’. Hendaklah kita dalam mengajar tafsir Quran ini memberi ancaman tentang mereka yang mengambil makhluk sebagai ‘anak angkat’ Allah. Apakah maksudnya?
Manusia banyak yang memberi pangkat kepada seseorang atau sesuatu. Mereka akan mengatakan sekian-sekian orang itu adalah ‘pilihan’ Allah taala. Contohnya, mereka kata orang itu adalah wali. Itu seumpama mengatakan orang itu ‘anak angkat’ kepada seseorang. Kerana kita tahu, kalau seseorang itu anak angkat kepada seseorang yang besar, tentulah dia boleh minta tolong kepada orang besar itu. Jadi, kita berkawan dengan dia kerana kita hendakkan kelebihan orang itu, kononnya.
Mereka sendiri yang memberi pangkat ‘anak angkat’ itu kepada makhluk itu walaupun Allah tak pernah cakap pun. ‘Anak angkat’ itu mereka gunakan dalam penyeruan, dalam doa dan dalam ibadat mereka. Kerana mereka rasa kalau mereka bodek ‘anak angkat’ Allah itu, Allah akan beri apa yang mereka minta. Contoh perbuatan ini adalah orang-orang Musyrikin Mekah yang menyembah malaikat kerana mereka kata malaikat itu adalah anak perempuan Allah. Ini dipanggil ‘perantaraan’ atau dalam bahasa Arab dipanggiltawasul.
Allah tidak mungkin beranak seperti yang disebut dalam surah al Ikhlas.
112:3“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
Dan Allah tidak mungkin mengambil anak angkat. Seperti yang disebut di dalam ayat 17:111.
17:111Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!”
Begitu juga disebut dalam Az Zumar:4.
39:4Kalaulah Allah hendak mempunyai anak, tentulah Ia memilih mana-mana yang dikehendakiNya dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya; Maha Sucilah Ia (dari menghendaki yang demikian). Dia lah Allah, Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya.
Ayat dari surah Zumar ini mengatakan kalaulah Allah nak ambil ‘anak angkat’, tentulah Allah sendiri akan beritahu siapakah anak angkatNya. Kalau Allah nak ambil ‘anak angkat’, tentulah Allah akan pilih sendiri. Tapi tidak diberitahu di mana-mana sumber yang sahih bahawa Allah ada mengambil ‘anak angkat’. Jangan kita pandai-pandai nak beri pangkat ‘anak angkat’ Allah kepada sesiapa pun. Jangan kita kata sesuatu makhluk itu Allah sayang sampai kita kata kalau kita minta doa melalui dia, Allah akan dengar cakap dia. Tidak sama sekali. Kita kena minta sendiri kepada Allah. Tidak boleh pakai perantaraan.
Orang-orang musyirikin juga menyembah malaikat kerana mereka kata malaikat adalah anak perempuan Allah.
Lebih khususnya, ayat ini memperkatakan tentang penganut Kristian yang memang terang-terang mengatakan bahawa Nabi Isa/Jesus itu adalah anak Tuhan. Dalam surah Isra’ sebelum surah Kahf ini, perbincangan banyak berkenaan Bangsa Yahudi. Sekarang, surah Kahf ini memperkatakan tentang Orang Kristian pula.
—————————————————————————–
Ayat 5:
18:5
Transliteration
mā lahum bihī min ʿilmin wa-lā li-ʾābāʾihim kaburat kalimatan takhruju min ʾafwāhihim ʾin yaqūlūna ʾillā kadhiban
 Sahih International
They have no knowledge of it, nor had their fathers. Grave is the word that comes out of their mouths; they speak not except a lie.
Malay
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ

Tidak ada bagi mereka sebarang ilmu; iaitu tidak ada dalil langsung yang mengatakan bahawa Nabi Isa itu adalah anak Tuhan. Mereka hanya ada-adakan sahaja. Persoalan itu dibahaskan dengan panjang lebar. Dan orang-orang Kristian terpaksa mengadakan-adakan banyak sekali alasan untuk memperbenarkan akidah syirik mereka itu.
Begitulah juga dengan masyarakat Islam kita sendiri yang mengamalkan perantaraan dalam doa-doa mereka. Tidak ada dalil dari Quran atau hadis tentang dakwaan mereka itu. Mereka cakap itu bukan dari dalil Quran atau sunnah, tapi adalah sangkaan mereka sahaja. Atau mereka akan kata orang itu dan orang ini pun buat juga. Itu adalah dalil yang amat lemah sekali. Tapi sedihnya, ramai orang yang ikut.
Allah gunakan perkataan مِنْ عِلْمٍ dalam ayat ini. Ia bermakna, mereka tidak ada dalil sikit pun. Bukan nak kata mereka tidak banyak dalil, tapi sedikit pun tidak ada.
Tidak ada ketetapan apa-apa pun dalam agama mereka sebenarnya untuk mengatakan bahawa Isa itu adalah anak Allah. Sebenarnya, bukan semua orang agama Kristian mengatakan bahawa Isa itu anak Tuhan. Kerana pernyataan itu adalah pernyataan yang baru. Yang dibentangkan dalam persidangan Nicea. Dalam persidangan itu, ada dua puak. Ada yang mengatakan bahawa Jesus adalah Nabi dan ada yang mengatakan Jesus adalah anak Tuhan. Maka, telah dijalankan undian, dan yang menang adalah puak yang mengatakan Jesus anak Tuhan.

 وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚ

Dan tidak ada dalil dari tok guru mereka; Dan tidak ada juga dalil dari tok nenek mereka. Tok nenek itu termasuk juga guru-guru mereka yang mengajar ilmu yang salah. Tok guru yang dulu-dulu itu pun dapat dari guru-guru mereka juga. Mereka cakap tanpa membawa bukti dalil yang sah.
Tapi kerana tidak ada ilmu, mereka terima sahaja tanpa usul periksa. Itu semua adalah bohong semata-mata. Ingatlah bahawa apa-apa ilmu ugama, kena bawa dalil dan dalil itu mestilah dari Quran dan dari hadis. Barulah dikatakan dalil yang boleh diterima. Tidak boleh kita nak terima hujah akal dalam hal agama. Akal manusia macam mana hebat pun tidak mampu mencapai pengetahuan sesuatu hal itu tanpa bantuan dan ajaran dari Allah. Alangkah sedihnya apa yang terjadi kepada masyarakat kita sekarang. Mereka hanya menerima tanpa usul periksa kata-kata dari ustaz-ustaz mereka. Pada mereka, apabila seseorang itu sudah digelar ustaz, kata-kata dia tentulah benar. Tidak semestinya begitu. Kalau guru yang benar, dia akan membawakan dalil yang sah.

كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ

Buruk sungguh perkataan celupar yang keluar dari mulut mereka; marah betul Allah dengan apa yang mereka katakan itu.
Allah gunakan perkataan كَلِمَةً. Ianya bermakna satu kalimat sahaja. Sebab, kalau kata-kata yang banyak, perkataan kalam akan digunakan. Ini bermakna, kalau cakap satu kalimat yang syirik sahaja sudah berat dah. Apatah lagi zaman sekarang yang macam-macam perkara syirik yang dikatakan dan diamalkan oleh masyarakat kita.
Besar sekali apa yang mereka kata itu. Ini bermaksud mereka memperbesarkan selain dari Allah. Musyrikin Mekah mengatakan Allah ada anak, iaitu malaikat-malaikat yang mereka kata mereka itu adalah perempuan. Kristian pula mengatakan Isa a.s. itu anak Allah. Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah. Apabila mereka mengatakan Allah ada anak, mereka membesarkan selain Allah dan merendahkan Allah. Iaitu mereka mengatakan Allah memerlukan anak untuk mentadbir alam ini. Seperti mengatakan Allah itu lemah, maka Allah memerlukan makhluk lain untuk membantuNya. Ma sha Allah! Itu adalah syirik yang besar.

 إِنْ يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

Tidaklah mereka mengatakan melainkan dusta semata-mata; ajaran mereka tentang menggunakan perantaraan itu adalah dusta semata-mata. Walaupun mereka berniat baik, tapi kalau tidak membawa dalil bukti, itu termasuk dusta. Kerana dalam mengajar hal agama, kena bawa dalil.
——————————————————————————–
Ayat 6:
18:6
Transliteration
fa-laʿallaka bākhiʿun nafsaka ʿalā ʾāthārihim ʾin lam yuʾminū bi-hādhā l-ḥadīthi ʾasafan
 Sahih International
Then perhaps you would kill yourself through grief over them, [O Muhammad], if they do not believe in this message, [and] out of sorrow.
Malay
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ

Barangkali kamu akan membinasakan diri kamu Muhammad; Ayat ini ditujukan kepada Nabi Muhammad atau kepada sesiapa yang menyampaikan tauhid ini. Kalau dulu semasa diturunkan, ayat ini ditujukan kepada Nabi. Iaitu Nabi amat bersedih dengan kaumnya yang tidak mahu menerima ajakan tauhid dari baginda.
Perkataan بَاخِعٌ bermaksud mengganggu emosi seseorang yang sampai kepada tahap boleh membunuh. Macam kalau kita memaki seorang yang sakit jantung, sampai dia mati. Ianya adalah ‘membunuh tanpa menggunakan senjata’. Nabi Muhammad atas kesedihannya, teruk sangat sampai boleh membawa kepada kematian.
Mufassir ada mengatakan bahawa Nabi sedih sangat kerana dia telah ditunjukkan dengan kesan-kesan buruk yang disebabkan oleh agama Kristian itu. Dalam ayat sebelum ini, memperkatakan tentang ajaran sesat Kristian yang mengatakan tentang mereka mengambil Nabi Isa sebagai anak Tuhan. Jadi, ayat itu adalah tentang agama Kristian. Dalam ayat ini, ada digunakan فَ dalam perkataan فَلَعَلَّكَ itu. Ini bermaksud, ayat ini adalah sambungan dari ayat sebelumnya.

عَلَىٰ آثَارِهِمْ

Atas kesan-kesan mereka; tidak mahu beriman. Ini adalah kerana Nabi hairan kenapa mereka tidak juga mahu beriman. Setelah dibawakan dalil-dalil bukti, mereka masih tidak mahu beriman.
Apakah kesan dari Kristian itu? Kita kena lihat sejarah untuk memahami apakah yang dimaksudkan oleh ayat ini. Pada Zaman Kegelapan Barat, yang memegang tampuk pemerintahan adalah golongan gereja. Mereka mengusai masyarakat Kristian yang tidak berilmu. Masyarakat menganggap golongan gereja inilah yang dapat menyelamatkan mereka. Tapi dalam masa yang sama, ada juga anak-anak muda yang telah pergi belajar ke negara-negara Islam seperti Andalusia dan sebagainya. Waktu itu, Islam telah maju dalam bidang sains.
Apabila mereka yang telah belajar di negara Islam itu pulang, mereka telah membawa kemodenan bersama mereka. Kemajuan itu telah menggugat kedudukan golongan gereja yang selama ini boleh memperbodohkan masyarakat waktu itu. Jadi, golongan gereja melihat golongan terpelajar ini sebagai satu perkara yang perlu disesarkan. Maka, mereka telah menggunakan kuasa mereka yang ada untuk menjatuhkan golongan terpelajar itu. Mereka telah membunuh mereka, membakar perpustakaan, buku-buku mereka dan sebagainya. Mereka telah mencipta alat-alat seksaan untuk menyeksa orang-orang sains. Mereka kata mereka buat itu adalah untuk menyelamatkan roh mereka supaya mereka selamat di akhirat kelak.
Golongan terpelajar itu telah melawan balik. Akhirnya mereka telah berjaya mendapat kuasa. Inilah yang dinamakan Zaman Renaissance. Apabila mereka telah berkuasa, mereka telah menundukkan kuasa agama. Kerana mereka telah lihat bagaimana bahayanya orang agama kalau mereka berkuasa. Mereka tidak memusnahkannya terus. Cuma mereka merendahkan kedudukannya untuk kegunaan peribadi sahaja. Dalam hal-hal peribadi, boleh pakai agama, tapi dalam hal lain, kena pakai intelek manusia. Inilah konsep sekular. Inilah permulaan konsep sekular diperkenalkan dalam dunia.
Hasilnya, masyarakat semakin jauh dari agama. Tiada lagi kebergantungan kepada Tuhan. Mereka memandang bahawa dalam hal kehidupan, mereka hanya gunakan intelek sahaja. Agama sudah tidak ada lagi kesan dalam kehidupan. Hanya digunakan dalam hal-hal tertentu sahaja.
Model ini telah dibawa kepada negara-negara yang mereka jajah. Mereka juga telah menjajah kita dahulu. Konsep ini telah diterapkan dalam masyarakat kita. Oleh kerana itu, hal-hal agama hanya dalam perkara tertentu sahaja, seperti nikah kahwin, kematian, khitan dan sebagainya. Tapi hal undang-undang, pemerintahan dan hal-hal yang penting, bukan diambil dari agama lagi.
Itulah yang Nabi sedih sangat. Kerana baginda telah ditunjukkan kesan kerosakan yang dibawa oleh golongan Kristian itu. Asalnya agama mereka telah sesat. Mereka merosakkan lagi keadaan dengan menentang kemajuan sains yang dibawa oleh golongan terpelajar itu. Itu adalah kerana agama Kristian menolak kemajuan kerana ianya memang agama yang sesat. Kemajuan tidak boleh duduk bersama dengan agama Kristian. Lain dengan agama Islam. Islam tidak ada masalah dengan logik akal dan kemajuan sains. Tapi kerana kesan kesesatan ahli agama Kristian itu, semua agama telah terpalit dengan kebodohan mereka itu.
Produk yang mereka keluarkan adalah materialism. Mereka hanya memandang hal luaran sahaja. Mereka tidak mementingkan Tuhan lagi. Mereka hanya mahukan keseronokan dan bagaimana hendak memberi nikmat kepada badan sahaja. Tidak kepada batin lagi. Manusia sudah tidak melihat kepada kehidupan selepas mati, tapi hanya mementingkan kehidupan keduniaan sahaja. Nafsu tubuh badan dipuaskan semaksima mungkin. Kesan ini telah menyerap masuk ke dalam masyarakat Islam sendiri.

 إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ

Tidak mahu beriman kepada Quran ini.
Perkataan الْحَدِيثِ merujuk kepada Quran. Dari segi bahasa, ianya adalah bermaksud ucapan. Quran dirujuk juga sebegini kerana ia disampaikan dari orang ke orang yang lain dengan cara ucapan. Iaitu dibacakan kepada mereka. Quran akan tetap teguh dengan cara begini. Quran perlu dihidupkan dengan manusia bercakap tentang ayat-ayat Quran. Nabi takut manusia sudah tidak bercakap tentang Quran lagi. Itulah sebabnya baginda takut dan sedih.

أَسَفًا

Kerana sedih; Nabi rasa macam nak membinasakan diri baginda kerana baginda sedih sangat. Tidaklah Nabi membinasakan diri baginda. Tidak berlaku pun begitu. Nabi kehairanan kenapalah mereka tidak mahu beriman? Macam kita sekarang hairan kenapa banyak manusia yang bertawasul ini? Padahal tidak ada dalil pun perbuatan mereka itu. Apa mereka buat itu dah seperti orang kafir, macam Kristian, Hindu dan penganut Buddha dah. Tapi kerana mereka tidak belajar, mereka tidak nampak kesalahan yang mereka buat itu. Mereka hanya mengikut sahaja ajaran guru-guru mereka tanpa usul periksa.
Perkataan أَسَفًا bermaksud satu jenis kesedihan yang kita alami dan kita tahu kita tidak berbuat apa-apa tentangnya. Nabi sedih kerana apabila perkara itu terjadi, dia tidak ada lagi dalam dunia untuk melakukan apa-apa. Yang ada ditinggalkan adalah Quran sahaja. Jadi, hendaklah kita jadikan Quran itu sebagai pedoman kita untuk mengelakkan kita dari terjerumus ke dalam lembah materialism itu.
the one who kills: بَاخِعٌ
their footsteps: آثَارِهِمْ
narrations: الْحَدِيثِ
grief: أَسَفًا
———————————————————————————-
Ayat 7:
18:7
Transliteration
ʾinnā jaʿalnā mā ʿalā l-ʾarḍi zīnatan lahā li-nabluwahum ʾayyuhum ʾaḥsanu ʿamalan
 Sahih International
Indeed, We have made that which is on the earth adornment for it that We may test them [as to] which of them is best in deed.
Malay
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ

Sesungguhnya Kami menjadikan makhluk-makhluk yang ada diatas bumi;termasuk bumi dan segala yang ada di dalamnya. Dengan emas dan permatanya, tanamannya dan segala hasilnya. Semua itu adalah ‘makhluk’ – yang dijadikan.

 زِينَةً لَهَا

Sebagai perhiasan hidup di dunia sahaja; Supaya kamu dapat memilikinya. Kenapakah dijadikan semua itu? Dunia ini dijadikan sebagai tempat ujian sahaja. Bukan tempat tinggal yang kekal.
Dunia ini adalah sebagai tempat ujian. Dalam ayat sebelum ini, telah disebutkan tentang materialisma. Bagaimana manusia telah dirosakkan pegangan mereka sampai mereka hanya melihat perkara material sahaja. Mereka melupakan hal dalaman. Allah hendak mengingatkan bahawa semua material yang Allah jadikan di dunia ini adalah sebagai ujian kepada kita. Mereka yang mementingkan materialisma sahaja, akan memandang betapa cantiknya dunia ini dan melupakan hal-hal akhirat. Itu bermakna mereka telah gagal dalam ujian itu. Kita boleh gunakan dunia ini, tapi jangan sampai kita lupakan akhirat.

 لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Supaya kami dapat uji mereka siapa yang antara mereka yang terbaik amalan mereka; Bukan nak lihat siapa boleh buat terbanyak, tapi أَحْسَنُ – yang terbaik. Molek kalau kita buat sikit sahaja ibadat, tapi dalam bentuk terbaik. Bukan buat sambil lewa sahaja. Maknanya, kita melebihkan kualiti dari kuantiti. Dan lebih baik lagi kalau kita buat banyak-banyak semampu kita.
Sekali lagi Allah menyebut tentang amalan. Dalam ayat kedua, Allah menyebut bahawa orang beriman itu mesti mengamalkan amalan yang soleh. Oleh itu, kita kena jaga amal ibadat kita dan pastikan bahawa amal ibadat itu adalah berdasarkan dari sumber yang sahih. Itulah amalan yang baik. Tidak berguna langsung kalau amalan itu banyak, tapi bukan diambil dari sumber dan nas yang sahih. Ianya bukan sahaja tidak membantu kita, tapi akan menjadi sebab pula untuk kita diazab di akhirat kelak. Kerana itu semua adalah amalan bidaah. Segala amalan bidaah adalah sesat. Tapi guru-guru yang tidak berilmu telah mengajar bahawa ada amalan bidaah yang dipanggil ‘bidaah hasanah’. Mereka tidak faham apakah maksud bidaah hasanah itu. Apabila mereka tidak faham, anak murid mereka pun tidak faham. Maka bercambahlah amalan-amalan bidaah dalam masyarakat yang mereka labelkan sebagai bidaah hasanah. Mereka tidak sedar bahawa bukan mereka yang sepatutnya menentukan samada ianya baik atau tidak, tapi Allah. Allah telah mengajar Nabi Muhammad tentang apakah amalan yang baik itu. Dan Nabi telah sampaikan kepada sahabat-sahabat baginda dan mereka telah sampaikan kepada kita.
Kalau kita hendak mendapatkan janji Allah supaya ditempatkan dalam syurga kekal abadi, maka hendaklah kita pastikan amalan kita itu adalah amalan yang terbaik. Itu semua akan kita dapati apabila kita belajar hadis-hadis yang sahih.
—————————————————————————–
Ayat 8:
18:8
Transliteration
wa-ʾinnā la-jāʿilūna mā ʿalayhā ṣaʿīdan juruzan
 Sahih International
And indeed, We will make that which is upon it [into] a barren ground.
Malay
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.

وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا

Dan Kami akan jadikan apa yang ada dibumi itu,
Lihatlah penekanan yang Allah letakkan dalam ayat ini. Sudahlah ada perkataan إِنَّ, Allah tambah lagi dengan huruf ل sebagai penekanan lagi. Maknanya, tidak syak lagi, Allah akan buat. Jangan ada perasaan dalam hati kita yang Kiamat tidak akan berlaku. Ianya PASTI akan terjadi.

 صَعِيدًا جُرُزًا

menjadi tanah yang rata bersih; Ini akan berlaku apabila kiamat nanti. Waktu itu, semuanya hancur, tidak akan ada apa-apa lagi dah yang akan tinggal. Sebenarnya, kalau bumi ini bergegar tak berhenti-henti, tanah bumi ini semua akan hancur dan masuk dalam laut dan bumi akan jadi rata. Tapi Allah telah jadikan bumi ini tidak bergerak untuk keselesaan kita dan keselamatan kita. Tapi pada hari Kiamat nanti, semuanya akan hancur dan tidak akan tinggal apa-apa lagi dah.
Perkataan صَعِيدًا bermaksud ‘mengumpulkan debu’. Kalau kita tinggalkan sesuatu tempat itu tidak berpenghuni, lama-lama debu sahaja yang akan menutupinya.
Perkataan جُرُزًا bermaksud ‘tandus’, tidak ada apa yang boleh tumbuh lagi disitu.
———————————————————————————–
Ada empat kisah yang akan disebutkan dalam surah Kahfi ini selepas ini. Diantara kisah-kisah itu ada pengajaran yang Allah akan ingatkan kepada kita. Kisah pertama adalah kisah Pemuda Kahfi. Daripada kisah itulah diambil dan dijadikan tajuk surah ini.
Cerita Pemuda Kahfi selepas ini terjadi selepas Nabi Isa a.s. diangkat ke langit. Sebelum diutus Nabi Muhammad. Pemuda-pemuda Kahfi itu adalah pengikut ajaran Nabi Isa. Kahfi itu bermakna ‘Gua’ iaitu tempat pemuda-pemuda itu menyembunyikan diri dari raja mereka yang sesat yang menyuruh mereka meninggalkan agama tauhid. Mereka adalah pemuda-pemuda yang pegang tauhid. Ini adalah kisah mereka.
Atau ada juga pendapat yang mengatakan kisah mereka ini terjadi sebelum agama Kristian lagi. Kerana kalau mereka agama Kristian, tentunya Pendita Yahudi tidak akan ambil kisah tentang kisah mereka ini dan tidak akan simpan maklumat tentangnya. Ini adalah kerana mereka amat tidak sefahaman dengan orang-orang Kristian. Tapi, kita boleh lihat bahawa apabila pemuka Quraish bertanya kepada mereka tentang samada Nabi Muhammad adalah nabi atau tidak, Pendita Yahudi itu mengeluarkan kisah Pemuda Kahfi ini untuk ditanyakan kepada Nabi Muhammad.
Ayat 9: Permulaan kisah Pemuda Kahfi
18:9
Transliteration
ʾam ḥasibta ʾanna ʾaṣḥāba l-kahfi wa-r-raqīmi kānū min ʾāyātinā ʿajaban
 Sahih International
Or have you thought that the companions of the cave and the inscription were, among Our signs, a wonder?
Malay
Adakah engkau menyangka, bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ

Apakah kamu anggap penghuni gua itu,

 وَالرَّقِيمِ

dan batu bersurat; Batu bersurat yang menulis kisah mereka. Atau yang menulis nama-nama mereka. Ianya adalah satu bentuk tulisan yang tahan bertahun-tahun lamanya. Boleh bertahan berkurun-kurun lamanya.

 كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

adalah benda yang menjadi tanda-tanda Allah yang menakjubkan? Adakah kamu rasa tidur dalam gua itu beberapa tahus itu dah ajaib dah? Padahal Allah telah cipta semua yang ada dalam dunia ini, dari tiada kepada ada, lagi menakjubkan. Penciptaan langit dan bumi lagi menakjubkan. Padahal mereka yang Allah tidurkan itu adalah makhluk yang sudah wujud, cuma Allah tidurkan sahaja mereka. Bahkan ada banyak lagi perkara lain yang menakjubkan. Allah nak ingatkan kepada kita, jangan lupa melihat keajaiban lain dalam alam ini yang Allah telah jadikan.
Muqaddimah surah ini adalah tentang tawasul. Iaitu apabila Allah menjelaskan bahawa Dia tidak mengambil anak angkat. Sebelum itu cerita tentang Allah. Yang diberitahu dalam ayat itu adalah kita kena puji Dia. Dan kemudian, diceritakan tentang Quran. Berkenaan dengan lurusnya Quran itu. Dan kemudian diberitahu bahawa tugas Nabi adalah menyampaikan berita buruk dan berita baik. Maknanya, cerita dalam surah Kahf ini adalah tentang masyarakat yang sudah bertawasul dah waktu itu. Kalau kita sekarang bertawasul pula, maka kita pun macam mereka juga sebenarnya. Jadi cerita kesalahan yang dilakukan oleh manusia itu sama sahaja pada dasarnya dari dulu sampai sekarang.
Pemuda-pemuda itu dikatakan adalah anak-anak pembesar negara. Masyarakat waktu itu memang mengikut syariat agama tapi sudah melakukan syirik dengan mengamalkan tawasul. Macam Kristian sekarang pun, mereka bertawasul dengan Nabi Isa. Atau raja negeri itu telah syirik kerana sembah berhala. Dan pemuda-pemuda itu pegang syariat bahawa Nabi Isa adalah Rasul. Maka raja yang musyrik itu telah kata kepada rakyat bahawa kalau mereka tak sembah berhala, mereka akan dibunuh. Peristiwa dalam Quran ini berlaku setelah sampai kepada pengetahuan raja bahawa pemuda-pemuda itu telah mengamalkan agama yang benar yang bertentangan dengan apa yang Raja dan orang lain amalkan. Dia suruh mereka murtad balik. Kalau mereka tidak buat syirik macam mereka juga, dia akan bunuh mereka.
—————————————————————————————
Ayat 10:
18:10
Transliteration
ʾidh ʾawā l-fityatu ʾilā l-kahfi fa-qālū rabbanā ʾātinā min ladunka raḥmatan wa-hayyiʾ lanā min ʾamrinā rashadan
 Sahih International
[Mention] when the youths retreated to the cave and said, “Our Lord, grant us from Yourself mercy and prepare for us from our affair right guidance.”
Malay
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ

Ketika pemuda-pemuda itu lari ke gua yang besar; Mereka diberi peluang oleh Raja kerana mereka itu semua adalah anak pembesar. Mereka diberi peluang untuk mengubah agama mereka. Tidak terus dibunuh. Mereka telah diberi masa. Dan mereka dibenarkan pulang tapi mereka kena datang datang balik. Dan nama mereka telah ditulis. Itulah yang dikatakan وَالرَّقِيمِ itu – dituliskan nama mereka. Macam nama penjenayah yang akan ditampal di poster. Kerana mereka diberi masa itulah sebabnya mereka sempat lari.
Perkataan أَوَى bermakna mencari perlindungan. Macam kalau kita ketakutan semasa kita kecil, kita akan lari ke arah ibu kita dan memeluknya.
Makna الْفِتْيَةُ ialah ‘pemuda’. Itulah sebabnya mereka dinamakan ‘Pemuda Kahfi’. Dalam ayat 7 sebelum ini, telah disebutkan bagaimana Allah telah mencantikkan dunia ini kepada manusia. Dan orang-orang yang mementing materialisma, mereka hanya memandang dunia sahaja. Siapakah yang paling terkesan dengan dunia dan segala keindahannya? Tentulah orang-orang muda. Mereka inilah yang sedang banyak tenaga, rupa masih elok lagi, tanggungjawab kurang dan sedang meningkat naik dalam kehidupan. Merekalah yang banyak terjerumus dalam kehidupan maksiat, tanpa agama dan hanya suka berhibur sahaja. Tapi dalam ayat ini, Allah memberitahu kita bahawa ada pemuda-pemuda yang iman mereka kuat, jalan agama mereka lurus. Mereka telah mengambil keputusan untuk menyelamatkan agama mereka dan mereka lari menujuk kepada gua untuk menyembunyikan diri. Mereka itu anak pembesar-pembesar negara. Kalau mereka mahukan kemewahan dan nikmat dunia, mereka memang boleh dapat. Tapi iman mereka telah mendorong mereka untuk mengasingkan diri mereka dari orang-orang yang telah rosak akhlak dan agama mereka.

 رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً

Mereka berdoa: “wahai Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memelihara kami, berilah kepada kami dari sisi Kamu, rahmat yang khas”.
Allah mengingatkan kepada kita bahawa pertolongan hanya datang dari Allah. Kalau ada apa-apa masalah, pohonlah kepada Allah.

 وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Dan sediakanlah kepada kami dalam urusan hidup kami ini, suatu petunjuk;mereka meminta petunjuk dari Allah kerana mereka berada dalam masyarakat yang mengamalkan syirik. Mereka bermohon semoga kesudahan akhir mereka adalah di bawah petunjuk yang lurus. Maka kita hendaklah memberitahu masyarakat bahawa tawasul itu adalah perbuatan syirik. Sekarang dah banyak sangat dah yang mengamalkan tawasul ini. Mulanya mereka tahu bahawa mereka menggunakan Nabi, wali atau malaikat itu sebagai perantara sahaja. Kita takut, lama kelamaan, mereka akan terus berdoa kepada entiti itu sendiri. Kita takut macam orang Syiah sekarang. Mereka bukan minta kat Allah dah, tapi mereka terus minta kepada Huseein dah. Kalau mereka ada masalah, mereka berdoa kepada Hussein terus. Semoga masyarakat kita tidak jadi macam itu. Semoga kita boleh terangkan kepada manusia bahayanya tawasul itu sebelum terlambat.
Mereka memerlukan petunjuk dalam kehidupan dunia ini. Itu adalah petunjuk agama. Tapi dalam masa yang sama juga, mereka memerlukan petunjuk bagaimana untuk menyelamatkan diri. Allah telah memberi jalan kepada mereka untuk memilih satu gua yang sesuai untuk mereka menghilangkan diri.
Itu adalah cerita ringkas berkenaan pemuda gua itu. Ada enam orang pemuda semuanya. Mereka tahu bahawa kalau mereka tinggal lagi bersama kaum mereka yang mengamalkan syirik itu, mereka akan dibunuh. Semasa mereka dalam perjalanan hendak lari, mereka telah berjumpa dengan seorang pengembala kambing. Pengembala itu ada seekor anjing. Mereka telah ajar tentang tauhid kepada pengembala itu dan pengembala itu beriman dan akhirnya telah mengikut mereka. Maka, sekarang sudah ada tujuh orang dan seekor anjing. 
retreated: أَوَى
facilitate: وَهَيِّئْ
———————————————————————————-