Friday, July 29, 2011

Harimau Malaya



Balik kerja lincah hantar adik ipar aku ke Larkin kemudian terus menjadi Vettel di Highway Pasir Gudang. Perlu melihat sendiri Harimau Malaya beraksi di TV 'Singa Jadian'. Tetapi hampa dengan permainan separuh masa pertama dieorang. Stadium Nasional Bukit Jalil pulak macam gampang aku tengok padang nya. Padang kena la improve, ini aku tengok bola tu melantun-lantun.

Lepas Safee Sali jaringkan gol tu, semangat lain macam. Sekali 'Singa Jadian' jaringkan gol. Fahmi memang banyak selamatkan gawang Harimau Malaya. Malam tadi permainan Harimau Malaya macam tidak bermaya. Mungkin tekanan sebab expectation are high.

Negara rantau ASEAN ni kalau main bola, body contact sikit terus berguling macam tenggiling. Lebih-lebih lagi kalau tengah berada dalam kemenangan. Jatuh sendiri pun terus injured, medic masuk tepek-tepek ais terus OK. Medic Malaysia malam tadi boleh kira pakai jari masuk padang. Medic Singapura sibuk sahaja, asik jatuh injured sokmo pemain Singapura ni. Tiada sportsmanship langsung.

Apa-apa hal pun Good job well done Harimau Malaya.

No comments: