dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Showing posts with label JPJ. Show all posts
Showing posts with label JPJ. Show all posts
Tuesday, July 7, 2015
Lesen Memandu
Tahun 2013 aku ada saman lesen memandu mati dengan JPJ. Memang lupa siot. Lepas tu aku renew(kena renew 2 tahun terus sebab dah kena saman) kat pejabat pos serta bayar sekali saman tu. Fast forward ke hari ini. Semalam nak renew taboley kau!!!..*&^%%^$%$##@#@%^*
Hari ini aku telefon JPJ Johor dan setelah lebih kurang 15 minit aku telefon 073606060 tak dapat aku telefon JPJ UTC. Suruh dia check tapi.......ya ampun..lembab..Mintak direct line JPJ Johor bahagian lesen 073606144/43. Bila aku tanya pegawai JPJ tu, dia tak terima bayaran pun dari Pejabat Pos. aku macam WTF. Resit 2013 tu, celah Bedah mana nak cari woi. Hangin juga aku dengan pegawai ni sebab dia rasa macam bukan salah dia. Salah aku yang tak renew lesen. puiii..
Bertenang dulu..terus telefon Pejabat Pos Pasir Gudang. Akak Roziana tak silap aku nama dia. Kudos to her sebab willing nak check resit tu dalam sistem. Dia pun cakap dah hantar ke JPJ. Tapi JPJ menafikan sekeras-kerasnya. Kena bawa resit pergi JPJ untuk buktikan yang sudah bayar. Tu pun kalau jumpa resit tu. Kalau macam tu baik JPJ bukak kaunter pembayaran saman kat Pasir Gudang ni. Kan JPJ rajin buat roadblock, kalau rajin buat roadblock rajin la buka kaunter saman.
UPDATE - yang pelik bin hairan bila check dalam MyEG tiada saman..SMS 15888 pun tiada saman. aku kena game dengan JPJ ke camne ni?...TAPI bila check dalam website JPJ ada pulak. %^#$@#%^$^%^%^&%*^&*^^$%$##@@!@&(*_)(+_
Kenapa aku dengan JPJ ni mesti ada konflik setiap tahun? hahaha..
Tuesday, February 24, 2015
Aku dan JPJ......LAGI
Seperti mana yang anda tahu, saya bukan sahaja mat kilang tapi juga mat rempit. Merempit ke tempat kerja. Dalam sebulan mesti kena tahan roadblock JPJ. Kalau tak percaya cuba tanya pengguna motosikal Pasir Gudang......krik...krik..krik...yang jarang kena tahan tu biasa hati kering, selamber lawan arah bila nampak roadblock atau tuah di kaki beliau.
Berikut adalah lokasi biasa JPJ buat roadblock di kawasan Pasir Gudang.
- 1.482936, 103.904484 - Jalan masuk ke Taman Bukit Dahlia dari Jalan Litar/Pusat Bandar.
- 1.476539, 103.896185 - Jalan Besar nak masuk ke Persiaran Dahlia. ke KPJ Pasir Gudang.
- 1.453801, 103.918683 - Sebelum Petronas Jalan Gangsa.
- 1.471064, 103.900412 - Susur ke kiri Jalan Mawar.
- 1.486807, 103.933311 - Jalan Kota Masai 1 menghala ke Jalan Kota Masai
- 1.477873, 103.909943 - Jalan Litar dari Jalan Bandar
Aku faham JPJ nak jalankan tugas. Memang salah aku tak check rotax motor. haha..Biasa aku letak reminder tapi tahun lepas ada aral melintang renew rotax lambat dah tarikh tu dah bertukar dan SEE YOU IN COURT..Di sini aku nak usulkan cadangan macam dalam twitter aku.
- Buat iklan mendidik pengguna seperti periksa cukai jalan, jangan buat U-turn dan bermacam lagi. Buat la iklan menyentuh jiwa sikit. Duit jual no plat kan ada. RM500000 lepas sangat buat iklan.
- Bagi peluang kepada pengguna jalanraya. Contoh, buat sistem untuk periksa kesalahan pengguna. Contoh kalau pengguna pernah melakukan kesalahan cukai jalan mati, terus keluar kompaun. Kalau belum pernah kena, kasi amaran.
- Buat roadblock tu biar ada SOP. Ini tidak, park tepi jalan terus tahan motor lalu lalang. Nampak sangat kan kau suka cari kesalahan orang.
sekian.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
2:53 PM
Wednesday, October 1, 2014
Level Baru VLT Tinted Kenderaan sehingga 30%
Untuk mereka yang yang masih tidak tahu macam aku.
Cermin depan VLT masih 70%. Cermin driver dan co-driver VLT 50%. Cermin seat belakang serta cermin belakang VLT 30%.
Semakin rendah peratus VLT semakin gelap la cermin tu. Eh aku guna Proton iRiZ. Macam smart tapi yang paling cikai topup RM1k dapat BLM SE aku. Aku letak gambar Proton iRiZ so aku boleh cuci mata sebab nak beli memang idok la,

5:09 PM
Thursday, October 10, 2013
Saman Ekor - Nak Bayar atau Tidak?
Kena saman ekor lagi masa raya dan bulan lepas baru dapat surat kat kampung. Terus kena bebel dengan Datin Tomirah bawa kereta laju sangat padahal Saga je. Pening nak bayar atau tidak lepas tu terbaca pasal artikel bawah ni........................
Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.
Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta.
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
3:31 PM
kategori
JPJ,
PDRM,
pesanan masyarakat,
saman ekor
Friday, January 4, 2013
Cara Menghadapai Polis Yang Secara Terang Meminta Rasuah
Kadang-kadang selagi tak kena tak tahu apa rasa. Macam aku tadi rasuah polis trafik. cibet. Macam terpana, dah kasi RM50 baru terfikir kalau la.haha. but its too late. Rasa berdosa pulak dah kasi rasuah kat polis tu. Tapi entah polis tu rasa bersalah atau tidak wallahualam.
Memang aku salah sebab tak pakai tali pinggang. Biar lah aku disaman at least reminder la pada aku untuk pakai tali pinggang. Aku malas pakai seat belt sebab kereta pinjam yang aku guna tu tak selesa seat belt dia. Macam nak jerut aku kat seat tu. Tapi nasi dah jadi bubur so aku nak ingatkan pada korang semua. Ini bukan rekaan. Aku percaya ramai pernah kena.
**masa kena tahan tu lupa suruh isteri aku rakam senyap2. dan aku pulak macam blur2. kalau situasi ini berlaku terhadap anda, sila siap sedia rakam perbualan sebelum turunkan cermin kereta. Rasa berdosa pulak bagi RM50 tu kasi polis trafik tu. ntah semak mana sorang lagi. Sebelum ni aku pernah kena tahan dengan JPJ tak pasal tali pinggan tapi OK je dia just suruh aku pakai tali pinggang.
Apa yang anda perlu buat ketika menghadapi situasi sebegini berdasarkan pengalaman aku lah?
1- standby rakam dalam telefon jika telefon anda canggih. biarkan polis tu habis cakap. maksud aku kau diam je sehingga dia mintak suapan. Pastikan kamera dapat rakam perbualan dan dapatkan nombor badan polis ni.
2- duit tu dia akan lipat dalam kereta atau dia akan suruh selit pada buku saman.
3- lepas dia dah ambil, baru la kita lantun balik dengan polis tu. Pastikan IC dan lesen memandu dah pulang balik.
* Dah lama ke pakcik buat kerja macam ni? Saya sebenarnya lebih rela kena saman RM300..eh RM150 sebab dapat diskaun 50% sebab bayar cepat. Boleh pulang balik duit RM50 sebab saya rakam perbualan pakcik tadi.
* Pegawai tu sembunyi celah mana tepi jalan? Kalau betul nak cari duit lebih jual la goreng pisang tepi jalan ke, jangan dok tepi sembunyi tepi jalan cari salah orang. Memang saya salah tidak pakai tali pinggang tapi salah saya tidak diambil kira di akhirat kelak. Kesalahan pakcik mintak rasuah tu confirm lah di ambil kira.
* masa dia beredar, jerit "See you in court. Saya dah rakam pakcik terima rasuah." Pecut laju tengok dia kejar tak.haha. Ini sudah extreme la. Tunggu polis tu patah balik atau tidak.
p/s: semakin lama kita hidup semakin banyak dugaan kita akan hadapi sebab hidup ini sebenarnya dugaan. Sesetengah orang didugakan dengan kekayaan. Allah swt nak lihat kekayaan itu dilaburkan ke duniawi atau akhirat. Sesetengah orang didugakan dengan miskin, Allah swt nak lihat samada orang tu mampu berusaha mencari rezeki halal atau sebaliknya. Jangan emosi sangat bila kita dihadapkan dengan dugaan sebab setiap dugaan yang kita hadapai ini sebenarnya adalah untuk memperingatkan supaya dekatkan diri pada yang Esa. Tarik nafas panjang-panjang dan hadapi dugaan dengan akal dan iman.

Polis Trafik - IC dan lesen. Tadi pegawai saya nampak encik tak pakai tali keledar. Saman RM300. Tapi saya boleh tolong padam nama. RM50 sahaja. Nak bayar RM50 ke bayar RM300?

8:00 AM
kategori
JPJ,
kekemaskinian,
ketidakpuashatian,
PDRM,
penipuan,
pesanan masyarakat
Monday, November 26, 2012
Oh Bengkel Kereta
Aku sangat berangin bila rasa di tipu. Lepas insurans dah keluarkan surat untuk repair kereta aku di bagi tahu kena bayar RM300. Sebab kereta kena hantar Puspakom..bla..bla..surat JPJ. Yang aku geram tu sebab bengkel tidak being honest. Surat permohonan JPJ untuk potong kereta serta caj ke Puspakom sampai RM300. Banyak tu RM300.
Bengkel ni ingat aku ni lampi sangat ke nak buta-buta bayar RM300? Puihh. Aku telefon JPJ dan Puspakom. Memang sah bengkel ni nak main kasar dengan aku. Lepas sain surat JPJ aku tanya surat JPJ manede kena bayar dan Puspakom pulak caj paling mahal tak sampai RM200. Lepas bertikam lidah baru la dia admit yang aku kena tanggung kos paper work, upah runner, caj Puspakom...bla..bla..
Siap ada surat untuk aku kena sain on-da-spot untuk bayar RM300 masa ambil kereta lagi. Kalau aku tak sain paper work aku tak gerak dan makin lambat proses kereta aku boleh siap dan ambil. Nak ambil cuti, member aku sorang tengah cuti panjang. So tiada pilihan melainkan sain surat 'pow' bengkel tu.
Aku pelik kenapa aku kena bear semua kos tu. Memang la itu kereta aku, tapi kau jugak yang berani tarik kereta aku masuk bengkel ko. Yang aku geram tu bengkel ni macam nak tipu aku so aku kena tanggung kos paper work semua. Agak-agak semua bengkel ke macam ni? Kalau macam ni at least bengkel kena bagitahu option whether aku nak uruskan sendiri atau bengkel uruskan. Then bengkel kasi tahu perkara yang perlu aku buat kalau nak uruskan sendiri.
p/s: bila Harimau Malaya mengiau..meow..Jangan jangkit kat Harimau Selatan sudah. Apek tumbuk bola macam tumbuk Luniey. Semacam kekuatan die. Nampak 'bola' Luniey ke nampak bola sepak?

5:11 PM
kategori
harimau malaya,
johor fc,
JPJ,
kegampangan,
kekeretaan,
kesiasatan,
ketidakpuashatian
Friday, August 26, 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir Batin
Di kesempatan ini, aku dan keluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada pembaca blog ini yang seco'et, rakan-rakan mengaji(SMKABP, MRSM Muar, KMJ, UM) dan rakan sekerja.
Zaheen akan mendapat duit raya tahun. Tahun lepas aku still dapat duit raya masa raya di kampung pak mertua aku. Ok. Sekian.
p/s: berhati-hati di jalan raya. aku yakin speedtrap bersusun.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:28 AM
kategori
JPJ,
keislaman,
kekeretaan,
kemenangan,
raya,
zaheen
Thursday, July 21, 2011
JPJ, Selekoh dan Aku
Barua. Semalam semata-mata nak pergi aktifkan i-Akaun KWSP, pergi TESCO Seri Alam. JPJ atau PDRM atau Polis Trafik memang pandai mencari lokasi di mana kita tiada masa untuk pemandu mengenakan tali pinggang. barua..siapa suruh tidak pakai tali-pinggang. haha.. Lepas je selekoh baring terus ada road-block..cibai..Aku memang pasrah la tengok JPJ dah kat depan dengan aku tidak pakai tali-pinggang.
Memang kena tahan serta kena keluarkan IC dan lesen. Aku malas nak bertekak tetapi bini aku tak nak mengalah bertekak dengan JPJ tu. Aku redha je, nak saman, saman la. Zaheen pulak jeling je JPJ tu sebab budak kecik ni sibuk memandang panorama di luar kereta. Luckily JPJ tidak saman sambil sound dengan kerek suruh pakai tali-pinggang.
Buat apa aku nak pakai tali-pinggang, kan kereta aku dah ada air-bag. haha..seperti biasa tidak mahu kalah. LOL.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:58 AM
kategori
JPJ,
kegampangan,
kekeretaan
Saturday, April 23, 2011
Saman Ekor Di Hapus
sumber : themalaysianinsider
KUALA LUMPUR, 23 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan lagi sistem perangkap kelajuan, yang menjadi sebahagian daripada punca rungutan mengenai notis saman ekor selama ini.
Sebaliknya Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada para pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.
Sistem perangkap kelajuan menggunakan kamera telah digunakan hampir dua dekad oleh PDRM.
“Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” kata beliau kepada pemberita di Shah Alam hari ini.
Banyak pihak mempertikaikan notis saman yang dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.
Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu, antara Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor.
Bagaimanapun kata beliau, jika dikenakan saman pemandu-pemandu terbabit mesti menjelaskan saman.
“Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar,” katanya dipetik Bernama Online.
Khalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini di mana ada anggota polis yang menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian dan menahan pesalah trafik.
Khalid kemudian memberitahu sidang media bahawa kehadiran anggota polis secara ketara dalam operasi lalu lintas telah dimulakan tidak berapa lama dahulu.
“Jangan terkejut bila kena saman... kita tidak seharusnya menyorok, kita akan keluar dan menguatkuasakan undang-undang,” katanya.
Mengenai usaha PDRM membanteras gejala samseng di kalangan masyarakat India di Selangor, Khalid berkata selain didakwa di mahkamah, polis juga melakukan tindakan pencegahan.
“Tahun lepas 300 orang telah kita tahan di bawah undang-undang pencegahan, tindakan terhadap gangsterisme dibuat secara berterusan itu sebab tidak ada kumpulan kartel jenayah atau mafia yang berkuasa di negara ini,” katanya.
Khalid juga berkata PDRM tidak lagi melihat belia dan persatuan belia sebagai pelanggan sebaliknya melihat belia sebagai rakan dan persatuan belia sebagai rakan kongsi.
Baru nak hapus lepas aku dah bayar? Refund la PDRM.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
11:11 PM
kategori
JPJ,
keduitan,
kepolitikusan,
ketidakpuashatian,
saman ekor
Tuesday, March 8, 2011
Saman Ekor
Sejak orang berebut-rebut bayar saman, adakah anda tahu?
Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.
Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta.
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b)Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.
Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.
Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.
Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan.
JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50.
Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah.
Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.
Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran.
Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan.
Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya. Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010. JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman.
Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI 3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.
Tahukah anda hanya 700000 saman dibayar pada tempoh lanjutan pembayaran saman?
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:37 AM
kategori
aduan,
JPJ,
keduitan,
kegampangan,
ketidakpuashatian,
penipuan,
realiti
Subscribe to:
Posts (Atom)