Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Thursday, August 6, 2015

iOS | Panggilan Kecemasan | Locked Screen

Hari ini nak ajar sikit bagaimana pengguna iPhone boleh tetapkan panggilan kecemasan jika berlaku kecemasan terhadap tuan iPhone.

Sedia maklum sekarang ramai pengguna telefon pintar lepas tu bawa superbike.eh..Kesempatan ini aku nak nasihat kepada penunggang superbike..Jual motor tu kalau anak atau isteri atau keluarga. Kenderaan di Malaysia signal semua rosak. Abang kepada kakak ipar aku baru meninggal kemalangan langgar lori masuk simpang tak bagi signal naik Z1000.

Aku bukan anti-superbike tapi nak nasihat je. Nak bawa superbike masuk litar Pasir Gudang. Cikaro pun ado..ehh. Selagi sikap pengguna jalanraya tak berubah kat Malaysia ni, jual superbike anda tak pun kasi aku pakai lenjan kat litar Pasir Gudang. ok dah melalut.

Kembali kepada pengguna iPhone. Tidak perlu download app bagai. Perkara yang penting adalah setup Medical ID dalam iPhone anda. Dalam tu boleh letak nombor untuk dihubungi jika berlaku kecemasan. Boleh letak satu keluarga punya nombor telefon, betul tak tipu. Ada medical Conditions, Medical Notes dan bermacam lagi.

Untuk orang yang tak guna iPhone juga perlu tahu buat apa jika nak tolong orang(pengguna iPhone) yang ditimpa kemalangan. Jangan tolong snap gambar lepas tu upload kat social media..NOOOOO. Ikut langkah print screen di bawah.

TEKAN EMERGENCY

TEKAN *MEDICAL ID

Paparan seperti di atas akan keluar.

Mari daftar redONE dengan aku. Serius berbaloi woi. RM8 je sebulan.

Monday, December 30, 2013

Tidur Di Tengah Jalan Raya

Tadi balik dari stock take (chewah macam orang finance pulak), di lampu isyarat sebelum Panasonic jumpa orang 'tidur' siap pakai selimut tengah jalan. Ada 'air liur' basi sekali. Budak sekolah kot sebab nampak kat motor dia tersangkut rapi beg sekolah baru.

Dah dua kali jumpa orang tidur di tengah jalan. Sebelum ni selimut guna zink je. Semoga Allah swt melindungi aku masa menunggang motosikal. Amin.

Wednesday, August 28, 2013

NCB NCD

Tahun lepas kereta aku terlibat dalam kemalangan. Kereta berhenti di lampu isyarat, tiba-tiba kereta belakang hentam kereta aku dan secara tidak langsung kereta aku langgar kereta depan.

Nak dijadikan cerita roadtax aku expired bulan depan dan aku nak renew sekali NCB aku jadi kosong. 45% tu hangus begitu sahaja. Aku difahamkan yang kereta depan claim insurans kereta aku bukan kereta paling belakang. Masalahnya yang salah adalah kereta paling belakang sebab kalau kereta Wira tu tak langgar kereta aku, aku tak langgar kereta depan aku.

Pelik aku insurans punya polisi. Sangat unfair. Kalau beli rumah pun sama, ada part yang unfair bagi pihak pembeli. NCB to apa? NO-CLAIM-BONUS. NCD sama je NO-CLAIM-DISCOUNT.

sekian.

UPDATE:
Aku tak puas hati sebab tidak jelas kenapa NCD jadi kosong so aku call RHB insurans. Setelah ditendang bak bolang ke sana sini. Akhirnya, berjaya bercakap dengan orang yang sepatutnya. Lepas aku cakap situasi aku. Terus dia cakap, nanti I release NCD you. Bengkel lambat hantar keputusan polis pasal kemalangan tu.

Beza lebih kurang tiga ratus gak tu. Kesimpulannya jangan putus asa.

Tuesday, October 30, 2012

Surat Hitam dan Malang Tiada Bau

Apakah perasaan anda bila cuba di ugut oleh seseorang yang makan garam dulu dari kita serta mempunyai kuasa pentadbiran? Agak-agak kalau aku 'gegar' kawasan tu apa akan terjadi? Orang macam ini seharusnya di ajar supaya beliau ingat langit tinggi atau rendah. Sebagai seorang suami mesti kita protective terhadap isteri dan keluarga.

Kalau diikutkan safety boot aku ni memang nak 'gegar' tapi baik aku serahkan pada-Nya untuk membalas 'jasa' beliau.


Gambar di atas menunjukkan kereta aku yang hilang 'dara'. Ini macam petunjuk untuk angkat kereta baru. haha. Syukur Zaheen, mak buyung dan kandungan selamat. Kereta yang hentam tu pakai brek basikal, itu pasal tak berapa nak cengkam lantas menyondol kereta aku. Zaheen pulak memang diajar kalau dalam kereta dengan isteri aku mesti masuk baby car seat. Berdasarkan keadaan kereta selepas accident, body kereta mesti lari sikit seterusnya boleh menjejaskan pemanduan. Kesimpulan kena beli kereta baru....*pengsan.

Semoga dipermudahkan segalanya. Amin.

p/s: apa kejadah Johor FA main kat Stadium Pasir Gudang dan Johor FC main kat Stadium Tan Seri Hassan Yunos? Tak perlu beli pemain mahal-mahal. Cari pemain dari akar umbi. Jangan bazir sangat duit tu. Membazir kan amalan _______.

Monday, October 29, 2012

Tempurung Kepala dan Tesco

Raya korban aritu sempat ziarah member aku, Kadon. Dulu lepas SPM selalu lepak depan rumah Kadon. Sepatutnya kahwin raya korban ni tapi tangguh. Aku baru tahu yang Kadon ni kemalangan. Bahagian depan tempurung kepala dah tiada. Luluh la siot hati aku tengok keadaan die. Bukan salah die pun masa kemalangan. Kereta himpit motor dia dan dia langgar tembok dekat flyover Pelangi Indah.

Ada darah beku dalam otak. Tempurung(depan) kepala kena buka. Lepas dah buang darah beku, doktor check tempurung lama tak boleh guna sebab dah retak. Tengah tunggu claim socso untuk dapatkan tempurung artificial. Kadon cakap kejap je tapi berdasarkan kerenah birokrasi, konfem lambat lagi.

Nasib pakai helmet, kalau tak mesti dah pecah kepala hentam tembok. Tapi helmet hanya mengurangkan risiko kemalangan OK. Semoga Kadon tabah menghadapi dugaan ni.

Lepas tu aku nak kompelin TESCO Seri Alam ni. Macam tahi. Aku dah banyak kali terkena. Harga barang bila scan kat cashier lain dari harga yang dia pamerkan. Beza seposen dua ok lagi ini 3 4 ringgit tu. So kalau korang nak beli barang kat TESCO Seri Alam, bawa pen marker. Mark harga based yang kau ambil dari rak barang tu. Sistem salah ke, salah susun barang ke. Customer Always Right.

p/s: BPL season ni musuh Liverpool adalah referee. sekian.

Tuesday, May 29, 2012

Himpunan Sejuta Belia 2012 - Kemalangan Drag

Aku dengar limpa salah salah seorang mangsa terpaksa dibuang sebab hancur. Kementerian Belia dan Sukan memang 0 dalam SAFETY.


Tuesday, October 25, 2011

Lagi kejadian langgar budak(sampai mati) di China


Belum reda pasal mendiang Yueyue dilanggar, satu lagi kejadian hampir sama di barat China. Tapi kali ini kenderaan lagi 'heavyweight' iaitu LORI. Pemandu lori, Yong melanggar budak malang itu Xiong Maoke, 5 tahun dua kali untuk memastikan budak itu betul-betul mati sebab ia lebih murah berbanding bil hospital.

ibu mangsa hanya mampu melihat mayat anaknya.

Maoke berjalan kaki dari sekolah sebelum ia dilanggar oleh lori itu. Pemandu lori itu berbalah dengan keluarga mangsa yang menuntut pampasan. Perbalahan hampir 7 jam sementara mayat Maoke dibiar di bawah lori berkenaan.

Thursday, October 6, 2011

Steve Jobs(Pengasas Apple Inc) Meninggal Dunia


p/s: Al-Fatihah buat ex-factory mate aku, Awei yang meninggal dunia kemalangan semalam.

Wednesday, May 25, 2011

Brek Kecemasan


Hari ini nyaris aku langgar kereta. Salah aku? Mari aku terangkan situasi sebenar. Ada kereta dah beri signal untuk masuk jalan aku, so aku off kan NOS motor agar aku tidak cium bontot kereta tu. Kereta ini datang dari bahu seberang jalan. Mungkin dia park untuk punch lepas itu baru cari parking. Instead masuk jalan aku, kereta ini melintang, rupa-rupanya nak masuk parking di bahu jalan kanan aku.WTF.

Masa ni dah berderau dah, brek belakang sampai tayar ngokot sambil mengimbang motor agar tidak jatuh. Motor aku berjaya berhenti 3 4 inci dari bahagian depan kereta tu dan berada di bahu jalan. Rasa macam nak hisap rokok Lucky Strike masa ni. Pengawal keselamatan tempat kerja driver hampir malang ni menjerit memberi amaran. Aku hanya toleh tengok driver kereta itu yang macam tergamam dengan muka sebengis Singa Aslan.

Aku berlalu dari tempat kejadian mengenangkan perlu punch sebelum pukul 8.15 pagi.

p/s: siapa mahu tengok konsert Zainal Abidin boleh beli dengan aku. ntah bila dan di mana konsert tu aku pun tak tahu. memang dasar orang tua tidak sedar diri kaki kikis duit cikgu.

Friday, February 25, 2011

Anjing Liar


Aku nak sentuh topik ini sebab baru tadi aku lihat after scene terlanggar anjing. Aku pula dilanggar anjing aka Johnny tapi aku bernasib baik Gelombang X aku tidak cedera. Anjing liar di kawasan perindustrian di Pasir Gudang aku tengok macam cendawan tumbuh selepas hujan.

Kembali kepada kemalangan pagi tadi. Ia membabitkan sebuah motor yang dinaiki sepasang suami isteri dan seekor anjing. Pasangan suami isteri itu telah tiada di tempat kejadian atau telah di papah ke dalam kereta manakal seekor anjing kelihatan terbaring di seberang jalan. Tiada siapa yang tolong anjing itu manakala geng anjing yang cedera itu menyalak macam bulan tengah mengambang.

Apa aku nak tekan kan di sini adalah MPPG seharusnya mengambil berat perkara ini sebab ia membabitkan nyawa mereka yang bekerja di kawasan perindustrian especially yang menaiki motor. Sekian.