Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, August 5, 2013

Kad Pengenalan - Kad Touch & Go

Tahukah anda hampir semua rakyat Malaysia mempunyai kad Touch & Go. Cuba lihat bahagian belakang kad pengenalan anda. Tertera logo Touch & Go. Cara mendaftar? Hanya pergi ke kaunter/tol tambah nilai Touch & Go. Itu sahaja. Aku dah cuba semalam tambah nilai di tol...jakun...

Mintak resit supaya dapat no siri kad dan register kad di E-Service Touch & Go untuk memantau baki dan penggunaan kad anda.


Disebabkan aku baru renew kad pengenalan so tarikh luput lambat lagi. Aku percaya tidak ramai yang memaksimumkan penggunaan kad pengenalan. Aku telah keluar dari kelompok tu. haha. Semoga selamat perjalanan pergi dan balik.

Salam Aidilfitri Untuk Semua Umat Islam Di Seluruh Dunia. Maaf Zahir & Batin.

Monday, September 10, 2012

Ribut dan Raya

Mujur sekarang jalan untuk ke Pasir Gudang ada banyak alternatif. Semalam terperangkap dalam jem sebab pokok tumbang serta banjir di highway Pasir Gudang. Aku potong masuk Taman Megah Ria..sekali pokok tumbang sana-sini.

Pemilik S3 sudah mintak patah balik tapi biasa la lelaki degil. Aku dah lupa berapa banyak jalan aku redah pastu terpaksa patah balik sebab jalan dihalang pokok tumbang. Kesian aku tengok. siap ada bomba datang. Pertama kali aku masuk kawasan yang baru dilanda ribut.

Memang devastating. Ramai penduduk keluar rumah tolong clearkan pokok yang tumbang di tengah jalan. Duduk di kawasan berdekatan laut memang risiko ribut ke? Ada satu rumah tu awning dia terkepak naik ke atas bumbung rumah dengan baju-baju yang disidai sekali.

Gambar ada snap tapi pada pemilik S3. Semoga mangsa ribut tabah dan bersabar. Dah puasa enam?

Monday, August 27, 2012

Isnin

Aku rasa ini pertama kali aku cuti panjang sejak mula bekerja. Seperti biasa status FB serta Twitter akan banyak menyentuh mengenai kerja.

Aku? Selongkar meja cari leave form yang belum hantar kat HR. Cuti sudah tapi form belum hantar. jahanam gaji aku bulan ni kalau tak hantar.

Tuesday, August 14, 2012

Kasut Raya Baru

Semangat betul nak sambut raya. Kereta dan motor juga tidak ketinggalan. Semalam motor baru tukar kasut baru sebab tayar lama asik nak kena pam setiap kali nak gerak. Berbonggol-bonggol tayar tu masa check. Bocor tiga hingga empat tempat. Nasib tukar kasut belakang je.

Kereta pulak kasut spare, maklumlah rim sukan sebiji dah kena curi so pakai tayar spare untuk ganti yang hilang sebiji tu. Secara tidak langsung memerlukan satu lagi tayar spare just in case. Walaupun once in a blue moon tapi sediakan payung sebelum hujan.

Sejak digelarkan IP phone Man dalam kilang dek masalah telefon yang menyebabkan company rugi jutaan ringgit, tekanan hampir buat aku puasa tak cukup. Barua punya vendor. Lembu punya minyak gua dapat nama. Jom cuti seminggu!!..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Friday, August 10, 2012

Iklan Raya BERNAS 2012

Batal puasa tak kalau nangis?

Friday, September 9, 2011

Arnab


Semalam balik kerja aku perasan seekor arnab di seberang jalan depan rumah aku. Mesti arnab tu terlepas. Aku biarkan arnab tu sebab mesti tuan dia cari. Malam tadi ada kawan se-MRSM aku (AC bukan Mizal, Farid bunge, Izwan kecik dan isteri Seha) datang beraya di MALAM JUMAAT. haha..Abaikan capslock jika anda masih bujang.

Masa dieorang balik arnab tu masih lagi di kawasan petang tadi aku nampak ia berada. Aku ambil keputusan untuk bawa masuk letak dalam laman rumah. CT dan Tehcik boleh pulak nak bergurau main kejar-kejar dengan arnab putih tu. Aku bawa masuk dalam kawasan rumah aku sebab takut anjing liar makan arnab tu. Comel tu, rugi la kalau mati. Hari ini aku nak tanya jiran tuan punya arnab ni.

Sebelum ni pernah ternampak rumah ada bela arnab tapi tak sure yang mana satu. Aku masukkan arnab tu dalam sangkar. Nak kasi makan apa? Takkan makanan CT dan Tehcik kot. So terpaksa aku 'ragut' rumput depan rumah aku. Sebab masa aku angkut arnab tu dia tengah ragut rumput. Last-last bini aku kasi lobak dan sawi jepun. Mewah arnab ni. Tak kan aku nak keluar pergi kedai nak beli pallet arnab tengah-tengah malam.

p/s: Sesi Pemilihan Pemain Bolasepak Piala Presiden Johor FC 2012
Tarikh : 17-18hb Sep 2011 bermula jam 730pg
Umur : 21 Tahun (Lahir Tahun 1991)
Tempat : Padang Kompleks Nusa Mutiara Tebrau JB..(pdg Belakang)
Sekiranya berminat, Sila Hubungi Coach Yazid 017-7701694

Monday, September 5, 2011

Petknode - Hotel Haiwan Peliharaan atau Neraka haiwan Peliharaan


Culprit?



Memang aku tidak boleh belah pasal ni. Sayu tengok anak kucing terbaring kaku disebelah ibunya. Kawan sekolah aku ada lagi banyak gambar kucing mostly dan anjing yang terbiar dalam so-called hotel haiwan peliharaan tu.


CT dan Tehcik aku minta tolong jiran aku untuk kasi makan dan jengah-jengah. Biar la kucing aku bergaduh dengan kucing hitam jahat dari terkurung dalam sangkar dan terbiar beberapa hari. Tengok gambar di atas ni. Luluh hati beb, owner Petknode nak saman orang ramai yang pecah masuk hotel haiwan itu.



Lagi gambar di Facebook kawan aku Ekin. Bukan Ekin Mawi OK.

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir Batin



Di kesempatan ini, aku dan keluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada pembaca blog ini yang seco'et, rakan-rakan mengaji(SMKABP, MRSM Muar, KMJ, UM) dan rakan sekerja.

Zaheen akan mendapat duit raya tahun. Tahun lepas aku still dapat duit raya masa raya di kampung pak mertua aku. Ok. Sekian.


p/s: berhati-hati di jalan raya. aku yakin speedtrap bersusun.