Saturday, July 6, 2013

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA



1.0 LATAR BELAKANG

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) berhasrat untuk mencipta logo yang menjadi identiti serta tanda pengenalan imej organisasi dan diguna pakai dalam kesemua aktiviti pameran atau percetakan dan dalam mana-mana acara atau majlis rasmi Kementerian.
Penciptaan logo baharu KBS selaras dengan peranan serta hala tuju baharu KBS dengan berpandukan visi, misi dan objektif Kementerian ini dalam mengangkat martabat belia, sukan dan kemahiran.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN
2.1 Mewujudkan logo baharu KBS bagi menggambarkan “core business” sebenar Kementerian.
2.2. Memberi peluang kepada masyarakat untuk mengambil bahagian.

3.0. SYARATPERTANDINGAN, SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO DAN BORANG PENYERTAAN

3.1. Syarat dan Terma Pertandingan
a) Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 40 tahun.
b) Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang.
c) Semua ciptaan mestilah Asli dan tidak diceduk/ditiru/diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar Negara.
d) Semua logo yang diterima oleh Urus Setia Pertandingan Logo Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan menjadi hakmilik Kementerian dan tidak boleh dikembalikan. Kementerian berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi Kementerian.
e) Pemenang akan menerima hadiah tunai, plak beserta sijil penyertaan.

3.2. Spesifikasi Reka Bentuk Logo

a) Reka Bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ciplak.
b) Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21 cm x 29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik dan dilekatkan pada kertas tebal atau “mounting board” dan juga disediakan dalam bentuk „softcopy‟ menggunakan format AL (Adobe Illustration) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan software terkini yang bersesuaian.
c) Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan
d) Reka cipta logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) warna tetapi tidak melebihi lima (5) warna.
e) Berciri gabungan moden dan futuristik mengambarkan belia, sukan dan kemahiran serta mampu menggambarkan identiti, imej KBS dan mempunyai ciri-ciri semangat kesukanan, kerjasama dan kerja berpasukan (teamwork).
f) Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.

3.3.3 BORANG PENYERTAAN
a) Setiap peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang disediakan.
b) Maklumat peserta hendaklah dicatatkan dengan jelas di belakang hasil karya masing-masing iaitu:
 Nama Penuh;
 Nombor Kad Pengenalan;
 Alamat Penuh; dan
 Nombor Telefon.
 Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy sama ada melalui:Pos; atau Emel (dalam format .ai dan .jpeg)
Penyertaan dibuka mulai 1 Julai 2013 ( Isnin) hingga 15 Julai 2013 ( Isnin )
.
Sebarang penyertaan yang diterima selepas 15 Julai 2013 tidak akan dilayan oleh pihak Urus Setia
Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut;
Urus Setia
Pertandingan Mencipta Logo KBS
Unit Komunikasi Korporat
Aras 8, Menara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Lot 4G4, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62576 PUTRAJAYA.
Telefon : 03-88713278

Pastikan di sebelah atas kiri sampul tertulis `Pertandingan Mencipta Logo KBS ’
Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

4.0 METODOLOGI PENILAIAN

4.1. Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima peserta
yang menyertai pertandingan ini.
4.2. Penilaian akan dijalankan melalui penelitian terhadap layout/design logo yang dihantar kepada Urus Setia Pertandingan.

5.0. HADIAH PERTANDINGAN

5.1. Hanya satu reka bentuk logo sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Pemenang hanya layak menerima satu hadiah tunai dan sijil penghargaan sahaja.

6.0. PANEL PENILAI

6.1. Penilaian akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai yang dibentuk bersaingan.
6.2. Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel
Penilai.
6.2. Panel Penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan.
6.3. Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo yang disertai sekiranya perlu
6.4. Logo yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia.

7. HADIAH

7.1 Johan akan menerima wang tunai RM 2,000 berserta sebuah plak dan sijil penyertaan.
7.2 Tempat kedua akan menerima wang tunai TM 1000.00 beserta sebuah plak dan sijil penyertaan
7.3 Tempat ketiga pula akan menerima wang tunai RM 500.00 beserta sebuah plak dan sijil penyertaan.
7.4. Semua pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus Setia melalui telefon atau surat atau email.
7.5 Majlis penyampaian hadiah akan dilakukan dalam satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian.

No comments: