Saturday, July 10, 2010

Amalan Membuang Sampah Merata-rata Semakin Serius

Bukan sahaja di PPR Pantai Permai malah di taman juga masih ada manusia tiada Honda sivik. Yang akil baligh pun buang sampah merata. Apatah lagi yang masih budak belum sunat..

Dah sedap main depan rumah sewa aku sambil menikmati jajan, cantik sungguh plastik jajan di buang schlumberger. Aku tak pasti didikan apa mak bapak budak ni berikan ketika membesar. Bak kata pepatah, "Melentur buluh biar dari rebungnya". Tak kan mak bapak budak-budak ni perlu diberikan Honda Civic i-VTEC 1.8 baru menjelma perasaan sivik tu?!..
Aku cakap pasal sampah sebab aku baru lepas sapu+kutip sampah depan+kanan luar-pagar rumah aku. Lori kutip sampah tak pandang sampah di luar tong sampah. Mereka lebih prihatin terhadap sampah di dalam tong sampah. Aku tidak akan bertoleransi dengan budak-budak membuang sampah merata. Lastik serta sumpit sudah aku susun rapi di sebelah pintu utama..Just in case.

Dengan lafaz...
Aku memulakan kempen Jangan Membuang Sampah Merata-rata.
p/s: doakan aku menang lawan MPPG petang ini.

1 comment:

Alets said...

Salam sejahtera Encik seorang penghuni di PPR Raya Permai?