Monday, July 5, 2010

Masa Depan Bolasepak Malaya Selepas Piala Dunia 2010

yang mungkin tiada masa depan....

Seperti mana yang anda tahu, Piala Dunia 2010 Afrika Selatan sudah hampir di penghujung. Pasukan muda Jerman yang paling menyerlah. Jerman pernah digelar kuda tua ketika Piala Dunia 1998. Lothar Matthäus ketika itu berumur 37 tahun. Musim lepas, kelab-kelab di Bundesliga menghabiskan £75 juta untuk pembangunan bolasepak remaja. Malaysia?!...RMK yang ke berapa ribu aku pun tidak ambil tahu. Rancang memang NOMBOR SATUMALAYSIA..ACTION...........senyap..

Surat khabar Kosmo aku lihat ada tajuk "Ambil iktibar Piala Dunia - Devan". Ia merujuk kepada kekalahan pasukan pilihan di Piala Dunia 2010. Aku ingat ambil iktibar pasal barisan muda Jerman. Liga Super akan membuka tirai malam esok. Mari bercakap pasal bolasepak tempatan. Kenapa pasukan Selangor boleh dilihat sebagai pasukan yang agak giant berbanding dengan pasukan lain?! Mungkin TV3 selalu condong ke arah Selangor memandangkan TV3 terletak dalam negeri Selangor. Tetapi sepanjang aku belajar di kawasan Lembah Klang, bolasepak dikawasan ini memang meriah.

Masa aku training bola(wakil kolej kediaman) setiap hujung minggu, kadang-kadang aku berkongsi padang dengan budak akademi bola mana ntah. Umur semua bawah 15 tahun. Memang comel tengok budak-budak ni main. Parent budak-budak ini duduk tepi padang macam picnic bagi sokongan kepada anak-anak mereka. Setakat ini aku belum jumpa situasi ini di Johor. Kawan aku dalam kilang ini dah lima tahun buka akademi bolasepak di Pasir Gudang. Dia pernah luahkan apa yang berlaku terhadap keadaan bolasepak akar umbi di Johor. Memang sedih. Wakil rakyat?!..Masalah penduduk pun makan puluh-puluh tahun nak selesaikan, apatah lagi bolasepak.

Bayaran untuk sebulan kalau masuk akademi(member aku) ini tidak sampai RM20(bayaran orang gila pun tidak murah macam ini) berbanding dengan akademi-akademi di Selangor yang melebihi RM200. Selagi akar umbi bolasepak Malaya tidak diambil perhatian...Jangan mimpi untuk ke Piala Asia menerusi kelayakan..Apatah lagi Piala Dunia.

Aku rasa sampai bila-bila kita akan sokong pasukan bolasepak negara lain. Baru-baru ini FAM 'merehatkan' jurulatih Harimau Muda, Mohd Azraai Khor Abdullah serta pembantunya Azman Eusoff dan jurulatih penjaga gol, P Mohana Sundram. Jemu aku dengan apa yang berlaku dalam FAM.

-Sultan Bola-

p/s: boot baru aku akan mendarat di KLIA pada 17 Julai 2010.

No comments: