Monday, May 31, 2010

Saga : Snap & Win


Disebabkan aku merupakan golongan yang memakai Proton Saga. Secara tidak langsung aku eligible untuk masuk pertandingan Saga : Snap & Win.

Kepada pemilik Saga di luar sana sila masuk pertandingan Saga : Snap & Win ini. Semua keluaran kereta Proton Saga boleh sertai pertandingan ini termasuk yang model zaman 80-an.

Tips untuk menang pertandingan Saga : Snap & Win adalah:
  1. Sila cuci+polish+wax bagai.
  2. Guna kamera DSLR supaya gambar nampak lebih menarik
  3. Kepada yang tiada kamera telefon bimbit pun boleh yang 1.3 megapixel..haha..(ini digalakkan supaya chance untuk aku menang tinggi)
  4. Sila hantar sebelum 18 Jun 2010.(hantar selepas pun boleh & sangat digalakkan agar sekali lagi chance aku untuk menang tinggi)
Selamat mencuba pemilik Proton Saga di luar sana.

Analisis Nuffnang April 2010

Khas buat pasangan yang bakal bertunang pada 19 Jun 2010.
Wawa & Acop

Sunday, May 30, 2010

Pesta Bogel


Hajat di hati nak tengok Shrek Forever After 3D di Today's Mall Ulu Tiram tapi ada kejutan lain untuk aku serta mak buyung aku.

Pesta bogel?!..bogel 90% sahaja. Menarik bukan dapat tengok 18SX secara live & exclusive. Tapi sebelum tu nak review pasal Shrek Forever After ni. Jalan cerita memang menarik sebab ia berkaitan dengan keadaan mereka yang sudah berkahwin. Perkara yang akan senantiasa diulangi hari-hari sebagai seorang bapa.

Tapi Puss in boots memang comel walaupun gemuk.haha..3D ni memang nampak gambar dia seolah-olah timbul..Apa-apa hal pun 4 dari 5 bintang(dah macam Mentor la plak).

Apa yang pesta bogel?!..mari lihat gambar-gambar yang telah sempat aku snap.

Saturday, May 29, 2010

Gelak ketawa 3D di hujung minggu

Apa-apa hal pun sila load dulu video di atas. Lepas tu baru baca ok.


Wayang 3D pertama di Johor terletak di Today's Mall Ulu Tiram. Tahniah untuk semua warga Ulu Tiram. Aku tumpang gumbira sebab aku akan lalu Ulu Tiram kalau balik kampung Felda Air Tawar 5. Esok akan aku post kecanggihan yang tiba-tiba wujud di kawasan hulu di Ulu Tiram ni.

Jadual perjalanan aku adalah ke SC Proton di Plentong - Shrek Forever After 3D - padang Bomba Pasir Gudang. Selamat berhujung minggu.

Friday, May 28, 2010

Tiada lagi subsidi?


Bermula dengan isu pemberian lesen judi 'halal'. JAKIM sunyi sepi..PERKASA lagi la..PEKIDA lagi la hampas. Sekarang cadangan subsidi ingin dimansuhkan. Kalau penduduk Malaysia semua pendapatan satu keluarga lebih RM5000 aku rasa mungkin boleh dilaksanakan.

Merungut?!..Ya sebab permansuhan subsidi ini akan mewujudkan chain-reaction bak kata cikgu Kimia aku di MRSM.

-sekian-
 baru nak emo-emo di pagi hari yang tidak cuti..sekali ada kerja daa..mari kerja..kerja...

Thursday, May 27, 2010

Command net send


Sebelum nak ajar pasal command net send ni nak story dulu. Masa aku tahun pertama di UM, ada satu kursus luar fakulti yang perlu diikuti di perpustakaan UM. Semasa mengikuti kursus ini, aku serta beberapa rakan se'degree'an dicampur dengan budak degree lain. Kursus ni dijalankan dalam lab komputer dalam library tu. Macam biasa la pilih komputer yang nun jauh kat belakang.

Nampak la budak-budak course lain. Masa pengajar tu tengah sibuk membebel kat depan, ada yang sibuk main internet. Salah seorang kawan aku ni memang 'hustler' bab-bab komputer. Dia boleh buat dajal dengan menggunakan command prompt. Salah satunya menggunakan arahan net send ni. Arahan net send ni kira ok dari arahan shutdown(nanti aku cerita pasal arahan shutdown). Sambung balik pasal arahan net send ni. Mana awek-awek yang gatal main internet aku dan kawan-kawan aku akan hantar arahan net send kepada awek-awek yang gatal tu..

Contoh arahan: y5211695 adalah nama komputer.


Hasil arahan di mana ia akan muncul pada komputer penerima. Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah:
  • Servis Messenger perlu dipastikan aktif. Windows XP SP2 biasanya tidak mengaktifkan servis Messenger secara automatik.
  • Untuk mengaktifkan servis Messenger, Control Panel - Administrative Tools - Services - Messenger.

Ini adalah contoh. Ini aku hantar kepada diri sendiri sebab kalau aku hantar kepada awek lain..alamatnya takde dinner untuk aku..haha..

Wednesday, May 26, 2010

Kepada Salesman/women tidak beradab

Baru balik Tesco. Orang ramai namampus.

Lepas parking terus ada salesman cakap pasal immobilizer masa aku keluar kereta. Cakap nak beri kesedaran dan blah..blah pasal kecurian kereta. Sekali dia nak buat demonstrasi kat kuda puteh aku macam mana nak curi kuda puteh aku. Dia seluk bahagian atas tayar depan belah driver. Aku pulak macam blur-blur. Terus aku cakap "tak payah susah-susah, nak cepat ni".

Goyang jugak aku kot-kot kena pukau ke apa. Berputeh mata aku tengok kuda puteh aku lesap. Masa dalam Tesco tu singgah Cool Blog jumpa kak Masrina HR kilang aku..(ok ini takde kena mengena).

Sepanjang aku kat Pasir Gudang, salesman melayu yang aku jumpa semua kurang adab dan terdesak mahu dapatkan pelanggan. Pastu kalau approach pastu gagal(setelah bergelen air liur habis..kadang-kadang tak modal air liur pun), cuba provoke.Macam tadi, tiba-tiba ada saleswoman offer aku stiker suruh tampal kat bonet dan cermin depan. Aku pun pegang la stiker tu..dan..dan terus dia ajak duduk. Aku nak dah la nak cepat sebab takut ramai orang.

Terus aku cakap "takpe lah, nak cepat ni". Masa tu kebetulan bini aku tengah kepit aku. Masa nak beredar dari situ aku dengar suara sumbang salah seorang salesman kat situ. Lebih kurang camni la dia cakap.."Kena kepit dengan bini la". Ingat aku kena QC aka quality control queen control ke?!..heh..

dah la pelajar kelas bini aku jahanamkan kelas diaorang. Patahkan kerusi, koyakan jadual dan pendek kata menongkang pecahkan kelas setelah berjaya mengugut seorang pelajar untuk memberi kunci kelas. Lepas tu sekor-sekor tak nak mengaku dan salah seorang dari mereka anak orang sekilang dengan aku. Cuba korang bayangkan masa awal-awal dulu bukan main lagi mintak suruh cat kelas dan cantikkan. Yang pedajal kelas tu anak-anak bangsa aku. Bini aku cerita la punya luluh tengok keadaan kelas tu.

Dugaan...Nya...

Istiwa

Ma maknahu istiwa?(walaupun masa PMR bahasa arab aku tak berapa nak A tapi..hehe..)

Pada masa ini, matahari betul-betul berada di atas Kaabah. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk menentukan kiblat.

Fenomena ini akan berlaku pada 28 Mei 2010 dalam pukul 5.18 petang di Malaysia.

Apa yang anda perlu buat? Sila pacak sebatang kayu(seelok-eloknya kayu tegak) atas tanah dan pastikan ia 90 darjah. Lihat bayang-bayang yang terhasil dari kayu itu.

Tuesday, May 25, 2010

Amaran Kubis/Kobis untuk wanita


Kobis/kubis bulat atau dalam bahasa ibunda aku, cabbage merupakan sejenis sayur(jika anda tidak tahu).

Apakah sebenarnya kesan apabila manusia spesies perempuan memakan kubis?

Jawapannya adalah SEKIRANYA MAKAN KUBIS, IA AKAN MENYEBABKAN KEPUTIHAN KELUAR DARI FARAJNYA. Apabila disebut sahaja keputihan ramai orang perempuan memang tahu apa bendanya kerana kini ia menjadi masalah yang lumrah pada kebanyakan perempuan sama ada anak dara atau yang sudah berkahwin. Fakta ini diakui oleh seorang doktor wanita pakar sakit puan yang dipanggil untuk membincangkan masalah sakit puan di TV3 satu masa dahulu.

Doktor perempuan pakar sakit puan ini berkata,"Penyakit keputihan adalah penyakit normal yang dihidapi oleh orang perempuan. Ia hanya akan mendatangkan masalah apabila kuantiti keputihan yang dikeluarkan ini terlalu banyak hingga menyebabkan secondary infection". Dari kenyataan doktor perempuan ini, apa yang dapat disimpulkan di sini ialah bahawa doktor perempuan ini juga mengalami masalah keputihan.

Saturday, May 22, 2010

Ternyata Rokok Tidak Merbahaya...

Ramai orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki oleh beberapa pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak berbahaya. Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itu nenek moyang kitapun telah membuktikannya melalui beberapa percubaan.

Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sehat walafiat. Untuk lebih jelasnya dapat dibuktikan lewat penemuan oleh beberapa dari ahli di bawah ini:
Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang doktor. Mereka selalu bersama kemana saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.

A. dr Jon Prawan (suka main perempuan)
B. dr Jon Walker (suka minum minuman keras)
C. dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok)

Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba ketiganya bertemu dengan sebuah ketel/kendi (seperti cerita Aladin). Lalu salah seorang mengambilnya lalu meng-gosok2kan ketel tersebut. Sejurus kemudian asap keluar dari corong ketel tersebut dan secara perlahan berganti menjadi satu makluk yang menyeramkan yakni sesosok jin yang ganas.

Lalu jin tersebut tertawa: 'Ha ha ha...' dan berkata 'Akulah Jin Ifrit! Karena kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan kamu sekalian. Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan kemauan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup mereka. Lalu mereka memilih kemauan mengikuti kegemaran masing-masing.

Berkatalah si A,'Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.
Pufff ........!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A.

Berkata si B, 'Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.'
Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C,'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.'
Pufff ........... !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan si C.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.

Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak bisa karena tidak sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu dengan perempuan.
Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit karena hari-hari mabuk-mabukan. Jalan pun terhuyung-huyung.
Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!

Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin Sambil memaki si jin.
Dia berkata: JIN GOBLOKKKK ...!!!! MANCISNYA MANA ...???!!!

Safety Lesson-nya : 'Rokok Tidak akan berbahaya, sepanjang tidak ada mancisnya'

Friday, May 21, 2010

Bakal menyusul : Reebok Valde Pro II

Mula-mula nak beli yang ini. Reebok Valde Pro.

Tapi SG je yang tinggal FG dan HG sudah tiada saiz.

Jadi terpaksa tukar kepada Reebok Valde Pro II.

Sekarang apa yang aku perlu buat adalah tunggu bulan Julai. Aku pesan kat adik ipar aku yang tengah rajin belajar kat Bristol.hehe..boot Reebok kat Malaysia ni tak banyak pilihan dan harga memang luar bajet aku.Ditambah pula dengan matawang Pound yang tengah rendah ni. Kenapa Reebok?! Sebab ini je peluang aku untuk rasa barang UK. haha...batak betul kamu semua.

Masa sekolah menengah aku ada pakai boot Puma masa kat MRSM. Masa kat SMKA aku pakai Topper tapi ada senior aku tu hilangkan boot aku tu..cam cibet..pastu tak nak ngaku padahal dia yang pakai..nama senior tu Siput..dia skinhead masa tu..so aku cam goyang la dengan ke'skinhead'dan dia. So kalau Encik Siput terbaca blog aku ni..bak sini ganti rugi!!..haha.

Setakat ni aku dah rasa boot UMBRO XAI. Ni zaman awal-awal masuk UM.

Pastu Mizuno. Masa ni zaman sudah duduk rumah sewa.
 Akan datang bulan Julai 2010.

Thursday, May 20, 2010

Jambu batu melepaskan diri.


Petang tadi sebelum balik rumah dapat mesej, "Yang,nanti blk blikan jambu aritu. I ngidam la. pisang goreng xyah beli.kang i gorengkn".

Sabtu lepas bawa mak aku jalan-jalan pergi Kipmart. Ada beli pisang tanduk. Ok, sambung balik pasal cerita jambu batu. Sampai je kedai jambu batu tu ada lagi lima ketul jambu batu. Aku pun kasi pukul rata itu jambu batu. Kak cik yang jual tu siap kasi aku percuma air jambu batu.

Ingat nak letak dalam bakul tapi terkenangkan ada air jambu, aku pegang kat bahagian kiri handle motor gelombang aku. Lalu satu bonggol sebelum masjid Taman Pasir Putih. Lepas je bonggol tu..Tali plastik yang berisi jambu putus lalu jambu aku pun jatuh bergelimpangan memenuhi ruangan jalan. Aku tak dapatkan bayangkan perasaan aku masa tu. Kalau tak kerana kak cik tu kasi aku air jambu percuma, tak la aku sangkut jambu tu kat handle gelombang aku, tak jadi perkara ni(pemikiran jahat, abaikan). Nasib air jambu tu tidak membasahi jalan raya juga.

Kesian bini aku. Nak patah balik beli lagi aku dah pukul rata jualan jambu tu. Kalau aku patah balik mau kak cik tu aku suruh dia bawa kan aku satu pokok jambu siap ada buah. Jadi balik-balik ubati hati dengan air jambu je.

Kesimpulannya...jambu lima ketul tu bukan rezeki aku tapi rezeki jalanraya kat pasir putih tu.

sekian.

-pembeli jambu yang keciwa pada hari khamis-

Wednesday, May 19, 2010

Masjid dan Politik : SYEIKH ISLAM YUSOF AL-QARDHAWI

Perang adalah strategi. Strategi adalah tipu-helah. Peperangan dalam politik adalah peperangan saraf dan mental. Psycological of warfare yang berkesan akan menarik sokongan serta menjauhkan dan meninggalkan musuh daripada mendapat sokongan. Mereka menggunakan segenap ruang dan peluang. Samada bertahan atau menyerang. Dalam suasana seperti inilah orang yang bijak mengambil kesempatan dan peluang nescaya ia memperolehi kemenangan. Perang itu adalah muslihat. Ia disebut oleh Baginda Saw sendiri dengan sabdanya:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ هَلَكَ كِسْرَى ثُمَّ لَا يَكُونُ كِسْرَى بَعْدَهُ وَقَيْصَرٌ لَيَهْلِكَنَّ ثُمَّ لَا يَكُونُ قَيْصَرٌ بَعْدَهُ وَلَتُقْسَمَنَّ كُنُوزُهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَسَمَّى الْحَرْبَ خَدْعَةً
Daripada Abu Hurayrah r.a: Bahawa Nabi Saw telah bersabda: “Akan jatuhnya Kisra dan tiada lagi Kisra selepas itu dan akan tumbangnya Kaisar dan tiada lagi Kaisar selepas itu. Kamu akan membahagikan hartanya fi sabilillah dan dinamakan perang itu adalah muslihat”. Riwayat Bukhari.

Tuesday, May 18, 2010

Makap lebih


Semalam borak-borak dengan mak aku. Pasal CD mak aku beli masa ade event di Kompleks Islam. CD bacaan ayat Al-Quran MP3. Harga RM10. Masalahnya kualiti suara rakaman bacaan Al-Quran tu memang sangat la gagal. Macam jauh sangat bacaan Al-Quran tu dan macam dalam gua pun ada.

Harga CD aku rasa tak sampai dua tiga ringgit aku rasa, lagi-lagi beli dalam kuantiti yang banyak lagi dapat murah. Memang untung besar la penjual CD tu. Yang jual tu ustaz, aku rasa mungkin bukan salah ustaz yang jual tu(bersangka baik). Mungkin orang yang dia upah untuk burn CD tu yang salah. Eh..mungkin tidak(bersangka baik lagi)..

Ingat lagi pasal tafsir al-quran per kata. Kebetulan adik ipar aku ada tinggal barang-barang dia kat rumah aku(cuti semester,kalau duduk kolej bilik kena kosongkan). Aku tak sangka adik ipar aku tu dah beli tafsir quran per kata tu. Pastu mak aku belek-belek dan cakap ini orang jual RM180 ke RM200. Aku macam terkejut la sebab dalam internet RM130(penghantaran percuma).

Memang betul-betul makap lebih..

Monday, May 17, 2010

Setiap hari adalah hari guru

Selamat hari guru kepada:


  1. Cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan Air Tawar 5
  2. Ustaz dan ustazah Sekolah Agama Air Tawar 5
  3. Cikgu-cikgu Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu
  4. Ustaz dan Ustazah Sekolah Menengah Agama Bandar Penawar
  5. Cikgu-cikgu MRSM Muar
  6. Pengajar-pengajar di Kolej Matrikulasi Johor
  7. Pensyarah-pensyarah di Universiti Malaya
Semoga jangan jadi lilin membakar diri untuk menerangi orang lain tapi jadi lampu kalimantang. Pagi tadi celik mata terus ucapkan selamat hari guru kepada isteri terchenta.

Friday, May 14, 2010

Lesen Judi Jatuh Kepada...

Ascort Sport..tahniah diucapkan kepada KERAjaan serta BERJAYA Corporation Berhad. BERJAYA juga memiliki Sports Toto Malaysia Sdn Bhd. Kepada Datuk tak serupa Dr Awang Adek Hussein, engkau memang patut buang Islam dari kad pengenalan kau. Apakah engkau tidak cukup didikan agama sehingga judi pun engkau tidak tahu halal haram?!..

Berita ini sudah tentu tidak keluar di muka hadapan Metro atau Berita Harian mahupun Utusan. Semoga kita dijauhkan dari bala bencana. 

p/s: apa nak jadi dengan Malaysia...makin takut pulak aku tinggal kat Malaysia ni. Ya Allah!..Semoga Engkau lindungi aku dan keluarga aku dari bala bencana..aminn..

Thursday, May 13, 2010

Isu Pelajar Al-Azhar Lewat


Maklumat lanjut sila rujuk akhbar Metro edisi 13 Mei 2010.

Masih mahu menyalahkan para pelajar. Saya tidak faham dengan sikap mereka yang kononnya pegawai yang profesional ini.

Mengenai tarikh ketibaan para pelajar, sudah siap dijawab oleh pimpinan pelajar. Baca di sini. 
Kenyataan yang dikeluarkan di dalam akhbar tersebut sebenarnya memerangkap diri sendiri.

Katanya :

"Masalah ketidakseragaman ini sudah lama berlaku sebenarnya, namun ketika era Syeikh Al Azhar, Sheikh Mohammad Sayed Tantawi, pelajar yang lewat datang dan tiada visa masih dibenarkan menduduki peperiksaan."
"Tetapi apbila Syeikh Al Azhar yang baru iaitu Syeikh Dr Ahmad Tayyib, beliau begitu tegas dalam menguatkuasakan peraturan, pelajar lewat dan tiada visa sama sekali tidak dibenarkan menduduki peperiksaan"

Benarkah Syeikh Al Azhar yang tidak membenarkan pelajar yang lewat datang menduduki peperiksaan? Atau tidak membenarkan pelajar menduduki peperiksaan selagi nama tidak muqayyad? Tidak faham. Jangan kaitkan pertukaran Syeikh Al Azhar sebagai salah satu sebab insiden ini berlaku.

"Akibatnya pelajar terbabit hanya dibenarkan menduduki peperiksaan yang dijadualkan Julai depan"

Benarkah peperiksaan pada bulan Julai nanti? Jika ada, sila tunjukkan kenyataan bertulis daripada Al Azhar. Kami amat meragui kenyataan bertulis daripada pihak JPMK. Jika ada, sila buktikan. Jika tidak, peperiksaan bulan Julai juga belum pasti akan diduduki.

Menurutnya lagi,
"Janganlah menyalahkan satu pihak saja. Masalah ini berlaku sudah lama, sedangkan saya datang berkhidmat di Mesir mulai 20 Januari lalu. Jadi, saya tersepit dan saya mewarisi masalah sebelum ini"

Jika sudah jelas masalah ini berlaku sudah lama, mengapa masih tiada jalan penyelesaian setelah bertahun-tahun perkara yang sama berulang? Apa yang dibuat sepanjang tempoh Februari sehingga April 2010 sehingga pada tanggal 4 Mei baru sibuk mahu menghadap Syeikh Al Azhar? Saya pasti, jika urusan ini dilakukan lebih awal, tidak timbul masalah gagal menduduki peperiksaan pada tanggal 8 Mei. Amanah yang dipikul tidak dilaksanakan dengan sebaiknya.

Tambahnya lagi,
"Ini kerana Ma'had Qiraat bukanlah setaraf universiti, sebaliknya pusat pengajian tinggi manakala sijil dikeluarkan kalau diikutkan di sini tarafnya bukanlah sama dengan ijazah sarjana muda, namun di negara kita ia diiktiraf setaraf ijazah, sedangkan selayaknya adalah sijil tinggi"

Jangan sesekali mempertikai hak sijil kami. Memang selayaknya kami dapat. Kenyataan ini merendah-rendah pengajian kami di sini. Jika mahu tahu adakah langit atau gunung yang lebih tinggi, sila daftarkan diri untuk mengikuti pengajian di sini. Saya cabar anda tunjukkan di mana universiti di Malaysia yang menawarkan pengajian yang memiliki silibus pengajian yang sama atau setaraf dengan apa yang kami belajar di sini. Sila buktikan, saya cabar. Saya pasti, bukan saya seorang sahaja mempertahankan hak ini. Seluruh mahasiswa/wi dan lepasan Qiraat Al Azhar turut bersama.

Janganlah asyik berselindung disebalik putar alam yang anda mainkan En. Khairi, kelak akan memakan diri sendiri. Jangan nanti sudah terhantuk baru terngadah. Saya cabar En. Khairi jejakkan kaki ke bumi Shoubra untuk sesi dialog terbuka bersama kami. Sudah-sudahlah dengan sikap ego, sombong dan tidak mahu mengaku salah sendiri. Asyik menuding kepada pihak lain. Kami sudah menyampah! Setelah kering hujah, anda mempertikaikan hak sijil kami pula. Memang teruk.

kredit: http://zulikhwanzahari.blogspot.com/

Nujum Pak Belalang

Pernah tengok cerita Nujum Pak Belalang lakonan Tan Sri P Ramlee?!..Buat julung kalinya, Malaysia telah melahirkan seorang ahli nujum. Beliau telah meramalkan anusnya telah ditelusuri oleh seseorang.

Yang lain dan tidak bukan....Mohd Saiful Bukhari Azlan. Kenyataan Saiful bahawa dia telah bertemu PM Najib Razak pada 24 Jun 2008, kemudian itu berhubung pula dengan Ketua Polis Negara, Musa Hassan pada 25 Jun 2008.

Ketika itu Saiful mengaku Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meliwatnya di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Ini bermakna, selepas berjumpa Najib (24 Jun) dan berhubung dengan Musa Hassan, (25 Jun) Saiful boleh pula tahu Anwar akan meliwatnya pada keesokan harinya (26 Jun). Bukankah ini amat aneh dan menakjubkan sebenarnya.

Malah, tambah mengejutkan pada 27 Jun 2008 pula Saiful berjumpa pula dengan Ezam Md Noor untuk menceritakan pengalaman dia diliwat Anwar itu. Tarikh-tarikh ini sungguh mengerikan kita.

p/s: Kompaun MBJB ntah bila nak bayar.

Wednesday, May 12, 2010

Iklan Rosmah aka isteri Najib yang berharga RM1 juta ++

Akhbar New York Times memaparkan dua muka iklan Rosmah. Sungguh hebat "First Lady" Malaysia ni. Kajian menganggarkan harga pengiklanan untuk satu muka penuh akhbar New York Times adalah di antara RM580,000 dan RM740,000. Kalau dua muka penuh mesti lebih RM1,000,000.

"In recognition of your effort to promote peace, harmony and understanding among the people of Malaysia and your courageous acts in making a difference to the lives of people and children around the world. Malaysia is proud of you."

Ditandatangani oleh: "Best wishes from family and friends in USA and Malaysia."

p/s: murah hati kawan-kawan Malaysian First Lady Gaga ni. Sanyak(sangat banyak) betul duit mereka atau adakah itu duit rakyat?


p/s2: Hang Jarjis masuk White House.

Tuesday, May 11, 2010

keciwa


Boot idaman tiada saiz....yang ada pun semua SG(soft ground) bukan FG(firm ground) atau HG(hard ground). Adidas Copa Mundial la gamaknye atau upgrade sikit kepada Reebok Valde II Pro?

Monday, May 10, 2010

Anak Derhaka

Sudah tengok video tu?!..Sampai hati si anak atau menantu memperlaku ibu mereka sebegitu rupa. Aku tak berapa nak tahu cerita sebenar. Aku dengar berlaku di pusat komersial Shah Alam..harap ada video untuk menemuramah makcik tu.

mengikut apa yang kami dgr n nampak.. kereta makcik n anak dia ni nak dihantar untuk servis.. tapi masa nak naik bukit ke kedai servis tu (ada ramp kecik) makcik tu takut.. then makcik tu keluar dr keta.. n anak dia terus melenting.. makcik tu dah lah bru blik hospital.. ada darah tinggi..

anak dia siap ugut nak panggil polis..suruh polis marah mak dia.. sbb tu makcik tu menggigil..

paling sedih.. makcik tu berdiri sorg2 tepi jalan..menggigill... then dia lap air mata dia sorg..

sedih...

Besar sangat ke kesalahan ibu/makcik malang itu?!..Siapa yang belum lihat video tu..sila sediakan tisu agar air mata anda tidak membasahi papan kekunci komputer anda. Semoga ia menjadi iktibar kepada kita semua.

Sunday, May 9, 2010

Konsert Double Trouble - 1 Mei 2010

Ahad ini aku layan EMPAT movie sekaligus. Valentine's Day - Ip Man 2 - The Spy Next Door - Spiderman 3. Movie sampai lebam. Tapi masa satu babak dalam Ip Man 2 masa bini Ip Man tengah nak beranak. Aku dah meng'english'kan babak mandarin tu.

-Mrs Ip, what's wrong?

-Oh you're in labour! Chun, go fetch your father!

-No, I don't want to distract him

-Then I'll go get a midwife

Bini aku : Nanti kalau sayang tengah main bolasepak, kita tengah nak bersalin....


Aku: (belum sempat bini aku abis cakap) Jangan bagitau, nanti mengganggu konsentrasi masa main bola.


Bini aku: (menyerang aku gaya Ip Man jurus cubit)...watttchaaa..

Gigi bongsu aku meroyan..patut la rasa tak sedap badan empat lima enam hari ni..heh!!!..

Mempersembahkan konsert Double Trouble VERSI klasik.Layan. Tak main la Wings atau Search.

Friday, May 7, 2010

Tanggungjawab hidup bermasyarakat

Siapa tonton 999 malam tadi?!..Pasal budak sekolah. Bukan main cantik budak-budak sekolah(lelaki+perempuan) ponteng tu hisap gam bagaiiii. Kalau aku la,panggil polis dan kepung kawasan budak-budak ponteng tu.

Tiada kuasa?!..Persetankan kuasa tu. Ini adalah sense-of-responsibility hidup bermasyarakat. Alangkah aku kalau solat kat surau tu anak-anak jemaah main kejar sana kejar sini aku dah angkat tangan(gaya nak lempang laju-laju). Tapi senyap kejap je. Lepas aku angkat takbir bising balik.

Come on la. Hanya merakam perbuatan mereka tidak membantu OK.Cuaca sekarang dah macam dalam duduk dalam microwave pun ada.
p/s: masa tunggu Jebeng kat BHP sebelah Fajaria aku jumpa RM10 depan kereta aku.

Thursday, May 6, 2010

Oh SPRM!

Kalau tak silap aku. Sejak kes mendiang Beng Hock ni, banyak pulak berita pasal SPRM tangkap orang bagi "suapan' riban-riban ringgit.

Naik menyampah pulak aku. Kredibiliti SPRM memang sudah jatuh masuk ke teras bumi dek soal siasat ke atas Beng Hock sampai ke awal pagi.

Pakatan Rakyat memuji Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kerana memulakan aduan rasuah di Mahkamah Perancis berhubung urus niaga bernilai RM 4.7 bilion di antara Kerajaan Malaysia dan DCN, konglomerat senjata terbesar Perancis. Urus niaga ini melibatkan Razak Baginda, yang dikenali sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak sehinggalah berlakunya pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shariibuu di Malaysia.

Sistem keadilan Malaysia, secara khususnya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) gagal mengenal pasti isu-isu rasuah yang kini sedang dibawa Suaram ke dalam sistem perundangan Perancis. Amat mengaibkan, rakyat Malaysia terpaksa pergi ke Perancis untuk mendapatkan penjelasan dan ketelusan terhadap rasuah yang membazirkan berbilion ringgit duit orang ramai.

Perimekar Sdn Bhd dan kontrak RM500++ juta lagi. Tak lama lagi terlondeh la kain barua-barua ni.

Wednesday, May 5, 2010

Mari Berkempen

Masa zaman duduk asrama dulu. Maggi boleh dikatakan sebagai makan ruji. Ingin tahu bagaimana cara terbaik untuk makan Maggi secara berjemaah?!..Sila sediakan baldi, eter, air setengah baldi dan juga 5 bungkus Maggi. Apa?!..Eter pun korang tak tahu?!..Eter itu adalah heater laa..lebih kurang gambar kat atas la.

Masukkan eter tu dalam baldi yang sudah berisi air. Jangan ON kan eter dulu sebelum masukkannya ke dalam air. Ini kerana member aku,Ecal pernah melakukan step ini. Nak tahu apa akibat dia?!Eter itu meletup.

Masukkan tangan anda ke dalam baldi yang sedang dipanaskan dengan eter. Langkah ini adalah untuk mengetahui samada air sudah panas atau belum. Apabila air sudah panas, masukkan Maggi ke dalam baldi dan kacau sehingga Maggi itu berubah dari keras kejung kepada lembut. Masukkan perencah dan VIOLA...Sudah siap. Sila ke sini untuk resepi Maggi korang.
Korang tahu tak apa maksud gambar di atas?!..Ini adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh TM. Kita boleh buat panggilan melalui internet. Sama macam Skype gitu.

i-Talk Whoa! membolehkan anda tetap berhubung dengan rakan anda di luar negeri dengan panggilan Internet PERCUMA. Anda juga boleh menghantar e-mel dan semak rakan anda Facebook dan update Twitter dan bermacam-macam lagi! Anda boleh melakukan semua itu hanya dengan satu klik tanpa perlu masuk ke beberapa laman web!

Untuk maklumat lanjut sila ke sini.

Tuesday, May 4, 2010

'Hectic' Hujung Minggu

Memang pergi camtu je hujung minggu aku kali ni. Tapi aku puas hati sebab semalam dapat tengok souL junior bergerak-gerak masa scan. Aktif macam abah.

Tahniah kepada Mel & Alip. Majlis korang memang wedding of the year la. Ntah hidup lagi tak bunga ros yang FAGS petik tu.

Mari bekerja setelah semalam 'terambil' cuti.