Wednesday, May 5, 2010

Mari Berkempen

Masa zaman duduk asrama dulu. Maggi boleh dikatakan sebagai makan ruji. Ingin tahu bagaimana cara terbaik untuk makan Maggi secara berjemaah?!..Sila sediakan baldi, eter, air setengah baldi dan juga 5 bungkus Maggi. Apa?!..Eter pun korang tak tahu?!..Eter itu adalah heater laa..lebih kurang gambar kat atas la.

Masukkan eter tu dalam baldi yang sudah berisi air. Jangan ON kan eter dulu sebelum masukkannya ke dalam air. Ini kerana member aku,Ecal pernah melakukan step ini. Nak tahu apa akibat dia?!Eter itu meletup.

Masukkan tangan anda ke dalam baldi yang sedang dipanaskan dengan eter. Langkah ini adalah untuk mengetahui samada air sudah panas atau belum. Apabila air sudah panas, masukkan Maggi ke dalam baldi dan kacau sehingga Maggi itu berubah dari keras kejung kepada lembut. Masukkan perencah dan VIOLA...Sudah siap. Sila ke sini untuk resepi Maggi korang.
Korang tahu tak apa maksud gambar di atas?!..Ini adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh TM. Kita boleh buat panggilan melalui internet. Sama macam Skype gitu.

i-Talk Whoa! membolehkan anda tetap berhubung dengan rakan anda di luar negeri dengan panggilan Internet PERCUMA. Anda juga boleh menghantar e-mel dan semak rakan anda Facebook dan update Twitter dan bermacam-macam lagi! Anda boleh melakukan semua itu hanya dengan satu klik tanpa perlu masuk ke beberapa laman web!

Untuk maklumat lanjut sila ke sini.

2 comments:

nashkia said...

arini aku dgr kt radio ade budak makan&masak maggi dalam songkok masa zaman diorg blaja dulu

lagi 'hygiene' beb

jiwa sifar said...

mbah ko hygiene.