Thursday, May 13, 2010

Nujum Pak Belalang

Pernah tengok cerita Nujum Pak Belalang lakonan Tan Sri P Ramlee?!..Buat julung kalinya, Malaysia telah melahirkan seorang ahli nujum. Beliau telah meramalkan anusnya telah ditelusuri oleh seseorang.

Yang lain dan tidak bukan....Mohd Saiful Bukhari Azlan. Kenyataan Saiful bahawa dia telah bertemu PM Najib Razak pada 24 Jun 2008, kemudian itu berhubung pula dengan Ketua Polis Negara, Musa Hassan pada 25 Jun 2008.

Ketika itu Saiful mengaku Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meliwatnya di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Ini bermakna, selepas berjumpa Najib (24 Jun) dan berhubung dengan Musa Hassan, (25 Jun) Saiful boleh pula tahu Anwar akan meliwatnya pada keesokan harinya (26 Jun). Bukankah ini amat aneh dan menakjubkan sebenarnya.

Malah, tambah mengejutkan pada 27 Jun 2008 pula Saiful berjumpa pula dengan Ezam Md Noor untuk menceritakan pengalaman dia diliwat Anwar itu. Tarikh-tarikh ini sungguh mengerikan kita.

p/s: Kompaun MBJB ntah bila nak bayar.

2 comments:

#cdmHA said...

betul2 aneh dan menakjubkan...

p/s : call la tuan rumah.. paksa byr kompaun MBJB tu.. huhuhu

jiwa sifar said...

yup..hairan bin ajaib.

p/s:sudah called..setel.