Thursday, May 27, 2010

Command net send


Sebelum nak ajar pasal command net send ni nak story dulu. Masa aku tahun pertama di UM, ada satu kursus luar fakulti yang perlu diikuti di perpustakaan UM. Semasa mengikuti kursus ini, aku serta beberapa rakan se'degree'an dicampur dengan budak degree lain. Kursus ni dijalankan dalam lab komputer dalam library tu. Macam biasa la pilih komputer yang nun jauh kat belakang.

Nampak la budak-budak course lain. Masa pengajar tu tengah sibuk membebel kat depan, ada yang sibuk main internet. Salah seorang kawan aku ni memang 'hustler' bab-bab komputer. Dia boleh buat dajal dengan menggunakan command prompt. Salah satunya menggunakan arahan net send ni. Arahan net send ni kira ok dari arahan shutdown(nanti aku cerita pasal arahan shutdown). Sambung balik pasal arahan net send ni. Mana awek-awek yang gatal main internet aku dan kawan-kawan aku akan hantar arahan net send kepada awek-awek yang gatal tu..

Contoh arahan: y5211695 adalah nama komputer.


Hasil arahan di mana ia akan muncul pada komputer penerima. Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah:
  • Servis Messenger perlu dipastikan aktif. Windows XP SP2 biasanya tidak mengaktifkan servis Messenger secara automatik.
  • Untuk mengaktifkan servis Messenger, Control Panel - Administrative Tools - Services - Messenger.

Ini adalah contoh. Ini aku hantar kepada diri sendiri sebab kalau aku hantar kepada awek lain..alamatnya takde dinner untuk aku..haha..

No comments: