Tuesday, May 18, 2010

Makap lebih


Semalam borak-borak dengan mak aku. Pasal CD mak aku beli masa ade event di Kompleks Islam. CD bacaan ayat Al-Quran MP3. Harga RM10. Masalahnya kualiti suara rakaman bacaan Al-Quran tu memang sangat la gagal. Macam jauh sangat bacaan Al-Quran tu dan macam dalam gua pun ada.

Harga CD aku rasa tak sampai dua tiga ringgit aku rasa, lagi-lagi beli dalam kuantiti yang banyak lagi dapat murah. Memang untung besar la penjual CD tu. Yang jual tu ustaz, aku rasa mungkin bukan salah ustaz yang jual tu(bersangka baik). Mungkin orang yang dia upah untuk burn CD tu yang salah. Eh..mungkin tidak(bersangka baik lagi)..

Ingat lagi pasal tafsir al-quran per kata. Kebetulan adik ipar aku ada tinggal barang-barang dia kat rumah aku(cuti semester,kalau duduk kolej bilik kena kosongkan). Aku tak sangka adik ipar aku tu dah beli tafsir quran per kata tu. Pastu mak aku belek-belek dan cakap ini orang jual RM180 ke RM200. Aku macam terkejut la sebab dalam internet RM130(penghantaran percuma).

Memang betul-betul makap lebih..

2 comments:

I am Nad said...

btol la.. org memang suka markup rege brg kan...
2psl aku nak niaga online. brg2 baby.. aku jual murah je sbb aku paham prasaan mak ayah yg tpaksa beli brg2 anak ni.. so nti dah de baby leh shoping kat aku.:P
i link ur blog..ngeh3

jiwa sifar said...

tau xde..akhir zaman la katekan.

sanyak giler blog ko..haha.

dh link.