Thursday, May 6, 2010

Oh SPRM!

Kalau tak silap aku. Sejak kes mendiang Beng Hock ni, banyak pulak berita pasal SPRM tangkap orang bagi "suapan' riban-riban ringgit.

Naik menyampah pulak aku. Kredibiliti SPRM memang sudah jatuh masuk ke teras bumi dek soal siasat ke atas Beng Hock sampai ke awal pagi.

Pakatan Rakyat memuji Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kerana memulakan aduan rasuah di Mahkamah Perancis berhubung urus niaga bernilai RM 4.7 bilion di antara Kerajaan Malaysia dan DCN, konglomerat senjata terbesar Perancis. Urus niaga ini melibatkan Razak Baginda, yang dikenali sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak sehinggalah berlakunya pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shariibuu di Malaysia.

Sistem keadilan Malaysia, secara khususnya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) gagal mengenal pasti isu-isu rasuah yang kini sedang dibawa Suaram ke dalam sistem perundangan Perancis. Amat mengaibkan, rakyat Malaysia terpaksa pergi ke Perancis untuk mendapatkan penjelasan dan ketelusan terhadap rasuah yang membazirkan berbilion ringgit duit orang ramai.

Perimekar Sdn Bhd dan kontrak RM500++ juta lagi. Tak lama lagi terlondeh la kain barua-barua ni.

No comments: