Thursday, May 20, 2010

Jambu batu melepaskan diri.


Petang tadi sebelum balik rumah dapat mesej, "Yang,nanti blk blikan jambu aritu. I ngidam la. pisang goreng xyah beli.kang i gorengkn".

Sabtu lepas bawa mak aku jalan-jalan pergi Kipmart. Ada beli pisang tanduk. Ok, sambung balik pasal cerita jambu batu. Sampai je kedai jambu batu tu ada lagi lima ketul jambu batu. Aku pun kasi pukul rata itu jambu batu. Kak cik yang jual tu siap kasi aku percuma air jambu batu.

Ingat nak letak dalam bakul tapi terkenangkan ada air jambu, aku pegang kat bahagian kiri handle motor gelombang aku. Lalu satu bonggol sebelum masjid Taman Pasir Putih. Lepas je bonggol tu..Tali plastik yang berisi jambu putus lalu jambu aku pun jatuh bergelimpangan memenuhi ruangan jalan. Aku tak dapatkan bayangkan perasaan aku masa tu. Kalau tak kerana kak cik tu kasi aku air jambu percuma, tak la aku sangkut jambu tu kat handle gelombang aku, tak jadi perkara ni(pemikiran jahat, abaikan). Nasib air jambu tu tidak membasahi jalan raya juga.

Kesian bini aku. Nak patah balik beli lagi aku dah pukul rata jualan jambu tu. Kalau aku patah balik mau kak cik tu aku suruh dia bawa kan aku satu pokok jambu siap ada buah. Jadi balik-balik ubati hati dengan air jambu je.

Kesimpulannya...jambu lima ketul tu bukan rezeki aku tapi rezeki jalanraya kat pasir putih tu.

sekian.

-pembeli jambu yang keciwa pada hari khamis-

3 comments:

madihahmanshor said...

ish2..kesian..beli la esk..kesian ain ngidam..huhu..

laila said...

alahai...sian nyer....kalau time ngandung ,harus nangis x dpt,,,sob..sob..
kedai buah kan byk..beli je buah nyer..sekilo..abis cerita.

jiwa sifar said...

Madi - arini nak beli kedai terus..haha..

apple - malas nak g kedai buah.nak poton2 lagi..asam die lagi..haha.