Sunday, August 22, 2010

Cili Paling Pedas Di Dunia - Ada Berani?


Spesis ni tidak terdapat di Malaysia. Assam,India mari beb. Juga dikenali sebagai "Ghost Chili" dek kepedasannya tahap gaban belah lapan. Boleh jadi hantu makan cili ni. Ada juga yang memanggil cili ini "Blut Jolokia". Bahasa sankrit Mahabbrata barang kali.

Kandungan capsaicin dalam "Blut Jolokia" melebihi 1,000,000 capsaicin. Semakin tinggi kandungan capsaicin ni, semakin pedas spesis cili itu. Capsaicin adalah bahan kimia yang berkadar terus dengan kepedasan sesebuah cili. Kepedasan diukur dengan menggunakan skala Scoville Heat Unit (SHU) dengan nilai antara 0 - 2,000,000. Skala ini diperkenalkan oleh ahli kimia Amerika yang Wilbur Scoville.


Cili ni kalau dapat kat tangan mak aku pada 20 tahun lepas, memang naya la aku. Tersasulcarut je sikit terus ada cili singgah kat mulut. Kalau nak buat soal-siasat guna cili ni aku rasa memang mujarab.

2 comments:

mytrajet74 said...

pergh ni kalo buat belacan 1/2 bijik dah cukup kan....

encik azuwan said...

setengah biji tu kira byk weh..memang pijo mulut ko lepas tu.