Thursday, August 26, 2010

Baja Tahi Kelawar atau Guano


Guano ni istilah tamadun Inca di Peru untuk tahi kelawar atau burung laut. Apahal tiba-tiba aku nak cerita pasal tahi kelawar yang bau dia..........memang tak boleh bla....Sebelum aku cerita sebab aku nak cerita pasal tahi kelawar. Aku ulang TAHI..Busuk sungguh entry aku kali ini. haha..

Masa tamadun Inca, guano ni sangat penting dalam pertanian. Biasanya pada kurun ke-19 di tamadun Inca, kawasan 'tandas' kelawar ni dijaga rapi dan orang yang tertentu sahaja boleh masuk. Aku selalu cakap dengan member Terengganu.."Guano?"..dialih bahasa.."tahi kelawar?".."Guano" yang aku maksudkan adalah "macam mana"(sila betul kan kalau silap)..Adakah masyarakat Terengganu lebih arif tentang guano yang aku maksudkan?!..Wowwa sila jawab sebagai seorang rakyat Terengganu dan pelajar Fakulti Sains UM.haha..

Guano ni selamat digunakan sebagai baja sama ada untuk tanaman indoor atau outdoor. Banyak beb khasiat guano ni..KHASIAT untuk tumbuh-tumbuhan OK. Bukan khasiat lain. Kalau korang nak cuba apa hasil dia ke atas manusia, sila cuba untuk diri sendiri dan jangan lupa tulis surat wasiat untuk wariskan semua harta korang kepada aku. Proses pereputan "hajat" kelawar ni lambat berbanding "hajat" lembu, kambing atau ayam. Secara tidak langsung ini membolehkan guano mengandungi unsur nitrogen dan fosfat yang tinggi

Sekarang mahu terangkan kandungan guano secara kasar. 10% nitrogen(untuk kesihatan dan tumbesaran), 3% fosforus(akar dan bunga), 1% potassium(dahan kuat). Guano ni kaya dengan bioremediation microbes yang membantu membersihkan bahan-bahan toksik.

Jangan la kelawar tu "lepas hajat" kau terus kutip "hajat" kelawar tu. Baca dulu apa yang aku nak terangkan sampai habis. Kitar guano :

kelawar makan serangga -- kelawar "lepas hajat" -- "hajat" akan dimakan oleh kumbang dan mikrob -- baja terbaeekkkk dari ladang.

Antara kegunaan guano:
  1. membaik-pulih struktur dan kesuburan tanah.
  2. bersihkan sisa toksik dalam tanah
  3. dengan NPK 10-3-1(ini knowledge baja,aku tidak tahu), sesuai sebagai baja.
  4. letak di halaman rumah, kawasan laman rumah akan subur serta kelihatan segar.
  5. membunuh fungus pada tanah
  6. pengaktif kompos yang terbaekkkk.
Kelawar adalah sangat penting untuk kita. Sesetengah orang jijik, geli serta takut kalau tengok kelawar. Rabies pada kelawar?!..Kebarangkalian untuk kelawar mempunyai rabies adalah sangat rare. Kelawar ni membantu membunuh serangga perosak dan yang paling penting nyamuk. Patut la rumah aku susah nak jumpa nyamuk. Aku ada banyak binatang peliharaan di rumah. Ini termasuk kucing, lipas, cicak, kelawar serta burung. Memang macam zoo rumah aku.

p/s: kalau nak guano ni..pergi la Gua Gomantong di Sabah. Aku dulu ada cikgu matematik yang ramai pelajar panggil dia Goman sebab lobang hidung...tudiaaaa...besaq macam Gua Gomantong.

7 comments:

wawa pucca said...

hey
biasa org ganu guna guano manusia je haha

cth:
"mu guano cite lening?"

haaa gitu

encik azuwan said...

OOOOOOoooo..

pahe2..hehe..

en_me said...

baru balek dr gua niah .. uhuhu

encik azuwan said...

pergh..nape tak habaq.boleh kirim guano 5-6 kilo..

Hafiz Rahman said...

Boleh cuba email saya berkaitan Baja guano yg belum di proses menjadi palet di :
yalaagarwood@gmail.com
Untuk kami jelaskan lebih lanjut mengenai kehendak saudara berdasarkan kemampuan kami.

ISLAMIC SITE said...

KALau mau beli macamana

encik azuwan said...

setakat ni belum pernah jumpa orang jual baja tahi kelawar.