Tuesday, August 24, 2010

Internet Berkelajuan 1Gbps Di Malaysia..WOW..

Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir posing maut kat NOC di KL.

Memang gempak tajuk ni. Tapi seperti biasa kelajuan ini hanya akan dinikmati oleh sesetengah tempat sahaja. Yang tinggal kat FELDA tu tunggu la Najib buat pengumuman yang tidak akan kunjung tiba. Telekom Malaysia punya servis yang macam ga alif mim pa nga. Gaji CEO CIO CFO bla..bla..bla ratus ratus ribu malah mungkin jutaan ringgit tapi masih berdegil untuk menggaji juruteknik yang cukup untuk menampung masalah servis.

Internet kat rumah aku yang 512Kbps tu pun aku rasa macam laju je..haha..Belum lagi aku dapat yang 1Gbps lagi..menceceh-ceceh air mata aku tengok speed download Rapidshare aku tu. Orang yang bertanggungjawab disebalik kelajuan hilang akal di kebanyakkan tempat ni adalah Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir yang memegang 30% saham Vasseti Sdn Bhd. Ngam-ngam syarikat ni nak launch projek mega ni, itu jam si Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir beli 30% stake syarikat ni. Kebetulan sungguh.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila ke artikel berbahasa penjajah di SINI.

2 comments:

Masquerade Q said...

Salam..bagus2..boleh la langgan. Broadband skg pun cam tah aper2..sekejap ok sekejap weng..

jiwa sifar said...

tapi orang kampung cam aku ni ntah bler boleh dapat kelajuan tu.