Monday, August 30, 2010

PlayStation®Move – PS3™ Move, PlayStation® 3 Motion Controller


Aku teringat masa zaman PlayStation baru nak naik. Game yang guna tape tu memang dipandang hina. Rumah mereka yang memiliki PlayStation ni akan menjadi tumpuan kengkawan. Kalau mengadap PlayStation main game bola..memang tak gerak!!..Dulu aku memang rajin main game PlayStation dengan kawan aku Am. Asal ada duit lebih sikit..Berentap main PlayStation kat kedai. Game wajib adalah Winning Eleven. Sama jugak ketika di E-8-10 iaitu rumah sewa aku. Kayu-ria akan menjadi lunyai dek keganasan serta emosi ketika ketika berentap Pro Evolution Soccer.


Sekarang PlayStation3 dah guna motion sensor pulak untuk main game. September 2010 baru masuk pasaran di Malaysia. Hanya boleh guna untuk mereka yang mempunyai PS3 je. Aku jangan PS3, PS biase pun tarak. Handset ni pun aku fikir dua tiga empat kali kalau nak tukar.

Orang sibuk Merdeka....aku sibuk dengan PlayStation® Move. Tidak patriotik kah aku?!..Merdeka yang tidak berapa nak Merdeka....

p/s: esiapa yang nak kasi hadiah baby kat aku tu..sila tukar kepada PS3 siap PlayStation Move motion controller sekali.

No comments: