Thursday, July 1, 2010

Kelibat Musuh

Prengg...Prenggg...tenggg...tenggg...Sudah pukul 6.30pagi..Itu adalah alarm tidak berbateri aku di hadapan rumah. Jiran depan rumah adalah memegang status warga pendidik sama seperti mak buyung aku. Setiap kali sebelum mereka berangkat ke sekolah mereka akan warm up kenderaan dahulu.

Setelah selesai menyiapkan diri dan membancuh Enfa Mama dan Milo oat serta membakar roti disapu Planta, terus duduk di atas sofa sambil menghirup milo oat..Ummpphhh..Jarum panjang pada jam dinding menunjuk ia menghampiri nombor 7 serta jarum pendek pada nombor 11.

Kunci pejabat & Gelombang X aku sudah dimasukkan ke dalam kocek kanan jaket. Wallet serta gadget-gadjet abad ke-21 kemas aku simpan dalam kocek kiri jaket. Pintu di buka dan terus aku menghidupkan Gelombang X aku. Mak buyung melihat aku dari grill pintu seraya berkata, "Segar betul udara pagi ek". Setelah hampir 25 tahun bernafas, baru mak buyung sedar yang udara yang paling best adara udara di pagi hari.

Tanpa membuang masa aku terus menekan gear satu. Berhenti sebentar untuk menutup gate. Menyambung perjalanan aku ke tempat kerja. Sampai di simpang Kota Masai 2 seperti biasa aku akan mengurangkan kelajuan Gelombang X aku sebab ada sedikit kesesakan lalu lintas.

Jumpa sahaja lampu isyarat ia masih berwarna merah. Aku free kan gear aku sambil menoleh ke kiri dan ke kanan melihat keadaan sekeliling. Mana la tau ada member sekilang yang pergi kilang jalan kaki aku boleh tumpangkan. Bila lampu isyarat bertukar warna menjadi hijau terus aku tekan gear satu dan mengambil simpang ke kanan.

Dari jauh aku macam kenal je mamat kat tepi jalan tu. Dan apabila semakin aku dekat..memang sah..ini adalah binatang mughallazah yang merempuh sisi belakang Gelombang X aku. Cilakak punya Johnny!!!.

Kalau macam ini la..aku ingat nak pergi kerja naik lori. Senang sikit aku nak tamatkan riwayat Johnny si langgar lari ni.

4 comments:

#cdmHA said...

encik azuwan, pastikan, kamu ingat, tayar belakang kamu tu, ada najis.. jgn nti, bila dah pancit, kamu pegang tanpa beralas.... ingat tuu!!

wawa pucca said...

amboi cerita pendahuluan pjg drp isi wweh
hahah

Melissa Mazlan said...

wawa:tuh la pasalnyeh! berkerut dahi baca! isi sikit je:P

jiwa sifar said...

sudah simbah dgn air tanah+bilas 7 kali.hee.

wawa & dilla : aku macam nak jadi sasteraWAN.hee.