Monday, December 28, 2015

Mari Jadi Sukarelawan SEA Games Kuala Lumpur 2017


Untuk menyahut seruan Ahmad Maslan untuk bekerja lebih satu pekerjaan, aku telah mengisi borang online sukarelawan Sea Games Kuala Lumpur 2017. Mana tahu ada venue kat Pasir Gudang ke.haha.



Ahmad Maslan lagi power bhai ada TIGA so-called pekerjaan iaitu Ahli Parlimen, Timbalan Menteri serta Ketua Penerangan UMNO.

Sila isi borang online di link berikut http://www.seagames2017.com.my/volunteer.asp.

Tuesday, December 22, 2015

Tips Memilih Tembikai TERBAIK dari ladang.


Aku pernah coba tips ini dan berjaya. Selamat Mencuba.


Monday, November 9, 2015

Jualan Kilang Southern Lion 13-14 November 2015


Murah ke tidak aku tak pasti tapi nak usha harga boleh pergi.

Friday, November 6, 2015

Sedikit info pasal dajjal


Dajjal...
Malam tu, macam biasa, aku akan habiskan beberapa helaian bacaan aku sebelum lelapkan mata.
Sambil anak aku kat tengah diantara aku dan isteri aku sibuk beraksi menyusu. Kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap punggung dia tindih muka aku. Tu rutin dia sebelum tidur.
" Dajjal tu dah ada ker awak? Dia dah keluar ker?", tiba2 isteri aku bertanya.
" Dah ada dah. Cuma mungkin ada yang tak perasan," jawabku ringkas sambil menutup buku dan mengalihkan kaki anak aku yg dari tadi terletak atas leher aku. Tidur jugak akhirnya.
" Dah ada? Kat mana?," tanya isteriku sambil berpaling mengadapku.
" Media. Segala jenis media. Itulah dajjal. Media cetak, media massa, media hiburan, media internet, dan segala mak nenek media adalah dajjal, " jawabku sambil melipatkan kedua tangan kebelakang kepala aku dan memandang tepat pada siling rumah.
" Aikk? Media?? Nape pulak?," tanya isteriku lagi.
Kali ini dia kelihatan begitu serius sekali. Sambil sebelah tangannya dijadikan penyendal kepalanya dan merenung tepat pada aku.
" Ini menurut pembacaan dan pandangan peribadi sayalah. Sebab jika dajjal muncul dalam bentuk raksaksa yang menakutkan, mesti tiada orang nak ikut dia. Jadi dajjal akan muncul ikut kesesuaian fitrah manusia. Barulah manusia percaya dan ikut dia ," jelasku sambil merenung siling dan fikiranku mengimbas kembali kepada beberapa bacaan aku berkenaan Dajjal.
" Oooo.... Betul jugak naaa.. Lagi2.. Ceritalah dajjal ni," ujar isteriku dalam loghat Penang yg takkan hilang dari lidahnya.
" Antara sifat dajjal, bermata satu. Pada pemahaman saya ianya adalah kamera. Segala kamera itu mewakili penglihatan dajjal. Samada kamera telefon, kamera perakam, cctv dan semua jenis kamera. Dari mata dajjal itu tersebar pelbagai fitnah dan kebencian. Kemudian manusia menjadi huru hara , bergaduh, berbunuh dan berperang. Sebab satu maklumat daru kamera, manusia percaya. Walhal maklumat itu tipu. Kemudian sifat dajjal itu mampu menyeberangi dari satu negara ke satu negara dengan sekejap sahaja. Merentas benua dgn benua juga mudah. Lautan berada dibawahnya, sebenarnya itu adalah gelombang internet. Dengan internet, fitnah dan kebencian mudah dihantar. Maka manusia mudah dihasut dan percaya. Perkara yang benar, nampak salah, perkara yg salah, nampak betul.Lihat sahaja media television, jual produk contohnya syampu rambut. Boleh lurus, tapi hkikatnya itu tipu. Lihat sahaja iklan susu formula dari 123456 tahun, semua orang percaya. Kemudian ikut. Walhal Al quran perintah susu ibu cuma 2 tahun diorg tak nak ikut. Itulah antara fitnah dajjal," jelasku panjang lebar sambil mengadap pada isteriku.
" Ya Allah... Takutnya..," tiba2 isteri aku berbisik.
" Kena ingat, tujuan dajjal menyesatkan umat Islam. Tujuan dajjal mengawal otak dan pemikiran manusia. Segala benda baik, jika dajjal kata buruk, maka manusia percaya. Segala benda buruk, jika dajjal kata baik, semua manusia percaya. ", jelasku lagi.
" So kenapa ada berpendapat baca surah Al kahfi dapat lepas fitnah dajjal?", tanya isteriku lagi.
" Sayang, Al quran itu bukan sekadar dibaca. Bukan sekadar dihafal. Paling penting difahami kemudian diamal. Kalau tak faham macam mana nak amal? Kalau baca sekadar baca, nasrani dan yahudi juga membaca kitab suci agama mereka. Apa antar kisah dalam surah Al kahfi yg saya selalu cerita pada awak?," ujarku.
" Kisah pemuda Ashabul kahfi dan seekor anjing lari tidur dalam gua selama ratusan tahun sebab lari dari pemerintah zalim ," jawab isteriku sambil tersenyum kerana berjaya menjawab soalanku.
" Betul. Konteks cerita itu sama seperti dajjal. Pemuda dan anjing itu pada masa itu tiada pilihan. Selain mengasingkan diri dari masyarakat yang kian rosak. Dan penguasa yg zalim. Jadi, kalau nak selamat dari fitnah dajjal, kita jangan suka buat sesuatu perkara sebab ramai orang buat. Walhal kita tak memahami kenapa perkara itu dibuat. Buat sebab kita faham. Bukan ikut ikutan. Dan orang yg selamat dari fitnah dajjal adalah golongan yg ' ganjil '. Mereka hidup tidak mengharapkan sistem ciptaan manusia sangat. Mereka hidup berpandukan pemahaman Al quran dan sirah nabi s.a.w. Merekalah golongan yg beli kereta cash, tidak terlibat riba'. Tidak terpengaruh dengan media dan leka dengan dunia. Senang kata mereka ni kalau orang sekarang nampak mereka gelar kelompok ni kolot, selekeh. Walhal merekalah yg jauh dari fitnah dajjal. Mereka bukan golongan terasing, tapi golongan yg memilih untuk mengasingkan diri dari dunia yg rosak, " jawabku lagi sambil mencium anakku berkali kali yg sedang lena diulit mimpi.
" Patutlah awak tak nak astro kat rumah ni ea? Oklah syg, skrg sy faham. Kita tak payah astro k? ," ujar isteriku sambil bingkas duduk dan tersenyum.
" Kiamat tu berlaku sehingga ibu pun akan membuang dan tidak pedulikkan anaknya, dan sy dah nampak zaman skrg banyak ibu yg sibuk bekerja dan sibuk main handphone sampai anak terbiar, kiamat sudah dekat sayang.... Sy akan buat apa sahaja yg saya mampu untuk lindungi keluarga saya. Sebab tu ada riwayat sebut, ikatlah anak bini kamu pabila dajjal muncul. Dan skrg sy tgh ikatlah ni. Hehe... Ikat hati dan pemikiran. Bukan ikat jasad.., ' jelasku sambil mula menarik selimut.
" Imam mahadi pulak? Ceritalah... Awak asyik mengadap buku jer, tapi tak cerita pun kat saya ," ujar isteriku sambil mula membetulkan posisi badannya.
" Nanti saya ceritakan. Kiamat dan kemunculan dajjal akan berlaku dalam konteks akal manusia boleh terima. Bukan dalam keadaan yg ganjil. Masa sudah semakin suntuk. Ummat islam sudah tidak punya banyak masa, sebab tu yahudi banyak menguasai teknologi. Sebab tentera dajjal adalah yahudi. Imam mahadi juga sudah ada. Dia hanya belum membuat pengumuman rasmi. Selagi anak muda islam masih leka begini, selagi itulah islam dibuli. Tidurlah. Doa supaya semuanya selamat. Kerana Allah kekal ada. Sy mintak maaf yer kalau arini ada buat silap. Assalamualaikum, " ujarku sambil meminta maaf, risau2 esok tak bangun subuh hari.
" Waalaikumsalam, sy pun minta maaf. Sy harap harini sy jadi isteri yg memberi manfaat untuk anak dan suami. Nite," jawab isteriku sambil memejamkan mata.

Tuesday, November 3, 2015

TM UniFi 10Mbps old customer RM179/month vs TM UniFi 30Mbps new customer RM179/month


Setiap kali keluar pakej baru TM akan disperse call untuk so-called loyal existing customer macam aku suruh upgrade pakej sebab kita loyal...bla..bla...bla..Sekarang aku langgan 10Mbps RM179/month. Tapi sebelum ni aku guna 5Mbps RM149/month tapi tiba-tiba TM call boleh upgrade jadi 10Mbps dengan tambah RM30 sahaja. Aku pun setuju. Sebelum keluar pakej 30Mbps ni TM ada called untuk upgrade tapi aku refuse sebab tambah duit. haha..

Aku langgan UniFi pada 2013 dengan harapan bila wife aku key in data PBS dengan pantas......sekali sistem PBS yang lembab macam siput ba alif ba ya. Sekarang PBS tidak perlu key in data online tapi atas kertas kena isi serta OFFLINE data. Ehh..aku bukan nak cerita pasal kerja guru sekarang..tiba-tiba teringat kena beli ink untuk printer sebab kena print sijil pelajar guna printer sendiri. kan dah cakap pasal kerja cikgu lagi.

Sambung pasal UniFi. 30Mbps tu harga promosi RM179/month tapi harga sebenar RM199. WTF. teknik kelepet TM memang MANTAP. Mari kita lakukan pengiraan. Kalau TM boleh tawarkan 30Mbps RM199/month kenapa tak boleh tawarkan 10Mbps RM199/month bahagi tiga bersamaan RM66.33/month. malangnya LOGIK ini tidak diguna-pakai dalam TM. Selagi boleh CEKIK, CEKIK.

itu sahaja.bai

Friday, October 2, 2015

Promosi RedOne Sempena OctobeREDfest | Sehingga 10 Januari 2016 SAHAJA



Salam Oktober. Sebelum tu aku nak umumkan pada hari lahir Nurul Zaheen pada 16 Oktober, korang dah boleh start beli iPhone 6s di Malaysia. haha. Selain tu, sempena bulan kelahiran anak sulung aku, aku nak share pasal promosi Redone.




Walaupun tak boleh lawan harga UMobile tapi dari segi coverage UMobile vs RedOne memang kelaut UMobile. Murah tapi coverage tak meluas pun tak guna.

Coverage Redone 3G

Coverage UMobile 3G


Ok mari aku terangkan pasal promosi ini. Daftar Voice Plan RM8/bulan bersama Data Plan 2GB+ RM40/bulan pada bulan Oktober membolehkan anda dapat percuma 1GB+ data sepanjang langganan anda bersama RedOne. Selain itu dapat PERCUMA langganan e-Paper selama setahun. e-Paper ni suratkhabar elektronik daaa.

So jangan lepaskan peluang ini lebih-lebih lagi di awal bulan ni. Pendaftaran PERCUMA + Deposit RM0. Hubungi saya Azuwan 012-3630328. Asalkan anda di Malaysia, anda boleh daftar dengan saya. Layanan FIRST CLASS. kah.


Wednesday, September 30, 2015

Orang Asing


Aku nak share video Ustaz Wadi Annuar ni. Aku tau korang mesti cakap tiada masa dan etc. Kepada yang masa selalu cemburu kau meh aku share isi-isi penting dalam video di bawah ni.

Video ni berkisahkan pasal tanda-tanda SAHIH yang telah Rasulullah saw habaq mai masa dulu. Kalau Ustaz Wadi tipu aku, aku tipu korang la yer. Tapi apa yang di cakap make sense. Faham tak make sense tu apa maksud dia?

Nabi ada sebut pasal sinar Islam bermula dalam keadaan yang asing dan dagang. Macam zaman mula-mula Rasulullah mula berdakwah di Mekah. Orang jahilliyah cakap Islam mundur serta bermacam-macam lagi. Sekarang mari lihat keadaan hari ini. Tak hip la pakai tudung labuh. Aurat tapayah cakap la. Hiburan. Kalau aku pergi surau(eh pergi surau ke? KALAU) solat subuh yang lepak kat mamak tu budak melayu yang mesti la ISLAM. Gelak sakan tu.

Nak tahu budak melayu ramai rosak korang pergi sekolah harian je la. Tak semua tapi kebanyakkan. Pakai tudung singkat pakai bra warna pink. Tak berdarah hidung budak2 lelaki? Yang lelaki adab mostly kelaut, bajet gengster sekolah mak bapak dieorang yang punya. Ok dah melalut dah ni. Pendek kata korang masuk pasaraya pakai songkok haji atau jubah rasa janggal x? kannn..janggal kan? Rasa macam 'asing' kan? Aku pun rasa macam tu. 'Asing' ini lah yang dimaksudkan Rasulullah saw.

Rasulullah juga ada cakap akan terbentuk mujahidin di tiga negeri iaitu Iraq, Syam(Syria) dan Yaman(skrg tgh dibedil Arab Saudi tak silap aku). Sahabat tanya lebih kurang macam ni la. Kalau nak join mujahidin tu, yang mana paling bagus? Rasulullah saw cakap tentera di Syam kerana iman terletak di Syam.

Ustaz Wadi sentuh pasal bumi Malaysia je cukup. Hadis nabi yang berbunyi lebih kurang macam ni " Bila kalian melihat sesuatu suasana dikelilingi berlaku banyak pembunuhan. Yang membunuh tak tahu kenapa membunuh dan yang dibunuh tak tahu kenapa dibunuh." Kiamat is around the corner.

Ini statistik jenayah Malaysia. 45 kes rogol seminggu. 2 kes samun berkumpulan bersenjata seminggu. 300 kes samun berkumpulan tak bersenjata seminggu. 1 kes samun guna senjata api seminggu. 68 kes samun tanpa senjata api seminggu. 110 kes mencederakan seminggu. 409 kes mencuri seminggu. 257 kes curi kereta seminggu.858 kes curi motosikal seminggu. 76 kes curi lori, van jentera berat seminggu. 57 kes ragut seminggu. 405 kes pecah rumah seminggu. Anak luar nikah lahir setiap 17 minit(statistik JPN).

Perasan negara kita sekarang dihujani pelbagai fitnah. Bila ini terjadi, Allah swt angkat 'keamanan' dari kamu. Nak lagi jelas hang pi tengok video bawah ni.


Memburu Kehidupan Yang Kekal - Ustaz Wadi Annuar
Beruntunglah orang2 yang asing..
Posted by Zonkuliah on Tuesday, 25 November 2014

Monday, September 21, 2015

Zikir


Tidak semua orang sempurna kan tapi Allah swt akan hantar orang yang akan sempurnakan hidup kita. haha.

Tahukah anda ada DUA makhluk la susah nak berzikir kepada Allah swt? Manusia serta jin. Setan/iblis confirm la tak kan berzikir kan. Semua BENDA di muka bumi berzikir tetapi dengan cara yang kita tidak faham. Tapi bila kita SENTIASA berzikir kepada aku kita akan jadi lebih mulia dari malaikat yang kita tahu memang tak berhenti zikir kepada Allah swt.

Patut la pada kemunculan Dajal orang mukmin berzikir untuk mengisi perut yang kosong. Zikir ni banyak kelebihan dia.

nak tonton tazkirah 15 minit ni padu dengan informasi pasal zikir. Lama? Lama pak hang. Tengok bola 45 minit pun korang rasa kejap, tengok movie kat wayang berjam-jam rasa kejap. phuiii. Aku nasihatkan kau tonton dan fahami.

Insan Yang Lebih Mulia Dari Malaikat - Ustaz Wadi Annuar
Seperti yang dijanjikan pagi tadi. Rakaman tazkirah ringkas sempena Majlis Zikir di Masjid Melayu Lebuh Acheh, Georgetown pada 28-08-2015.~ Antara pesanan Nabi kepada Saidina Muaz~ Sunnah Rasulullah, menyatakan perasaan sayang kepada siapa?~ Orang yang paling alim berkenaan halal dan haram~ Doa yang jangan sesekali ditinggalkan setiap kali selepas solat~ Bolehkah orang biasa 24 jam berzikir?~ Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan paus~ Zikir yang hilang dilangit pertama~ Jasad dimuka bumi, tapi nama mahsyur di langit~ Makhluk lain semua berzikir kepada Allah, kecuali 2..~ Zikir segenggam pasir
Posted by Zonkuliah on Friday, 28 August 2015


Nak cari keredhaan Allah swt bukan senang, nak dapat 'Nur' bukan senang. Kita kena cari, hati kena bersih suci. Bila kita berzikir, zikir kita akan di angkat naik ke langit dan kadang tak lepas petala langit yang pertama. Sebab tu kena rajin zikir kot mana tahu sampai lepas semua petala langit. tak faham? Aku kan dah suruh hang pi tengok video kat atas ni. bye

Friday, August 21, 2015

Terbangun Di Malam Hari

Nak share pasal kalau korang terjaga malam. Jangan tidur balik.




Posted by An-Nash Radio on Saturday, 11 July 2015

Baca doa ini

Barang siapa yang terbangun di malam hari dan membaca do'a, maka akan dikabulkan segala macam permintaan-nya.

Lihat panduan dzikir ketika terbangun di malam hari berikut ini :

"Laa ilaa ha illallaah wahdahu laa syarikalahu
Lahulmulku walahul hamdu wahuwa 'ala qulli syai'in qodir
Subhanallah
Walhamdulillaah
Walaa ilaa ha illallaah
Wallaahu akbar
Wala haula wala quwwata illa billaahil 'aliyyil 'adzhim
Kemudian berdoa : Allaahummagh firli"

"Ya Allah, Ya Tuhanku, barangsiapa yang menyebarkan video ini, berikanlah solusi bagi segala kegundahannya. Dan jalan keluar dari segala kesempitannya. Dan karuniakanlah baginya rizqi dari jalan yang dia tidak sangka. Dan jadikanlah dia orang yang mendapat pahala bersama kami."

Aamiin.

Thursday, August 6, 2015

iOS | Panggilan Kecemasan | Locked Screen

Hari ini nak ajar sikit bagaimana pengguna iPhone boleh tetapkan panggilan kecemasan jika berlaku kecemasan terhadap tuan iPhone.

Sedia maklum sekarang ramai pengguna telefon pintar lepas tu bawa superbike.eh..Kesempatan ini aku nak nasihat kepada penunggang superbike..Jual motor tu kalau anak atau isteri atau keluarga. Kenderaan di Malaysia signal semua rosak. Abang kepada kakak ipar aku baru meninggal kemalangan langgar lori masuk simpang tak bagi signal naik Z1000.

Aku bukan anti-superbike tapi nak nasihat je. Nak bawa superbike masuk litar Pasir Gudang. Cikaro pun ado..ehh. Selagi sikap pengguna jalanraya tak berubah kat Malaysia ni, jual superbike anda tak pun kasi aku pakai lenjan kat litar Pasir Gudang. ok dah melalut.

Kembali kepada pengguna iPhone. Tidak perlu download app bagai. Perkara yang penting adalah setup Medical ID dalam iPhone anda. Dalam tu boleh letak nombor untuk dihubungi jika berlaku kecemasan. Boleh letak satu keluarga punya nombor telefon, betul tak tipu. Ada medical Conditions, Medical Notes dan bermacam lagi.

Untuk orang yang tak guna iPhone juga perlu tahu buat apa jika nak tolong orang(pengguna iPhone) yang ditimpa kemalangan. Jangan tolong snap gambar lepas tu upload kat social media..NOOOOO. Ikut langkah print screen di bawah.

TEKAN EMERGENCY

TEKAN *MEDICAL ID

Paparan seperti di atas akan keluar.

Mari daftar redONE dengan aku. Serius berbaloi woi. RM8 je sebulan.

Monday, July 13, 2015

Tutorial | Squid Proxy + Fedora 22 Server


Alhamdulillah berjaya siapkan Squid Proxy menggunakan Fedora 22 Server. Disebabkan kekurangan resources dalam kilang, terpaksa cari altenatif ini. Tapi install Fedora 22 Server ni memang laju gila babas. Tapi jangan terkejut GUI hanya guna command line. Terkial-kial kau.

Aku nak ajar lebih-lebih pun aku Google je cuma aku nak share masalah proxy sotong aku tak berjalan, ia berenang. kah. Bila aku tukar masukkan ip address proxy serta port, browser degil tak mau masuk internet. Bila no proxy boleh masuk. Check servis sotong pun running ok tiada masalah.

Rupanya aku kena forward semua web request ke port 3128(default port untuk sotong).
iptables -t nat -A PREROUTING -i eth0 -p tcp --dport 80 -j REDIRECT --to-port 3128
eth0 tu interface network, perlu di ubah berdasarkan nama interface korang. jangan lupa flush. kalau tak iptables tak update.

Tak macam tutorial pun. haha..nak cepat sebab nak Raya ni.haha.

Di kesempatan ini aku nak ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam di muka bumi yang tidak kekal ini.

Tuesday, July 7, 2015

Lesen Memandu


Tahun 2013 aku ada saman lesen memandu mati dengan JPJ. Memang lupa siot. Lepas tu aku renew(kena renew 2 tahun terus sebab dah kena saman) kat pejabat pos serta bayar sekali saman tu. Fast forward ke hari ini. Semalam nak renew taboley kau!!!..*&^%%^$%$##@#@%^*

Hari ini aku telefon JPJ Johor dan setelah lebih kurang 15 minit aku telefon 073606060 tak dapat aku telefon JPJ UTC. Suruh dia check tapi.......ya ampun..lembab..Mintak direct line JPJ Johor bahagian lesen 073606144/43. Bila aku tanya pegawai JPJ tu, dia tak terima bayaran pun dari Pejabat Pos. aku macam WTF. Resit 2013 tu, celah Bedah mana nak cari woi. Hangin juga aku dengan pegawai ni sebab dia rasa macam bukan salah dia. Salah aku yang tak renew lesen. puiii..

Bertenang dulu..terus telefon Pejabat Pos Pasir Gudang. Akak Roziana tak silap aku nama dia. Kudos to her sebab willing nak check resit tu dalam sistem. Dia pun cakap dah hantar ke JPJ. Tapi JPJ menafikan sekeras-kerasnya. Kena bawa resit pergi JPJ untuk buktikan yang sudah bayar. Tu pun kalau jumpa resit tu. Kalau macam tu baik JPJ bukak kaunter pembayaran saman kat Pasir Gudang ni. Kan JPJ rajin buat roadblock, kalau rajin buat roadblock rajin la buka kaunter saman.

UPDATE -  yang pelik bin hairan bila check dalam MyEG tiada saman..SMS 15888 pun tiada saman. aku kena game dengan JPJ ke camne ni?...TAPI bila check dalam website JPJ ada pulak. %^#$@#%^$^%^%^&%*^&*^^$%$##@@!@&(*_)(+_

Kenapa aku dengan JPJ ni mesti ada konflik setiap tahun? hahaha..

Monday, July 6, 2015

10 Malam Terakhir Ramadhan 1436


Aku ni bukan nak kata alim memang tak la. Tapi nak ingatkan yang berita politik semakin hangat bukan lebih-lebih lagi dah masuk sepuluh malam terakhir Ramadhan 1436. Dalam tidak sedar mereka yang seperti di 'remote control' untuk melalaikan orang Islam dari melakukan perkara yang lebih BESAR ganjaran pada bulan Ramadhan.

Cuba habiskan 10 malam terakhir ini dengan banyak beribadat.....abis tu ni tulis post kat blog?...ok bye.
Masjid Nakhon Si Thammarat - Ustaz Wadi Annuar

** PERINGATAN DAN TEGURAN PENTING UNTUK KITA SEMUA TERUTAMA AJK MASJID **Tolong tag dan sebarkan kepada page-page Masjid atau individu yang diberikan amanah menjaga Masjid.. mudah2an bermanfaat~ Suasana 10 malam terakhir Ramadhan di Syria~ Bumi mustajab doa~ Kita di Malaysia ja kalut nak raya nie (Cuti 10 Ramadhan)~ Suasana yang perlu dihidupkan di Malaysia ~ Jenis orang cerdik~ Bagi ruang orang nak hidupkan malam Ramadhan

Posted by Zonkuliah on Monday, 14 July 2014

Tuesday, June 23, 2015

Safety First | Baby Carseat | Carseat Booster


Brader kilang macam aku mesti tahu motto Safety First ni. Lagi-lagi selepas bilik server terbakar dan semua orang tak kumpul kat assembly point. Ramai orang bukan ERT(emergency response team) turun terlibat memadam kebakaran.....ok salah cerita.

Gambar atas ni jenama Britax. Aku cari yang aku mark warna merah je. Britax ni harga dia sangat mahal tapi berbaloi la beli KALAU mampu.

Zaheen kalau naik kereta memang akan masuk carseat. Aku baru cadang nak beli carseat baru sekali tengok harga.....krikkk..krikkk...krikkk..Pehal macam makin mahal carseat sekarang ni? Sweet cherry dah tak dapat RM200++. Memang la jangan berkira pasal safety tetapi poket pun check dulu. Zaheen dah umur 5 tahun. Bila aku Google dah boleh pakai booster rupenya umur macam ni. Gambar di bawah adalah contoh booster jenama Combi.

Harga booster pun bawah RM200(guna seatbelt sedia ada, yang mahal tu ada 5 point security harness). Tapi ada kriteria untuk pakai booster ni. Untuk pakai booster kriterianya adalah:-

  • sekurang-kurangnya 4 tahun
  • sekurang-kurangnya berat 18kg
  • matang
Ciri-ciri ini ada pada Zaheen....selamat duit abah.kah.kah.kah. Family aku selalu tegur eh Zaheen duduk dalam baby carseat lagi. Baby carseat itu lah yang pernah selamatkan Zaheen dari cedera lebih teruk masa kemalangan hujung tahun 2012 dulu.

Selamat Berpuasa.

Monday, June 15, 2015

Klinik Gigi 1Malaysia UTC Galleria@Kotaraya



Semua orang asik bash Najib tapi tak semua idea Najib ni sampah. UTC ni antara yang tidak sampah. Sabtu lepas pergi Klinik Gigi di UTC. Murah serta cepat. Untuk scaling serta gigi lubang boleh datang sini. Kalau nak advance treatment pergi swasta la beb.Kebetulan masa aku pergi orang tidak ramai mungkin sebab orang baru nak gerak dari kampung.

Tapi ada cerita best masa main dekat playground angry bird. hehe. Ada sorang makcik ni duduk sebelah orang-ajak-klinik-gigi-UTC. Masa tu aku tengah layan Ziyad. Nampak makcik tu borak dengan orang-ajak-klinik-gigi-UTC ala-ala beramah mesra. Nampak Zaheen duduk sebelah orang-ajak-klinik-gigi-UTC dengan mimik muka yang something wrong.

Rupanya makcik tu complain Zaheen pijak tangan anak dia. Nak marah tu yang tak boleh belah. Anak dia pulak pelakon Oscar. Lepas tu sambung main balik. Nokharommm. Zaheen bukan jenis yang sengaja pijak tangan budak tu. Aku tahu sebab Zaheen suka berkawan. Nasib la bukan kat aku yang die complain serta marah. Kalau tak aku heret anak dia pergi Klinik 1Malaysia. muahaha..

Padahal anak dia buat Ziyad aku rilex je. Anak makcik tu pusing natang Angrybird(merry-go-around) tu terkena anak MUKA HENSEM Ziyad. Tapi Ziyad just pegang muka then sambung balik main. Aku akan marah anak orang kalau perkara yang dia buat tu boleh mendatangkan hazard kat anak aku serta budak lain. Aku pernah nyaris marah budak sebab ingat dia tolak Zaheen tapi Zaheen terjatuh. haha.

Tiada tolak ansur langsung makcik tu. Consider yourself lucky makcik sebab you pick someone not on you league. kan dah melalut dari klinik gigi kepada sikap sesetengah ibubapa yang Ahmad Maslan. Tak payah nak Nazri Aziz sangat.

Sambung  cerita Klinik Gigi ni setelah tiga perenggan melalut. Sekali rawatan RM1 dan satu hari satu rawatan sahaja. Contoh kau nak scaling serta tampal gigi lubang taboley. Pilih salah satu. Datang hari lain untuk rawatan lain. Tampal RM2 depends kepada berapa banyak yang doktor tampal gigi ko. Waktu beroperasi Klinik Gigi 1Malaysia di UTC Galleria@Kotaraya Ahad-Isnin kecuali cuti umum. 8.30 pagi - 10.00 malam.


Wednesday, June 3, 2015

Anak Kucing Tanpa Kepala


Hari ini aku nak cerita pasal kepulangan ke rumah di sambut oleh anak kucing tanpa kepala di tengah malam buta. Semalam selesai hantar adik ipar aku ke UiTM Seremban, nak pergi Farm in the City tapi hujan so lajak pergi IOI City Mall Putrajaya.

Boleh pening macam first time masuk mid valley dulu.kah. Selesai layan ice-skating(YA ICE SKATING) serta dinosaur bersama keluarga terus balik Pasir Gudang(YA PASIR GUDANG). BTW dua tiga kali gak jatuh main ice skating. Nasib skill skateboard tak luput dek zaman. Tengok orang lain jatuh macam nangka busuk. Nak masuk je ade orang peluk kaki aku sebab terjatuh. Ingat awek cantek mane nak merayu jadi no dua.kah.

Sampai rumah, keluar pintu terus bau hanyir. Pelik juga aku tapi sebab dah malam malas nak fikir yang angker. Masa buka pintu nampak ade objek macam sampah. Sekali bila aku dekat......anak kucing tanpa kepala. orang nak mandrem rumah aku ape ni. Nasib la wife aku tak nampak dulu sebab keadaan agak gelap(lampu car porch belum buka.

Terus jadi Nasir Bilal Khan aku malam tadi. Cuma cangkul takde. Guna peralatan kebun aku yang comel untuk gali tanah. Ini pertama kali jumpa anak kucing jadi macam ni. Nak kata anjing tak mungkin anjing lompat lepas tembok. Aku rumuskan ini kerja kucing jantan yang syak anak tu bukan anak dia lalu dipenggal kepala anak kucing itu. Kepala kucing memang tak dijumpai. Sadis tapi nak buat macam mana, aku tiada dirumah untuk lindungi anak kucing tu.

Aku nak tangkap kucing jantan yang disyaki untuk disunat terus.

Tuesday, May 26, 2015

1MDB for Dummies


Aku simpan artikel ni untuk rujukan masa hadapan.

Kadangkala, realiti lebih menakjubkan daripada drama dan filem yang kita tonton. Berikut adalah kisah 1MDB — Kecuaian, Kesilapan atau Penipuan?
Prolog
1. 1MDB ini asalnya adalah Terengganu Investment Authority (TIA) yang ditubuhkan pada tahun 2008. Antara penasihat penubuhan TIA adalah Low Taek Jho atau Jho Low, seorang yang diakui rakan kepada Riza Aziz dan ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor. TIA berjaya menjual RM 5 bilion bon yang dijamin oleh Kerajaan kepada pelabur termasuk KWSP. Jho Low ketika itu baru berusia 27 tahun.
2. Pada tahun 2009, TIA diserap menjadi syarikat 100% milik Kementerian Kewangan (MOF) dengan nama 1Malaysia Development Berhad (1MDB). PM dan juga Menteri Kewangan (kebetulan), Dato’ Seri Najib Razak, menyatakan objektif 1MDB adalah menjadi pemangkin pembangunan dengan menggunakan pelaburan dari luar negara.
3. 1MDB dicanang mempunyai struktur korporat yang penuh intergriti. Pasukan eksekutif, yang diketuai bekas “consultant” Dato’ Shahrol Halmi, diselia oleh Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh Dato’ Bakke Salleh (sekarang Tan Sri) — tokoh korporat yang terkenal mengemudi Felda Holdings (sekarang bersama Sime Darby). Di atas Lembaga Pengarah pula ada Lembaga Penasihat yang diketuai oleh Perdana Menteri sendiri, Dato’ Seri Najib.
1MDB dan PetroSaudi International
1. Pada September 2009, 1MDB bersetuju melaburkan RM 3.5 bilion TUNAI ke dalam sebuah Syarikat Usahasama (JV) bersama PetroSaudi International untuk pegangan saham 40%. PetroSaudi pula melaburkan “aset” kertas — hak carigali minyak — yang dinilaikan RM 5.4 bilion untuk pegangan saham 60%. Sebaik sahaja perjanjian ini ditandatangani, Syarikat JV diminta membayar “hutang” kepada PetroSaudi sebanyak RM 2.1 bilion. Pembayaran tunai RM 2.1 bilion ini diambil dari pelaburan tunai 1MDB dan dipindahkan ke Goodstar Limited, sebuah syarikat yang dikawal oleh….Jho Low! Lebih menarik, perbincangan pelaburan ke dalam Syarikat JV ini dibuat dan diselesaikan dalam tempoh 1 bulan sahaja. Cekap.
2. Pada November 2009, “aset” yang dilaburkan oleh PetroSaudi “hilang” apabila perjanjian hak carigali minyak di Turkmenistan dibatalkan. Di sekitar waktu itu juga Dato Salleh Bakke, pengerusi 1MDB, meletak jawatan tanpa sebab.
3. Pada Mac 2010, sebelum menyerahkan laporan tahunan dan audit kepada SSM, 1MDB menjual pegangan saham di Syarikat JV dengan harga RM 4 bilion kepada PetroSaudi. Tetapi penjualan ini bukan dalam bentuk tunai kerana PetroSaudi bersetuju membeli secara hutang.
4. Selepas usahasama ini dibatalkan, 1MDB terus meminjamkan wang kepada PetroSaudi International sejumlah RM 3 bilion sehingga tahun 2012. Keseluruhan “pinjaman” 1MDB kepada PetroSaudi bernilai RM 7 bilion. Dari jumlah ini, dilaporkan lebih RM 4 bilion dipindahkan ke akaun syarikat di bawah kawalan Jho Low.
5. 1MDB kemudian melaporkan bahawa hutang ini telah dijual kepada pihak ketiga dan 1MDB merekod pendapatan RM 8 bilion. Sekali lagi wang ini tidak dimasukkan ke dalam akaun 1MDB sebaliknya “dilaburkan” semula ke sebuah institusi pelaburan di Kepulauan Cayman.
6. Apabila kontroversi 1MDB mula hangat pada tahun 2013, pihak 1MDB digesa membawa kembali wang RM 8 bilion yang dilaburkan di Kepulauan Cayman. Pihak 1MDB memberi kenyataan bahawa keseluruhan pelaburan telahpun ditebus tetapi sebahagian daripada hasil pelaburan digunakan untuk membayar faedah hutang yang semakin bertimbun. Baki RM 3.5 bilion dikatakan wujud dalam bentuk tunai disimpan di sebuah cawangan BSI (sebuah bank dari Switzerland) di Singapura.
7. Baru-baru ini Perdana Menteri mengakui bahawa jumlah tersebut tidak wujud dalam bentuk tunai walaupun pada awalnya di Parlimen beliau memberi kenyataan ianya dalam bentuk Tunai. Menteri Kewangan ke-2 pula menerangkan bahawa jumlah itu wujud dalam bentuk “unit” — sehingga ke hari ini misteri unit itu masih belum terjawab, dan wang sejumlah RM 3.5 bilion itu masih belum dibawa balik ke Malaysia.
Tanah & 1MDB
1. Pada tahun 2010, diumumkan bahawa dua plot tanah berharga milik kerajaan dijual kepada 1MDB pada harga yang amat rendah. Salah satu plot tersebut terletak di Jalan Tun Razak dijual pada harga RM 64 kaki persegi manakala satu lagi plot merupakan Lapangan Terbang Tentera Sungai Besai yang dijual pada nilai RM 47 kaki persegi.
2. Antara langkah untuk 1MDB terus mendapat keyakinan dari pelabur (supaya 1MDB boleh terus meminjam dan kemudian meminjam semula kepada PetroSaudi?) adalah permainan hartanah di mana penilaian aset tersebut boleh direkod sebagai keuntungan dan digunakan sebagai cagaran bagi pinjaman dan penjualan bon. Sesuatu yang menarik — sejak 2010, 1MDB menilai semula hartanahnya SETIAP tahun, sedangkan menjadi kebiasaan untuk syarikat menilai semula hartanah dalam tempoh 3–5 tahun.
3. Dari tahun 2010–2013, 1MDB mencatat keuntungan atas kertas lebih dari RM 3 bilion hasil dari penilaian semula aset hartanah yang dibeli dari Kerajaan pada harga di bawah pasaran. Bagi akaun 2012–13 sahaja, 1MDB mencatat keuntungan penilaian semula hartanah sebanyak RM 2.7 bilion. Jika tidak kerana penilaian semula ini, 1MDB sepatutnya mencatat kerugian RM 1.8 bilion!
1MDB & Stesen Janakuasa
1. Walaupun 1MDB mencatat keuntungan di atas kertas, tetapi realitinya adalah pembayaran balik “interest” daripada pinjaman dan penjualan bon berbilion bilion ringgit harus dibuat secara tunai. Setelah 3 tahun ditubuhkan, 1MDB masih belum mempunyai perniagaan yang memberikan aliran tunai bulanan yang stabil.
2. Pada tahun 2012, 1MDB mula melabur di dalam sektor pengeluaran tenaga elektrik. 1MDB membeli syarikat Tanjong Energy yang dimiliki Ananda Krishnan pada nilai RM 8.5 bilion dan Genting Sanyen pada nilai RM 2.3 bilion. Pada tahun 2013, 1MDB membeli pula Jimah Energy pada harga RM 1.2 bilion.
3. Aset yang dibeli pada harga RM12 bilion ini diturunkan nilai serta merta ke RM 10.9 bilion oleh juruaudit 1MDB sendiri bagi akaun tahunan 2012–2013 kerana dianggap dibeli lebih dari nilai pasaran.Menurut analisis, aset Genting Sanyen hanyalah bernilai RM 400 juta! Maka tidak terkejutlah laporan tahunan Genting menyatakan penjualan aset tersebut sebagai “keuntungan luarbiasa”. 1MDB pula “rugi” nilai RM 1.1 bilion. Fakta: Perjanjian pembekalan tenaga oleh Genting Sanyen bakal berakhir pada tahun 2016. Melainkan 1MDB yakin boleh meneruskan perjanjian ini, mengapa mereka sanggup membayar begitu banyak?
4. Bagaimana 1MDB membeli aset-aset ini? Dengan aset tanah yang besar sebagai pajakan dan sokongan Kerajaan (sama ada secara rasmi, surat sokongan atau hakikat ianya anak syarikat MOF), 1MDB berjaya menjual bon atau mendapat pinjaman berjumlah RM 20.9 bilion — kebanyakannya dalam matawang dolar Amerika. Jadi 1MDB meminjam RM 20.9 bilion untuk membeli aset yang bernilai RM 10.9 bilion. Pelaburan strategik?
1MDB & Hutang
1. Malangnya pembelian aset-aset janakuasa ini tidak mampu memberikan aliran tunai yang mencukupi untuk membayar semula “interest” kepada pembeli bon dan peminjam yang lain. Situasi ini begitu serius sehingga dilaporkan pada awal 2015 Ananda Krishnan terpaksa memberi pinjaman RM 2 bilion bagi mengelak 1MDB gagal membayar hutang pada tempoh yang ditetapkan.
2. Laporan terkini menyatakan bahawa 1MDB mempunyai liabiliti dalam lingkungan RM 42 bilion, dan harus membuat bayaran “interest” lebih dari RM 1.4 bilion setiap tahun sehingga tahun 2023. Malah, pada tahun ini sahaja 1MDB harus membayar RM 5 bilion kepada peminjam. Kebolehan 1MDB untuk membayar semula peminjam diragui dan dilaporkan bahawa salah sebuah peminjam akan meminta 1MDB melangsaikan hutang lebih awal dari tarikh matang. Sekiranya 1MDB gagal memenuhi permintaan ini, keberangkalian seluruh peminjam 1MDB meminta pulangan wang amat tinggi.
3. Memandangkan 1MDB adalah anak Syarikat MOF, siapakah yang akan tolong membayar semula pinjaman ini? Sudah tentu Kementerian Kewangan. Dari mana datangnya wang Kementerian Kewangan? Ya, dari rakyat la jawapannya.
4. Kerana itu, daripada menjadi pemangkin pelaburan asing, 1MDB mula menjual aset tanahnya. Kontroversi pembelian tanah Tun Razak oleh Tabung Haji pada harga RM 2700 kaki persegi baru-baru ini membangkitkan kemarahan rakyat. Kemudian muncul laporan pelbagai institusi-institusi kerajaan lain seperti Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) juga terlibat dalam usaha penjualan aset oleh 1MDB. Akhirnya, tanah yang dibeli pada harga murah dari Kerajaan, dijual pada harga pasaran kepada institusi Kerajaan sendiri, hanya untuk menampung hutang luar biasa 1MDB.
Kisah Sampingan 1MDB
1. Pada 2012, anak Syarikat 1MDB, SRC International Sdn. Bhd, mendapat pinjaman sebanyak RM 4 bilion daripada KWAP. Sebaik sahaja jumlah ini dikeluarkan, MOF mengambil alih SRC International Sdn. Bhd. Sehingga ke hari ini, belum ada jawapan jelas tentang ke mana perginya pelaburan ini.
2. Dalam tempoh 6 tahun beroperasi, 1MDB telah melalui 3 CEO — Shahrol Hamid (2009–2013), Hazem Rahman (2013–2014) dan terkini Arul Kanda (2014-). 1MDB juga mengejutkan pasaran dengan gagal menyerahkan laporan tahunan kepada SSM selama lebih setahun bagi laporan kewangan Mac 2013.
Epilog
Baru-baru ini kepimpinan negara mengakui bahawa 1MDB membawa risiko besar kepada kewangan negara. Malah, mula diakui bahawa bantuan harus diberikan bagi mengelak 1MDB memberi kesan sistemik terhadap sistem kewangan. Implikasi 1MDB bukan sahaja bersifat kewangan tetapi juga membangkitkan persoalan integriti institusi yang sepatutnya menjaga amanah rakyat.
Apakah peranan seorang individu bernama Jho Low? Kenapakah Dato’ Shahrol Hamid terus meminjamkan wang kepada PetroSaudi? Jika wang tersebut berjaya ditebus secara penuh, di manakah hasil keuntungannya? Mengapa sebuah institusi kewangan milik MOF sendiri tidak yakin untuk melabur dan menyimpan wang di dalam negara? Mengapa Goldman Sachs diberi komisen luar biasa untuk penjualan bon-bon 1MDB? Di manakah Lembaga Pengarah 1MDB? Apakah fungsi Lembaga Penasihat sehingga membolehkan Syarikat milik Kerajaan mengumpul hutang RM 42 bilion dan TIDAK mampu membayarnya?
Mungkin isu 1MDB terlalu teknikal dan kompleks untuk difahami rakyat jelata, tetapi di sebalik angka, bon, murabahah dan lain-lain adalah sebuah kisah mudah.
1MDB bagai anak kecil yang diberi benih oleh orang-orang kampung untuk ditanam di tanah ibu bapanya. Malangnya benih itu diberikan kepada orang lain (mungkin juga dicuri). Takut dimarah oleh orang kampung, anak itu mula meminjam benih dari abangnya, jirannya malah orang asing. Tapi anak itu terlebih meminjam benih sehingga akhirnya terpaksa menjual tanah milik ibu bapanya. Persoalannya di sini salah siapa? Anak itu atau ibu bapanya?

Monday, May 18, 2015

Masa

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-'Asr].


Sejak kebelakangan ini masa ni macam terlalu singkat. Ada dengar ceramah pasal Allah swt tarik keberkatan masa dari semua manusia di akhir zaman. Kalau tidak percaya cuba korang layan internet/smartphone rasa macam kejap tapi bila korang mengaji or solat jemaah dalam surau rasa macam lama, betul kan? kan..kan..

Memang spot-on maksud ayat Surah Al-'Asr ni. Sama juga peribahasa "Masa itu emas". Cuba kau jual "masa" kat kedai emas laku tak? Maksudnya "masa" ini lebih berharga dari emas. tapaham? Banyak-banyak muhasabah diri. Umur dah nak masuk 3-series ni. Amalan pun macam tak ramai je.

Monday, May 4, 2015

Celcom FIRST™ Basic 38


Aku dah tukar kepada redONE baru nak lancar pelan murah+terbaru+affordable+laju CELCOM ni. Ahmad Maslan betul lah!!...Macam MyVi betul perangai CELCOM ni. haha. proper bukan carutan zaman sekarang?


redONE RM38/month baru dapat 1GB++, Celcom RM38/month siap 3GB++ dan 4G pulak tu serta data yang tak habis guna boleh carry forward. Nak tukar kepada Celcom? tunggu tamat kontrak setahun. haha.

Wednesday, April 22, 2015

redONE 3G dan Celcom 4G Speedtest

redoNE hujung bulan ni katanya akan mempunyai 4G berdasarkan page Facebook redONE.

Memang tidak dinafikan line redONE masih belum boleh menandingi line Celcom. Aku dah buat speedtest menggunakan Celcom 4G sebelum aku tukar ke redONE 3G. Kelajuan normal 3G memang 1Mbps ke atas.







Bak kata orang bukan nak buka pekung tapi nak transparent. Member aku yang baru register belakang rumah ada tower Celcom 4G pun line putus-putus. Terus tukar balik ke line asal. haha. customer always right. 4G Celcom memang berdesup beb mengalahkan UniFi 10Mbps kat rumah aku.lol.

Tapi berita baik dari CEO redONE sendiri iaitu Farid melalui FB redONE. aik Farid je nama, abes tu die tulis situ Farid aku cakap la Farid. Ntah ye atau tidak tunggu kenyataan rasmi nanti.



Friday, April 17, 2015

Perbandingan Pelan Pascabayar TERMURAH | Celcom DiGi Maxis UMobile redONE

Salam.

Aku nak share perbandingan Telco tapi mungkin lepas ni dah berubah sebab Telco nak kurangkan harga jalur lebar dan pengurangan di antara 14-57%.


++ tu bermaksud fair usage policy jika quota dah habis akan jadi lambat dari biasa. Yang paling murah UMobile tapi aku masih stick kepada redONE sebab aku kan 007 redONE. haha.

Semoga dengan perbandingan ini dapat membantu. sekian.

Wednesday, April 15, 2015

Oh Meleis

Kecewa.

Kecewa dengan sikap orang melayu berniaga. Bukan semua tapi segelintir. Kerja aku juga servis sebab selalu jumpa user yang menghadapai masalah cable network tercabut tapi masih dengan senyum lebor pasangkan network cable tu.

Kalau setakat nak tabur pasir kat periuk nasi hamba Allah swt ni memang senang sebab sekarang zaman media sosial. Tapi aku tak nak sebab nak Allah swt je balas budi pekerti beliau. Kalau bayar dua tiga ratus tu aku boleh terima servis macam haram tapi aku pelanggan bayar riban-riban.

Dah tau salah buat cara salah ini siap tai-chi kat pekerja kau. Mengenangkan bekas rakan sekerja, bagi la servis tip-top ini tip-bottom. Bila aku bagi pandangan kau sampahkan pandangan aku. Jangan risau aku halalkan duit aku tu. Berkat atau tidak tu Allah punya kerja. Beza dengan kaum Cina berniaga sangat super tip-top. Niat aku nak tolong orang Islam niaga pastu nak promote kat blog tapi kalau macam ni jadinya....

Biarlah aku kayakan orang bukan Islam asalkan servis dieorang tip-top dan puas hati. Bayar beriban penuh dengan beriban alasan.

Cukup la blog ni menjadi coretan kekecewaan hati. kah. Jejari Emas konon. Hakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.....ptttttuihhhhhhhhhh...

Friday, April 10, 2015

Cara Untuk Bertukar Kepada redONE | Pasca Bayar



Jika anda sekarang menggunakan pascabayar dan ingin mengekalkan nombor sedia ada, tiada masalah untuk bertukar.

Sila ke SINI untuk maklumat lanjut.

Ketika mendaftar hanya perlukan salinan kad pengenalan, salinan bil telefon dan RM10(kalau nama blacklist tambah RM50). Sila pastikan anda terlebih dahulu membayar baki semasa serta unbilled amount untuk melancarkan pertukaran. Aku sendiri telah membuat pertukaran. Masa yang diambil untuk port in ke redONE adalah 3-5 hari waktu bekerja.


Ejen berdedikasi macam aku boleh check status port in dalam control panel aku. Boleh refer gambar di atas untuk rujukan. Dulu aku guna prepaid Maxis lepas tu tukar postpaid Celcom. sekarang redONE sebab ia mampu milik dan aku bukan kejar sangat pun kuota data tu. Rumah dah ada UniFi 10Mbps. Mesti nak laju sebab isteri tercinta cikgu, kena key in markah serta macam-macam aplikasi ONLINE pendidikan anjakan paradigma kita ni tapi sistem lembap walaupun internet kat rumah laju.

Kalau setakat guna untuk WhatsUp, Telegram...bla..bla..Waze aku rasa 1GB++ cukup untuk sebulan. Sambung pasal port in dari Celcom ke redONE. Masa yang diambil adalah lebih kurang satu hari jika tiada masalah pada nombor anda seperti ada supplement line tapi tidak register, bil tertunggak atau anda masih dalam kontrak dalam telco tu.

Pelan yang aku ambil bulanan RM8 dan data RM30/1GB++ so jumlah RM38(tidak termasuk GST). Berbanding pelan Celcom aku Celcom Exec 50 tambah dataplan RM38 jadi jumlah RM88. Beza RM50++, Lepas beli susu anak dan pampers Whoopie. haha.

Maksud ++ tu bila kuota 1GB dah habis fair usage policy akan digunakan iaitu 64kbps bergantung kepada lokasi pengguna dan keadaan network. Kredit limit boleh set serendah RM50 sebulan so takde lah bil melambung macam hutang 1MDB.


Menarik? Aku tak guna topup sebab aku kaya in case emergency kredit habis, nak cekau mana kredit woi. Dengan serendah RM8 bulanan aku rasa pelan ni sangat mampu milik macam rumah PR1Ma. Risau pasal coverage? Tidak perlu sebab redONE partner dengan Celcom. Aku memang nak stay dengan Celcom tapi aku tengok pelan pascabayar diaaaa...RM85/bulan beb. Memang 2GB data tapi gaji lima digit boleh la. Aku gaji lagi dua tiga sen nak lima digit.

Berminat? Boleh contact aku di talian 012-3630328. Walau di mana anda berada di Malaysia, saya boleh daftarkan redONE untuk anda. Tunggu apa lagi? Tu nombor aku dah kasi, lekas hubungi. hahaha.

Thursday, April 2, 2015

I am RedOne Sales Agent | Saya adalah Ejen Jualan RedOne | Pasir Gudang

Salam GST.

Disebabkan ekonomi yang semakin sempit, mari kita mencari part time income. Selain Mrs Nawuza Bakery yang jual kek & etc, aku juga adalah ejen berdaftar RedOne. haha. Sebab apa aku beralih arah ke RedOne?



  • Postpaid termurah RM8 sebulan + GST 6%
  • Guna spektrum Celcom so tiada masalah di situ.
  • Data plan yang mampu milik untuk golongan pertengahan.
  • Boleh guna nombor anda yang lama. 
Cukup tak alasan ni?




Aku akan terangkan dengan lebih lanjut di blog ni. 
Minat? WhatsApp/Telegram: 012-3630328

Wednesday, March 4, 2015

Perkhidmatan Kereta Sewa Johor atau Seluruh Malaysia


Anda memerlukan kereta sewa di kawasan Johor, Selangor atau seluruh Malaysia? Tidak Perlu risau, Green Matrix Car Rental mampu membantu anda.


Walau di mana anda berada di Malaysia dan memerlukan kereta sewa, Green Matrix Car Rental mampu memberikan perkhidmatan terbaik dari ladang. hahaha..



Sila pilih anda berada di negeri di mana.


Tuesday, February 24, 2015

Aku dan JPJ......LAGI


Seperti mana yang anda tahu, saya bukan sahaja mat kilang tapi juga mat rempit. Merempit ke tempat kerja. Dalam sebulan mesti kena tahan roadblock JPJ. Kalau tak percaya cuba tanya pengguna motosikal Pasir Gudang......krik...krik..krik...yang jarang kena tahan tu biasa hati kering, selamber lawan arah bila nampak roadblock atau tuah di kaki beliau.

Berikut adalah lokasi biasa JPJ buat roadblock di kawasan Pasir Gudang.
  • 1.482936, 103.904484 - Jalan masuk ke Taman Bukit Dahlia dari Jalan Litar/Pusat Bandar.
  • 1.476539, 103.896185 - Jalan Besar nak masuk ke Persiaran Dahlia. ke KPJ Pasir Gudang.
  • 1.453801, 103.918683 - Sebelum Petronas Jalan Gangsa.
  • 1.471064, 103.900412 - Susur ke kiri Jalan Mawar.
  • 1.486807, 103.933311 - Jalan Kota Masai 1 menghala ke Jalan Kota Masai
  • 1.477873, 103.909943 - Jalan Litar dari Jalan Bandar
No 1,3 6 adalah tempat aku pernah 'sedekah' duit kat JPJ. Yang terbaru terus naik court sebab roadtax motor mati sama sekali. Yang gampang tu aku penuh yakin nak lalu roadblock tu padahal ada je motor yang lari. Sehari dua sebelum puasa tak silap aku naik court.

Aku faham JPJ nak jalankan tugas. Memang salah aku tak check rotax motor. haha..Biasa aku letak reminder tapi tahun lepas ada aral melintang renew rotax lambat dah tarikh tu dah bertukar dan SEE YOU IN COURT..Di sini aku nak usulkan cadangan macam dalam twitter aku.

  1. Buat iklan mendidik pengguna seperti periksa cukai jalan, jangan buat U-turn dan bermacam lagi. Buat la iklan menyentuh jiwa sikit. Duit jual no plat kan ada. RM500000 lepas sangat buat iklan.
  2. Bagi peluang kepada pengguna jalanraya. Contoh, buat sistem untuk periksa kesalahan pengguna. Contoh kalau pengguna pernah melakukan kesalahan cukai jalan mati, terus keluar kompaun. Kalau belum pernah kena, kasi amaran.
  3. Buat roadblock tu biar ada SOP. Ini tidak, park tepi jalan terus tahan motor lalu lalang. Nampak sangat kan kau suka cari kesalahan orang.
Setakat ni itu sahaja. Jangan nak kurangkan rakyat mati sebab kemalangan dengan roadblock...roadblock..roadblock. 
sekian.

Friday, February 6, 2015

FESTIVAL LAYANG - LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG KALI KE 20 | 25 Feb - 1 Mac 2015


Aku sediakan tempat tinggal..haha..RM1000 satu malam..

Wednesday, February 4, 2015

Rabu Tanpa Perkataan #30


Tuesday, January 27, 2015

Bercucuk tanam

Aku pun tak pasti jin pokok mana yang aku terlanggar sampai rasa kemaruk tanam pokok. Biasa tanam pokok cili tapi selalu mati sebab kena serang serangga. Bawah daun cili ada putih-putih lepas tu layu dan mampus. Spray ridsect pun tak jalan, kuat betul antibodi serangga ni. nak di jadikan cerita aku amik pokok pandan dari mak aku. Pokok cili tu aku buang semua daun dan togel tinggal batang je. Lepas tu aku letak pokok pandan dekat pokok cili tu. Sampai ke hari ni, sihat pokok cili aku dan dah berbuah.

ni gambar lama. sekarang dah berbuah woi. tu yang cinonet daun kesum yang macam nak mati. kucing tu jaga dari serang tikus..tettt..


Tak tau la aku pokok pandan ni repellent serangga tu. Tapi tak semua yang aku tanam hidup. Masih bereksperimen lagi. Pokok limau depan rumah pulak kena serang ulat bulu. Aku tangkap ulat bulu tu simpan dalam bekas dengan harapan nak tunjuk Zaheen ulat bulu tu jadi rama-rama. kahkah..

Tuesday, January 13, 2015

Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus.

Asik copy paste je..haha..tapi bunyi guli/perabot bergerak selalu dengar dalam rumah tapi lately dah jarang.

1. Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana2 pintu ( kecuali bilik air) sebab port2 syaitan kebiasaannya di pintu2.
.
2. Lazimi membaca dan memasang ayat2 suci alquran di rumah.
.
3. Gunakan semua bilik yang ada dalam rumah.
.
4. Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan seperti tulang dll sbb tu semua makanan jin.
.
5. Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam2 elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tak elok untuk badan dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.
.
6. Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dengan sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yang terhampar pada waktu maghrib dan ke atas.
.
7. Kalau orang yang tidur mengigau sentuh dan kejut dia.
.
8. Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur rambut letak bawah kepala, (jangan lepaskan ke atas bantal.)
.
9. Bagi rumah yang pintu2nya berhadapan dengan pintu2 lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sebab pintu2 yang saling berhadapan boleh jadi laluan makhluk halus.
.
10. Kalau terlupa bagi salam semasa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dengan bagi salam.
.
11. Elakkan ketawa dan bersedih yang berlebihan.
.
12. Elakkan duduk di pintu.
.
13. 'Pagar' rumah setiap hari.
.
14. Selalu2 baca surah Al-Baqarah.
.
15. Selalu alih2kan barang dalam rumah. Jaga suasana baik dalam rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda2 macam ini akan tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dengan manusia yang kelalaian.

Tuesday, January 6, 2015

Riak dalam tidak sedar

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..kalau ada barang baru, jgn tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya x mampu.
Kalau makanan ada sedikit, jgn makan depan kawan nnti dia terliur.... betapa indah pembentukan akhlak anak2 ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain.
Tapi kini, tanpa kita sedari, melalui fb dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk2 atas kata2 'share'..beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak2, upload gambar...dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gmbr cek, slip gaji, slip bank, .. anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak, mmm..dan banyak dan banyak lagi yg tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dll tp realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita x ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yg kita uploaad mungkin dah beberapa hari tak makan, ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang lembam..ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi.
Maka :-
"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerna mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana."..
Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia.
Yang sudah tu sudah...
Yok, sama2 kita berusaha ke arah itu.
Jadikan group ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan group ini medan tazkirah..
Jadikan group ini medan maklumat..
Jadikan group ini medan yang boleh memajukan ummah..
Kerana bila kita meninggal nnti ilmu yg kita sampaikan itulah yg bermanfaat utk kita, bukan apa yg ada yg kita tunjuk2kan itu.
Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala utk bekalan akhirat nanti.

kredit to Fazli Azmi.