Thursday, December 30, 2010

Kroni



Sebelum itu aku nak ucapkan tahniah kepada Harimau Malaya yang berjaya membawa pulang Piala Suzuki 2010.

Berkenaan dengan tajuk di atas, aku memang tidak puas hati pasal perkara ini. Perkara ini memang sinonim dengan politik di Malaysia dan juga agak sinonim dengan meleis. PHD juga sinonim dengan meleis ni.

Aku sebenarnya dah cukup muak dengan kelakuan pihak yang menggunakan kuasa mereka untuk kepentingan mereka. Sebagai contoh, syarikat Zionis melanggan perkhidmatan Screamyx 1Mbps. Setiap pekerja perlu membuat pendaftaran RM20 untuk menggunakan khidmat internet jalur lebar ini dan setiap bulan perlu membayar RM5. Jumlah pekerja lebih kurang 200 orang. 200 x 20 = RM4000. 200 x 5 x 12 = RM12000. Screamyx sebulan RM110 x 12 = RM1320. 12000 + 4000 - 1320 = RM14680. Dari sini syarikat Zionis telah mengaut keuntungan RM14680. Ada khabar angin mengatakan yang duit lebih akan dimasukkan ke dalam tabung cuti di mana pihak atasan dan yang terpilih sahaja dapat ikut percutian luar negara itu. WADEFAK!!..

PHD aka perasaan hasad dengki. Ada sekumpulan pekerja di syarikat Zionis yang menggelarkan mereka sebagai otai hanya kerana mereka telah lama berkhidmat dalam syarikat. Siap tubuhkan group dalam BukuMuka dan yang terpilih sahaja di invite. Ntah macam mana, ada seorang pekerja baru telah di invite masuk ke dalam group bajet otai ni. Suatu hari, pekerja baru ni tidak datang majlis yang meraikan salah seorang ahli otai sebab anak beliau meragam. Bila si pekerja baru ni masuk BukuMuka dan masuk group otai ni. Kebetulan ada discussion pasal majlis keraian semalam. Tiba-tiba salah seorang ahli otai memaklumkan ada seorang kawan mereka tidak datang walaupun sudah diberitahu. Dan serta merta ahli otai ini menghentam beliau yang tidak hadir. Bila si pekerja baru ingin membalas komen itu, dia rupakan telah di kick dari group itu.

Kroni biasa akan rapat dengan pihak atasan supaya mereka dapat apa yang mereka hendak seperti menyusahkan pekerja yang tidak disenangi mereka. Dan dalam meeting juak-juak kroni akan mendapat pujian atas dasar sayang syarikat. Contoh walaupun hari tidak bekerja, masih datang ke pejabat untuk menunjukkan rasa cinta terhadap syarikat. Nasib pekerja yang tidak disenangi kroni? Pekerja ini akan dibebani dengan jawatan-jawatan seperti setiausaha kelab sukan, setiausaha keselamatan serta macam-macam lagi. In the end of the day, pekerja ini tidak dapat menumpukan kerja sebenar beliau di dalam syarikat.

Umur ahli-ahli kroni biasanya dalam penghujung 30-an. Rasa macam nak meletup tulis post kali ini...cukup la..
......
........
.........
............
p/s: when i see those faces...........
p/ss: based on true damn story...

2 comments:

Halmey @ Berg said...

mesti rase nak sepak je kalau jumpa org camni..wtf!!

encik azuwan said...

kuasa membutakan fikiran.
tahun depan aku rase meletup jugak syarikat(nama samaran) zionis(nama samaran) tu.