Friday, December 24, 2010

Cermin Satu Hala - Cermin Dua Hala



Aku nak cerita pasal cermin sebelum berhujung minggu. Ayah aku emel, malam tadi. Kebetulan ayah aku ada kerja di TNB Kulai, bermalam di rumah aku dengan sambil lepas rindu kat cucu sulung. Malam tadi dah macam siber kafe. Aku dengan laptop aku, adek dan ayah masing-masing mengadap laptop masing-masing. Bini aku lak ngadap anak..kahkahkah..

Ok sambung balik pasal cermin. Ini amat berguna terutamanya untuk kaum hawa. Ada dua jenis cermin iaitu sehala dan dua hala. Cermin sehala adalah cermin biasa yang biasa kita guna. Cermin dua hala adalah cermin macam dalam cerita-cerita Hollywood tu masa interrogation. Pesalah yang di interrogate nampak cermin dan di sebalik cermin tu ada Horatio.

Ada cara untuk mengetahui cermin dua hala. Anda perlu melakukan ujian jari. Sila rujuk gambar di bawah.

Jika anda perasan gambar yang pertama, refleksi jari anda dengan jari asli anda ada jarak sedikit. Jika ada jarak ini bermakna ia adalah cermin sehala which is safe.


Gambar kedua pula tiada jarak antara jari asli dan jari refleksi. Jika tiada jarak ini adalah cermin dua hala dan sila jangan menukar pakaian anda di situ. Mungkin ada pihak tidak bertanggungjawab merakam susuk tubuh badan anda lalu menggunakannya sebagai peras ugut. Kalau nak pecahkan cermin tu boleh jugak, mana tahu malaun tu sedang syok merakam.

Motto dia adalah...No space, leave the place.

3 comments:

NuRuL AiN said...

ala,br nak buat entry pasal ni:P haha

encik azuwan said...

lambat sgt=p see u soon;)

Umi said...

aik, berebut2 lak nak wat entry nie, eh? hehee... sian ain, kena jaga zaheen sorg2...

good info.. tq2...