Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah : 1 Muharram 1432H

Salam maal hijrah. Esok Johor akan cuti tapi aku tidak cuti kerana kilang aku kilang international. Instead of ambil 1 Muharram sebagai cuti mereka lebih prefer untuk ambil 1 Januari sebagai cuti. Teringat masa zaman sekolah rendah dulu. Mesti ada nasyid "1 Muharram detik permulaan, Perkiraan tahun Islam Hijrah...bla...bla". Nasyid ini pasti akan didendangkan kat sekolah agama semasa sambutan Maal Hijrah.


Jangan lupa petang ini selepas asar baca doa akhir tahun. Kemudian selepas maghrib doa awal tahun.





Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah


Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta


Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan




Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
-Al Ajiba-



No comments: