Wednesday, December 22, 2010

YES 4G & P1 4G bukan tawarkan internet berkelajuan 4G!!!..



Seperti entry pasal Proton Saga FL, aku ingin ulang bahawa marketing di Malaysia memang gampang. Cuba lihat iklan KFC, masa keluar iklan shrimp dia bukan main besar lagi empuk. Sampai tidak muat bekas kertas yang diberi. Nanti ada nota kecil semasa di akhir iklan di mana 99.99999% penonton tidak akan perasan yang itu hanya adalah illustration purpose. Bak kata orang "bohong sunat". Iklan seperti ini sepatutnya tidak boleh disiarkan. Ini seolah-olah suatu penipuan, kalau nota tu saiz font dapat dibaca aku boleh kautim lagi.


Gampang bukan? Kali ini aku mahu cerita penipuan yang agak melampau oleh YTL serta P1. Seperti yang kita sedia maklum, YES(YTL) menyediakan internet mudah-alih berkelajuan 4G. Begitu juga P1 Wimax yang telah menukar nama kepada P1 4G. P1 dan YTL bukan main pukul canang servis internet yang mereka sediakan berkelajuan 4G.

Sebelum aku menyambung lebih lanjut perkara 4G, mari kita belajar apa itu 4G. 4G adalah wireless generasi keempat yang mengatasi 3G serta 2G. 4G juga dikenali sebagai International Mobile Telecommunications-Advanced (IMT-Advanced). Apakah syarat-syarat untuk melayakkan 4G?


  • komunikasi dalam bentuk Internet Protocol(IP). 4G akan menggunakan IPv6.
  • mempunyai puncak kelajuan sehingga 100 Mbit/s untuk mobiliti tinggi(mudah di bawa) seperti telefon bimbit dan USB dan 1 Gbit/s untuk mobiliti tinggi seperti local wireless access point.
  • standard yang digunakan adalah IEEE 802.16m. masih dalam kajian.
  • ada banyak lagi..sila cari..tak larat den.
4G masih lagi dalam kajian. 3GPP Long Term Evolution (LTE) sering kali disalah anggap sebagai 4G. LTE adalah lebih laju dari 3G. LTE mempunyai kelajuan puncak muat turun/muat naik 326.4 Mbit/s / 86.4 Mbit/s. LTE Advance iaitu adik kepada LTE merupakan salah satu calon untuk standard IMT-Advanced. Calon lain dalah WiMAX 2.


Sudah faham bukan apa yang sedang berlaku. Teknologi yang kita guna adalah sama seperti apa yang telah dilancarkan di Korea pada tahun 2006. Sebagai pengguna, kita patut tahu selok-belok barang yang kita guna agar orang tidak bertanggungjawab tidak mengaut keuntungan sesuka hati. Sama juga macam gelang si AC yang tiada bukti yang jelas dan nyata pasal magnet dan kesihatan.



Standard YES dan P1 4G adalah IEEE 802.16e(WiMAX) di mana ia tidak memenuhi spesifikasi 4G. 4G dalam YES dan P1 4G adalah tujuan menipu sahaja dan teknologi yang mereka guna adalah LTE. Apa ingat rakyat Malaysia semua lampi ke?!..Servis Streamyx tu pun banyak masalah belum setel apatah lagi Astrogol yang asal mendung out of service. Kita sebagai pengguna ada hak.

2 comments:

meow said...

dah pun beli...tapi xpe lah..asalkan laju...cuma diorg xleh la tulis diorg tu penyedian 4G...

encik azuwan said...

dh beli nk wat cmne..tp boleh je buat aduan.pengguna kt malaysia selalu ditindas.