Showing posts with label saga FL. Show all posts
Showing posts with label saga FL. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Proton SAGA FLX


Makin menjadi-jadi SAGA ni. SAGA SE aku dah out-of-date.haha. Sekarang sudah ada SAGA FLX pulak. Memang laju budak-budak Proton buat kerja. Perodua aku tengok macam kurang sikit.haha.


SAGA FLX ini dilengkapi dengan Continuously Variable Transmission (CVT). Apa kejadah CVT ni?!. Kalau SAGA FLX ni dilengkapi Windows 7 Professional ke aku faham la jugak. Ini bahasa mekanik memang aku gagal. Yang aku faham SAGA FLX ni guna tali pinggang belt instead of guna fix gear. Faham? Jangan tanya aku, aku pun tak faham. Kaedah ini membolehkan penjimatan minyak serta daya tahan enjin. Kata Proton la.

Selain itu ada suis Stepped Automatic Transmission(SAT) yang dapat meransang......... feel of a standard 6-speed automatic transmission. Ini tidak perlu aku jelaskan. SAGA SE aku pun 6-speed automatic transmission, tapi tidak perlu suis SAT ini untuk feel-feel. SAT dan CVT ini ada kait-mengait la fungsi menjimatkan penggunaan minyak serta memanjangkan umur enjin SAGA anda.

Apa-apa hal pun korang boleh pergi ke sini untuk maklumat terperinci SAGA FLX ni.

Wednesday, December 15, 2010

Proton Saga FL




Marketing plan Proton memang gampang. Kalau rakyat marhem sekalian perasan, kereta Malaysia lagi-lagi Proton suka buat macam ni. Upgrade seciput demi seciput tapi harga beza tak setara dengan upgrade yang dilakukan. Aku adalah pemilik Proton Saga SE. Kenapa aku beli Proton Saga SE?Sebab aku sangat berkenan dengan leather seat dia.haha..so kalau bini aku tertumpahkan air ke takde la haru sangat.

Lepas ni jangan terkejut, Latio di dalam Saga di luar. Seperti yang berlaku dengan Inspira. Saga FL SE juga tinggi kebarangkalian untuk keluar. Tahniah kepada CEO, CFO serta CIO Proton serta Tok Mahathir. Kamu semua did a good job slaughtering average Malaysian's money. Kualiti kereta Proton untuk dalam Malaysia jauh berbeza berbanding dengan kereta Proton untuk keluaran antarabangsa.






Just my cent.

Sumber gambar : PaulTan.org