Aku mahu cerita pasal sejarah. Memandang bini aku guru Sejarah berjaya di sekolah beliau sebab PMR tahun lepas peratusan lulus subjek Sejarah meningkat. Percubaan PMR tahun ini subjek Sejarah juga peratus lulus meningkat berbeza dengan subjek lain menurun. Sebab bini aku ajar subjek Sejarah, aku pernah borak 'Sejarah' dengan bini aku. Pasal Parameswara bagi nama Melaka sempena peristiwa anjing buruan beliau ditendang kijang semasa beliau rehat di bawah pokok Melaka. Aku cakap 'Sejarah' Malaysia ni ada bau-bau ikan atau dalam bahasa imperialis nya smell something fishy.
British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak
semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan
angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah
cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk
menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar
percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja
yang berhak menjadi 'raja’ memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai
hari kiamat.
Semenjak tahun 1958 United Malay National
Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk – Merdeka
dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National
Organsation jadi mamai dengan kesah-kesah dongeng tentang bagaimana
mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh
Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak
bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka -
dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British’s running dog atau anjing
suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi
United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang
British. Jelas ini perbuatan dan kerja barua British.
dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Showing posts with label indonesia. Show all posts
Showing posts with label indonesia. Show all posts
Thursday, September 8, 2011
KMM PKMM API AWAS UMNO
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
10:27 AM
kategori
bencana alam,
harimau malaya,
indonesia,
pendidikan,
penipuan


Wednesday, December 29, 2010
Garuda vs Harimau Malaya
Malam ni penentu samada Piala AFF Suzuki akan di bawa kembali dari Indonesia. Dan seperti biasa, kalau ada jaringan...aku akan awal 5 saat berbanding mereka yang MEMBAYAR perkhidmatan ASTROgol. Saja mahu kasi jeles sama itu pelanggan ASTROgol. Bayar bukan main lagi mahal, servis haprak.
Agak-agak berapa banyak bomoh dari Indonesia datang untuk santet Norsharul Idlan Talaha. Harap-harap Norshahrul ni tidak lupa mandi wajib kalau......biasa la orang baru kahwin. Tapi kemerahan inai mampu menangkis santetan bomoh-bomoh Indonesia yang passport mereka sudah tamat tempoh.
Atau sinaran laser ultraman dari jepang yang akan menentukan keputusan?
Ayuh ramai-ramai kita nonton RCTi..Nak harap TV1 memang tinggal harapan. Dan aku tidak sudi nak dengar Hasbullah Awang atau Zainal Abidin Raup tu mengulas.
kredit gambar: obefiend
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
11:33 AM
kategori
AFF Suzuki Cup 2010,
indonesia,
malaysia,
Norshahrul Idlan Talaha


Sunday, December 26, 2010
AFF Suzuki Cup Final 1st Leg - Malaysia 3-0 Indonesia
Memang terbaik aksi Harimau Malaya menewaskan Sang Garuda yang gagah di angkasa. Seperti biasa, jiran depan rumah(menonton guna AstroGOL) lambat 4-5 saat menjerit masa gol di kala aku menyaksikan gol awal 4-5 saat dengan sopan sebab anak aku sedang lena di pangkuan aku.
MOTM Norshahrul Idlan Talaha. Walaupun inai masih merah, semangat pengantin baru telah membakar semangat KELAKIAN Norshahrul di atas padang. Tahniah Safee dan Ashari yang memadamkan semangat Garuda.
Bring it on Gelora Bung Karno.
p/s: masuk Livescore.com tu.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
10:34 PM
kategori
AFF Suzuki Cup 2010,
indonesia,
malaysia,
Norshahrul Idlan Talaha


Saturday, December 25, 2010
AFF Suzuki Cup Final 1st Leg - Malaysia vs Indonesia
Esok ramai-ramai turun stadium Bukit Jalil..yang ada tiket la..yang tiada tiket macam aku ni ngadap MncTV..kalau dapat siaran..kalau yang duit ramai sikit tu sempat lagi register AstroGOL. Kalau yang bujang tu lepak mamak macam biasa. Nak harap warung melayu bukak bola...ada tapi tak macam mamak yang rata-rata buka siaran bola.
Putih adalah Sang Garuda dan biru Harimau Malaya.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
4:28 PM
kategori
AFF Suzuki Cup 2010,
final,
indonesia,
malaysia


Subscribe to:
Posts (Atom)