Thursday, September 30, 2010

Error Ketika Format Komputer


Beberapa hari yang lalu kerja aku memang betul-betul hao-liao!!!...Tapi dapat sedikit pengajaran. Pernah mengalami masalah ketika meng-format komputer anda?!..Kali ini aku akan kongsi sedikit knowledge(pergh memang tak boleh blah) komputer. Knowledge ini akan menentukan sama ada komputer anda perlu :

A. di campak ke ladang di Teluk Gadong
B. dibelai serta di pujuk rayu
C. upgrade jadi super-komputer

Minggu lepas aku format komputer DELL Dimension 3100.Antara alasan yang aku nak format komputer ini adalah sebab si Sam Witwicky(bukan nama sebenar..nama sebenar Samuri), asik complain cakap komputer lembab+blue screen macam siput...sambung..sambung..Sekali cek sudah kena virus yang create [folder-name].exe. Memang agak gampang virus ini. Contoh aku ada folder "soul hensem", dalam folder "soul hensem" akan lahir soul hensem.exe. Ini akan berlaku terhadap semua folder dalam XP..ok aku ulang..SEMUA folder akan terjangkit. Sebelum ini aku tambah RAM lagi kat komputer tu.

Berbekalkan RAM komputer tu yang berjumlah 512MB..ok aku ulang..512MB!!!..Nasib la bukan SDRAM. Senang cerita aku format komputer tu. Dalam proses nak format itu selalu ada error berkaitan masalah copy file. Aku ambil enteng sebab aku ingat CDROM rosak. Tukar CDROM lain pun sama jugak. Aku tinggal buat kerja lain tak siap-siap format lagi komputer tu sebab asik keluar error copy file.

Hati sudah panas, terus pergi meja aku buka FB, sejuk sikit. Lepas tu buka Google untuk cari tanda-tanda awal bersalin..eh silap..tanda-tanda yang aku alami masa format komputer tu. Sekali aku gatal bukak RAM yang dulu aku tambah diganti dengan RAM lain. Cuba format....as smooth as my wife cheesecake. Memang barua RAM tu. Aku sudah pos RAM yang rosak tu ke ladang Teluk Gadong.

Tanda-tanda RAM rosak:-
  1. Keluar skrin biru, error dalam skrin biru ada papar perkataan MEMORY.
  2. Ketika format ada masalah sewaktu step copying files.
Aku rasa itu sahaja. Sekian.

Tuesday, September 28, 2010

Kisah Nabi Musa Belah Laut - Penerangan Saintifik?

Salam Puasa Enam..

Dalam Al-Quran ada cerita tentang Nabi Musa AS membelah laut. Sekarang sudah ada saintis(ya, saintis barat) yang menerangkan kejadian ini secara saintifik. Aku bab-bab sains ni memang Z+ tapi aku suka Kimia dan Fizik. Sambung balik pasal kajian saintifik belah laut oleh saintis barat. Ini macam ada kaitan dengan prinsip hyrdro-dynamic..tidak silap aku la.

Apa yang saintis ini cuba terangkan adalah angin dari timur berkelajuan 100 km/j bertiup selama 12 jam menyebabkan air membentuk seperti dinding. Laluan terbentuk sepanjang lebih kurang 3km dalam lebar lebih kurang 4 km. Kalau diikutkan logik, manusia lalu mesti kena terbang. Itu yang membezakan mukjizat dengan teori sains.

Apa yang cuba disampaikan di sini?! Bagi aku.. Jangan pulak keliru kena buktikan Al-quran secara saintifik sebab ilmu Allah swt ibarat lautan tak bertepi. Ilmu sains cuma ibarat air yang terlekat pada jarum yang di celup pada lautan yang tak bertepi itu.

Sekian.
p/s: sila ke sini untuk penerangan lebih jelas.

Monday, September 27, 2010

PTPTN - Tukar Pinjaman (3%) kepada Pembiayaan Ujrah (1%)

Ini amat penting kepada mereka yang meminjam kepada PTPTN(baru nak panggil dengan betul) seperti aku. Mula-mula sila pergi daftar di SINI.


Aku pun tidak berapa pasti macam mana sistem penukaran kepada 1% ni. Kalau kita dah bayar lebih PTPTN bayar balik or what-so-ever. Kita tunggu la 01/11/2010 sebab aku tergolong dalam golongan itu. Tapi mak buyung aku tergolong pada golongan pertama tu. Nanti aku update pasal Ah Long yang nak taubat ni.

[updated 28092010 1130 hours]
Seperti mak buyung aku yang tergolong dalam 2008, selesai pendaftaran..Satu emel akan dihantar yang mengandungi pautan untuk kemaskini maklumat semasa anda seperti nama mak ayah serta majikan kita. Aku suspek PTPTipoo sedang mengorak langkah untuk merealisasikan impian mereka iaitu mewajibkan peminjam potong pinjaman PTPTipoo melalui gaji dan 1% hanya akan dinikmati segelintir yang 'bertuah'.

Jari tengah untuk PTPTipoo kalau aku tidak dapat 1% tu.

Wednesday, September 22, 2010

Senai Desaru Expressway : UPDATE


Lepas beli baju hujan GIVI serta cermin sisi di kedai Ah Meng, aku lepak makan+minum dengan mak buyung kat Teluk Sengat. Highway Desaru tu ada progress jugak la walaupun siput. Jambatan gantung hampir siap. Maybe ada lagi 50 meter nak siap jambatan tu.

Ini tidak termasuk jalan ok. Exit kat Bandar Penawar pun jalan dia belum siap. Harapan aku adalah dengan siapnya highway ini, Aidilfitri area Kota Tinggi tidak sesak macam kat KL.


p/s: harga coverset Wave 125x RM140..coverset motor aku dah cabuk ni..

Tuesday, September 21, 2010

Cashier Pam Minyak

Kisah ini bermula ketika aku ingin mengisi minyak RON97 di SHELL Air Tawar 5. Seperti biasa aku akan mengeluarkan duit serta kad Bonuslink aku. Cashier pam minyak mesti la cikaro.hehe...certain pam minyak je guna bangla.

Aku: (hulur kad Bonuslink serta RM30)" Pam nombor 5 eh".

Cikaro minyak:......(sambil menekan-nekan touch screen)......(semasa ingin swipe kad Bonuslink aku, cikaro ni macam belek 3 4 kali kad Bonuslink aku)..

Aku:..(ini ke cara baru cikaro minyak nak usha aku?)..(boleh tahan gak cikaro minyak ni..opss..).

Cikaro minyak:..(swipe Bonuslink aku sambil terpinga-pinga)."Terima kasih".

Monday, September 20, 2010

Pendeta Kristian Mengaku Sarjana Islam Terbongkar Kedoknya

AMARAN..artikel di bawah adalah 100% bahasa Indonesia.

Mengaku Sarjana Islam, Pendeta Terbongkar Kedoknya
Di kalangan Kristen, Pendeta Samuel Hermawan dikenal sebagai ahli islamologi mantan Muslim. Namanya mulai naik daun ketika Samuel menuliskan pengalaman rohaninya mengapa ia beralih meninggalkan Islam dan kini menjadi pendeta. Dalam testimoni berjudul “Yesus adalah Tuhan dan Raja”, Samuel menuliskan sbb: “Saya dulunya dari muslim tamatan sebuah pesantren dan Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN) Bandung. Saya ingin memberikan kekuatan untuk para sahabat sekalian orang-orang Kristen bahwa apa yang kalian sembah itu adalah benar-benar Tuhan dan Juruselamat. Yesus adalah Tuhan dan Raja sesuai yang tercantum dalam Al Quran, Hadist dan Injil.

Dalam sebuah dialog Islam dan Kristen, dusta Pendeta Samuel terbongkar. Ternyata dia bukan mantan muslim, terbukti karena ia tidak bisa baca-tulis Al-Qur’an. Pengakuannya sebagai ahli islamologi lulusan pesantren dan Sarjana Islam lulusan STAIN Bandung, adalah kebohongan besar untuk memuluskan Kristenisasi.

Bermula ketika Indarwati, bukan nama sebenarnya, yang mempengaruhi kakak kandung, orang tua dan pamannya untuk masuk Kristen.

Empat tahun yang lalu, Indarwati menikah secara Islam dengan seorang pemuda. Seluruh keluarga Indar merestui pernikahan itu, karena beranggapan, sang mempelai pria itu adalah seorang Muslim yang taat beragama.

Sunday, September 19, 2010

PTPTN wajib bayar potongan gaji - Baju Hujan - Side Mirror Honda OriGINAL


Salam Syawal. Raya kali ini aku sempat pergi beraya di kedai motor Ah Meng di Teluk Sengat yang femes dengan keperluan motor. Aku beli baju hujan GIVI(RM70) dan cermin sisi(RM8). Baju hujan adalah persediaan untuk musim tengkujuh hujung tahun ini.
Baju hujan yang aku sedang pakai memang tidak boleh harap serupa aku tidak pakai baju hujan. Baju hujan POLIS yang logo POLIS telah aku uninstall. Sumber baju ini dirahsiakan. Side mirror kiri aku dah lama hilang sejak Gelombang X aku kat KL lagi. Side mirror kiri penting ketika ingin bertukar dari lane kanan ke kiri.
Berita baik juga untuk peminjam PTPTipoo. Mulai Jun 2011, peminjam wajib membayar secara potongan gaji. CAJ PERKHIDMATAN yang 1% tu entah bila aku dapat. Sekarang aku still kena 3%. Aku tidak faham apa beza 1% dan 3%. Kenapa peminjam yang dulu kena 3% dan perlu bayar mengikut jadual baru dapat 1%?! Yang baru pinjam, CAJ PERKHIDMATAN 1% dikenakan.

Aku ingat dulu masa dapat pinjaman PTPTipoo bukan main suka sebab dapat duit. Memang tiada pilihan lain sebab masa tu PTPTipoo paling bersemangat untuk memberikan pinjaman kepada siswa siswazah yang naif. Kalau aku tahu pinjaman pelajaran MARA CAJ PERJHIDMATAN lagi murah aku pilih MARA. Aku bukan tidak bayar, bayar cuma terkilan la apa yang aku bayar selama ini adalah CAJ PERKHIDMATAN sahaja. Memang nak kena campak ke Banting PTPTipoo ni.

Aku ingat masa kena extend belajar, CAJ PERKHIDMATAN tidak dikenakan tapi sangkaan aku meleset sebab lepas je PTPTipoo tahu tempoh pengajian aku tamat dalam tempoh 3 tahun. Jangan leceh terus caj. Kes Sosilawati?!..Tidak perlu aku ulas sebab dah banyak pasal ni dalam berita mahu pun surat khabar.

Apa-apa hal pun thanks PTPTN aka Ah Long berlesen.

Friday, September 17, 2010

Bercakap Dengan Satanist

"Kau satanist?" tanyaku straight pada budak metal yang memakai loket salib terbalik. Dia budak Cina. Tapi aku sebenarnya aim kepada budak-budak Melayu yang di sekelilingnya. Tambahan pula, jika aku dapat dia, maka laluanku kepada budak-budak Melayu tu akan mudah. Aku bukanlah tackle budak cina ni atas sebab perkauman atau sebagainya sebab aku tau: diorang ni sebenarnya keliru. Tambahan pula, diorang yang kacau aku sebab aku sensorang kat Terminal 1 ni yang pakai jubah dan berserban bagai. Diorang yang gatal mintak lighter kat orang berserban, apasal? Sibbaik aku ada lighter. Panjang sikit cerita...

"A'ah' Tau pulak kau?" jawab mamat satanist tu. Kita gelarkan dia budak A sebab aku tak suka ulang-ulang taip nama setan. Macam zikir pulak. "Tengok loket" jawabku pendek sambil melirik pada loket salib terbaliknya. Dia memegang loket tu. "Kau tak suka ke aku benci dengan Kristian? Bukan ke Islam tak suka dengan Kristian?" usiknya cuba menduga air yang tenang. Umpan dah masuk mulut ikan nampaknya, bisik hatiku. Aku nak biarkan ikan makan umpan lebih dalam lagi, kasi sangkut kat pangkal hati."Sapa kata Islam benci Kristian?" tanyaku cuba menyelidik tahap pemahamannya."Korang kan selalu mintak supaya jangan jadi macam orang yahudi dan nasrani dalam Al-Fatihah korang?" tanya mamat Cina tadi. Boleh tahan, knowledge. Ni bukan satanist biasa, ni. Ni satanist yang kononnya tahu akan konsep realiti alam, ni. Best-best.

"Mana ada dalam Al-Fatihah kata jangan ikut Yahud atau nasoro. Dalam Al-Fatihah kata 'ghairil MAGHDU bi 'alaihim wa LAD DHOL LIN'. Orang yang dimurkai atau yang sesat lagi menyesatkan. Kalau Nasoro, mesti Allah sebut Nasoro macam ayat-ayat yang lain" aku mengakalinya. Silap la nak debat pasal benda yang aku dok ulang-ulang minima 17 kali sehari. Budak A terdiam. Aku menyerang dia pulak.

"Kau ikut setan ke?" tanyaku. Budak A memandangku semula.
"Kenapa?" tanyanya.
"Tengok nama band kat baju kau pun aku dah tau. Band ni band satanist ni. Lagu dia semua berdasarkan verse dalam Bible Satanic. Kau ikut band ni, maknanya kau ikut setan la, ye" kataku menduga air di sebelah sana pula.


"Boleh tahan jugak kau ni. Kenapa kalau aku ikut setan?" mulalah dia guna taktik menjawab soalan dengan soalan tu. Cikai punya taktik.
"Sebelum kau nak ikut setan, maknanya kau kena mengaku adanya tuhan, betul tak? Sebab kalau kau tak caya Tuhan, maka takdelah setan. Setan dicipta oleh Tuhan. Camana kau nak ikut setan yang anti tuhan kalau tuhan itu tiada?" kataku bermain lojik dengannya.
"Betul. Tu sebab kitorang dipanggil jugak anti-christ" katanya bangga cam aku tak tau.
"Kalau kau percaya Tuhan dan setan, dan kau memilih pulak nak mengikut setan, maka kau mesti dah tau camana asalnya setan dilaknat, hingga dia rasa Tuhan tak adil dan kecewa dan mengeluarkan ikrarnya? Betul?" tanyaku lagi bagaikan machine gun. Memang tak kasi chan.
"Betul. Tuhan tak adil sebab pasal satu kesalahan, Lucifer terus dilaknat. Dan dari kisah penciptaan makhluk, seolah-olah dah memang set bahawa Lucifer akan duduk merengkok dalam neraka sebelum dia buat pun kesalahannya" jawabnya.

"Sebab Allah Maha Mengetahui akan kejadian sesuatu yang Diciptakan Nya" jawabku selamba.
"Jadi Tuhan memang sengaja buat Lucifer untuk disumbatkan ke neraka?" tanyanya. Aku tau mana perginya soalan ini. Tapi aku nak layan.
"Mungkin. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui" jawabku pendek, saja memancing soalan seterusnya.
"Kalau macam tu, tuhan tak adillah sebab lahirkan manusia ada yang Islam ada yang tidak" kata budak A. Kan aku dah agak...

"Sebab itulah syahadah ummat akhir zaman ialah kita mengaku Allah itu Tuhan yang Satu dan Nabi Muhammad SAW itu HAMBANya. Kita ni sekadar ciptaan Nya. Sukati Dia lah nak letak kita kat mana. Dan ummat akhir zaman ni termasuklah manusia dan jin dan setan-setan yang kau ikut tu" kataku.
"Walupun Tuhan humban kau ke neraka?" tanyanya memancingku. Aku tau soalan tu datang dari setan.
"Apa yang Allah tentukan, itulah yang Terbaik. Aku cuma boleh mengharapkan kasihan belasNya saja. Dan aku bersyukur sebab pintu taubat masih terbuka untukku selagi aku tidak syirik" pancingku. Muka Budak A berubah. Perkataan syirik tadi menarik perhatian dia dan budak metal member dia yang mula berkumpul mengelilingi kami.
"Setan pernah sembah selain Allah tak? Iblis pernah syirik tak" tanyaku pada salah seorang budak Melayu di tepiku. Mamat tu menggelengkan kepalanya tanda tak tahu. Budak A pun berkerut tanda dia pun tak pernah terpikir benda ni.
"Iblis tu pernah jadi ketua malaikat. Dah tentulah dia tau Tuhan itu hanyalah satu dan tentulah dia tidak akan syirik. Dan dia diberi penangguhan masa sehingga hari kiamat sebelum semuanya tamat" kataku lagi. Budak A dan budak-budak metal lain mendengar kata-kataku dengan penuh teliti. Nampaknya mereka MEMANG TAK TAHU.

"Iblis sepanjang masa menghantar setan untuk mencuri dengar perkabaran dari langit, takut-takut Jumaat ini ialah Kiamat. Sebab bila kiamat, maka tamatlah riwayatnya dan dia tak boleh nak main soal-soal lagi dengan Tuhan" kataku lagi.
"Kau bayangkan, masa dah dekat-dekat kiamat, tibatiba Iblis decide nak mintak ampun pada Allah dan bersujud di kubur Nabi Adam a.s. Kau agak-agak Allah yang Maha Pengampun tu akan mengampunkan tak dosa si Iblis?" tanyaku lagi. Makin dalam umpanku ditelan nampaknya.

"Iblis tak pernah syirik, maka ada HARAPAN taubatnya diterima Allah. Cuba kau pikirkan kedudukan kau kalau Allah dah ampunkan Iblis. Kau dah syirik kan Allah sebab ikut setan. Maka pintu taubat dah takde lagi untuk kau" kataku. By this time, ada di kalangan budak metal tu yang beristighfar dan membuka rantai dan baju t shirt mereka yang ada lambang salib. Budak A kelihatan tergamam.

"Kembalilah. Korang kena tipu dek setan dan rasa kecewa korang sebenarnya" kataku lagi. Aku berlalu meninggalkan mereka sebelum riak dan ujub menguasai aku. Aku terus menjauhkan tempat itu dengan melintas jalan ke Courts Mammoth dan ke parking kereta. Sementara menunggu enjin kereta aku panas:

"Assalamualaikum, bang" salam seseorang padaku. Aku menoleh ke luar kereta. Terpandang aku dua-tiga orang budak metal tadi berdiri tersipu-sipu di sebelah keretaku.
"Wa'alaikumus salam. Apa halnya?" tanyaku kebingungan. Ada benda tercicir ke? Aku menge check wallet dan handphone aku. Masih ada lagi...

"Kami nak kembali ke pangkal jalan lah bang. Kami nak bertaubat. Camana kami nak mula?" tanyanya padaku. Aiseh..Ni yang aku tak gemar ni. Aku sendiri pun masih mencari jawapan kepada soalan itu.

"Entahlah" kataku. Puas aku mengontrol ujub dan bisikan dalam hatiku sendiri. Bahaya betul ujian kali ni.
"Abang ni macam banyak ilmu, jer. Bantulah kami" kata salah seorang dari mereka.
"Aku sendiri pun perlukan bantuan. Sesama lah kita bertaubat. Dah. Aku takmau dilihat bersama dengan korang lagi. Kang tak pasal-pasal kalau bala turun kat korang, dengan aku-aku sekali yang kena. Hutang keta ni pun tak abis lagi ni" kataku menghangatkan keadaan. Mendengarkan kata-kataku yang kesat itu, aku perasan ada yang berlinang air mata. Macam nak give up pun ada. Aku rasa bersalah pulak sebab pakai method itu tadi.

l

Wednesday, September 15, 2010

Lelaki Lembut - Pondan - Gentleman - Dayus

Malam tadi sepupu aku datang beraya. Nabil(bukan nama sebenar), Nabil Raja Lawak ke?!.. Semestinya bukan..Apa class..Sepupu aku seorang ni memang lain dari yang lain nyah. Dia memang Ratu gitu. Pergh tak boleh blah aku cakap gaya sepupu aku ni.

Tapi aku respect satu je kat si Nabil ni. Knowledge make-up memang class gitu. Abis gambar kahwin aku dia kritik pasal make-up. Two way la..foundation la..bendera Pahang la..macam-macam istilah make-up keluar nyah.

Tapi jauh di sudut hati aku memang mengharap Nabil ni sedar dan kembali normal seperti lelaki sejati. Aku rasa kalau jantan miang jumpa Nabil pakai baju kurung memang confirm Nabil kena ngurat. Kadang-kadang sedih aku tengok sepupu sendiri macam ni. Dah ramai nasihat tapi...hasilnya sungguh hampeh. Apatah lagi kalau di marah, macam simbah api dengan RON97 la gamaknya.

Semoga sepupu aku Nabil ni mendapat cahaya, rahmat serta petunjuk...Ameen.

Tuesday, September 14, 2010

Adegan ketika dalam kenderaan ketika musim perayaan


Kebiasaannya bila tiba musim perayaan, jalan akan dipenuhi dengan kenderaan. Bermacam kerenah pemandu dapat di lihat. Yang suka potong queue tu jangan cakap la. Yang paling extreme 4WD naik divider tepi jalan tu untuk potong queue. Punya la tidak sabar tahap cipan. Kemungkinan tut sudah sampai di hujung anus.

Adegan 1
Pemandu di temani dengan ashabul-kahfi. Situasi ini adalah ketika semua penumpang lena di buai mimpi manakala  pemandu kelihatan seperti bosan.

Adegan 2
Kenderaan di pandu sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan kemudian berhenti ke tepi. Kelihatan co-driver(mulut seperti tidak berhenti mengatakan sesuatu) sedang bersiap untuk take-over dari pemandu yang kelihatan mengantuk

Adegan 3
Pemandu meletakkan dagu di stereng kereta dek bosan dengan jem.

Adegan 4
Kenderaan seolah-olah tiada pemandu. Ini kerana kerusi pemandu diturunkan kebelakang. Jem tidak bergerak memaksa pemandu mengambil inisatif untuk berehat walaupun seketika. Mungkin pemandu lain akan salah faham(jika co-driver adalah perempuan) sambil menggeleng kepala seraya berkata,"Get a room"..

Adegan 5
Mulut pemandu berkumat-kamit sambil kepala bergoyang ke kiri kek kanan(berzikir barangkali) ketika memandu. Sambil memandu sambil buat ibadah.

Adegan 6
Pemandu seolah-olah meniru gaya Karam Singh Walia. Sekejap tangan kiri tangan ke atas sekejap tangan kanan naik ke atas. Mungkin cuba menerangkan kepada co-driver jika masuk Parit Sonto boleh tembus Singapura, laluan shortcut.


Wednesday, September 8, 2010

Serunding Emas


Serunding emas nama di beri, boleh didapati di alam maya.
Serunding ayam daging sedap tak terperi, mari beli dengan saya.

Tiba-tiba berpantun..Masa zaman kemelesetan ekonomi(yang memang selalu meleset) aku kat KL. Serunding adalah lauk aku di makan dengan nasi. Serunding aku sembunyikan sebab nanti budak-budak ini pau.haha..kedekut betul aku ni tapi nak teruskan hidup punya pasal. Aku beli serunding ni dengan salah seorang founder Serunding Emas ni, Habbun si pelawak tulang.haha..

Kenapa pelawak tulang? Sebab dia ni kurus dan boleh dibuat sup tulang. OK cukup bab mendengki si Habbun ni. Aku ingat nak buat bisnes serunding ni tapi dengan aku pun makan tak berapa nak cukup, nak keluar modal..Masa zaman kat KL memang sudah, hidup cukup-cukup makan..Tidak boleh nak enjoy sangat.. Aku nak ucapkan tahniah kat Star(Zaini) sebab aku berjaya merealisasikan angan-angan aku ni.haha..

Aku sudah tempah 1kg serunding ayam dan 1kg serunding daging. Aku pos ke Segamat dan Air Tawar 5. Dah sampai atau belum serunding aku, jangan posmen makan sudah serunding tu.


Tuesday, September 7, 2010

Zaman kanak-kanak


Tiba-tiba aku teringat zaman budak-budak aku. Budak-budak sekarang mana ada macam dulu. Mostly budak sekarang duduk rumah main X-Box, PS3, PSP, layari internet. Paling cikai pun main basikal.

Aktiviti kanak-kanak aku:-
  1. redah paya belakang rumah orang sauk ikan dan kadang-kadang mancing(selalunya ikan jarang makan umpan aku). biasanya akan terus berkubang dalam setelah penat mencari ikan.
  2. cari king(labah-labah jantan) dan makbon(labah-labah betina) di pokok-pokok bunga. Kalau nak cari king yang kuat+besar+gagah kena cari kat daun pandan. labah-labah ni besar dia dalam setengah inci je. biasa di simpan dalam kotak mancis dan makanan king ni semut. proses mencari arachnida ni agak kompleks dan memerlukan keberanian..sebab kena tekup dua tangan pada daun yang ada king tu.
  3. beli kereta mainan, ikat benang di bahagian depan tayar dan sambung kepada hujung lidi. Masa ni kereta Dash Yankuro belum ada di pasaran. Pusing-pusing satu beranda jiran depan rumah aku.
  4. tebas lereng bukit belakang rumah jiran aku untuk main gelongsor. ni memang syok sebab lereng tu agak tinggi. guna kotak untuk gelongsor.
  5. Musim panas pulak, tiap-tiap hari buat layang-layang. Biasanya masa musim panas angin kuat lagi-lagi masa matahari tengak tegak. Pada waktu ketika musim ini aku akan transform dari putih melepak menjadi gelap..haha..ini adalah antara penyebab aku kurang cerah sekarang.
  6. Permainan pula, belon acah aka galah panjang, sembunyi ibu(ini selalu sebab banyak tempat untuk sembunyi), teng-teng, jadi-jadi, polis sentri, zero-fine(main getah), lubang tikus dan bola(permainan wajib lelaki..haha..).
Nak tengok macam mana lawan king?!..tengok bawah.


Tapi dosa melagakan haiwan..Sekarang sudah taubat.


Monday, September 6, 2010

Iklan raya TV3 (Dan Sebenarnya) - Provokasi - Malam Lailatul Qadar 1431H


Sejak akhir-akhir ini banyak kes provokasi Islam berlaku di Facebook. Memang banyak dugaan serta ujian bulan Ramadhan ni..Kalau difikirkan memang takut dengan keadaan dunia sekarang ni.

Hari sabtu pagi lepas memang cuaca redup yang amat dari pagi sampai petang, perasan tak?!..Aku rasa malam lailatul qadar jatuh pada Jumaat malam, itu pasal Sabtu redup semacam sebab malaikat sedang naik ke langit. Wallahualam. Lepas tu malam tadi aku dengar ceramah kat surau mengatakan ada seorang hamba Allah ni jumpa si penceramah cakap pasal malam lailatul qadar jatuh pada jumaat malam lepas. Wallahualam. Rasa rugi?!..Semestinya...

Aku memang tidak pernah jumpa malam lailatul qadar ni. Tahun depan cuba lagi, kalau panjang umur la ye. hehe..Pernah tengok iklan raya TV3 yang baru serta telah di tarik balik?!..Sila baca ulasan di bawah..Wallahualam.
Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
  1. Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
  2. Buku - Bible
  3. Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
  4. Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
  5. Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6. Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

  1. Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
  2. Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
  3. Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
  4. North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal) 
  5. Pokok Krismas - Simbol Paganism
Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
  1. Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
  2. Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
  3. Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
  1. Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
  1. Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
  2. Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
  3. Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya ibukota.
Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
  1. Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya. 


  1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dan sebagainya.
 Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?
Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.
Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..
Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).
kredit: aulakalimah.blogspot.com


Sebelum berundur nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada pengunjung blog aku yang tak berapa nak ramai ni.

Friday, September 3, 2010

Coooootiiii

Coooootiiii aku adalah unpaid sebab annual leave aku sudah habis. Kilang aku ni fesyen dia lain sikit. Annual leave ni kita kena earn. Apakah maksud earn di sini?!..Anda perlu kerja di sini setahun baru anda dapat annual leave.


Contoh aku mula kerja bulan Julai 2009, pada Januari 2010 aku akan dapat leave sebanyak jumlah bulan aku sudah bekerja bahagi 12 bulan darab jumlah annual leave setahun bersamaan 7 hari. Ya 7 hari itu telah aku tibai habis sehingga bulan Ogos 2010. Secara tidak langsung coooootiiii aku tidak berapa yang best.

Ini secara tidak langsung menggugat kegumbiraan kerayaan aku ketahunan keinian [noktah] Kesempatan ini aku nak ucapkan selamat bercoooootiiii wahai warga pendidik. Mak buyung aku senyum sampai ke telinga pagi tadi mengenangkan sudah mau coooootiiii.

[noktah][noktah][noktah][noktah][noktah][noktah][noktah][noktah][noktah][noktah][noktah][noktah]

p/s: aku sudah tanya pasal stem cell tu..almost 5k tu anggaran. aku pun tak berapa nak pasti mahu atau tidak.

Wednesday, September 1, 2010

Simpan Uri dan tali pusat?


Kelmarin aku ada jumpa doktor pakar dengan mak buyung aku. Mak buyung aku merupakan pembawa talasemia tetapi aku suci dari talasemia.haha..ok tidak kelakar. Doktor pakar terus cakap pasal stem cell. Aku bab-bab BIOLOGI memang F- sebab aku ambil PRINSIP AKAUN masa SPM. Doktor pakar tu cakap jikalau ditakdirkan yang anak aku berkahwin dengan penghidap talasemia atau pembawa talasemia, stem cell ni dapat membantu.

OK pening sekarang. Doktor pakar tu terus cakap nanti ambil pamplet pasal stem cell ni kat Hospital Penawar. Jadi tadi aku ada ambil pamplet tu dan belek-belek secara melepaskan batuk di tangga. Stem cell ni mampu mengubati macam-macam penyakit. Malaysia setakat ni ada dua syarikat(StemLife dan CryoCord) yang menawarkan penyimpanan uri serta tali pusat serta ntah apa lagi ntah yang di luar pemikiran PRINSIP AKAUN aku.

Menarik bukan?!..Sheila Majid dan Sofia Jane pun terjerumus ke kancah simpan uri tau. Mereka simpan kat StemLife. UAE pun mempunyai BANK darah tali pusat yang di biayai oleh kerajaan..aku ulang kerajaan. Setahu aku orang melayu biasanya akan basuh uri dan tanam. Penanggal mesti suka lepak kat StemLife dan CryoCord, tidak perlu susah-susah...haha..OK tidak seram. Harga pulak aku tidak pasti sebab masih dalam kajian.

Apa-apa hal pasal perkara ini aku akan kemaskini.