Monday, September 6, 2010

Iklan raya TV3 (Dan Sebenarnya) - Provokasi - Malam Lailatul Qadar 1431H


Sejak akhir-akhir ini banyak kes provokasi Islam berlaku di Facebook. Memang banyak dugaan serta ujian bulan Ramadhan ni..Kalau difikirkan memang takut dengan keadaan dunia sekarang ni.

Hari sabtu pagi lepas memang cuaca redup yang amat dari pagi sampai petang, perasan tak?!..Aku rasa malam lailatul qadar jatuh pada Jumaat malam, itu pasal Sabtu redup semacam sebab malaikat sedang naik ke langit. Wallahualam. Lepas tu malam tadi aku dengar ceramah kat surau mengatakan ada seorang hamba Allah ni jumpa si penceramah cakap pasal malam lailatul qadar jatuh pada jumaat malam lepas. Wallahualam. Rasa rugi?!..Semestinya...

Aku memang tidak pernah jumpa malam lailatul qadar ni. Tahun depan cuba lagi, kalau panjang umur la ye. hehe..Pernah tengok iklan raya TV3 yang baru serta telah di tarik balik?!..Sila baca ulasan di bawah..Wallahualam.
Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
  1. Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
  2. Buku - Bible
  3. Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
  4. Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
  5. Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6. Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

  1. Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
  2. Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
  3. Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
  4. North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal) 
  5. Pokok Krismas - Simbol Paganism
Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
  1. Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
  2. Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
  3. Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
  1. Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
  1. Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
  2. Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
  3. Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya ibukota.
Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
  1. Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya. 


  1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dan sebagainya.
 Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?
Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.
Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..
Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).
kredit: aulakalimah.blogspot.com


Sebelum berundur nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada pengunjung blog aku yang tak berapa nak ramai ni.

13 comments:

ainazliena said...

selamat hari raya aidilfitri kpd encikazuwankeakuanketiadaankeapa-apaan..

dr:ainazlienacoretandarikuuntukmu

fajridil adha said...

selamat hari raya gak beb.. dah lama aku tak berblogging ni.. kedai ramai org.. maklumlah, nak raya.. hehe.. apapun, selamat hari raya aidilfitri, mohon maaf zahir batin..

**Iklan Sinari Lebaran mmg mcm hampeh la.. sakit ati aku tgk

encik azuwan said...

nana: salam aidil fitri.

faijridil:patut la..haha..ingatkn bini muntah2.haha.

laila sanuri said...

good job!thanks...

Selamat hari raya beb!
Maaf Zahir Batin

encik azuwan said...

pergh..rayo3...

Ahmad Zaki said...

Assalamualaikum,

Pertama kali saya lihat iklan ini di tv3, saya rasa tercabar dan sedikit bengang dengan idea dan konsep 1Malaysia yang cuba dibawa pereka iklan ini dengan mencampur-adukkan unsur2 agama lain dlm perayaan agama Islam.

Atas rasa keprihatinan dan tanggungjawab utk menegur serta menyekat unsur yg menyesatkan akidah, sy buat beberapa artikel iaitu pada permulaan isu sehinggalah penarikkan semula iklan syirik tersebut.

Di bwh adalah link pd salah satu artikel berkaitan. Jemput membaca ulasan yg sy berikan. Kita di sini cuma nk betulkan keadaan, nk kasi baik :

http://smskey.blogspot.com/2010/09/iklan-raya-aidufitri-di-stesyen-tv-ada.html

maCy said...

sangat dahsyat.. syukran atas perkongsian.. minta izin mahu sebar~

encik azuwan said...

ahmad zaki: dugaan umat akhir zaman.

maCy: bisa saja deh..

nizam omar said...

ulasan yang baik,sayang saya tak berkesempatan nak tengok iklan.sibuk..time ramadhan katakan.
http://nizamullah.blogspot.com

carr said...

hoho..xsgke2..

encik azuwan said...

nizam: tak payah tgk..bleh terpesong kalo tak kuat iman..hihi.

carr: udang sebalik batu..cewah.

phreak id said...

itulah hasilnya bila iklan hari raya tapi suruh orang yg bukan islam arah kan..

encik azuwan said...

kita semua merindui hasil karya arwah yasmin.