Sunday, September 19, 2010

PTPTN wajib bayar potongan gaji - Baju Hujan - Side Mirror Honda OriGINAL


Salam Syawal. Raya kali ini aku sempat pergi beraya di kedai motor Ah Meng di Teluk Sengat yang femes dengan keperluan motor. Aku beli baju hujan GIVI(RM70) dan cermin sisi(RM8). Baju hujan adalah persediaan untuk musim tengkujuh hujung tahun ini.
Baju hujan yang aku sedang pakai memang tidak boleh harap serupa aku tidak pakai baju hujan. Baju hujan POLIS yang logo POLIS telah aku uninstall. Sumber baju ini dirahsiakan. Side mirror kiri aku dah lama hilang sejak Gelombang X aku kat KL lagi. Side mirror kiri penting ketika ingin bertukar dari lane kanan ke kiri.
Berita baik juga untuk peminjam PTPTipoo. Mulai Jun 2011, peminjam wajib membayar secara potongan gaji. CAJ PERKHIDMATAN yang 1% tu entah bila aku dapat. Sekarang aku still kena 3%. Aku tidak faham apa beza 1% dan 3%. Kenapa peminjam yang dulu kena 3% dan perlu bayar mengikut jadual baru dapat 1%?! Yang baru pinjam, CAJ PERKHIDMATAN 1% dikenakan.

Aku ingat dulu masa dapat pinjaman PTPTipoo bukan main suka sebab dapat duit. Memang tiada pilihan lain sebab masa tu PTPTipoo paling bersemangat untuk memberikan pinjaman kepada siswa siswazah yang naif. Kalau aku tahu pinjaman pelajaran MARA CAJ PERJHIDMATAN lagi murah aku pilih MARA. Aku bukan tidak bayar, bayar cuma terkilan la apa yang aku bayar selama ini adalah CAJ PERKHIDMATAN sahaja. Memang nak kena campak ke Banting PTPTipoo ni.

Aku ingat masa kena extend belajar, CAJ PERKHIDMATAN tidak dikenakan tapi sangkaan aku meleset sebab lepas je PTPTipoo tahu tempoh pengajian aku tamat dalam tempoh 3 tahun. Jangan leceh terus caj. Kes Sosilawati?!..Tidak perlu aku ulas sebab dah banyak pasal ni dalam berita mahu pun surat khabar.

Apa-apa hal pun thanks PTPTN aka Ah Long berlesen.

3 comments:

laila sanuri said...

MARA siap dapt potongan lagi..aku dpat less 50% dr jumlah pinjaman..ada member aku dapat 80% lagi..ada yg 4 flat,100% tak yah bayar..untung beb!ada caj ke?..MARA takde caj ler..

encik azuwan said...

pergh..ni yg aku jeles ni.ptptipoo mmg barua..nnt aku campak dieorg kt ladang teluk gadong.

apple dilla said...

aku pun nyesal gile weh..
buat penangguhan sbb baljar lg pun kena caj jugak
dh nk tukar 1%,tukar je la sume
tak yah la beza peminjam dulu ke lame
asalkn byr hutang
ni tak, byr caj perkhidmatan je
haihhhh.. benci benci